-

10 Tips Jadi Suami Hebat Semasa Isteri Mengandung

Isteri yang mengandung biasanya akan menjadi semakin manja, kadang kala mengalami mood swing akibat perubahan hormon. Ada juga isteri yang mengalami alahan  yang teruk. Apabila waktu bersalin semakin dekat, isteri akan menjadi semakin tak selesa apabila perut semakin membesar. Badan sakit-sakit. Jadi, apakah peranan suami semasa isteri mengandung? Jom saya kongsikan 10 tips jadi suami hebat semasa isteri mengandung.

tips suami super 300x169 10 Tips Jadi Suami Hebat Semasa Isteri Mengandung

10 Tips Jadi Suami Hebat Semasa Isteri Mengandung

Nak jadi suami hebat dimata isteri bukan susah pun sebenarnya. Anda cuma perlukan sedikit usaha iaitu:

1. Cari maklumat tentang kehamilan

Bila isteri dah disahkan mengandung, luangkan masa untuk cari maklumat tentang kehamilan. At least tahu perkara basic seperti berapa minggu tempoh kehamilan, tanda-tanda bersalin. Kalau isteri mula mengalami morning sickness, boleh cari tips untuk mengatasi morning sickness. Suami juga boleh membaca tahap perkembangan janin didalam rahim isteri, sebagai contoh minggu ke berapa tangan & kaki terbentuk. Lepas tu ceritakan kepada isteri. Pasti isteri anda akan rasa sangat bahagia & anda akan kelihatan sebagai suami super dimata isteri.

2. Temankan isteri setiap kali pergi ke pre-natal check up

Yang ni memang selalu dipandang ringan oleh golongan suami. Tak ramai yang sanggup tinggalkan kerja untuk menemani isteri untuk pre-natal check up di klinik. Tahukah anda, isteri akan menjadi sangat gembira jika anda sudi menemaninya setiap kali berjumpa doktor. Sambil tunggu giliran, anda berdua boleh luangkan masa bersama. Kan bahagia macam tu?

3. Tumpukan 100% perhatian  kepada isteri semasa di rumah

Tips ke tiga daripada 10 tips menjadi suami hebat semasa isteri mengandung ialah tinggalkan kerja pejabat di tempat yang sepatutnya: PEJABAT. Apabila anda di rumah, tumpukan 100% perhatian kepada isteri yang mengandung. Bantu isteri menyediakan makanan, buat kerja rumah, mandikan isteri, urut badan isteri yang kesakitan akibat membawa anak anda didalam rahim 24 jam sehari.

tips suami super1 300x169 10 Tips Jadi Suami Hebat Semasa Isteri Mengandung

4. Penuhi kehendak isteri yang munasabah

Isteri yang sedang mengandung ada kalanya mengidam nak makan apa-apa makanan. Ada juga yang nak pergi ke sesuatu tempat. Penuhi kehendak isteri selagi ianya munasabah & tidak memudaratkan.

5. Banyakkan bersabar

Tips kelima adalah sangat penting. Ya, betul! Bukan mudah nak menjaga isteri yang mengandung. Penat. Sebab tu anda kena bersabar. Sentiasa ingat, isteri dah banyak berkorban. Bukan mudah untuk mengandung. Dan isteri anda mengandungkan anak anda, hasil kasih sayang anda berdua. Jadi, banyakkan bersabar ye!

6. Jaga pemakanan isteri

Isteri yang mengandung memerlukan makanan berkhasiat & nutrisi yang secukupnya untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Anda boleh membaca tentang amalan pemakanan untuk ibu mengandung di sini. Anda juga boleh belikan set ibu mengandung Shaklee  yang membekalkan semua nutrien yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilan. Apabila tarikh bersalin semakin dekat, anda boleh belikan set berpantang Shaklee sebagai hadiah untuk isteri.

tips suami super2 300x239 10 Tips Jadi Suami Hebat Semasa Isteri Mengandung

7. Tingkatkan amal ibadah

Semasa isteri mengandung, seeloknya anda meningkatkan amal ibadah. Lakukan segala yang wajib & lakukan amalan sunat seperti puasa sunat, solat sunat, banyakkan membaca Al-Quran, bersedekah, dan sebagainya. Banyakkan berdoa supaya tempoh kehamilan & bersalin berjalan dengan baik. Berdoa supaya isteri & bayi anda sentiasa sihat & selamat.

8. Jaga kelakuan & tutur kata

Tips seterusnya ialah jaga kelakuan & tutur kata sepanjang tempoh isteri bersalin, kerana jika anda berperangai buruk, dikhuatiri ianya akan diwarisi oleh anak didalam kandungan isteri.

9. Temankan isteri membeli-belah barangan bayi

Apabila kandungan mencecah 7 bulan, anda boleh menemani isteri membeli kelengkapan bayi. Isteri anda tentu akan berasa bahagia jika dapat memilih baju bayi bersama-sama. Semasa membeli-belah, tolong bawakan handbag isteri, dan pimpin tangannya. Bawa isteri duduk apabila dia kelihatan penat.

10. Tunjukkan kasih sayang yang tidak berlebah bahagi

Tips terakhir ialah tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada isteri. Biar isteri rasa bahawa dia adalah wanita paling penting dalam hidup anda. Biar isteri tahu bahawa anda sayangkan dia, dan anak dalam kandungannya. Bahagiakan isteri anda, dan anda akan menjadi suami super.

Semoga 10 tips suami hebat semasa isteri mengandung yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Amalkan tips-tips tadi. Insya Allah, rumah tangga akan menjadi aman bahagia. Saya doakan semoga isteri anda selamat bersalin & semoga rumah tangga anda kekal bahagia hingga ke syurga. Oh ya, berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 10 Tips Jadi Suami Hebat Semasa Isteri Mengandung

pixel 10 Tips Jadi Suami Hebat Semasa Isteri Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.