-

Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Hari tu saya ada bercerita tentang tanda peranakan jatuh. Allah! Terkejut saya dengan respons dari para pembaca. Menderu-deru sms dan whatsapp masuk ke telefon saya bertanyakan macam mana nak betulkan peranakan jatuh. Baiklah, seperti yang dijanjikan, kali ni saya kongsikan cara tradisional untuk menaikkan peranakan yang jatuh.

petua menaikkan rahim 293x300 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Cara tradisional yang akan saya kongsikan ini sememangnya telah diamalkan sejak dulu & terbukti berkesan. Jika rahim anda jatuh, bolehlah cuba cara tradisional untuk menaikkan peranakan yang jatuh berikut:

1. Berurut Atau Sengkak Rahim

Cari tukang urut atau bidan yang pandai untuk menaikkan semula peranakan. Ada yang panggil urutan ni Sengkak Rahim. Jika anda mengandung, jangan lupa untuk bagitahu sebelum berurut. Insya Allah bidan tu tahu cara mengurut untuk ibu mengandung.

2. Senaman Kegel

Senaman yang mudah. Caranya kemut seperti anda sedang menahan kencing. Tapi dalam kedudukan yang berikut:

petua menaikkan rahim1 300x220 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Kalau tak boleh buat sendiri, minta bantuan sesiapa untuk tolong pegangkan kaki. Kira 1-20 sambil mengemut. Bernafas seperti biasa. Lepas tu boleh turunkan kaki.  Kira 1-20 dan berehat. Kemudain naikkan kaki semula. Buat setakat yang larat. Jangan paksa diri.

3. Urutan sendiri

Kalau anda tak dapat cari bidan atau tukang urut yang boleh naikkan rahim, untuk sementara waktu anda boleh lakukan urutan sendiri. Cara-caranya ialah:

  • Sapu minyak ke perut & urut perlahan-lahan untuk melembutkan urat perut.
  • Bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan sila angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke sebelah atas ( ke arah pusat).
  • Bengan lembut, urut dari bawah naik ke atas
  • Kalau rasa sengal atau sakit, berhenti dulu dan ulang sehingga anda rasa lega.
  • Rehat seketika sebelum bangun.

4. Bertungku

Bertungku boleh membantu menaikkan peranakan. Semasa bertungku, tolak peranakan anda ke atas dengan gaya seperti mencungkil. Bertungku 2 kali sehari iaitu awal pagi & lewat petang. Seeloknya gunakan batu sungai. Cari batu sungai yang bulat dan tak terlalu berat. Yang penting ialah anda mampu nak pegang batu tu sepanjang peroses bertungku tanpa rasa lenguh.

petua menaikkan rahim2 300x288 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

5. Bertangas

Stim berherba yang masuk ke badan semasa bertangas akan membantu membetulkan semula kedudukan peranakan anda. Jangan lupa untuk bertungku selepas bertangas.

6. Set Menaikkan Rahim Shaklee

Di samping cara-cara tradisional yang saya nyatakan tadi, anda juga boleh menaikkan peranakan dengan mengambil Set Menaikkan Rahim Shaklee. Nak tahu macam mana set ini menbantu peranakan yang jatuh?

menaikkan rahim2 300x193 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Energizing Soy Protein (ESP) berfungsi untuk menguatkan sel-sel otot rahim supaya otot rahim menjadi kuat semula. Macam mana ia berfungsi? ESP kaya dengan protein yang menjadi makanan utama sel-sel dalam tubuh badan kita. Apabila sel dalam otot rahim mendapat makanan yang berkualiti, ia akan menjadikan otot rahim menjadi kuat & berfungsi dengan baik.

Alfalfa Complex adalah herba yang dipanggil kacip fatimah moden.  Pengambilan Alfalfa dengan dos & aturan makan yang betul akan menjadikan rahim kita kuat & insya Allah membantu menaikkan rahim ke kedudukan yang asal.

Set Menaikkan Rahim Shaklee ini terdiri daripada vitamin semulajadi yang selamat dan sesuai untuk semua wanita, termasuk ibu mengandung. Insya Allah pengambilan set ini secara konsisten akan membantu menaikkan peranakan anda yang jatuh, menguatkan rahim & mengelakkan rahim anda daripada jatuh lagi.

Semoga cara tradisional untuk menaikkan peranakan yang jatuh tadi bermanfaat untuk anda. Nak cuba berikhtiar dengan Set Menaikkan Rahim Shaklee?  Hubungi saya untuk mendapatkannya dengan harga istimewa & konsultasi terbaik.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Tanda Peranakan Jatuh Yang Sering Dipandang Ringan Oleh Wanita

Peranakan jatuh adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh wanita tak kira anak dara, baru berkahwin, atau pun selepas bersalin. Ia juga boleh menjadi punca kenapa anda susah untuk mengandung. Kali ni saya nak bercerita tentang tanda peranakan jatuh yang sering dipandang ringan oleh wanita. Tanda dah ada tapi kita tak sedar!

tanda peranakan jatuh3 Tanda Peranakan Jatuh Yang Sering Dipandang Ringan Oleh Wanita

 Tanda Peranakan Jatuh Yang Sering Dipandang Ringan Oleh Wanita

Di antara tanda peranakan jatuh yang sering dipandang ringan oleh wanita ialah:

1. Sakit perut yang luat biasa terutamanya pada  bahagian ari-ari

Sepatutnya kita tak rasa sakit pada bahagian tu. Kalau ada rasa sakit, maksudnya memang ada yang tak kena dengan peranakan kita.

2. Rasa nak demam selepas Asar

Kaki & tangan akan berasa sejuk, dan badan mula seram sejuk tanda nak demam. Seharian kita rasa sihat, tapi lepas Asar badan mula meragam.

3. Kerap buang air kecil

Peranakan yang jatuh akan menyebabkan kita kerap membuang air kecil. Dah membuang pun rasa tak puas. Asyik berulang ke toilet je. Ini berlaku kerana rahim telah beralih kedudukan & menghimpit pundi kencing.

4. Rahim seakan jatuh bila berdiri

Di antara tanda paling ketara bahawa peranakan kita telah jatuh ialah berasa seakan rahim jatuh ke bawah bila kita berdiri. Diri kita. Kita sendiri akan tahu bila ada yang tak kena. Jadi jangan ambil mudah!

5. Betis & peha rasa kebas

Betis dan peha rasa kebas adalah sesuatu yang tak normal. Betul tak? Ini adalah antara tanda peranakan jatuh yang sering dipandang ringan oleh wanita.

6. Sakit tumit

Sakit tumit adalah signal bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan peranakan kita. Kalau ikutkan rajah akupuntur kaki di bawah, nombor 36 iaitu tumit adalah point bagi sistem peranakan kita.

tanda peranakan jatuh2 300x229 Tanda Peranakan Jatuh Yang Sering Dipandang Ringan Oleh Wanita

7. Mudah penat & badan rasa lesu

Peranakan jatuh akan menyebabkan badan menjadi lesu & mudah rasa letih.

Macam Mana Nak Pastikan Sama Ada Peranakan Kita Jatuh Atau Tidak?

Itulah dia 7 tanda peranakan jatuh yang sering dipandang ringan oleh wanita. Jika rahim kita jatuh, kita mungkin akan mengalami kesemua 7 tanda tersebut, atau kebanyakan daripadanya. Jadi, macam mana nak tahu sama ada peranakan kita jatuh atau tidak? Kita boleh lakukan pemeriksaan sendiri yang mudah ini:

1. Baring lurus. jangan gunakan bantal.
2. Sapu minyak gamat / minyak serai /minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun especially di bawah pusat.
3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke
tengah.
5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6. Bernafas seperti biasa. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun.
7. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, sah peranakan kita dah jatuh

Apa Nak Buat Kalau Peranakan Kita Jatuh?

Terdapat pelbagai cara tradisional untuk menaikkan rahim jatuh. Amalkan secara konsisten bersama Set Menaikkan Rahim Shaklee, rahim anda akan kembali ke kedudukan asal & insya Allah  ia membantu menguatkan otot rahim supaya tak jatuh lagi . Elakkan juga perkara yang menjadi punca rahim jatuh. Semoga info tentang tanda peranakan jatuh yang sering dipandang ringan oleh wanita itu tadi bermanfaat untuk anda.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tanda Peranakan Jatuh Yang Sering Dipandang Ringan Oleh Wanita

pixel Tanda Peranakan Jatuh Yang Sering Dipandang Ringan Oleh Wanita

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.