-

Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Adakah anda antara mereka yang membeli set subur Shaklee. Dah makan set subur Shaklee tapi belum mengandung? Teruja tengok testimoni ramai orang lain berjaya mengandung. Tapi diri sendiri belum lagi ada apa-apa? Jom kita tinjau kenapa perkara ini berlaku.

testimoni set subur shaklee 300x200 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung?

Kalau anda dah makan set subur Shaklee tapi masih belum mengandung, cuba jawab beberapa soalan di bawah ini dengan jujur. Insya Allah kita akan tahu punca kenapa anda masih gagal mendapat berita gembira.

1. Adakah anda mengambil vitamin yang betul?

Kalau diperhatikan, ada bermacam-macam versi set subur Shaklee yang dijual oleh pengedar Shaklee. Ada vitamin yang berbeza-beza. Tak sama. Oleh itu pastikan anda membeli set subur Shaklee dari pengedar yang betul. Pengedar yang betul bermaksud pengedar yang berilmu & tahu fungsi setiap vitamin yang dijual. Setiap orang mempunyai masalah yang berbeza seperti kitaran haid tidak betul, senggugut, keputihan, cyst, berat badan, PCOS, Endometriosis, telur tak matang, pernah keguguran, dan sebagainya. Oleh itu pastikan anda mengambil vitamin mengikut keperluan diri anda.

2. Adakah anda mengambil vitamin dengan aturan makan dan dos yang betul?

Aturan makan dan dos yang betul adalah sangat penting bagi memastikan anda mendapat kesan optimum dari vitamin yang anda makan. Ia juga penting bagi mengelakkan komplikasi. Sebagai contoh, dos harian Zinc Complex adalah 1 biji sehari. Saya pernah berjumpa dengan seorang sahabat yang membeli set subur dari pengedar lain, dan aturan makan yang diberikan adalah 4 biji Zinc Complex setiap hari. Memang dah overdose. Apakah kesan overdose? Akan membebankan buah pinggang & dalam jangka panjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Oleh itu pastikan anda mengambil vitamin dengan aturan makan & dos yang betul. Minta maaf ye. Aturan makan & konsultasi saya adalah ekslusif untuk pelanggan saya sahaja.

ebook 300x279 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Dapatkan Ebook ini sekarang! Ekslusif untuk pelanggan saya sahaja

3. Adakah anda makan vitamin secara konsisten?

Untuk mendapat kesan yang optimum, vitamin-vitamin dalam set subur perlu dimakan setiap hari. Jangan culas untuk makan. Pastikan anda makan megikut aturan makan yang diberi secara disiplin. Anda juga perlu tahu bahawa sel dalam badan kita memerlukan tempoh 90 hari untuk menyerap semua nutrien & pembaharuan sel. Oleh itu, 3 bulan pertama pengambilan vitamin adalah sangat penting. Pastikan anda makan vitamin secara konsisten. Dah makan set subur Shaklee lebih daripada 6 bulan tapi belum ada hasil? Jangan putus asa. Ada yang menunggu bertahun-tahun untuk mengandung. Apa yang penting ialah konsisten dan jangan putus asa.

4. Adakah anda tidak terlepas waktu subur?

Anda dah makan vitamin yang betul, dengan aturan makan & dos yang betul secara konsisten. Persoalan seterusnya ialah adakah anda tidak terlepas waktu subur? Anda tidak akan mengandung kalau terlepas waktu subur kerana pada waktu inilah ovum dibebaskan untuk proses persenyawaan. Anda boleh membaca tentang cara menentukan waktu subur di sini.

5. Adakah anda mengamalkan tips kesuburan?

Adalah penting untuk anda mengetahui apakah perkara yang menyebabkan ketidaksuburan dan menjejaskan kesuburan. Di samping itu anda perlu mengamalkan doa & amalan supaya mudah mengandung, tips mudah mengandung cara Islam, tips meningkatkan kesuburan suami isteri,  Anda juga boleh mengamalkan petua hamil dengan 41 kuntum bunga cengkih yang saya kongsikan di sini. Istimewa untuk pelanggan saya, dengan setiap pembelian set subur Shaklee dari saya, anda akan mendapat Ebook Ekslusif Rahsia Mudah Mengandung secara percuma. Ebook ini bukan untuk dijual.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Jadi, anda dah jawab kelima-lima soalan yang saya senaraikan tadi? Bagaimana jawapan yang anda dapat? Kalau semuanya YA, tahniah! Anda teruskan makan set subur Shaklee dan jangan putus asa. Insya Allah akan ada rezeki anda dalam waktu terdekat. Kalau ada jawapan anda yang TIDAK, sekarang anda dah tahu kenapa anda dah makan set subur Shaklee tapi belum mengandung. Berminat untuk mendapatkan Set Subur Shaklee dengan harga istimewa + konsultasi terbaik + Ebook Rahsia Mudah Mengandung dengan percuma? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Rawatan PCOS Untuk Hamil

Saya telah membantu ramai wanita PCOS untuk hamil. PCOS atau Polycystic Ovarian Syndrom adalah penyakit yang menyebabkan kilang telur  atau ovari  seorang wanita menjadi bengkak disebabkan oleh benih-benih yang terperangkap didalam ovari dan tidak boleh keluar pada waktu subur.  Anda juga perlu tahu  apa itu PCOS, punca, simptom & diagnosa PCOS.  Perkara utama yang membayangi wanita PCOS ialah adakah mereka boleh hamil? Apakah rawatan PCOS untuk hamil?

rawatan pcos untuk hamil 300x256 Rawatan PCOS Untuk Hamil

Apakah Fungsi Ovari?

Tahukah anda apa fungsi utama ovari yang dikurniakan kepada setiap wanita? Apakah kaitan antara rawatan PCOS untuk hamil dengan ovari yang sihat? Untuk maklumat anda, ovari kita mempunyai 3 fungsi utama iaitu:

1. Mengeluarkan hormon Estrogen dan Progesterone iaitu hormon kewanitaan. Hormon ini mempengaruhi proses pertumbuhan payu dara, bentuk badan dan rambut.

2. Ovari  berfungsi mengawal kitaran haid, kesuburan dan kehamilan.

3. Ovari juga berfungsi mengeluarkan telur atau ovum untuk persenyawaan.

Wanita PCOS mempunyai ovari yang tidak sihat & tidak bersedia untuk kehamilan. Oleh itu, rawatan PCOS untuk hamil memberikan fokus kepada ovari yang sihat kerana ovari yang sihat adalah perkara paling penting untuk hamil.

rawatan pcos untuk hamil1 300x148 Rawatan PCOS Untuk Hamil

Apakah Tanda-tanda Ovari Tidak Sihat? 

Tidak subur atau mandul. Majoriti pesakit PCOS mengalami masalah untuk mengandung walau pun telah lama mencuba.
Kitaran haid yang tidak teratur  sama ada  jarak antara haid yang panjang, pendarahan yang sedikit, atau pun pendarahan yang berpanjangan.
Berlebihan berat badan akibat peningkatan berat badan.
Pertumbuhan rambut dianggota badan seperti dikaki, tumbuh misai, dipayudara, atau anggota badan yang lain.

Anda boleh membaca tanda-tanda yang lain di sini. Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan di atas, segera dapatkan rawatan PCOS untuk hamil supaya peluang anda untuk mengandung tidak terjejas dengan teruk. Lagi lama anda bertangguh, semakin teruk PCOS anda.

    Apakah Rawatan PCOS Untuk Hamil?

Fokus utama rawatan PCOS untuk hamil ialah:

  • Meningkatkan kesuburan
  • Membetulkan kitaran haid

Anda oleh mengamil Set PCOS Shaklee yang berfungsi untuk:

1. Merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur berkualiti setiap bulan. Set ini adalah sangat selamat dan hampir tiada kesan sampingan.

2. Membetulkan kitaran haid.

3. Ia juga membantu menghilangkan simptom PCOS seperti jerawat, senggugut, pertumbuhan rambut & bulu di anggota badan.

Insya Allah, set ini adalah rawatan PCOS untuk hamil yang terbaik untuk anda, tanpa kos rawatan yang tinggi. Berminat untuk mendapatkan Set PCOS Shaklee?  Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Rawatan PCOS Untuk Hamil

Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Kesuburan suami isteri adalah perkara paling penting sekiranya anda sedang merancang untuk mengandung, lebih-lebih lagi sekiranya anda atau pasangan mempunyai masalah kesuburan seperti low sperm count, kitaran haid tidak teratur,  telur tidak matang, cyst, fibroid, PCOS, Endometriosis atau pun sekiranya anda pernah mengalami keguguran akibat blighted ovum atau pun ectopic pregnancy (mengandung luar rahim). Jom saya kongsikan tips tingkatkan kesuburan suami isteri:

meningkatkan kesuburan 300x255 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Apakah Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri?

1. Berhenti menggunakan alat Perancang Keluarga
Apabila anda merancang untuk mengandung, anda perlu berhenti menggunakan pil perancang, suntikan, implan, IUCD dan sebagainya. Tubuh anda mungkin mengambil masa yang lama untuk menstabilkan semula hormon akibat berhenti daripada menggunakan alat perancang keluarga tersebut dan keadaan ini boleh menjejaskan kesuburan anda.

2. Hentikan Tabiat Buruk
Rokok dan alkohol adalah punca utama masalah ketidaksuburan & kesukaran untuk hamil. Oleh itu, salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan anda suami isteri ialah dengan membuang tabiat buruk tersebut.

meningkatkan kesuburan1 300x260 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

3. Kepuasan atau Klimaks 
Sesetengah pakar berpendapat bahawa kepuasan isteri semasa bersama suami adalah salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan sekali gus meningkatkan peluang untuk mengandung. Jadi, pastikan anda mendapat kepuasan semasa bersama.

4. Kenali waktu subur
Mengetahui waktu subur adalah kunci utama untuk mengandung. Nak tahu macam mana cara untuk mengira waktu subur? Anda boleh baca di sini. Anda juga boleh menggunakan kit ovulasi untuk mengetahui waktu subur dengan lebih tepat.

5. Berat Badan unggul
Pasangan yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Jadi, salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan suami isteri ialah dengan mendapatkan berat badan yang ideal.

6. Relaks
Tekanan & kemurungan merupakan antara punca ketidaksuburan. Sentiasa tenang & ceria, ia boleh meningkatkan kesuburan anda suami isteri.

7. Kurangkan Kafein
Kurangkan pengambilan kafein.  Jika dahulu anda minum tiga cawan sehari atau lebih, kini jadikannya hanya satu cawan. Kafein berlebihan boleh menyebabkan ketidaksuburan.

meningkatkan kesuburan2 300x153 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

8. Sperma Sihat
Untuk mendapatkan sperma yang sihat, suami isteri perlu mewujudkan persekitaran mesra sperma iaitu mengelakkan penggunaan penyembur vagina, tampon dan apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma. Suami juga perlu mengelakkan mandi air panas & pemakaian seluar dalam yang ketat. Pengambilan Set Suami Gagah Shaklee juga membantu.

Mudah saje kan untuk mempraktikkan 8 tips tingkatkan kesuburan suami isteri di atas? Anda boleh mula mengamalkannya hari ini. Anda juga boleh mengambil Set Kesuburan Shaklee yang telah membantu ramai pelanggan saya mengandung. Oh ya…anda juga boleh membaca tips meningkatkan kesuburan suami isteri di sini. Berminat untuk mendapatkan set kesuburan Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Punca Susah Mengandung

Anda sedang mencuba untuk mengandung? Tertanya-tanya kenapa anda masih belum berjaya mengandung walau pun dah buat macam-macam ikhtiar? Adalah penting untuk anda mengetahui punca-punca ketidaksuburan.  Sambil-sambil tu anda juga boleh baca testimoni pelanggan saya yang berjaya mengandung. Ok, jom saya ceritakan apakah punca susah mengandung.

punca susah mengandung 300x212 Punca Susah Mengandung

Apakah Punca Susah Mengandung? Dan Apakah Penyelesaiannya?

Haid Tidak Teratur

Salah satu punca susah mengandung ialah kitaran haid yang tidak teratur. Anda perlu mengetahui punca haid tidak teratur. Apabila haid anda tidak teratur, susah untuk anda menganggar bilakah waktu subur. Mengetahui tarikh subur adalah sangat penting dalam usaha anda untuk mengandung kerana anda perlu memastikan terdapat sperma yang aktif didalam rahim anda semasa badan anda berada dalam keadaan paling subur. Sekiranya anda mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur, anda boleh mengambil GLA Complex & Alfalfa untuk membetulkan kitaran haid anda.

Benih Tidak Berkualiti

Untuk mengandung, anda memerlukan benih yang berkualiti dari suami & isteri. Anda akan mengalami kesukaran untuk mengandung sekiranya suami anda mempunyai masalah kesuburan seperti low sperm count . Peluang anda untuk mengandung juga akan berkurangan sekiranya anda mempunyai masalah telur tidak matang. Jika anda atau suami mempunyai masalah benih tidak berkualiti, hubungi saya untuk konsultasi. Insya Allah, dengan pengambilan vitamin yang betul boleh meningkatkan kualiti benih anda.

Terlepas Waktu Subur

Anda tidak akan mengandung sekiranya anda terlepas waktu subur. Tak tahu bila waktu subur? Senang je, baca penerangan saya yang panjang lebar ni.

Duduk Berjauhan

Suami isteri yang duduk berjauhan sememangnya merupakan antara punca susah mengandung kerana agak sukar untuk anda memastikan anda tidak terlepas waktu subur. Tapi, anda jangan gundah gulana. Dah ramai pelanggan saya yang berjaya mengandung walapu pun tinggal berjauhan. Nak tahu tips nya? Amalkan set kesuburan Shaklee supaya anda berada dalam keadaan subur apabila berjumpa.

Stress

Anda stress? Ia juga merupakan punca susah mengandung. Amalkan gaya hidup sihat & jauhi stress. B Complex Shaklee merupakan vitamin gembira & anti stress. Dengan pengambilan B Complex, hidup anda akan bebas stress. Ia juga kaya dengan folic acid yang penting bagi ibu mereka yang sedang merancang untuk hamil.

Makanan Tajam

Makanan tajam seperti nenas, tapai, air kelapa & air coca cola boleh menyebabkan benih susah untuk lekat. Malahan, ia juga boleh menyebabkan benih yang telah melekat gugur dengan sendiri. Oleh itu, jika anda merancang untuk mengandung, elakkan mengambil makanan tajam di atas.

Penyakit

Penyakit seperti Cyst, Fibroid, PCOS, & Endometriosis juga boleh menjejaskan kesuburana anda & menjadi punca susah nengandung. Manakala penyakit kencing manis dikalangan suami juga boleh menyebabkan benih yang dihasilkan kurang berkualiti. Ramai pelanggan saya yang mempunyai cyst telah berjaya mengandung dengan Set Cyst Shaklee. Set Fibroid Shaklee pula dapat membantu anda yang mempunyai masalah fibroid. Bagi anda yang disahkan mengidap Endometriosis boleh mangambil Set Endometriosis Shaklee. Jika anda wanita PCOS, anda boleh baca entry ini.

Belum Rezeki

Kadang-kadang, anda belum mengandung kerana masih belum ada rezeki. Tuhan ingin menguji anda kerana dia sayang & mahu anda mendekatkan diri kepadanya, Anda boleh mengamalkan doa & tips  berikut untuk memudahkan anda mengandung. Pengambilan Set Kesuburan Shaklee secara konsisten juga akan membantu anda untuk mengandung.

Jika anda mempunyai kesukaran untuk mengandung, sila elakkan perkara-perkara yang boleh menjadi punca susah mengandung. Anda juga boleh berikhtiar dengan Set Subur Shaklee. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Susah Mengandung

Wanita PCOS Boleh Mengandung Atau Tidak

Kali ni saya nak bercerita tentang punca, simptom, diagnosa & rawatan untuk PCOS.  Ramai wanita yang mengidap PCOS bertanya kepada saya, sama ada wanita PCOS boleh mengandung atau tidak?  Jawapan saya, PCOS menyebabkan anda sukar untuk hamil namun YA! Anda masih berpeluang untuk hamil.

wanita pcos boleh mengandun 300x194 Wanita PCOS Boleh Mengandung Atau Tidak

WANITA PCOS BOLEH MENGANDUNG ATAU TIDAK?

PCOS bermaksud POLYCISTIC OVARIAN SYNDROM. Dalam bahasa mudahnya, PCOS ialah masalah reproduksi yang terjadi disebabkan oleh ketidakstabilan hormon yang mengakibatkan pesakit mengalami kitaran haid yang tidak menentu. PCOS disebabkan oleh masalah ketidakstabilan hormon, jadi anda boleh mengambil GLA Complex untuk membetulkan hormon  dan Set Kesuburan Shaklee untuk meningkatkan kesuburan anda.

Jika kitaran haid anda tak menentu, atau darah haid anda keluar lebih daripada 2 minggu, jangan berlengah. Cepat-cepat berjumpa doktor untuk memastikan sama ada anda mengidap PCOS atau tidak. Kajian menunjukkan 90% daripada wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur adalah pesakit PCOS. Malahan 30% daripada wanita yang langsung tidak pernah didatangi haid mempunyai masalah PCOS.

PUNCA & SIMPTOM  PCOS

Setakat ini, masih belum diketahui apakah punca utama PCOS berlaku. Di antara simptom PCOS ialah:

  • Haid yang tidak teratur
  • Tidak pernah didatangi haid
  • Hormon androgen yang tinggi (hormon lelaki yang menyebabkan bulu berlebihan tumbuh pada badan)
  • Polycystic ovari ( cyst dalam ovari)
  • Jerawat
  • Masalah keguguran rambut
  • Berat badan berlebihan
rahim+pcos Wanita PCOS Boleh Mengandung Atau Tidak
Rahim wanita PCOS
 
DIAGNOSA PCOS
Bagaimana cara untuk mendiagnos bagi mengenal pasti sama ada anda mengidap PCOS atau tidak? Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan cara:
  • Menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid
  • Ujian tahap hormon testosterone dalam badan
  • Ujian ultrasound
  • Mengapa wanita PCOS mempunyai risiko untuk sukar hamil:
  • PCOS menganggu ovulasi
  • Kegemukan
  • Kolesterol yang tinggi
  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Kanser rahim
RAWATAN PCOS
Setakat ini masih belum ada ubat untuk merawat PCOS. Ia adalah penyakit sepanjang hayat. Wanita PCOS yang ingin mengandung perlu mengambil pil menstabilkan hormon seperti GLA Complex  dan Set Kesuburan Shaklee untuk hamil. Jadi, jika anda mempunyai masalah haid tidak menentu, darah haid yang banyak & masalah berat badan, sila berjumpa doktor dengan kadar segara kerana ia boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil.
 
Anda sudah tahu jawapan kepada persoalan adakah wanita PCOS boleh mengandung atau tidak.  Set Kesuburan Shaklee adalah salah satu ikhtiar untuk anda mengandung. Hubungi saya untuk mendapatkannya dengan consultasion istimewa.
 
Cik Puan Nurul 2 300x170 Wanita PCOS Boleh Mengandung Atau Tidak

Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

Anda keguguran & tertanya-tanya apa punca dan tanda keguguran? Ramai wanita mengalami keguguran tanpa disedari. Tau-tau turun darah & berasa sakit perut. Kali ni saya nak kongsikan apakah punca keguguran yang tak semua orang tahu.

punca keguguran 300x258 Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

 Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

Di antara punca keguguran ialah:

 1. Kromosom yang tidak normal

Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal atau dikenali juga sebagai Blighted Ovum. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik berjumlah 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa. Kadang kala apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran.

Sekiranya anda mengalami keguguran buat pertama kali, jangan terlalu risau. Kemungkinan untuk anda hamil lagi dan melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika kehamilan kedua juga mengalami keguguran,  tisu janin anda perlu dihantar ke makmal untuk ujian kromosom. Sekiranya keputusan didapati normal, ujian-ujian yang lebih terperinci akan disarankan. Jika ujian mendapati  kromosom pada tisu janin  tidak normal, anda akan dirujuk kepada pakar genetik.

2. Kecacatan pada sistem peranakan

Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran mudah berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar atau dipanggil “cervical incompetence” juga boleh menyebabkan keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester kedua. Ini kerana  janin yang semakin membesar menyebabkan tekanan dalam rahim semakin tinggi lalu mengakibatkan  pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan sendiri.

Anda akan disarankan menjalani ujian Hysteroscopi atau Laparoscopi untuk memastikan samada anda mengalami ketidaknormalan pada rahim. Sekiranya anda disahkan mengalami kecacatan sistem peranakan, pembedahan yang sesuai mungkin akan disarankan. Sekiranya pangkal rahim anda longgar, doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan ikat pangkal rahim atau cervical cerclage.

3. Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan

Masalah lain seperti fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang sempurna dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.

Sekiranya anda mengalami fibroid, pembedahan membuang fibroid yang dipanggil myomectomy mungkin akan disarankan. Jika endometriosis menjadi punca masalah anda, pembedahan membuang sista dan tisu-tisu endometriosis juga akan disarankan oleh doktor. Walau bagaimana pun, sekiranya anda enggan melakukan pembedahan, terdapat beberapa vitamin Shaklee yang boleh mengatasi masalah fidroid & endometriosis.

ovarian cyst 300x225 Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

4. Masalah Immunologi

Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.

Walaupun rawatan terhadap masalah ini masih dalam peringkat eksperimen dan hasilnya tidak begitu memuaskan, doktor selalunya akan menyarankan rawatan ubat aspirin, heparin atau steroid untuk mengurangkan risiko keguguran anda.

5. Penyakit perubatan yang tidak terkawal

Penyakit seperti  tiroid, kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang yang kronik dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran. Pastikan masalah perubatan anda terkawal sebelum merancang untuk hamil. Jumpa doktor dan tukar cara hidup kepada yang lebih sihat.

6. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Jumpa doktor anda untuk memastikan anda bebas dari kencing manis sebelum hamil. Doktor mungkin akan menyarankan Pil Metformin sekiranya anda kebal pada insulin.Pastikan berat badan anda dalam BMI yang optimal dengan bersenam dan diet yang sesuai. Set kurus Shaklee boleh membantu anda untuk kurus dengan cepat.

7. Jangkitan Kuman

Jangkitan kuman seperti rubella, cytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.

Toxoplasmosis adalah disebabkan bakteria didalam najis kucing. Sekira anda pengemar kucing, keguguran bukan sebab untuk anda membuang kucing anda kerana kemungkinan besar anda sudah pun imun pada jangkitan ini, jadi risiko janin terjangkit dengan jangkitan toxoplasmosis adalah sangat rendah. Kajian perubatan menunjukkan 60% wanita sudahpun imun kepada toxoplasma sebelum mereka hamil lagi. Walau bagaimana pun, jumpa doktor sekiranya anda risau keguguran anda mungkin berpunca dari jangkitan kuman. Ujian darah boleh mengesahkan anda pernah mengidap penyakit ini tetapi mungkin tidak dapat memberikan jawapan samada ia penyebab keguguran anda. Rawatan Antibiotik mungkin akan disarankan.

kucing punca susah mengandu 212x300 Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

8. Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam Sekitar)

Kajian perubatan mendapati Nikotin yang disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran. Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa di atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Elakkan semua tabiat yang boleh merosakkan badan anda sebelum mencuba untuk hamil bagi memastikan kandungan yang sihat. Sekiranya anda mengesyaki tempat kerja anda boleh memberikan kesan terhadap kehamilan anda, beritahu doktor anda tentang kerisauan anda.

Itulah dia punca keguguran yang tak semua orang tahu. Anda boleh mengurangkan risiko keguguran dengan mengelakkan perkara yang saya sebutkan diatas dan mengamalkan Set Ibu Mengandung Shaklee yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Hubungi saya untuk mendapatkan Set Ibu Mengandung Shaklee anda hari ini.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

Keistimewaan Dan Khasiat Alfalfa Shaklee

Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat barat, Ia digunakan untuk tujuan kesihatan terutamanya bagi wanita baru bersalin. Oleh kerana alfalfa mempunyai 1001 kebaikan, Dr.Shaklee merumuskan alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang memberi manfaat kepada jutaan pengguna. Jom saya ceritakan keistimewaan dan khasiat Alfalfa Shaklee.

alfalfa shaklee Keistimewaan Dan Khasiat Alfalfa Shaklee

Keistimewaan dan khasiat Alfalfa Shaklee

 Alfalfa kaya dengan vitamin & mineral. Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.  Ia juga mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah.

Alfalfa membantu mengatasi penyakit Endometriosis, mengecutkan cyst & fibroid, mengatasi keputihan dan senggugut, milk booster, meningkatkan kesuburan, mengatasi masalah kekeringan ketika bersama, membantu masalah telur (ovum) tak matang, menguruskan badan, dan juga:

1.    Merawat masalah pencernaan

2.    Mengawal kadar kolestrol dalam darah

3.    Menghapuskan kolestrol buruk ‘LDL’ dari tubuh

4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah

6.    Mencegah edema – Pengumpulan air dalam badan

7.    Mengurangkan simptom menopous

8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan

9.    Merawat masalah sembelit.

10.  Menyahkan toksin dalam tubuh

11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi

12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

13.  Membantu masalah penghadaman

14.  Membantu membanyakkan susu (milk booster)

15.  Mengurangkan masalah pundi kencing

16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati

17.  Meningkatkan kesihatan prostat

18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita

19.  Menghangatkan hubungan suami isteri

20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Ada bermacam jenama alfalfa di pasaran, kenapa Alfalfa Shaklee adalah yang terbaik? Apakah keistimewaan dan khasiat Alfalfa Shaklee berbanding alfalfa jenama lain?

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)

2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia

3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji

4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi

5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit

6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.

7.  Membersihkan hati

8.  Membantu melengkapkan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang

Banyak betul keistimewaan dan khasiat Alfalfa Shaklee kan? Anda nak cuba sebotol? Hubungi saya sekarang untuk mendapatkannya dengan harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Keistimewaan Dan Khasiat Alfalfa Shaklee

pixel Keistimewaan Dan Khasiat Alfalfa Shaklee

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.