-

Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Sakit kepala sering terjadi kepada ibu mengandung. Sepanjang tempoh kehamilan, jangan sesekali makan ubat yang dibeli dari farmasi tanpa perscription dari doktor kerana dikhuatiri boleh menjejaskan bayi dalam kandungan. Jom saya kongsikan tips hilangkan sakit kepala semasa mengandung tanpa makan ubat.

tips hilangkan sakit kepala 300x238 Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Sebagai seorang pengamal natural remedy, sepanjang mengandung sebolehnya saya akan elakkan daripada ambil apa-apa ubat,  termasuklah panadol & ubat tahan sakit. Walau pun kata doktor, tak akan menjejaskan bayi dalam kandungan saya. Bila dilanda sakit kepala saya akan cari tips hilangkan sakit kepala semasa mengandung tanpa makan ubat. Anda boleh lah cuba.

1. Minum banyak air kosong

Di antara punca sakit kepala ialah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Terutamanya bagi ibu yang sedang mengalami morning sickness. Sekejap sekejap muntah, maka air dalam badan akan berkurangan. Begitu juga sekiranya cuaca terlalu panas. Oleh itu, pastikan anda minum air masak secukupnya.

2. Pisang

Selain kaya dengan potasium. pisang juga kaya dengan magnesium yang membantu menghilangkan sakit kepala.

3. Ais batu

Balut ais batu dengan towel kecil & tekapkan ke kepala. Kalau nak mudah, boleh gunakan cool fever yang selalu kita pakaikan ke dahi anak semasa anak demam. Konsepnya sama je, untuk menyedut kepanasan dari dalam kepala.

tips hilangkan sakit kepala1 300x238 Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

4. Basahkan rambut

Selain gunakan ais batu, anda juga boleh gunakan teknik membasahkan kepala. Kalau ada bath tub, boleh berendam sambil basahkan kepala. Atau pun duduk dibawah air pancuran (shower). Kalau kepala terlalu sakit dan merbahaya untuk berada di dalam bilik air, boleh juga balut kepala dengan tuala yang dibasahkan.

5. Rendam kaki dalam air sejuk

Tips hilangkan sakit kepala semasa mengandung tanpa makan ubat yang seterusnya ialah dengan merendam kaki dalam air sejuk. Ini merupakan kedah tradisional yanh diamalkan oleh orang cina sejak zaman dulu. Cubalah!

6. Teh kulit kayu manis

Bancuh secawan teh & rendamkan sebatang kulit kayu manis. Selepas 5 minit keluarkan kulit kayu manis tersebut & minum. Insya Allah anda akan berasa segar & sakit kepala akan hilang.

7. Teh Peppermint Ginger Plus

Masukkan 3 biji Peppermint Ginger Plus ke dalam1 cawan air panas dan minum sehingga habis. Vitamin semulajadi Shaklee ini akan membantu menghilangkan sakit kepala dan sekali gus membuang angin yang ada didalam badan. Harganya cuma RM45 sebotol, dan ia merupakan teman yang sangat berguna sepanjang tempoh mengandung, malah sehingga waktu berpantang.

tips hilangkan sakit kepala2 300x238 Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Insya Allah di masa akan datang saya akan kongsikan lagi tips hilangkan sakit kepala semasa mengandung tanpa makan ubat yang lain. Banyak lagi tips saya nak kongsikan ni . Nak order Pepermint Ginger Plus untuk sakit kepala? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Tips atasi alahan semasa mengandung adalah soalan paling kerap ditanya oleh pelanggan saya yang berjaya mengandung dengan Set Kesuburan Shaklee.  Jika anda mengalami alahan mengandung, anda boleh amalkan tips yang akan saya kongsi sebentar lagi bersama Set Morning Sickness Shaklee yang sememangnya berkesan.

tips atasi alahan semasa me 300x252 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Berkesan Berdasarkan Pengalaman Saya Sendiri.

Berikut adalah tips alahan mengandung yang boleh anda amalkan. Insya Allah sangat membantu. Saya morning sickness sampai masuk trimester kedua. Hilang 20 kg! Berikut adalah apa yang saya amalkan:

1. Jangan biarkan perut lapar

Walau pun tak berselera untuk makan, paksa diri untuk makan supaya perut kita tak kosong & masuk angin. Kalau masuk angin nanti kembung pulak, lagi menambahkan sakit yang ada.

2. Makan sikit tapi kerap

Kalau makan banyak, nanti kita muntah. Jadi makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.

3. Elakkan makanan yang berbau kuat

Sesetengah makanan mempunyai bau yang kuat macam tempoyak. Elakkan makanan yang berbau.

4. Elakkan makanan pedas & berempah

Kalau makan makanan yang berempah, bila kita muntah tekak akan berasa pedih & sakit. Oleh itu sebolehnya elakkan makanan berempah.

5. Makan buah atau salad

Buah dapat membekalkan gula yang hilang dari badan akibat muntah-muntah. Buah & salad yang segar boleh membuka selera kita untuk makan.

tips atasi alahan semasa me1 300x227 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

6. Jangan terlalu memikirkan tentang alahan yang dialami

Elakkan berkurung didalam bilik kerana anda akan sentiasa berfikir tentang alahan. Ajak suami jalan-jalan ambil angin di luar. Sedut udara segar. Insya Allah anda akan berasa lebih selesa.

7. Elakkan bau-bauan

Car perfume, wangian rumah, aromaterapi, seeloknya dielakkan kerana aroma yang dikeluarkan akan menambahkan lagi alahan yang anda alami. Buka pintu & tingkap untuk pengudaraan supaya udara dalam rumah menjadi segar.

8. Mandi awal pagi

Bila kita mandi awal, badan akan berasa segar & mengurangkan alahan mengandung yang dialami.

9. Makan apa yang berselera

Satu tips alahan mengandung yang paling penting ialah makan apa yang kita berselera. Kalau kita berselera makan epal, makanlah epal setiap hari. Jangan paksa diri makan nasi.

10. Minta sokongan suami

Sesetengah suami tidak memahami penderitaan yang kita alami. Jika menghadapi situasi sebegitu, berterus-terang dengan suami & minta sokongan beliau. Insya Allah suami akan sentiasa ada di sisi kita.

11. Set Morning sickness Shaklee

Waktu mengandung dulu saya belum kenal Shaklee. Menyesal sebab tak jumpa Shaklee sejak dulu. Set Morning Sickness Shaklee telah membantu ramai pelanggan saya menghilangkah alahan mengandung yang dialami. Harganya pun murah. Berbaloi sangat duit yang anda keluarkan untuk set ini.

set morning sickness Shakle 213x300 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

morning sickness tips 212x300 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Semoga tips atasi alahan semasa mengandung ini bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan Set Morning Sickness Shaklee dengan harga istimewa? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Atasi Alahan Semasa Mengandung

Set Morning Sickness Shaklee Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Teruk

Nama je morning sickness, tapi loya & muntah sepanjang hari. Sampai sekarang tidak diketahui punca sebenar morning sickness. Kemungkinan besar disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku secara mendadak di dalam badan ibu yang mengandung. Di samping itu, saya cadangkan anda ambil Set Morning Sickness Shaklee atasi alahan semasa mengandung yang teruk.

alahan semasa mengandung 300x294 Set Morning Sickness Shaklee Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Teruk

Set Morning Sickness Shaklee

Peppermint Ginger Plus

  • Ia tidak akan mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba utk mengurangkan morning sickness ibu hamil.
  • Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.
  • Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.
  • Pengambilan vitamin ini akan membantu mengurangkan loya yang dihadapi.

 B Complex

  • Kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah morning sickness yang dihadapi. Pyridoxine ni adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu B6. Kebaikan Pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama  Asid Folik (B9),  Niacin (B3) & Cobalamin (B12). Mana nak dapat semua Vitamin B ni? Jawapannya: B Complex Shaklee mengandungi semua Vitamin B yang disebut tadi. Bagus kan?
  • B Complex juga merupakan vitamin yang boleh membantu anda berasa gembira & anti stress.

Jom baca testimoni pelanggan saya yang berpuas hati dengan set morning sickness Shaklee untuk mengatasi alahan semasa mengandung yang teruk:

alahan semasa mengandung1 213x300 Set Morning Sickness Shaklee Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Teruk
alahan semasa mengandung2 213x300 Set Morning Sickness Shaklee Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Teruk

Anda sedang mengalami morning sickness? Hubungi saya untuk mendapatkan set ini dengan aturan makan yang betul & harga istimewa. Jangan berlengah lagi. Segera dapatkan Set Morning sickness Shaklee untuk mengatasi alahan semasa mengandung yang teruk. Hubungi saya untuk order!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Set Morning Sickness Shaklee Atasi Alahan Semasa Mengandung Yang Teruk

Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

Alahan semasa mengandung atau morning sickness sangat menyiksakan. Istimewa untuk anda, saya kongsikan tips atasi muntah dan loya semasa mengandung.  Anda juga boleh mengambil Set Morning Sickness Shaklee untuk mengatasi alahan yang anda alami.

muntah dan loya 300x226 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

Morning sickness boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan terjejas kerana anda tidak boleh memenuhi keperluan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain.

Jika anda mengalami morning sickness, berikut adalah beberapa tips atasi alahan mengandung yang boleh diamalkan:

1. Makan kurma & kismis.

2. Amalkan sesudu madu setiap pagi.

3. Makan biskut kering apabila berasa loya.

4. Sediakan limau nipis di sisi. Cium bau limau nipis apabila loya.

5. Elakkan memakan asam terlalu banyak kerana ia akan menyebabkak perut berasid.

6. Makan tembikai diwaktu pagi kerana ia mampu membantu mengurangkan rasa loya & mual anda.  Kandungan air didalam tembikai akan membantu mengelakkan anda daripdada dehidrasi. Mineral didalam tembikai akan mengembalikan zat yang hilang akibat muntah-muntah.

muntah dan loya1 300x284 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung
alahan semasa mengandung1 213x300 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung
alahan semasa mengandung2 213x300 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung
 

7. Elakkan bau atau makanan yang boleh menyebabkan anda berasa mual.

8. Makan sikit tapi kerap.

9. Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut.

10. Aromaterapi juga boleh membantu anda. Dapatkan bau yang segar.

Insya Allah tips atasi muntah dan loya semasa mengandung ini akan membantu anda. Anda juga boleh mengambil Set Morning Sickness Shaklee untuk mengatasi masalah alahan yang anda alami. Alhamdulillah, dengan dos & aturan yang betul, ia telah membantu ramai ibu mengandung di luar sana. ESP Shaklee juga membantu ibu hamil untuk kembali bertenaga. Berminat untuk mendapatkannya? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

pixel Tips Atasi Muntah Dan Loya Semasa Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.