-

Punca Peranakan Jatuh Yang Ramai Wanita Tak Tahu

Alhamdulillah entry saya mengenai tanda peranakan jatuh dan cara tradisional untuk menaikkan rahim jatuh mendapat respons yang di luar dugaan. Rupanya ramai wanita di Malaysia yang mengalami masalah rahim jatuh tapi tak sedar. Di atas permintaan ramai, kali ni saya nak ceritakan tentang punca peranakan jatuh yang ramai wanita tak tahu.

punca rahim jatuh2 300x204 Punca Peranakan Jatuh Yang Ramai Wanita Tak Tahu

Punca Peranakan Jatuh Yang Ramai Wanita Tak Tahu

Di antara punca-punca peranakan jatuh ialah:

1. Kemalangan

Tak perlu kemalangan yang teruk. Kemalangan yang kecil pun akan menyebabkan rahim jatuh jika punggung anda terhentak. Saya sendiri tak sedar kedudukan rahim saya jatuh, sehingga saya berurut untuk menghilangkan senggugut. Kata makcik tu rahim saya jatuh, dan dia urut untuk betulkan semula rahim saya. Bila difikirkan, saya cuma pernah kemalangan sekali je. Jatuh motor ;P

2. Angkat benda berat

Mengangkat benda berat boleh menyebabkan peranakan kita jatuh. Oleh itu, elakkan daripada angkat benda berat. Contoh benda berat? Alihkan meja, angkat beg baju, alihkan mesin basuh, dan sebagainya.

3. Menolak benda dengan hujung kaki iaitu, ibu jari

Satu lagi punca peranakan jatuh yang ramai wanita tak tahu ialah menolak benda dengan hujung kaki iaitu ibu jari kaki. Ingatlah…. jangan sesekali buat macam tu kalau sayangkan peranakan anda.

4. Aktif bersukan

Sukan yang ganas juga boleh menyebabkan peranakan jatuh. Contohnya taek wan do, gusti, berkuda dan sukan lasak yang lain.

punca rahim jatuh3 Punca Peranakan Jatuh Yang Ramai Wanita Tak Tahu

5. Tak berpantang dengan betul

Jika anda baru bersalin atau keguguran, pastikan anda berpantang dengan betul bagi mengelakkan bentan & rahim jatuh. Set Berpantang Shaklee adalah teman terbaik anda semasa berpantang.

6. Aktiviti lasak

Aktiviti lasak seperti menunggang gajah & menunggang jetski boleh menjadi punca rahim jatuh. Naik banana bot pun bahaya tau, sebab bila kita dijatuhkan ke dalam air, badan kita terhempas.

7. Seks terlalu ganas

Jika anda mempunyai masalah rahim lemah semasa mengandung, selepas bersalin atau disebabkan keguguran, seks yang terlalu ganas boleh menjadi punca rahim jatuh.

Jadi, sekarang anda dah tahu 7 punca peranakan jatuh yang ramai wanita tak tahu. Kalau rahim anda jatuh, jangan berlengah. Order Set Menaikkan Rahim Shaklee anda hari ini juga. Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Peranakan Jatuh Yang Ramai Wanita Tak Tahu

Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Hari tu saya ada bercerita tentang tanda peranakan jatuh. Allah! Terkejut saya dengan respons dari para pembaca. Menderu-deru sms dan whatsapp masuk ke telefon saya bertanyakan macam mana nak betulkan peranakan jatuh. Baiklah, seperti yang dijanjikan, kali ni saya kongsikan cara tradisional untuk menaikkan peranakan yang jatuh.

petua menaikkan rahim 293x300 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Cara tradisional yang akan saya kongsikan ini sememangnya telah diamalkan sejak dulu & terbukti berkesan. Jika rahim anda jatuh, bolehlah cuba cara tradisional untuk menaikkan peranakan yang jatuh berikut:

1. Berurut Atau Sengkak Rahim

Cari tukang urut atau bidan yang pandai untuk menaikkan semula peranakan. Ada yang panggil urutan ni Sengkak Rahim. Jika anda mengandung, jangan lupa untuk bagitahu sebelum berurut. Insya Allah bidan tu tahu cara mengurut untuk ibu mengandung.

2. Senaman Kegel

Senaman yang mudah. Caranya kemut seperti anda sedang menahan kencing. Tapi dalam kedudukan yang berikut:

petua menaikkan rahim1 300x220 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Kalau tak boleh buat sendiri, minta bantuan sesiapa untuk tolong pegangkan kaki. Kira 1-20 sambil mengemut. Bernafas seperti biasa. Lepas tu boleh turunkan kaki.  Kira 1-20 dan berehat. Kemudain naikkan kaki semula. Buat setakat yang larat. Jangan paksa diri.

3. Urutan sendiri

Kalau anda tak dapat cari bidan atau tukang urut yang boleh naikkan rahim, untuk sementara waktu anda boleh lakukan urutan sendiri. Cara-caranya ialah:

  • Sapu minyak ke perut & urut perlahan-lahan untuk melembutkan urat perut.
  • Bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan sila angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke sebelah atas ( ke arah pusat).
  • Bengan lembut, urut dari bawah naik ke atas
  • Kalau rasa sengal atau sakit, berhenti dulu dan ulang sehingga anda rasa lega.
  • Rehat seketika sebelum bangun.

4. Bertungku

Bertungku boleh membantu menaikkan peranakan. Semasa bertungku, tolak peranakan anda ke atas dengan gaya seperti mencungkil. Bertungku 2 kali sehari iaitu awal pagi & lewat petang. Seeloknya gunakan batu sungai. Cari batu sungai yang bulat dan tak terlalu berat. Yang penting ialah anda mampu nak pegang batu tu sepanjang peroses bertungku tanpa rasa lenguh.

petua menaikkan rahim2 300x288 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

5. Bertangas

Stim berherba yang masuk ke badan semasa bertangas akan membantu membetulkan semula kedudukan peranakan anda. Jangan lupa untuk bertungku selepas bertangas.

6. Set Menaikkan Rahim Shaklee

Di samping cara-cara tradisional yang saya nyatakan tadi, anda juga boleh menaikkan peranakan dengan mengambil Set Menaikkan Rahim Shaklee. Nak tahu macam mana set ini menbantu peranakan yang jatuh?

menaikkan rahim2 300x193 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Energizing Soy Protein (ESP) berfungsi untuk menguatkan sel-sel otot rahim supaya otot rahim menjadi kuat semula. Macam mana ia berfungsi? ESP kaya dengan protein yang menjadi makanan utama sel-sel dalam tubuh badan kita. Apabila sel dalam otot rahim mendapat makanan yang berkualiti, ia akan menjadikan otot rahim menjadi kuat & berfungsi dengan baik.

Alfalfa Complex adalah herba yang dipanggil kacip fatimah moden.  Pengambilan Alfalfa dengan dos & aturan makan yang betul akan menjadikan rahim kita kuat & insya Allah membantu menaikkan rahim ke kedudukan yang asal.

Set Menaikkan Rahim Shaklee ini terdiri daripada vitamin semulajadi yang selamat dan sesuai untuk semua wanita, termasuk ibu mengandung. Insya Allah pengambilan set ini secara konsisten akan membantu menaikkan peranakan anda yang jatuh, menguatkan rahim & mengelakkan rahim anda daripada jatuh lagi.

Semoga cara tradisional untuk menaikkan peranakan yang jatuh tadi bermanfaat untuk anda. Nak cuba berikhtiar dengan Set Menaikkan Rahim Shaklee?  Hubungi saya untuk mendapatkannya dengan harga istimewa & konsultasi terbaik.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

pixel Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.