-

Testimoni Mealshake Untuk Sembelit Kanak-kanak

Ramai betul yang hubungi saya & ceritakan masalah anak sembelit. Macam-macam dah usaha. Dah tukar susu, dah bagi makan sayur & buah, tetap sembelit. Hancur hati tengok anak menangis tiap kali membuang. Saya cadangkan anda berikan Mealshake kepada anak yang sembelit. Insya Allah berkesan. Tak percaya? Jom saya kongsikan testimoni Mealshake untuk sembelit kanak-kanak, yang dikongsikan oleh pelanggan saya.

testimoni mealshake hilangk11 300x158 Testimoni Mealshake Untuk Sembelit Kanak kanak

Testimoni pertama: Ini adalah testimoni terbaru yang saya dapat pagi tadi. Beliau hubungi saya pada hari Isnin 9/5/2016 yang lepas berceritakan tentang anak saudaranya yang sembelit. Petang tu juga saya hantar Mealshake ke sana. Pagi tadi 11/5/2016, selepas 2 hari hantar Mealshake saya hubungi beliau semula bertanyakan kalau ada perkembangan positif. Nah, anda baca sendiri icon smile Testimoni Mealshake Untuk Sembelit Kanak kanak

testimoni mealshake hilangk 215x300 Testimoni Mealshake Untuk Sembelit Kanak kanak

testimoni mealshake hilangk1 214x300 Testimoni Mealshake Untuk Sembelit Kanak kanak

Testimoni kedua: Ibu ni seorang tentera. Anak beliau memang ada masalah sembelit sejak baby lagi. On and off. Alhamdulillah selepas amalkan Mealshake setiap hari, anak beliau tak sembelit lagi.

testimoni mealshake hilangk2 300x213 Testimoni Mealshake Untuk Sembelit Kanak kanak

Testimoni ketiga: Anak beliau yang berumur setahun lebih tiba-tiba kena sembelit teruk. Tiap hari kena makan ubat melembutkan najis, kalau skip je sembelit. Dah kesian nak bagi makan ubat, beliau tukar kepada ubat masuk dalam bontot. Pun sama, kalau termiss terus sembelit. Alhamdulillah, selepas seminggu mengamalkan Mealshake, anak beliau tak sembelit lagi.

testimoni mealshake hilangk3 300x259 Testimoni Mealshake Untuk Sembelit Kanak kanak

Testimoni keempat: Anak tadika yang kerap sembelit. Alhamdulillah, syukur ada Mealshake kata emaknya icon smile Testimoni Mealshake Untuk Sembelit Kanak kanak

testimoni mealshake hilangk4 300x255 Testimoni Mealshake Untuk Sembelit Kanak kanak

Sebenarnya ada banyak lagi testimoni pelanggan saya, tapi tak sempat nak save semua. Saya kongsikan dulu testimoni pengguna lain yang berjaya hilangkan sembelit anak dengan Mealshake Shaklee.

testimoni mealshake hilangk5 300x157 Testimoni Mealshake Untuk Sembelit Kanak kanak

testimoni mealshake hilangk6 300x129 Testimoni Mealshake Untuk Sembelit Kanak kanak

testimoni mealshake hilangk7 300x234 Testimoni Mealshake Untuk Sembelit Kanak kanak

testimoni mealshake hilangk8 300x164 Testimoni Mealshake Untuk Sembelit Kanak kanak

testimoni mealshake hilangk9 300x224 Testimoni Mealshake Untuk Sembelit Kanak kanak

testimoni mealshake hilangk10 300x160 Testimoni Mealshake Untuk Sembelit Kanak kanak

Alhamdulillah, itulah testimoni Mealshake untuk sembelit kanak-kanak  yang sempat saya kumpulkan. Anak anak sembelit? Jangan tunggu lagi. Kesian kat anak. Order Mealshake anda sekarang. Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Testimoni Mealshake Untuk Sembelit Kanak kanak

Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

Biasanya ibu-ibu akan mula memikirkan untuk bercerai susu apabila anak mencecah umur 2 tahun atau pun apabila ibu mengandung lagi. Apa-apa pun tahniah saya ucapkan kerana anda telah berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun & setakat yang termampu. Anda sememangnya ibu yang HEBAT! Jom saya kongsikan petua bercerai susu badan yang berkesan untuk anda amalkan.

petua putus susu2 300x241 Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

Ada macam-macam cara untuk putus susu. Ada yang kedengaran agak kelakar, ada yang kedengaran agak kejam. Apa-apa pun kita perlu mencuba setiap petua berikut sehingga mendapat cara yang sesuai dengan anak. Kerana setiap anak adalah berbeza.

1. Selotape puting susu

Kedengaran agak kelakar kan? Tapi silalah cuba. Anak pasti terkejut bila buka takde puting. Tapi anak-anak yang agak bijak & panjang akal mungkin dengan selamba akan buka selotape tu dengan sendiri. Comel! Peringatan: Jangan gunakan selotape dengan gam yang kuat, nanti ngilu pulak bila nak cabut semula.

2. Sirap atau kordial merah

Warna merah tersebut boleh dianggap sebagai darah. Setiap kali anak nak menyusu bagitau yang puting kita sakit & berdarah. Buatlah memek muka orang sakit. Untung-untung anak akan termakan dengan helah kita, dan rasa kasihan atau jijik nak menyusu.

3. Nescafe atau kopi

Nescafe dan kopi kan rasa pahit? Jadi bila anak menyusu dia akan rasa tak sedap.

4. Belacan

Ya! Bau belacan adalah BUSUK. Anak kita pasti tak suka puting yang berbau busuk & rasa entah apa-apa. Tapi bersiap sedialah, nanti badan kita pun berbau belacan. Walau bagaimana pun, ramai ibu yang bagi feed back petua gunakan belacan ni berkesan.

5. Daun kobis

Tekapkan daun kobis ke payudara kita untuk mengeringkan susu. Bila susu kering, anak akan rasa kecewa tiap kali menyusu tak dapat apa-apa hasil. Lama-lama dia akan jadi boring dan taknak menyusu lagi.

petua putus susu3 300x222 Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

6. Akar patawali

Caranya potong akar patawali and ambil getah dia & sapu kat puting. Ianya rasa sangat pahit. Getahnya tu tidak berbau & tidak mengotorkan baju dalam. Pokoknya jenis menjalar & menggerutu dan mudah dijumpai di kampung-kampung. Akar pokok ini juga biasanya direbus & diminum oleh orang yang ada kecing manis (diabetis).

7. Tunjuk Langit

Caranya kupas bijinya & ambil isinya yang berwarna putih. Hancurkan isinya itu & sapu di puting. Buah ni rasanya sangat pahit, insya Allah akan membantu dalam usaha kita untuk bercerai susu.

8. Doa putus susu

Selain itu, kita juga boleh amalkan dos putus susu berikut. Selain memudahkan proses putus susu, doa ini juga boleh diamalkan untuk menghilangkan tabiat buruk anak seperti bantal busuk, mengisap puting, dan lain-lain.

petua putus susu 300x186 Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

9. Pujuk anak dengan lembut

Terangkan dengan lembut kenapa anak dah tak boleh menyusu.Bagitahu bahawa dia sudah besar. Atau pun jika anda mengandung, terangkan tentang adik yang ada dalam kandungan. Kebiasaanya anak menyusu untuk menenagkan diri jadi cipta aktiviti lain untuk menenangkan anak. Contohnya membaca bersama.

10. Lengahkan masa penyusuan

Melambatkan masa penyusuan akan lebih berkesan sekiranya anak anda lebih tua dan boleh memahami penerangan anda. Apabila anak yang bertatih minta disusukan, katakan anda akan menyusukannya dalam sedikit masa dan alihkan tumpuannya kepada aktiviti lain. Jangan menyusukannya di awal petang dan beritahu dia mesti tunggu sampai masa tidur.

11. Gantikan susu dengan benda lain

Setiap kali anak minta untuk menyusu, anda boleh berikan Mealshake Shaklee berperisa vanilla yang harum dan enak. Rasanya seperti aiskrim vanilla, anak-anak pasti suka. Mealshake bukan sahaja mengenyangkan, malah ia mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh anak yang sedang membesar. Kalau sebelum ni anak kita sihat kerana mendapat khasiat dari susu ibu, sekarang anda tidak perlu risau. Insya Allah Mealshake akan membantu meningkatkan imuniti, meningkatkan selera makan,  dan memastikan anak mendapat semua nutrisi yang diperlukan. Oleh itu, tiap kali anak nak menyusu boleh gantikan dengan Mealshake Shaklee. Macam mana sukatan untuk bancuh Mealshake? Nak tahu? Hubungi saya.

petua putus susu1 300x284 Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

Semoga petua bercerai susu badan yang berkesan tadi bermanfaat untuk anda. Bolehlah dicuba setiap petua di atas satu persatu sehingga berjumpa dengan petua yang serasi dengan anak. Berminat untuk mendapatkan Mealshake dengan harga istimewa? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Bercerai Susu Badan Yang Berkesan

8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

Ramadhan tak bermakna kita jadi lembik dan tak bersemangat untuk bekerja. Jangan macam tu! Berpuasa bukan alasan untuk kita tak produktif. Jom saya kongsikan 8 tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan. Mudah sahaja. Khas untuk anda.

kekal bertenaga sepanjang r2 300x227 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

Di antara tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan yang boleh anda amalkan ialah:

1. Banyakkan minum air masak. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air kosong sehari. Dari waktu berbuka sehingga bersahur, minum air secara sedikit tetapi kerap. Pengambilan air yang mencukupi adalah penting bagi memastikan badan tidak dehydrated.

2. Jangan terlalu fokus dengan kerja. Jangan lakukan kerja secara berterusan tanpa rehat. Berhenti setiap setengah jam untuk meregangkan otot. Jika anda bekerja di hadapan komputer, alihkan pandangan dari komputer sekurang-kurangnya  selama 5 minit. Bangun dan berjalan-jalan juga akan membantu anda.

3. Buat senaman ringkas. Anda rasa mengantuk? Buat senaman ringkas. Berjalan-jalan pun dah kira ok. Naik turun tangga ke. Mudah je kan tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan?

kekal bertenaga sepanjang r1 300x171 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

4. Pewangi. Semburan perfume ke tubuh badan boleh mencergaskan badan yang lesu. Atau pun anda boleh gunakan pewangi bilik. Bau Lavender boleh memberikan efek ketenangan & bila anda tenang, insya Allah anda akan rasa bertenaga dan cergas.

5. Dapatkan tidur yang cukup. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya. Jika anda bangun Qiamullail di tengah malam, anda boleh tidur sebentar di antara ibadah yang dijalankan.

6. Jangan tidur selepas Subuh. Elakkan tidur selepas Subuh kerana ia akan menyebabkan badan menjadi lesu & tidak bermaya.

7. Mandi air sejuk sebelum Subuh. Mandi air sejuk sebelum Subuh sememangnya memberikan kesegaran & membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari. Sekali gus meningkatkan kesihatan tubuh badan. Orang zaman dulu, waktu Subuh dah mandi air perigi. Sebab tu mereka sihat. Dah tua pun masih gagah.

8. Pengambilan makanan tambahan. Set Combo Ramadhan Shaklee atau juga dikenali sebagai Set Mighty 3 Gems adalah makanan tambahan yang membantu anda kekal bertenaga sepanjang Ramadhan. Belum cuba belum tahu, dah cuba pasti anda jatuh cinta.

Apakah fungsi vitamin-vitamin dalam set ini? Bagaimana ia membantu kita kekal bertenaga semasa berpuasa? Performance Drink membekalkan elektrolit & bendalir untuk mencegah dehydration. ESP Shaklee mengawal paras gula dalam darah supaya berada pada paras yang sihat sepanjang hari. Mealshakes kaya dengan nutrien dan membekalkan serat & protein untuk tubuh badan.

kekal bertenaga sepanjang r 300x278 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang RamadhanSemoga 8 tips kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan Set Combo Ramadhan dengan harga terbaik & aturan makan yang betul? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 8 Tips Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Ramadhan

Promosi MealShakes Shaklee Buy 6 Free 1

Untuk bulan Mei 2014, Shaklee mengadakan promosi MealShakes Shaklee buy 6 free 1. Rugi kalau tak ambil peluang ni, sebab Meal Shakes sememangnya makanan tambahan yang sedap & berkhasiat. Bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, tapi juga untuk seisi keluarga. Anda juga boleh mencuba resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus yang saya kongsikan di sini.

mealshakes 300x227 Promosi MealShakes Shaklee Buy 6 Free 1

 

Kenapa anda rugi kalau terlepas promosi MealShakes Shaklee buy 6 free 1 ini?

Sebelum tu kita kenali dulu apa itu Meal Shakes Shaklee:

Selalunya kita akan bagi multivitamin kepada anak-anak kan? Tapi dalam bentuk pil. Meal Shakes adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang sangat harum & berperisa vanilla yang sedap.  Anak-anak pasti takde masalah untuk mengambil Meal Shakes setiap hari. Dan bila anda dah mula bagi Meal Shakes kat anak, bersiap-sedialah untuk menghadapi situasi-situasi berikut:

1. Selera anak makin menjadi-jadi & asyik minta makanan

Ini bukan auta. Kalau anak anda jenis susah makan & picky eater, Meal Shakes pasti membantu kerana Meal Shakes adalah pencetus selera makan anak-anak. Tak percaya? Jom tengok testimoni-testimoni pelanggan saya ni:

PhotoGrid 1399617229437 300x300 Promosi MealShakes Shaklee Buy 6 Free 1

PhotoGrid 1399617366007 300x300 Promosi MealShakes Shaklee Buy 6 Free 1

PhotoGrid 1399617730383 300x300 Promosi MealShakes Shaklee Buy 6 Free 1

PhotoGrid 1399617512122 300x300 Promosi MealShakes Shaklee Buy 6 Free 1

2. Tiada lagi sembelit

Anak ada masalah pencernaan? Insya Allah Meal Shakes Shaklee boleh membantu mengatasi masalah sembelit anak anda.

3. Meningkatkan inumiti

Anak selalu demam? Selsema? Berjangkit dari kawan-kawan di taska atau tadika? Ianya disebabkan oleh imuniti anak yang rendah. Bila anak makan Meal Shakes, insya Allah akan mendapat muitivitamin yang diperlukan setiap hari. Sekali gus meningkatkan imuniti anak.

4. Mengurangkan asma, lelah, Bronkitis?

Anak anda selalu semput? Berikhtiarlah dengan Meal Shakes. Insya Allah membantu. Dulu anak saya mengidap Bronkitis, siap ada mesin nebulator kat rumah. Sekarang Alhamdulillah dah lama mesin tu tersadai tak digunakan lagi.

5. Meningkatkan konsentrasi anak semasa belajar

Cubalah sendiri. Anda pasti akan nampak hasilnya. Insya Allah apabila anak fokus semasa balajar, akan mendapat keputusan peperiksaan yang semakin baik.

Siapa yang boleh mengambil Meal Shakes Shaklee?

Ia sesuai diambil oleh kanak-kanak berumur setahun ke atas & juga orang dewasa terutamanya ibu mengandung & mereka yang sedang berusaha untuk menaikkan berat badan. Juga sesuai untuk mereka yang nak makan vitamin tapi tak boleh telan pil.

ebook 300x279 Promosi MealShakes Shaklee Buy 6 Free 1

Nak Ebook ini? Hubungi kami.

Apa yang anda akan dapat sempena promosi MealShakes Shaklee  buy 6 free 1 ni?

Harga asal MealShakes ialah RM113.75 untuk satu canister. Sempena promosi MealShakes Shaklee buy 6 free 1 ini, jika anda membeli 6 canister, anda akan mendapat percuma 1 canister yang bernilai RM113.75. Maksudnya, setiap canister cuma RM97.50.

7 canister tu banyak sangat? Tak banyak pun sebenarnya. Nak pulak kalau anak anda ramai. Satu canister tu tak sampai sebulan akan habis sebab anak-anak pasti akan asyik order nak minum MealShakes. Atau pun anda boleh berkongsi beli dengan adik-beradik, sedara-mara atau pun kawan pejabat. Promosi Mealshakes Shaklee buy 6 free 1 ni bukan selalu ada, jadi rugi kalau terlepas. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Promosi MealShakes Shaklee Buy 6 Free 1

Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

Di atas permintaan ramai, saya kongsikan resepi Kek Nutella Meal Shakes kukus yang mudah dan sedap. Ia bukan sahaja mudah dibuat, malah sedap dan berkhasiat. Anak-anak pasti suka. Bahan-bahannya simple. Tepung pun tak guna. Resepi ini saya ambil dari internet dan olah sedikit mengikut selera sendiri.

PhotoGrid 1399481307531 300x300 Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

 Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

Kek ni mudah sahaja. Bahan pun tak banyak. Apa yang anda perlukan untuk resepi Kek Nutella Meal Shakes kukus yang mudah dan sedap ni ialah:

  • 200 gram Nutella ( 1 botol kecil )
  • 3 sudu teh Meal Shakes ( Nak ganti dengan ESP pun boleh, tapi saya prefer Meal Shakes sebab rasa & bau vanilla yang wangi. Kalau nak guna ESP & Meal Shakes, sukatan dia: 2 sudu teh Meal shakes & 1 sudu teh ESP )
  • 4 biji telur
  • Chocolate chips ( Untuk ditabur dalam kek supaya bila kita makan akan ada rasa coklat cair yang sticky. Yummy! )
  •  3 sudu besar Serbuk Coklat Cadburry 3 in 1 ( Ala…minuman cadbury 3 in 1 tu. Tiada dalam gambar sebab takde dalam rancangan awal. Dah nak masukkan adunan ke dalam loyang baru terfikir nak masukkan )

Cara-caranya

1. Panaskan kukus. Saya suka buat kek kukus. Kalau anda nak bake dalam oven pun boleh, ikut selera masing-masing. Yang penting panaskan oven atau kukus terlebih dahulu. Kalau guna oven, set suhu pada 180 darjah celcius.

2. Pukul telur sampai kembang. Pastikan betul-betul kembang tau. Rujuk gambar kat atas nun. Pakai mixer dengan kelajuan yang laju kalau nak cepat.

3. Bila telur dah kembang, masukkan Meal Shakes dan gaul sampai sebati. Tak payah pakai mixer. Pakai spatula aje.

4. Bila dah sebati, masukkan Nutella sedikit demi sedikit. Mula-mula Nutella akan terbenam kat dasar. Takpe, kacau je perlahan-lahan. Lama-lama akan sebati dengan telur. Kacau sampai sebati.

5. Akhir sekali masukkan serbuk coklat Cadburry. Saya tak kacau sampai sebati pun. Saje nak tekstur lain sikit. Kalau nak kacau sampai sebati pun boleh.

PhotoGrid 1399481341225 1 300x300 Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

6. Griskan loyang. Masukkan adunan kek. Tabur coklat chips ke dalam adunan. Banyak mana? Ikut seleralah. Kalau saya, lagi banyak lagi sedap.

7. Pastikan kukus atau oven betul-betul panas sebelum masukkan kek. Untuk kukus, masak selama 40 minit. Kalau oven masak selama 30 minit. Cek dengan lidi. Kalau masih melekat, tambah lagi 10 minit.

PhotoGrid 1399481372606 300x300 Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

 Nah…. dah siap. Ngeh…ngeh…perasan tak saya tak pakai mangkuk seramik pun nak buat kek ni? Baking dengan anak-anak, sekejap angkut ke hulu. Sekejap angkut ke hilir. Pakai tupperware plastik senang sebab ringan. Kacau pun pakai sudu je sebab spatula dah kena kidnap dengan anak. Boleh la cuba resepi kek Nutella Meal Shakes yang mudah dan sedap ni. Senang sangat. Buat dengan anak-anak, lagi best. Cuba jangan tak cuba!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Resepi Kek Nutella Meal Shakes Kukus Yang Mudah Dan Sedap

Kekal Bertenaga Semasa Bercuti Bersama Shaklee

Percutian sememangnya menyeronokkan. Tapi memenatkan. Kali ni saya nak share rahsia kekal bertenaga semasa bercuti bersama Shaklee. Nak tahu vitamin Shaklee mana yang kami bawa bersama semasa bercuti? Di antara vitamin yang kami bawa ialah: Mealshakes, Vivix, Performance drink, ESP, Cinch Shake, Nutriferon, Lecithin & Collagen Powder. Kalau anda suka bercuti & ingin kekal bertenaga sepanjang percutian, jom tonton video ini:

Kekal Bertenaga Semasa Bercuti Bersama Shaklee

Anda boleh membaca pengalaman kami bercuti di Bali & tips bercuti ke Bali bersama anak kecil di sini. Insya Allah jika anda merancang untuk ke Bali, tips-tips yang saya kongsikan akan sangat membantu.

Kenapa perlu bawa vitamin semasa bercuti?

Semasa bercuti, terutamanya jika pergi ke luar negeri, kita akan memasuki tempat baru dengan cuaca yang baru. Perubahan cuaca boleh menjejaskan kesihatan. Jadi, dengan pengambilan vitamin, ia akan meningkatkan imuniti supaya kita sentiasa sihat dan bertenaga semasa bercuti bersama Shaklee.

Anda ingin kekal bertenaga semasa bercuti bersama Shaklee? Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin Shaklee dengan harga istimewa dan consultation terbaik. Percutian anda pasti akan lebih bermakna.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kekal Bertenaga Semasa Bercuti Bersama Shaklee

Cara Hilangkan Demam Anak Dengan Cepat Secara Semulajadi

Anak kecil mudah demam disebabkan oleh perubahan cuaca dan jangkitan kuman dari taska atau tadika.  Jika suhu anak mencecah 37.5 darjah celcius, anak anda sedang demam.  Jangan biarkan suhu badan anak mencecah 39 darjah celcius, kerana ia akan meningkatkan risiko anak anda mengalami konvulsi (kekejangan) atau sawan. Anda boleh turunkan suhu badan anak dengan mengamalkan cara hilangkan demam anak dengan cepat secara semulajadi ini:

rawat anak demam 300x182 Cara Hilangkan Demam Anak Dengan Cepat Secara Semulajadi

Cara Hilangkan Demam Anak Dengan Cepat Secara Semulajadi

[✔] Tepid sponging
Isi air suam ke dalam tab mandi atau pun besen. Tak perlu penuh, cukup sekadar dapat rendam bahagian punggung anak. Tanggalkan pakaian anak. Anak mungkin menggigil kesejukan & menangis. Ibu bapa perlu kuatkan semangat. Pujuk anak untuk masuk ke dalam tab mandi. Ambil span atau tuala kecil, basahkan & guna untuk lap badan anak sehingga suhu turun. Biarkan air kering sendiri, tidak perlu dilap. Sponging anak dengan kerap supaya badan tidak terlalu panas.

[✔] Onion Socks
Onion socks adalah satu lagi cara hilangkan demam anak dengan cepat secara semulajadi. Caranya mudah saja. Hiris bawang besar, masukkan ke dalam stokin anak. Biarkan semalaman. Bawang tersebut akan menyerap haba dari badan anak. Insya Allah demam anak akan kebah.

onion+socks Cara Hilangkan Demam Anak Dengan Cepat Secara Semulajadi

 [✔] Pastikan anak minum dengan banyak
Susukan atau beri anak anda minum air dengan banyak bagi menyejukkan badan. Ia juga bagi memastikan anak anda tidak dehydrated.

[✔] Berikan ubat demam
Disamping melakukan sponging, anda juga perlu berikan ubat demam mengikut dos yang disarankan oleh doktor secara konsisten supaya suhu badannya berkurangan.  Ubat demam yang diberi melalui dubur boleh diberi sekiranya suhu badannya hampir mencecah 40 darjah celcius. Periksa suhu badan anak setiap setengah jam.

[✔] Pakaikan anak pakaian yang nipis & longgar
Cara hilangkan demam anak dengan cepat secara semulajadi yang seterusnya ialah dengan pemakaian pakaian yang nipis & longgar. Elakkan menyelimutkan anak kerana ia akan menyebabkan haba terperangkap & tidak keluar dari badan anak.


[✔] Pastikan anak sentiasa aktif
Sentiasa pantau anak anda. Pastikan anak anda aktif & memberikan respons seperti biasa. 

Segera bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya:

1. Suhu anak anda melebihi 39 darjah celcius.
2. Anak anda tidur terlalu lama.
3. Anak anda tidak aktif seperti biasa.
4. Anak anda pucat.

OmegaGuard & Mealshakes Shaklee melindungi anak anda daripada sering demam, batuk & selsema. Gabungan 2 vitamin ini membantu meningkatkan imuniti anak supaya kebal daripada jangkitan virus & bakteria yang menyebabkan demam, batuk & selsema. Sebagai bonus, ia juga meningkatkan selera makan anak, mengatasi masalah sembelit & meningkatkan fokus semasa anak belajar & pelbagai kebaikan untuk anak anda.

rawat anak demam1 253x300 Cara Hilangkan Demam Anak Dengan Cepat Secara Semulajadi

 rawat anak demam2 300x257 Cara Hilangkan Demam Anak Dengan Cepat Secara Semulajadi

Semoga cara hilangkan demam anak dengan cepat secara semulajadi yang saya kongsikan tadi bermanfaat buat anda. Hubungi saya untuk mendapatkan Omegaguard & Mealshake dengan harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Hilangkan Demam Anak Dengan Cepat Secara Semulajadi

pixel Cara Hilangkan Demam Anak Dengan Cepat Secara Semulajadi

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.