-

10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Tahukah anda bahawa terdapat jenis makanan tertentu yang mampu meningkatkan tahap kesuburan pasangan suami isteri? Jadi, kalau anda sedang berusaha untuk mengandung bolehlah amalkan 10 makanan untuk cepat mengandung ini.

makanan untuk cepat mengand 300x194 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Selain mengamalkan 10 makanan untuk cepat mengandung ni, anda juga perlu mengetahui bilakah waktu subur isteri dan waktu paling subur suami. Selain mengamalkan petua mudah mengandung dan mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan anda susah mengandung. Nak tahu apakah 10 jenis makanan tersebut?

1. Buah-buahan & sayuran organik

Buah-buahan dan sayuran organik yang dimaksudkan ialah bebas GMO dan bebas racun kimia. Baru-baru ni kita digemparkan dengan berita kematian disebabkan makan epal kan? Jadi, bila nak makan buah pilih buah-buahan tempatan & yang cepat rosak, bukan yang boleh bertahan berbulan-bulan dalam peti ais tanpa rosak.

Begitu juga dengan sayur. Jangan pilih sayur yang hijau & nampak perfect. Cari yang ada kesan dimakan ulat. Kalau anda makan hasil tanaman sendiri lagi bagus. Terjamin bebas racun & bahan kimia berbahaya.

2. Makanan Tinggi Serat

Serat membantu pergerakan usus berjalan dengan lancar sekali gus membuang semua toksin yang ada dalam badan. Di antara makanan tinggi serat ialah bijirin, kekacang, gandum, nasi, dan roti berasaskan gandum. Nak detoks dengan mudah? Anda boleh amalkan Alfalfa Shaklee.

3. Bayam

Bayam hijau mengandungi antioksida, zat besi & folik asid yang membantu meningkatkan kesuburan dengan cara membantu sistem reproduksi berfungsi dengan baik.

4.  Folik asid

Pengambilan Folik Asid membantu meningkatkan kualiti sel telur yang dihasilkan setiap bulan, dan secara automatik meningkatkan kesuburan anda suami isteri.

Folik Asid boleh didapati dari kacang soya, kuning telur, kubis, asparagus, ubi bit, pisang, brokoli, dan sebagainya. Kalau anda kurang makan sayur, boleh amalkan B Complex Shaklee. Cuma ambil satu biji sehari, mudah sangat.

5. Makanan yang melancarkan kitaran haid

Antara punca utama susah untuk mengandung ialah masalah kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur menyebabkan sukar untuk mengetahui bilakah waktu subur. Oleh itu anda boleh amalkan makanan yang membantu memebetulkan kitaran haid seperti kentang  manis, kacang peas, carrot, dan sebagainya.

makanan untuk cepat mengand1 300x211 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Anda juga boleh mengambil GLA Complex dan Alfalfa Shaklee untuk membetulkan kitaran haid anda. Dengan aturan makan dan dos yang betul, biasanya haid anda akan teratur selepas 2 bulan.

6. Makanan kaya dengan vitamin C

Vitamin C membantu meningkatkan daya imuniti badan, menjadikan badan kuat dari sebarang jangkitan. Secara automatik sel benih kita juga akan menjadi semakin kuat. Vitamin C boleh didapati dari buah-buahan sitrus seperti oren, limau. Juga dari brokoli, kubis, pisang, buah pear, labu, dan sebagainya.

7. Produk tenusu

Ia bukan sahaja membekalkan kalsium, tetapi juga membantu meningkatkan kesuburan. Di antara produk tenusu yang mudah didapati ialah dari susu segar, yogurt, dadih, dan keju.

8. Kekacang

Kekacang kaya dengan omega 3 yang membantu meningkatkan kualiti benih dan kesuburan anda. Bila lapar dan rasa nak mengunyah, makan kekacang. Bukannya jajan atau makanan segera.

9. Elakkan makanan “panas”, “sejuk” dan “tajam”

Kenal-pasti apakah makanan yang termasuk dalam katergori di atas dan elakkan dari menu seharian. Contoh makanan panas ialah makanan mempunyai ragi seperti tapai. Makanan tajam ialah seperti nenas, air tebu, dan air coke. Sementara makanan panas sejuk ialah cendawan, keladi, dan betik.

10. Makanan tambahan untuk meningkatkan kesuburan

Set Kesuburan Shaklee sememangnya terbukti berkesan membantu meningkatkan kesuburan suami isteri supaya mudah mengandung. Jom tengok testimoni mereka yang berjaya mengandung dengan Set Kesuburan Shaklee.

Kalau anda dah ambil Set Kesuburan Shaklee tapi masih belum mengandung, anda boleh jawab beberapa soalan di sini untuk mendapatkan jawapan kenapa anda masih belum mendapat berita gembira.

ebook 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Nak Ebook ni secara percuma? Hubungi saya di talian 012-9025232 sekarang!

Anda nak mengandung? Jangan lupa masukkan 10 makanan untuk cepat mengandung di atas ke dalam menu harian anda. Kalau anda ambil Set Kesuburan Shaklee, insya Allah peluang anda untuk mengandung akan semakin cerah. Nak order? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

pixel 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.