-

Makanan Untuk Kecutkan Cyst Dan Elakkan Ketumbuhan Berulang

Cyst sememangnya ditakuti oleh wanita. Lebih-lebih lagi kalau yang belum ada cahayamata, takut susah nak mengandung bila dah kawin nanti. Insya Allah cyst yang kecil iaitu dibawah 5 cm boleh dikecutkan jika betul caranya. Jom saya kongsikan makanan untuk kecutkan cyst dan elakkan ketumbuhan berulang. Selain ovarian cyst, ia juga sesuai untuk cyst dipayudara, cyst semasa mengandung, dan cyst di bahagian badan yang lain.

makanan untuk kecutkan cyst 300x197 Makanan Untuk Kecutkan Cyst Dan Elakkan Ketumbuhan Berulang

Apakah Makanan Untuk Kecutkan Cyst Dan Elakkan Ketumbuhan Berulang?

Berikut adalah makanan untuk kecutkan cyst:

1. Ikan laut. Ikan laut adalah selamat kerana ianya ditangkap di laut, bukan diternak. Jadi, ianya bebas suntikan hormon & makanan pelet yang mengandungi bahan kimia.

2. Sayuran jenis kekacang. Sayuran jenis kekacang seperti kacang panjang, kacang buncis, kacang botor juga termasuk dalam golongan makanan yang membantu kecutkan cyst.

3. Kekacang. Badam, kacang tanah, kacang dal, kacang kuda juga sangat baik untuk anda. Tetapi awas, kacang soya adalah makanan yang mengaktifkan cyst. Oleh itu, elakkan makanan berasaskan soya kecuali yang sudah diperam seperti tempe & kicap.

4. Sayuran hijau. Sayuran hijau adalah sangat baik untuk mengecutkan cyst. Anda boleh makan sayur dalam setiap menu harian atau pun, lagi bagus kalau anda amalkan juicing setiap hari.

5. Buah-buahan. Selain sayur-sayuran, buah-buahan juga adalah makanan untuk kecutkan cyst yang wajib anda ambil setiap hari. Tapi, pastikan buah yang dibeli adalah non-gmo & segar.

6. Ubi kayu. Dari pembacaan saya, ubi kayu juga membantu mengecutkan cyst. Ubi kayu rebus cicah gula kabung, sedap kan! Cicah sambal pun sedap juga icon smile Makanan Untuk Kecutkan Cyst Dan Elakkan Ketumbuhan Berulang

7. Sup miso. Miso ialah sejenis pes yg dibuat dari kacang soya yg diperam. Ia dicampur ke dalamsup utk dijadikan miso sup. Ianya sangat baik untuk kesihatan & membantu mengecutkan cyst.

8. Teh hijau. Teh hijau adalah anti oksida yang juga tergolong dalam makanan untuk kecutkan cyst. Rasanya pun sedap & boleh membantu anda turunkan berat badan.

makanan untuk kecutkan cyst1 300x213 Makanan Untuk Kecutkan Cyst Dan Elakkan Ketumbuhan Berulang

Apakah Makanan Yang Perlu Dielakkan Supaya Cyst Anda Tidak Membesar Atau Tumbuh semula Selepas Pembedahan?

Berikut adalah makanan yang perlu anda elakkan. Kalau tak mampu elakkan, kurangkan pun kira ok lah :

1. Daging merah. Ini kerana biasanya binatang yang diternak secara komersil disuntik dengan hormon supaya cepat besar & makanan juga tidak semulajadi & banyak bahan kimia.

2. Ayam. Seperti lembu, ayam ternakan juga disuntik hormon & makanan tidak semulajadi. Sebagai alternatif, anda boleh makan ayam organik.

3. Produk tenusu. Produk tenusu seperti keju, susu, dan dadih adalah antara makanan yang perlu anda elakkan. Ini kerana produk tenusu akan menyebabkan cyst anda semakin membesar.

4. Ikan keli. Sama seperti lembu & ayam, isi ikan keli yang diternak penuh dengan hormon & bahan kimia.

5. Bahan perisa. Ajinomoto, kiub ayam, kiub lembu, Maggie Sedap Rasa, perencah nasi goreng segera, semua tu adalah bahan perasa yang merupakan musuh utama anda.

6. Minuman berkarbonat. Elakkan minuman berkarbonat kerana terlalu banyak kandungan gula didalamnya.

7. Makanan segera. Makanan segera tidak berkhasiat & mengandungi terlalu banyak bahan kimia yang akan menyebabkan cyst anda membesar.

8. Makanan diproses. Hotdog, burger, nugget, semua tu perlu dielakkan. Kalau anda teringin makan, seeloknya buat sendiri di rumah. Tak susah pun. Google je resepinya.

9. Makanan ringan. Seperti makanan segera, makanan ringan pun tak elok.

10. Makanan berlemak/ berminyak. Kalau anda taknak cyst membesar, elakkan makanan berlemak, berminyak dan tinggi kolestrol. Ini kerana ia akan meningkatkan hormon Estrogen dalam badan & menyebabkan cyst membesar.

11. Soya dan evening primrose. Soya dan evening primrose mengandungi Phyto Estrogen yang menyebabkan paras Estrogen dalam badan kita meningkat dan mengalakkan pembesaran cyst.

12. Kolagen. Apa-apa jenis kolagen akan menyebabkan cyst membesar & tumbuh semula.

Semoga info tentang makanan kecutkan cyst dan elakkan ketumbuhan cyst berulang itu tadi bermanfaat untuk anda. Set Cyst Shaklee membantu mengecutkan cyst anda dengan cepat. Banyak testimoni pelanggan saya yang dah berjaya kecutkan cyst mereka. Malah ada yang dah mengandung. Nak order Set Cyst Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Makanan Untuk Kecutkan Cyst Dan Elakkan Ketumbuhan Berulang

pixel Makanan Untuk Kecutkan Cyst Dan Elakkan Ketumbuhan Berulang

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.