-

Nak Kurus Sebelum Raya

Siapa nak kurus sebelum raya? Nak nampak cantik dimata cik abang sayang? Insya Allah masih ada masa untuk kita menjalankan misi nak kurus sebelum raya. Mana tahu kot bila badan dah susut, murah pulak rezeki, dapat berita gembira dah berbadan dua. Ramai pelanggan saya yang macam tu.

kurus sebelum raya 300x238 Nak Kurus Sebelum Raya

Macam Mana Nak Kurus Sebelum Raya?

Secara jujurnya, ada dua prinsip utama untuk kurus iaitu jaga pemakanan & bersenam secara intensif. Insya Allah kalau kita mampu amalkan 2 perkara tu dengan disiplin, pasti impian kita nak kurus sebelum raya akan tercapai. Persoalannya:

  1. Mampukah kita makan nasi sebesar satu penumbuk sahaja setiap hari? Boleh tahan nafsu?
  2. Mampukah kita buat senaman secara intensif untuk membakar semua lemak-lemak degil yang dah bertahun-tahun kita ternak ni? Ada masa nak bersenam selama berjam-jam setiap hari? Larat ke nak bersenam secara intensif kalau makan nasi sikit je?

Terimalah hakikat bahawa tak mudah untuk kurus dalam masa yang singkat. Bayangkanlah, lemak-lemak yang ada tu dah bertahun-tahun ada kat badan kita, mana mungkin boleh hilang sekelip mata? Tapi jangan sedih dulu. Saya ada penyelesaian untuk anda.

nak kurus sebelum raya 254x300 Nak Kurus Sebelum Raya

Rahsia Nak Kurus Sebelum Raya Kini Terbongkar!

Misi nak kurus sebelum raya akan menjadi semakin mudah kalau ada supplement yang membantu kita supaya kenyang dengan lebih lama & kekal bertenaga sepanjang hari. Bayangkan situasi berikut:

Kita amalkan pemakanan seimbang & makan nasi sebesar penumbuk sahaja tapi rasa kenyang. Takde keinginan nak mengunyah-nguyah. Kalau nak snacking pun, ada tips yang akan saya kongsikan. 

Selalunya kalau kita kurang makan, badan akan rasa lemah & kurang bertenaga. Suka tak kalau saya kata, walau pun kita kurang makan, badan kita masih bertenaga sepanjang hari & walau pun dah seharian bekerja, masih mampu untuk bersenam pada lewat petang atau malam hari.

Bila kita disiplin menjaga pemakanan & serius bersenam, pasti boleh kurus kan!

Saya Nak Kurus Sebelum Raya!

Rasa teruja! Jom saya perkenalkan Set Kurus Premium Shaklee yang akan menjadikan impian nak kurus sebelum raya sebagai satu kenyataan. Set Kurus Shaklee terdiri daripada 3 elemen iaitu: Buang atau detox, bakar lemak, dan bina badan.

kurus sebelum raya 1 300x214 Nak Kurus Sebelum Raya

Ada banyak set kurus di pasaran tapi tak semuanya selamat. Adakah set kurus premium Shaklee selamat? Jawapannya ya. Set ni sememangnya semulajadi & selamat, malah selamat diamalkan oleh ibu yang berada dalam pantang & menyusukan. Saya sendiri kurus dengan set ini semasa menyusukan bayi yang berumur 3 bulan.

Tawaran istimewa untuk anda

Dengan pembelian set kurus premium dari vitaminsaya.com, anda akan mendapat Ebook Kurus Sebelum Raya yang ekslusif ini:

ebook kurus sebelum raya 262x300 Nak Kurus Sebelum Raya

Apakah keistimewaan ebook ini? Ebook ini adalah panduan lengkap untuk anda kurus secara sihat & selamat dengan kesan yang menakjubkan. Dengan syarat: ANDA MENGAMALKAN SEMUA TIPS MUDAH DIDALAM EBOOK INI SECARA DISIPLIN & KONSISTEN BERSAMA SET KURUS PREMIUM SHAKLEE. Ebook ekslusif ini padat dengan:

  1. Panduan menu seharian yang sihat & membakar lemak
  2. Jadual senaman yang mudah dan confirm membakar lemak-lemak degil
  3. Pantang-larang untuk kurus
  4. Saya dah berdiet & rajin bersenam. Kenapa saya masih gemuk?
  5. Tips untuk kekal kurus selama-lamanya

Anda nak Order Set Kurus Premium Shaklee dan dapatkan percuma Ebook Nak Kurus Sebelum Raya yang istimewa ni? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Nak Kurus Sebelum Raya

Makanan Pembakar Lemak Untuk Kurus Secara Semulajadi

Pembakaran lemak adalah perkara penting untuk kurus. Sebab tu salah satu elemen dalam Set Kurus Shaklee ialah Lecithin atau Omegaguard untuk membakar lemak. Tahukah anda sesetengah makanan boleh membantu kita membakar lemak tanpa perlu bersenam? Sangat mudah. Kita cuma perlu makan makanan tersebut & ia akan membakar lemak dalam badan kita tanpa kita sedari. Apakah makanan pembakar lemak untuk kurus secara semulajadi?
 makanan pembakar lemak 300x244 Makanan Pembakar Lemak Untuk Kurus Secara Semulajadi
Makanan Pembakar Lemak Untuk Kurus Secara Semulajadi
1) Bawang merah 
Bawang mengandungi anti bakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain itu, bawang juga berfungsi untuk melancarkan sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang. Jadi waktu memasak, masukkan bawang banyak-banyak ok!
2) Tomato
Tomato mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomato sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet. Boleh minum jus tomato setiap pagi atau masukkan tomato ke dalam masakan harian. Rasanya pun sedap.
makanan pembakar lemak1 300x244 Makanan Pembakar Lemak Untuk Kurus Secara Semulajadi
 
3) Putih telur
Makanan pembakar lemak untuk kurus secara semulajadi yang berikutnya ialah putih telur. Putih telur merupakan  sumber protein baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu proses membakar lemak. Tapi bukan kuning telur kerana kuning telur jaya dengan kolesterol. Tak sesuai untuk orang yang ingin kurus.
makanan pembakar lemak2 300x244 Makanan Pembakar Lemak Untuk Kurus Secara Semulajadi
 
4) Cili
Cili mengandungi vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus yang dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolisma badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak dengan cepat.
makanan pembakar lemak3 300x230 Makanan Pembakar Lemak Untuk Kurus Secara Semulajadi
 
5) Anggur
Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia juga kaya dengan peptin yang dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang. Jadi makanlah anggur banyak-banyak sebab ia adalah makanan pembakar lemak untuk kurus secara semulajadi. Sedap pun sedap.
 
6) Lobak merah
Makanan pembakar lemak secara semulajadi untuk kurus  ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak. Anda juga boleh minum jus lobak setiap hari.
 
7) Timun
Timun bukan sahaja  makanan untuk membakar lemak, tetapi ia juga baik untuk buah pinggang kerana ia membantu untuk membersihkan asid urik.
 
Jadi jika anda ingin kurus, amalkan memakan 7 makanan pembakar lemak untuk kurus secara semulajadi yang saya senaraikan di atas. Kalau nak lagi cepat kurus, anda boleh ambil set kurus Shaklee dan amalkan tips senaman mudah untuk kurus ini. Anda juga boleh amalkan petus untuk kurus yang saya kongsikan di sini.  Hubungi saya untuk mendapatkan set kurus Shaklee dengan konsultasi istimewa.
Cik Puan Nurul 2 300x170 Makanan Pembakar Lemak Untuk Kurus Secara Semulajadi

Senaman Untuk Kuruskan Badan Yang Boleh Dibuat Di Pejabat Dan Rumah

Senaman bukan sahaja menyihatkan badan tetapi juga membantu anda untuk kurus. Berikut adalah senaman untuk kuruskan badan yang boleh dibuat di pejabat dan rumah setiap hari. Boleh anda lakukan sambil melakukan tugasan seharian. Menarik kan!

senaman untuk kurus 300x226 Senaman Untuk Kuruskan Badan Yang Boleh Dibuat Di Pejabat Dan Rumah

Senaman Untuk Kuruskan badan Yang Boleh Dibuat Di Pejabat Dan Rumah

 Di antara senaman mudah untuk kurus yang boleh anda lakukan setiap hari ialah:

[✔] Apabila anda bangun tidur, luruskan kaki dan duduk perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Lunjurkan badan ke depan sehingga bahagian belakang dan betis terasa tegang. Kemudian baring semula perlahan-lahan. Ulang sehingga 3-4 kali.

[✔] Semasa anda memberus gigi, cuba berdiri dengan sebelah kaki. Tukar kaki kiri dan kanan.

[✔] Jika anda memandu, semasa kereta berhenti, genggam stereng kereta dengan kuat selama 10 saat. Ulang 10-15 kali.

[✔] Di meja pejabat, buat duduk cangkung. Caranya ialah duduk tapi berhenti separuh, kemudian bangun semula perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Ulang 15-20 kali.

[✔] Semasa membeli-belah, bawa sedikit beban dalam beg tangan anda contohnya 2 beg gula.

[✔] Semasa mengisi petrol kereta, berjingkit ke atas dan ke bawah dengan tumit kaki. Buat sehingga selesai mengisi petrol.

[✔] Sambil anda beratur semasa menunggu teksi atau bas, genggam tangan anda di belakang, rapatkan bahu sambil membuka dada dan mengambil nafas. Tahan nafas 10-20 saat dan hembus perlahan-lahan.

[✔]  Selepas makan malam dan duduk di kerusi, luruskan kaki ke hadapan dan bengkokkan ke atas dan ke bawah. Semasa kaki di atas, tahan selama 5 saat.\

[✔] Semasa anda menonton tv, buat senaman ringan seperti tekan tubi (push up) semasa iklan disiarkan. Purata tempoh iklan ialah 7-8 minit, buat tekan tubi setiap kali iklan dan anda akan mudah mencapai 100-150 ulangan.

senaman untuk kurus1 300x263 Senaman Untuk Kuruskan Badan Yang Boleh Dibuat Di Pejabat Dan Rumah

 [✔]  Sebelum tidur, duduk ditepi katil dengan kaki rapat. Genggam tangan anda dan luruskan tangan anda ke atas dan luruskan badan sambil mengambil nafas sedalam-dalamnya. Tahan 10-20 saat dan lepaskan nafas perlahan-lahan. Anda akan berasa rileks serta merta.

Anda akan lebih cepat kurus jika mengamalkan pemakanan yang membantu membakar lemak, tips cepat kurus yang saya kongsikan di sini, dan mengambil Set Kurus Shaklee yang membantu anda kurus secara sihat. Set Kurus Shaklee bukan sahaja membantu anda membakar lemak dengan cepat, malah ia juga membantu membuang lemak dari badan dan membina otot supaya takde bahagian badan anda yang menggeleber bila dah kurus.

Anda boleh amalkan senaman untuk kuruskan badan yang boleh dibuat di pejabat dan rumah di atas setiap hari. Nampak macam senaman remeh yang tak memberi sebarang kesan tapi percayalah, ia akan membantu anda untuk kurus. Nak lagi cepat kurus? Jom order Set Kurus Shaklee anda hari ini. Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Senaman Untuk Kuruskan Badan Yang Boleh Dibuat Di Pejabat Dan Rumah

Apakah Jenis Senaman Terbaik Untuk Kurus

Senaman baik untuk kesihatan, tak kira  sama ada senaman kardiovaskular atau senaman otot. Anda boleh membaca tips senaman mudah di sini.  Namun, apabila bercakap tentang tip kurus atau tip mengurangkan berat badan, senaman manakah yang lebih berkesan? Senaman kardiovaskular atau senaman otot? Atau adakah kedua duanya sama sahaja? Jom kita ketahui apakah jenis senaman  terbaik untuk kurus.
senaman terbaik untuk kurus 300x168 Apakah Jenis Senaman Terbaik Untuk Kurus
Apakah Jenis Senaman Yang Terbaik Untuk Kurus
Sebelum saya terangkan lebih lanjut mengenai keberkesanan kedua-dua senaman tersebut, terlebih dahulu saya nak terangkan apa itu senaman kardiovaskular dan apakah pula senaman otot. 
Senaman kardiovaskular (atau ringkasnya kardio) 
Adalah senaman yang melibatkan peningkatan kadar denyutan jantung. Antara aktiviti yang tergolong dalam kategori ini adalah berlari, berenang, bermain bola sepak, berbasikal dan sebagainya.
senaman terbaik untuk kurus1 300x225 Apakah Jenis Senaman Terbaik Untuk Kurus
Senaman otot 
Adalah senaman yang melibatkan daya tahan otot seperti mengangkat berat, tekan tubi, ‘pull up’, ‘plank’ dan sebagainya. Senaman otot yang dilakukan secara berterusan akan menambahkan sel-sel otot dan kesan jangka masa panjangnya anda akan kelihatan seperti berotot (‘muscular’) 
senaman terbaik untuk kurus2 300x176 Apakah Jenis Senaman Terbaik Untuk Kurus
Kedua-dua senaman ini memerlukan tenaga. Dari mana datangnya tenaga? Ia diperolehi daripada proses pembakaran makanan yang berlaku di dalam badan. Secara teori, untuk orang yang mengalami masalah obesiti dan ingin mengurangkan berat badan, selain daripada pembakaran makanan, sumber lain yang boleh membekalkan tenaga adalah lemak yang dibakar menjadi sumber tenaga. Jadi, apabila lemak-lemak yang menggeleber di sekitar perut dibakar, dapatlah kita merasa kesan ‘kurus’.
Namun, itu hanya teori sahaja. Apa yang sering berlaku, protein di dalam badan lebih mudah ditukar bentuk kepada tenaga. Jadi, bila kita bersenam, badan kita tak bakar lemak berlebihan dalam badan kita, sebaliknya membakar protein yang ada. Di manakah protein ini didapati? Kebanyakannya daripada otot. Jadi apabila protein ini ditukar kepada bentuk tenaga, sel sel otot akan hilang dan otot akan mengecil. Ini adalah satu perkara yang tidak baik kerana, protein dan otot adalah elemen yang penting dalam mengekalkan kadar metabolisme badan.
Jadi, Apakah Jenis Senaman Yang Terbaik Untuk Kurus?
Pada peringkat awal usaha anda menurunkan berat badan menerusi senaman kardio, anda akan dapati dalam beberapa hari berat  anda akan turun. Masalahnya, anda tidak tahu adakah ia disebabkan oleh kehilangan lemak, atau kehilangan otot dan juga air. Dalam kebanyakan kes, ianya adalah disebabkan oleh kehilangan otot dan juga air yang bermakna, anda ‘tertipu’ kerana kehilangan berat ini hanya bersifat sementara dan apabila anda berhenti melakukan aktiviti aktiviti senaman, percayalah, badan anda akan meningkat naik dengan cepat!
Dengan berkurangnya sel otot, maka dengan sendirinya kadar metabolisme badan akan menurun dan keupayaan untuk membakar kalori menjadi berkurang. Dalam jangka masa panjang, keadaan ini akan mengakibatkan kegemukan dan akibatnya, harapan untuk melihat badan kurus akan hanya tinggal harapan sahaja.
Sebaliknya, menerusi senaman otot anda akan meningkatkan sel-sel protein yang seterusnya meningkatkan kadar metabolisme. Kadar pembakaran kalori anda akan meningkat sehingga pada satu peringkat, badan anda akan terus membakar lemak meskipun anda sedang tidur atau menonton wayang. Senaman otot juga akan mencantikkan badan dan membina tekstur tubuh yang baik untuk  golongan lelaki dan wanita.
 
senaman terbaik untuk kurus3 300x212 Apakah Jenis Senaman Terbaik Untuk Kurus
 
Jadi, jika anda mahu kurus, buat keputusan bijak dengan melakukan senaman otot, dan apabila anda sudah menjadikannya sesuatu rutin, bolehlah anda beralih kepada senaman kardio. Insya Allah anda akan mendapat kesan pengurangan berat yang ketara dan berpanjangan.
Sekarang anda dah tahu apakah jenis senaman yang terbaik untuk kurus. Anda akan dapat mengurangkan berat badan dengan lebih cepat kalau anda mengamalkan senaman + pemakanan seimbang + set kurus Shaklee. Berminat untuk mendapatkan set kurus Shaklee?  Hubungi saya sekarang.
 
Cik Puan Nurul 2 300x170 Apakah Jenis Senaman Terbaik Untuk Kurus

Cara Kira BMI Yang Betul

BMI atau Body Mass Index atau dalam bahasa melayunya Indeks Jisim Tubuh merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. Ia boleh dijadikan sebagai guideline untuk mendapatkan berat badan yang ideal berdasarkan tinggi & berat individu. Nak tahu cara kira BMI yang betul?
bmi 300x159  Cara Kira BMI Yang Betul
Apakah BMI Atau Body Mass Index?
Berat badan yang ideal adalah sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Individu yang obes lazimnya kurang sihat &  mempunyai risiko untuk mendapat penyakit seperti masalah jantung, hypertension, batu karang, diabetis & arthritis. Anda dinasihatkan supaya menimbang badan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan pada waktu yang sama dengan memakai pakaian yang nipis. Waktu paling baik untuk menimbang berat badan ialah selepas bangun tidur diwaktu pagi.
Bagaimanakah Cara Kira BMI Yang Betul?
Cara untuk mengira BMI atau Body Mass Index adalah seperti berikut:
 
BMI = 

Berat (kg)
___________________________

Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )
 
Jika BMI anda adalah:
[✔] Kurang daripada 18.5 = Kurang Berat Badan
[✔] 18.5 hingga kurang 25 = Normal
[✔] 25 hingga kurang 30 = Berlebihan Berat Badan
[✔] 30 atau lebih = Kegemukan / Obesiti
bmi 2 300x151  Cara Kira BMI Yang Betul
 
Cara Kira BMI Yang Mudah 300x157  Cara Kira BMI Yang Betul
Sekarang anda dah tahu cara kira BMI yang betul. Sekiranya anda termasuk dalam kategori berlebihan berat badan atau obes, anda boleh dapatkan Set Kurus Shaklee dari saya.  Berminat untuk mendapatkannya? Hubungi saya sekarang.
Cik Puan Nurul 2 300x170  Cara Kira BMI Yang Betul

Senaman Kempiskan Perut Yang Mudah Dan Berkesan

Perut yang kempis sememangnya idaman setiap lelaki & wanita. Dah penat sapu macam-macam produk kempiskan perut, tapi tak juga berkesan. Dah penat amalkan macam-macam petua, perut tak juga berjaya dikempiskan. Sebenarnya, asas utama untuk mengempiskan perut ialah senaman. Jom saya kongsikan senaman kempiskan perut yang mudah dan berkesan.
Perut Cantik Menarik 300x177 Senaman Kempiskan Perut Yang Mudah Dan Berkesan
Senaman Kempiskan Perut Yang Mudah Dan Berkesan
Tanpa senaman, sia-sia sahaja segala macam produk yang disapu atau dimakan. Tidak dinafikan ada produk kurus yang berkesan untuk mengempiskan perut, contohnya Set Kurus Shaklee . Tetapi kesannya lebih cepat kalau anda bersenam. Ada setengah orang, walau pun  dah berjaya kurangkan berat badan sehingga mendapat berat ideal, kadang-kadang bumper di perut masih jelas kelihatan. Malah tak pelik kalau kita tengok orang kurus pun ada yang buncit. Setuju ke tak?
Terdapat 4 jenis senaman kempiskan perut yang saya nak kongsi untuk kali ini. Mudah sahaja, hanya 4 langkah, 10 minit sehari. Peralatan yang diperlukan: 
 
  • Pakaian yang sesuai
  • Jam untuk mengira masa
  • Kerusi
  • Tikar yoga
Untuk mendapatkan senaman yang berkualiti, pastikan anda bersenam dalam keadaan rileks & santai. Jangan paksa diri untuk bersenam kerana ia hanya akan menyebabkan otot kita tercedera. bersenam dalam suasana yang tenang & damai. Bagi ibu yang bersalin melalui pemdedahan, lakukan secara perlahan-lahan. Berhenti jika anda merasa sakit atau tidak selesa. Berikut adalah 4 langkah senaman untuk mengempiskan perut yang boleh anda amalkan di rumah atau pejabat :

Langkah 1 Senaman Kempiskan Perut Yang Mudah Dan Berkesan: Gaya Vakum

senaman kempiskan perut 5 Senaman Kempiskan Perut Yang Mudah Dan Berkesan

 

Berlutut di atas lantai, membentuk sebuah meja. Pindahkan berat badan ke tangan & lutut. Pastikan belakang badan adalah rata, tidak melengkung. Tarik nafas dalam-dalam sehingga perut menjadi kempis. Tahan selama 3 saat. Hembuskan nafas. Tahan selama 3 saat. Ulang sehingga seminit.
 
Langkah 2 Senaman Kempiskan Perut Yang Mudah Dan Berkesan: Gaya Papan
 
senaman kempiskan perut 6 Senaman Kempiskan Perut Yang Mudah Dan Berkesan
 
Meniarap. Luruskan kaki seperti gambar di atas. Angkat badan secara perlahan-lahan dengan memindahkan berat ke lkedua-dua lengan. Pastikan badan kita lurus seperti papan. Tahan selama seminit. 
 
Perhatian: Diperingkat permulaan, mungkin anda tidak mampu untuk bertahan selama seminit. Tidak mengapa. Jangan paksa diri anda. Bila rasa badan tak mampu nak buat, berhenti. Insya Allah, lama-kelamaan anda akan mampu untuk bertahan selama seminit.
 
Langkah 3 Senaman Kempiskan Perut Yang Mudah Dan Berkesan: Duduk Berpalang
 
senaman kempiskan perut 3 Senaman Kempiskan Perut Yang Mudah Dan Berkesan
 
Duduk diatas kerusi. Pastikan badan tegak. Peha & betis berada dalam posisi 90 darjah. Angkat tangan, pastikan posisi bahu 90 darjah dengan lengan seperti gambar di atas.
 
senaman kempiskan perust 4 Senaman Kempiskan Perut Yang Mudah Dan Berkesan
 
Kemudian, angkat lutut kanan & bawa siku kiri ke lutut kanan (bersilang). Rujuk gambar di atas. Selepas itu, angkat lutut kiri & bawa siku kanan ke lutut kiri. Ulang selama seminit.
 
Langkah 4 Senaman Kempiskan Perut Yang Mudah Dan Berkesan: Kerusi Kapten
 
senaman kempiskan perut Senaman Kempiskan Perut Yang Mudah Dan Berkesan
 
Duduk tegak. Letakkan tangan di sisi seperti dalam gambar.
 
senaman kempiskan perut 2 Senaman Kempiskan Perut Yang Mudah Dan Berkesan
 
 
Tarik & hembus nafas sambil mengangkat kaki ke dada seperti gambar diatas. Tahan selama 3 saat. Ulang sehingga satu minit. Selesai.
Mudah saja senaman kempiskan perut yang mudah dan berkesan ni kan! Untuk mendapat perut yang kempis dengan lebih cepat, anda boleh mengamalkan senaman ini + mengambil Set Perut Buncit Shaklee. Berminat untuk mendapatkan Set Perut Buncit Shaklee? Hubungi saya sekarang.
Cik Puan Nurul 2 300x170 Senaman Kempiskan Perut Yang Mudah Dan Berkesan

Petua Untuk Kurus Dengan Cepat

Petua untuk kurus dengan cepat. Tajuk yang sangat catchy kan! Semua orang nak kurus. Semua orang nak cantik. Semua orang nak tau petua untuk kurus. Bukan senang nak kurus & tak semua orang mampu untuk keluarkan duit untuk membeli set kurus yang mahal di pasaran.
Petua Kurus Dengan Cepat 300x255 Petua Untuk Kurus Dengan Cepat
Petua Untuk Kurus Dengan Cepat
Kita keluar duit beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit pun belum tentu kita kurus. Ini kerana pengambilan set kurus sahaja tidak mencukupi.  Ianya perlu disertakan dengan pemakanan yang seimbang & senaman yang teratur. Ingat, pemakanan yang seimbang ye, bukan berlapar. Alhamdulillah sejak mengamalkan diet yang seimbang, saya rajin mencari tips untuk kurus & ini adalah kompilasi saya. Alhamdulillah berkesan. Anda yang tengah mengamalkan diet seimbang pun boleh cuba petua untuk kurus dengan cepat ni:
 
1. Elakkan makanan segera (fast food)
KFC, McD, Pizza Hut…. memanglah sangat-sangat menguji keimanan. Orang Malaysia memang suka makan fast food. Makanan segera harus dijauhi sekiranya anda ingin kurus kerana kandungan kalorinya sangatlah tinggi & khasiatnya hampir tiada.
 
2. Minum teh + lemon sejuk tanpa gula (ice lemon tea tanpa gula)
Teh & lemon memang sangat berkesan untuk membuang lemak di dalam badan. Green tea is the best. Tanpa gula kerana dalam misi untuk kurus, kita kena kurangkan pengambilan gula. Anda boleh baca kesan buruk lebihan gula terhadap badan di sini. Air yang sejuk menjadi pilihan kerana apabila kita minum air sejuk, badan kita akan menjadi sejuk & terpaksa bekerja untuk kembali kepada suhu yang normal. Dalam proses mengembalikan badan kepada suhu yang normal, pembakaran lemak telah berlaku. 
icw Petua Untuk Kurus Dengan Cepat
3. Makan sup
Jika kita nak kurus, boleh amalkan memakan sup. Meehon sup, kuew teow sup, mee sup, sup sayur, semuanya sedap-sedap belaka. Makanan yang direbus & distim juga adalah bagus. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng atau bersantan.

4. Makan buah
Petua untuk kurus dengan cepat yang seterusnya ialah makan buah. Buah-buahan adalah sangat berkhasiat & sedap. Epal. oren, anggur, tembikai. Kalau kat rumah saya ni, buah feveret adalah pisang. Bila mulut rasa nak mengunyah, daripada kita makan jajan yang tinggi kalori & takde khasiat, lebih baik kita makan buah. Tak payah nak risau pasal kandungan lemak atau gula.

5. Makan sayur
Tiap kali makan nasi, pastikan sayur lebih banyak daripada nasi. Lagi bagus kalau kita suka ratah sayur. Kalau tak suka makan sayur, cuba jadi kreatif. Buat sup sayur & dalam tu letak fishball, fishcake, isi ketam ke. Wallah sedapnya.
sayur Petua Untuk Kurus Dengan Cepat

6. Makan makanan yang kita tak suka.
Bila makan kat kedai atau memasak, masak makanan yang kita tak suka. Contohnya kalau kita tak suka makan nasi goreng kerabu sebab berperisa sangat, haaaaa order yang tu. Sebab apa? Bila kita tak suka makanan tu, kita takkan makan banyak. Makan sikit je dah kembang tekak. Idea yang bernas kan?

7. Mandi air sejuk sebelum subuh
Say no to water heater. kenapa air sejuk pada waktu subuh? Sebab kalau kita mandi waktu tu, ia akan dapat membuang segala toksin kat dalam badan kita. Detoks adalah perkara yang sangat penting untuk kurus.

8. Kunyah makanan sebanyak 40 kali

” Tak mampu lah! Kalau tiap kali suap nak kena kunyah 40 kali, berapa jam nak habis makan sepinggan nasi.”  Kalau anda fikir macam tu, anda yang rugi. Kata nak kurus. Kalau nak kurus, mesti anda sanggup. Free je pun, tak payah keluar duit.
9. Minum air  kosong dengan banyak
Air kosong. Bukan air manis. Sehari sekurang-kurangnya 3 liter.10. Sentiasa senyum
Kawal emosi. Amalkan gaya hidup yang sihat. Selalu kita dengar orang kata “Bila stress mesti nak makan banyak”. Jadi, hepi-hepilah selalu.11. Set Kurus Shaklee

Pengambilan Set Kurus Shaklee dah membantu ramai pelanggan saya mendapat berat badan yang diinginkan. Khas untuk pelanggan yang membeli Set Kurus Shaklee dengan saya, anda akan mendapat percuma Ebook Kurus Sebelum Raya yang ekslusif ini.

ebook kurus sebelum raya 262x300 Petua Untuk Kurus Dengan Cepat

Ini saja petua untuk kurus dengan cepat untuk kali ini. Insya Allah lain kali saya akan share tips yang lain. Selamat mencuba! Oh ya, kalau nak dapatkanSet kurus Shaklee dengan Ebook Kurus Sebelum Raya ni secara percuma, hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Untuk Kurus Dengan Cepat

Keistimewaan Dan Khasiat Alfalfa Shaklee

Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat barat, Ia digunakan untuk tujuan kesihatan terutamanya bagi wanita baru bersalin. Oleh kerana alfalfa mempunyai 1001 kebaikan, Dr.Shaklee merumuskan alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang memberi manfaat kepada jutaan pengguna. Jom saya ceritakan keistimewaan dan khasiat Alfalfa Shaklee.

alfalfa shaklee Keistimewaan Dan Khasiat Alfalfa Shaklee

Keistimewaan dan khasiat Alfalfa Shaklee

 Alfalfa kaya dengan vitamin & mineral. Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.  Ia juga mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah.

Alfalfa membantu mengatasi penyakit Endometriosis, mengecutkan cyst & fibroid, mengatasi keputihan dan senggugut, milk booster, meningkatkan kesuburan, mengatasi masalah kekeringan ketika bersama, membantu masalah telur (ovum) tak matang, menguruskan badan, dan juga:

1.    Merawat masalah pencernaan

2.    Mengawal kadar kolestrol dalam darah

3.    Menghapuskan kolestrol buruk ‘LDL’ dari tubuh

4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah

6.    Mencegah edema – Pengumpulan air dalam badan

7.    Mengurangkan simptom menopous

8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan

9.    Merawat masalah sembelit.

10.  Menyahkan toksin dalam tubuh

11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi

12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

13.  Membantu masalah penghadaman

14.  Membantu membanyakkan susu (milk booster)

15.  Mengurangkan masalah pundi kencing

16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati

17.  Meningkatkan kesihatan prostat

18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita

19.  Menghangatkan hubungan suami isteri

20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Ada bermacam jenama alfalfa di pasaran, kenapa Alfalfa Shaklee adalah yang terbaik? Apakah keistimewaan dan khasiat Alfalfa Shaklee berbanding alfalfa jenama lain?

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)

2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia

3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji

4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi

5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit

6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.

7.  Membersihkan hati

8.  Membantu melengkapkan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang

Banyak betul keistimewaan dan khasiat Alfalfa Shaklee kan? Anda nak cuba sebotol? Hubungi saya sekarang untuk mendapatkannya dengan harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Keistimewaan Dan Khasiat Alfalfa Shaklee

Kuruskan Badan Sambil Menyusukan Anak Dengan Set Kurus Shaklee

Saya kuruskan badan sambil menyusukan anak dengan Set Kurus Shaklee. Selalunya orang kata, kalau menyusukan anak susah nak berdiet. Memang betul! Sebab bila kita susukan anak, perut ni kejap-kejap lapar. Mulut pulak asyik nak mengunyah je. Macam mana lah nak berdiet? Nak makan ubat kurus takut pulak, karang tak pasal-pasal anak sakit. Mak nak melawa, anak pulak sakit.

breastfeeding Kuruskan Badan Sambil Menyusukan Anak Dengan Set Kurus Shaklee
Kuruskan Badan Sambil Menyusukan Dengan Set Kurus Shaklee


Dengan set kurus Shaklee anda tak perlu risau sebab semua vitamin dalam set ini vitamin adalah semulajadi & takkan bagi apa2 kesan buruk kepada baby. Berdasarkan pengalaman saya, bukan saje saya kurus, malah susu makin banyak.  Eh…macam mana pulak susu boleh banyak? Meh saya ceritakan satu-persatu. Mula-mula jom berkenalan dengan set kurus Shaklee. Set ni terdiri daripada tiga komponen iaitu bakar, buang & bina.

Bakar tu maksudnya memecah & membakar lemak-lemak & kolesterol berlebihan yang bersarang kat dalam badan kita ni. Buang pulak maksudnya membuang atau flush segala macam toksin yang ada kat dalam badan. Yelah, dah bakar lemak-lemak tu mesti lah buang dari badan, kalau tak semua berkumpul dalam badan kita. Macam mana nak kurus?  Bina bermaksud kita bina otot supaya takde jadi daging menggelebeh. Ketiga-tiga elemen ni penting untuk mendapatkan berat yang ideal & bentuk badan yang cantik. Jadi, kita boleh kuruskan badan dengan cepat sambil menyusukan anak dengan set kurus Shaklee.

LANGKAH PERTAMA: BAKAR
lecithin+&+omega+guard Kuruskan Badan Sambil Menyusukan Anak Dengan Set Kurus Shaklee
LECITHIN ATAU OMEGA GUARD
 
 
LANGKAH KEDUA: BUANG
ALFALFA+&+HERBALAX Kuruskan Badan Sambil Menyusukan Anak Dengan Set Kurus Shaklee
ALFALFA ATAU HERBALAX
 
LANGKAH KETIGA: BINA
CINCH+&+ESP Kuruskan Badan Sambil Menyusukan Anak Dengan Set Kurus Shaklee
 
CINCH ATAU ESP
 
Set kurus yang saya ambil terdiri daripada ESP, lecithin & herbalax. Alhamdulillah memang berkesan & anak pun tak meragam. Dalam masa yang sama, susu saya makin banyak. Nak tau vitamin mana yang sesuai untuk anda? Hubungi saya untuk free consultation. Saya akan bagi vitamin ikut bajet anda.

Kalau anda beli set ini dengan saya, anda bukan sahaja dapat produk yang hebat, tapi anda juga akan dapat:

 ~ Free consultation tentang cara pemakanan vitamin yang BETUL supaya cepat kurus
~ Percuma Ebook Cara Makan Vitamin Shaklee
ebook 300x279 Kuruskan Badan Sambil Menyusukan Anak Dengan Set Kurus Shaklee
~Percuma Ebook Kurus Dengan Shaklee
~ Percuma consultation tentang diet harian
~ Free consultation tentang jadual exercise
~ Saya akan add anda ke group khas

Menarik kan? Tunggu apa lagi, hubungi saya sekarang kalau anda nak kuruskan badan sambil menyusukan anak dengan Set Kurus Shaklee. Pakej dengan harga  menarik menanti anda. 

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kuruskan Badan Sambil Menyusukan Anak Dengan Set Kurus Shaklee
pixel Kuruskan Badan Sambil Menyusukan Anak Dengan Set Kurus Shaklee

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.