-

Benarkah Rahim Jatuh Punca Sukar Hamil

Apabila dah jenuh berusaha tapi masih belum mengandung, biasanya kita akan tercari-cari apakah punca kita sukar mengandung. Suami tak subur ke? Atau isteri yang bermasalah? Ramai yang tak tahu bahawa rahim jatuh juga boleh menjadi punca susah mengandung &  ramai wanita tak sedar pun rahim mereka jatuh. Kali ni saya bercerita tentang benarkah rahim jatuh punca sukar hamil?

rahim jatuh punca sukar ham2 300x204 Benarkah Rahim Jatuh Punca Sukar Hamil

Jom kenali apakah itu rahim jatuh

Rahim jatuh juga dikenali sebagai prolaps rahim. Rahim merupakan tempat janin membesar di mana ia terletak di dalam pelvis dan disokong oleh otot dan ligamen. Terdapat 3 peringkat masalah rahim jatuh iaitu:

  • Peringkat 1 : hanya jatuh sedikit dari tempat asal. Tiada sebarang simptom dirasakan dan kebiasannya diketahui apabila melakukan pemeriksaan bagi tujuan lain. Sebagai contoh ujian pap smear
  • Peringkat 2 : pintu rahim jatuh sehingga ke permukaan faraj
  • Peringkat 3 : keseluruhan rahim terkeluar dari saluran vagina. Ianya seakan-akan seketul bentuk daging terkeluar yang dapat dilihat dengan sekiranya duduk mencangkung.

rahim jatuh punca sukar ham3 300x191 Benarkah Rahim Jatuh Punca Sukar Hamil

Adalah amat penting untuk kita mengetahui apakah punca rahim jatuh supaya kita dapat mengelakkan ianya daripada berlaku. Di samping itu, kita perlu alert tentang tanda-tanda rahim jatuh supaya kita sedar apabila ianya berlaku & boleh cepat amalkan cara tradisonal untuk menaikkan semula rahim yang jatuh. 

Benarkah Rahim Jatuh Punca Sukar Hamil

Menurut perubatan tradisonal, ya! Rahim jatuh boleh menjadi punca kita susah untuk mengandung. Kedudukan rahim yang lari dari tempat asal akan menyebabkan persenyawaan sukar untuk berlaku. Sebab tu ibu yang baru bersalin biasanya akan berurut sengkak perut untuk membetulkan semula kedudukan rahim supaya takde masalah untuk mengandung semula.

Dari segi perubatan moden, kedudukan rahim yang berubah dari tempat yang asal juga boleh menjejaskan kesuburan. Kedudukan yang berubah itu termasuklah rahim jatuh & rahim terbalik.

Apa nak buat kalau sedang berusaha untuk mengandung tapi ada masalah rahim jatuh?

Kalau anda sedang berusaha untuk mengandung, anda boleh ambil Set Menaikkan Peranakan Shaklee yang membantu membetulkan kedudukan rahim, dan menguatkan otot rahim agar tidak jatuh semula. Set ini bertindak dengan lembut & ianya adalah selamat. Kalau ada bajet anda boleh juga ambil Set Kesuburan Shaklee yang telah membantu ramai pasangan mengandung. 

menaikkan rahim2 300x193 Benarkah Rahim Jatuh Punca Sukar Hamil

Sekarang terjawablah sudah persoalan tentang benarkah rahim jatuh punca sukar hamil. Kalau rahim anda jatuh, cepat-cepat amalkan tips yang saya kongsikan tadi & ambil Set Menaikkan Peranakan Shaklee dengan konsisten. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Benarkah Rahim Jatuh Punca Sukar Hamil

Tips Kuatkan Rahim Selepas Keguguran

Terdapat pelbagai punca keguguran, dan antara punca keguguran yang paling kerap berlaku ialah blighted ovum. Selepas keguguran rahim akan menjadi lemah, jadi adalah amat penting untuk mengamalkan tips kuatkan rahim selepas keguguran supaya anda bersedia untuk mengandung semula.

kuatkan rahim selepas gugur 300x212 Tips Kuatkan Rahim Selepas Keguguran

Tips Kuatkan Rahim Selepas Keguguran

Dalam banyak-banyak komplikasi kehamilan, keguguran merupakan perkara yang paling menyedihkan. Namun percayalah, ianya sudah ditakdirkan. Jangan salahkan diri sendiri kerana terdapat pelbagai punca keguguran berlaku. Apa yang penting, anda amalkan tips kuatkan rahim selepas keguguran ini dan tak lupa juga tips mengandung selepas keguguran ini.

Kenapa perlu kuatkan semula rahim selepas keguguran? Apabila keguguran berlaku, otot-otot rahim menjadi lemah dan tidak berada dalam keadaan yang baik. Jika anda mengandung semula, dikhuatiri anda akan mengalami keguguran sekali lagi, akibat rahim yang belum betul-betul bersedia.

Oleh itu, tips kuatkan rahim selepas keguguran ini adalah sangat penting untuk memastikan anda betul-betul bersedia untuk mengandung semula & untuk mengelakkan kejadian keguguran yang berulang.

Tips Kuatkan Rahim Selepas Keguguran Yang Wajib Anda Amalkan

1. Berurut

Berurut yang dimaksudkan ialah di kawasan perut di mana rahim kita berada. Kadang kala keguguran menyebabkan rahim kita jatuh dari kedudukan asal. Kedudukan rahim yang tidak betul boleh menjejaskan fungsi sistem reproduksi kita. Oleh itu, urutan adalah sangat membantu untuk membetulkan kedudukan rahim & otot-otot rahim yang lemah.

Adalah lebih baik kalau anda berurut satu badan untuk mengembalikan semula kecergasan badan & membuang angin yang ada. Biasanya orang melayu berurut selama 3 hari berturut-turut.

2. Jaga pemakanan

Amalkan makanan yang segar dah elakkan makanan yang diproses. Ini kerana makanan yang diproses mengandungi bahan kimia yang memudaratkan. Elakkan juga makanan segera dan junk food.

Kalau nak senang, bayangkan yang anda sedang mengandung. Waktu mengandung kita akan jaga pemakanan sebab ada baby dalam perut. Betul tak? Kita nak makan makanan yang berkhasiat je supaya baby dalam perut pun dapat kebaikannya. Jadi, jaga pemakanan seperti mana waktu kita sedang mengandung.

3. Elakkan pemakanan yang bersifat “tajam” ,  “sejuk”, dan “panas”

Makanan tajam termasuklah jeruk, asam boi, nenas, air tebu, air coke, dan sebagainya. Biasanya makanan tajam ni rasanya masam & berasid. Manakala contoh makanan sejuk pula ialah cendawan, keladi, betik. Makanan panas merujuk kepada makanan yang mengandungi ragi seperti tapai.

kuatkan rahim selepas gugur1 300x212 Tips Kuatkan Rahim Selepas Keguguran

4. Amalkan zikir Al Musowwir

Al-Musowwir bermaksud Yang Maha Pembentuk. Allah lah yang berkuasa untuk menguatkan semula rahim & membentuk janin didalam rahim kita. Amalkan sebanyak 336 kali sehari. Amalkan secara konsisten dan berdoa bersungguh-sungguh.

5. Amalkan makanan tambahan yang mampu menguatkan otot rahim dan penghasilan telur yang sihat.

Anda boleh amalkan Energizing Soy Protein (ESP) untuk menguatkan rahim & mengambil Set Subur Shaklee untuk meningkatkan kesuburan dan membantu penghasilan telur yang sihat & berkualiti.

Macam mana ESP membantu menguatkan rahim? Rahim kita terdiri daripada otot. Dan otot terdiri daripada sel. Makanan utama sel-sel badan kita adalah protein. Bila kita amalkan pengambilan ESP dengan aturan makan yang betul secara konsisten, sel-sel otot rahim kita akan mendapat makanan baik secukupnya & sebagai kesan, otot rahim kita akan kuat seperti sedia kala.

kuatkan rahim selepas gugur2 300x212 Tips Kuatkan Rahim Selepas Keguguran

Set Subur Shaklee pula memang dah terbukti membantu ramai pasangan mengandung semula walau pun dah berkali-kali mengalami keguguran.

Anda juga boleh amalkan tips kuatkan rahim yang saya kongsikan di sini. Semoga tips kuatkan rahim selepas keguguran tadi bermanfaat untuk anda. Pengambilan ESP sememangnya membantu menguatkan semula otot rahim supaya bersedia untuk mengandung semula. Nak order ESP untuk kuatkan rahim? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Kuatkan Rahim Selepas Keguguran

Masalah Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan

Masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan bermaksud kedudukan bayi yang bukannya kepala ke bawah. Jika ini adalah kandungan pertama anda, jangan risau. Insya Allah bayi akan berpusing ke posisi yang betul pada bulan ke8 atau ke9 kandungan anda.

bayi melintang 300x197 Masalah Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan

Apa Yang dimaksudkan Dengan Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan ?

Kedudukan bayi yang normal ialah Cephalic Position di mana kepala bayi berada di bawah. Kedudukan songsang atau Breech position pula ialah keadaan di mana kepala bayi berada di atas. Masalah bayi melintang dalam kandungan berlaku apabila bayi berada dalam keadaan transverse position di mana bayi berada dalam keadaan melintang seperti gambar di atas.

96% bayi di Malaysia dilahirkan dalam posisi normal manakala 4% dilahirkan dalam keadaan melintang sama ada secara kelahiran normal atau pun pembedahan ceaserean. Kebiasannya, jika bayi masih dalam keadaan melintang pada usia kandungan mencecah 36 minggu, doktor akan mencadangkan supaya kedudukan bayi dibetulkan dengan kaedah urutan yang dipanggil External Cephalic Version (ECV). Kaedah ini akan lebih berkesan sekiranya ini bukan kehamilan pertama anda. Walau bagaimana pun, ada kemungkinan bayi anda akan kembali melintang. Kaedah ini juga dilakukan oleh bidan kampung, namun dapatkan nasihat doktor sebelum melakukannya.

urutan1 300x179 Masalah Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan

Apakah Punca Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan?

Sehingga kini tidak diketahui apakah punca sebenar bayi berada dalam keadaan melintang atau songsang. Walau bagaimanapun berikut merupakan antara faktor penyumbang kepada masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan:

1. Melahirkan sebelum minggu ke37 dimana bayi belum sempat untuk berpusing.

2. Anak kembar. Apabila anda mengandung anak kembar, keadaan rahim yang penuh & sempit akan menyebabkan bayi berada dalam keadaan melintang atau songsang.

3. Air ketuban terlalu banyak atau sedikit juga boleh menyebabkan bayi melintang atau songsang.

4. Rahim yang lemah atau regang. Anda boleh menguatkan rahim dengan mengamalkan tips-tips ini dan dengan mengamalkan ESP Shaklee.

5. Rahim yang berbentuk tidak normal atau terbalik, atau pun jika anda mempunyai cyst atau fibroid.

6. Bayi mempunyai kecacatan atau masalah kesihatan seperti masalah jantung, down syndrome, masalah kecacatan otak, dan sebagai

Bagaimana Cara Untuk Mengenalpasti Masalah Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan?

Sekiranya kandungan anda sudah mencecah 36 minggu, anda akan merasa sakit atau tidak selesa apabila kepala bayi mula menekan tulang rusuk. Kebiasaanya masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan hanya dikenalpasti apabila melalui ujian ultrasound.

Bayi Melintang Dalam Kandungan: Bolehkan Bersalin Secara Normal?

Ibu yang mengalami masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan boleh mencuba untuk melahirkan secara normal asalkan doktor telah mengesahkan bahawa tiada sebarang komplikasi kehamilan lain yang anda alami & doktor yang akan membantu anda sepanjang tempoh melahirkan adalah doktor yang berpengalaman dalam mengendalikan kes kelahiran bayi melintang. Walau bagaimana pun, majoriti ibu di Malaysia yang mengalami masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan bersalin melalui pembedahan.

Semoga info masalah bayi melintang atau songsang dalam kandungan yang saya kongsikan di sini bermanfaat buat anda. Jika anda sedang mengandung, adalah disarankan untuk anda mengamalkan set hamil Shaklee yang memberikan nutrisi terbaik untuk anda & bayi sepanjang tempoh kehamilan & proses bersalin yang panjang & memenatkan. Berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya sekarang, untuk konsultasi terbaik.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Masalah Bayi Melintang Atau Songsang Dalam Kandungan

Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung

Kurma merupakan salah satu makanan sunnah yang kaya dengan protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium & potassium. Ia bukan sahaja menjadi elemen penting dalam diet seharian ibu mengandung, malah penting untuk wanita yang sedang berusaha untuk mengandung & sedang menyusukan anak. Di antara khasiat kurma untuk ibu mengandung ialah:

kurma untuk ibu mengandung 300x225  Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung

Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung

1. Mengenyangkan & membekalkan tenaga.

Kandungan gula di dalam kurma mudah diserap tubuh dan dapat memberi tenaga segera apabila makan ketika lapar. Malah, boleh membuatkan kita mudah kenyang & boleh mengelakkan makan secara berlebihan.

2. Tinggi Potassium.

Potassium adalah penting untuk sistem saraf . Ia merangsang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan, khususnya utk mencegah barah payudara & rahim. Ia juga sangat penting untuk meningkatkan sistem sarafibu mengandung & bayi yang sedang berkembang.

3. Memudahkan proses bersalin.

Kurma membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim selepas bersalin.

4. Sesuai untuk ibu yang mengidap Gestational Diabetis

Kandungan gula didalam kurma adalah sesuai untuk ibu yang mengidap Gestational Diabetis atau Diabetis semasa mengandung.

5. Mengelakkan demam kuning pada bayi

Ibu yang mengamalkan memakan kurma sepanjang tempoh kehamilan akan melahirkan bayi yang sihat tanpa demam kuning atau jaundis.

6. Melahirkan bayi yang sihat & bijak

Bayi yang dilahirkan akan mempunyai imuniti yang tinggi dan susah untuk jatuh sakit. Bayi kita juga akan mempunyai IQ yang tinggi dan bijak.

7. Menguatkan rahim

Kurma juga berfungsi untuk menguatkan rahim, terutamanya bagi ibu yang pernah mengalami keguguran.

8. Kaya dengan zat besi.

Ia sangat sesuai dimakan oleh bagi ibu yang mengalami masalah anemia akibat kekurangan sel darah merah dalam tubuhsepanjang kehamilan.

Banyak betul khasiat kurma untuk ibu mengandung kan? Jika anda sedang berusaha untuk mengandung, bolehlah makan kurma setiap hari. Bukan sahaja mendapat pahala sebab mengamalkan makanan sunnah, ia juga akan meningkatkan kesihatan kita dan bayi. Anda juga boleh mengamalkan amalan pemakanan yang baik untuk ibu mengandung dan Set Ibu Mengandung Shaklee bagi memastikan bayi anda berkembang dengan baik & anda sentiasa cergas bertenaga sepanjang tempoh kehamilan. Nak order Set Ibu Mengandung Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170  Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung

Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Kesuburan suami isteri adalah perkara paling penting sekiranya anda sedang merancang untuk mengandung, lebih-lebih lagi sekiranya anda atau pasangan mempunyai masalah kesuburan seperti low sperm count, kitaran haid tidak teratur,  telur tidak matang, cyst, fibroid, PCOS, Endometriosis atau pun sekiranya anda pernah mengalami keguguran akibat blighted ovum atau pun ectopic pregnancy (mengandung luar rahim). Jom saya kongsikan tips tingkatkan kesuburan suami isteri:

meningkatkan kesuburan 300x255 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Apakah Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri?

1. Berhenti menggunakan alat Perancang Keluarga
Apabila anda merancang untuk mengandung, anda perlu berhenti menggunakan pil perancang, suntikan, implan, IUCD dan sebagainya. Tubuh anda mungkin mengambil masa yang lama untuk menstabilkan semula hormon akibat berhenti daripada menggunakan alat perancang keluarga tersebut dan keadaan ini boleh menjejaskan kesuburan anda.

2. Hentikan Tabiat Buruk
Rokok dan alkohol adalah punca utama masalah ketidaksuburan & kesukaran untuk hamil. Oleh itu, salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan anda suami isteri ialah dengan membuang tabiat buruk tersebut.

meningkatkan kesuburan1 300x260 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

3. Kepuasan atau Klimaks 
Sesetengah pakar berpendapat bahawa kepuasan isteri semasa bersama suami adalah salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan sekali gus meningkatkan peluang untuk mengandung. Jadi, pastikan anda mendapat kepuasan semasa bersama.

4. Kenali waktu subur
Mengetahui waktu subur adalah kunci utama untuk mengandung. Nak tahu macam mana cara untuk mengira waktu subur? Anda boleh baca di sini. Anda juga boleh menggunakan kit ovulasi untuk mengetahui waktu subur dengan lebih tepat.

5. Berat Badan unggul
Pasangan yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Jadi, salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan suami isteri ialah dengan mendapatkan berat badan yang ideal.

6. Relaks
Tekanan & kemurungan merupakan antara punca ketidaksuburan. Sentiasa tenang & ceria, ia boleh meningkatkan kesuburan anda suami isteri.

7. Kurangkan Kafein
Kurangkan pengambilan kafein.  Jika dahulu anda minum tiga cawan sehari atau lebih, kini jadikannya hanya satu cawan. Kafein berlebihan boleh menyebabkan ketidaksuburan.

meningkatkan kesuburan2 300x153 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

8. Sperma Sihat
Untuk mendapatkan sperma yang sihat, suami isteri perlu mewujudkan persekitaran mesra sperma iaitu mengelakkan penggunaan penyembur vagina, tampon dan apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma. Suami juga perlu mengelakkan mandi air panas & pemakaian seluar dalam yang ketat. Pengambilan Set Suami Gagah Shaklee juga membantu.

Mudah saje kan untuk mempraktikkan 8 tips tingkatkan kesuburan suami isteri di atas? Anda boleh mula mengamalkannya hari ini. Anda juga boleh mengambil Set Kesuburan Shaklee yang telah membantu ramai pelanggan saya mengandung. Oh ya…anda juga boleh membaca tips meningkatkan kesuburan suami isteri di sini. Berminat untuk mendapatkan set kesuburan Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Tips Kuatkan Rahim Semasa Mengandung, Selepas Bersalin Dan Keguguran

Masalah rahim lemah sering berlaku kepada ibu mengandung,  melahirkan atau keguguran. Bagi ibu yang sedang mengandung, di antara tanda rahim lemah ialah pendarahan diawal kehamilan. Jom saya kongsikan tips kuatkan rahim semasa mengandung, selepas bersalin dan keguguran.

Kuatkan rahim 300x224 Tips Kuatkan Rahim Semasa Mengandung, Selepas Bersalin Dan Keguguran

Tips Kuatkan Rahim Semasa Mengandung, Selepas Bersalin Dan Keguguran.

Untuk menguatkan rahim, anda boleh mengamalkan tips-tips berikut:

1. Elakkan mengangkat benda berat

Mengangkat benda berat akan menyebabkan tekanan kepada bahagian perut, sekali gus menyebabkan tekanan kepada rahim. Salah satu cara untuk menguatkan rahim ialah dengan mengelakkan aktiviti mengangkat benda yang berat.

2. Jangan membongkok

Sekiranya anda terpaksa mengangkat benda berat, elakkan daripada membongkok. Cara yang terbaik ialah anda duduk atau bengkokkan kaki. Dengan cara ini, tekanan ke atas rahim akan dapat dikurangkan.

3. Duphaston

Doktor kebiasaanya akan memberikan Duphaston sebagai ubat untuk menguatkan rahim. Di sesetengah negara Duphaston telah pun diharamkan. Oleh itu, kaji semua pro & cons sebelum mengambil ubat sintetik ini.

4. ESP Shaklee

Pengambilan ESP Shaklee sememangnya telah terbukti membantu menguatkan rahim anda. Bagi ibu mengandung, ESP membantu menguatkan rahim bagi mengelakkan keguguran & membantu pembentukan janin yang sempurna. Bagi ibu yang keguguran, ESP membantu mengelakkan risiko keguguran berulang. Sementara bagi ibu yang baru melahirkan, ESP mengurangkan risiko kejadian rahim jatuh atau Jatuh organ peranakan.

Kuatkan rahim1 300x300 Tips Kuatkan Rahim Semasa Mengandung, Selepas Bersalin Dan Keguguran

Insya Allah, dengan aturan makan yang betul, ESP bukan sahaja membantu menguatkan rahim anda. Malah ia juga memberikan anda tenaga & mencantikkan kulit.

5. Berurut

Berurut bukan sahaja dapat menguatkan rahim, malah membetulkan kedudukan rahim yang tinggi, rendah, atau pun senget. Jika anda baru bersalin atau keguguran, carilah tukang urut berpengalaman untuk mengurut anda.

6. Bertungku

Selepas bersalin atau keguguran, pastikan anda bertungku agar rahim menjadi kuat & kembali kepada keadaan asal.

7. Kurma

Kurma sememangnya terbukti membantu menguatkan rahim seorang wanita. Amalkan memakan 7 biji kurma setiap hari.

8. Susu Badam @ Almond

Rendam satu genggam badam semalaman. Pagi esoknya toskan air & blend badam sehingga hancur. Boleh campurkan kurma untuk rasa yang lebih sedap. Tapis & boleh terus diminum.

Semoga tips kuatkan rahim semasa mengandung, selepas bersalin dan keguguran yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan ESP dengan aturan makan yang betul & harga istimewa? Klik sini untuk order.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Kuatkan Rahim Semasa Mengandung, Selepas Bersalin Dan Keguguran

Tips Mengandung Selepas Keguguran

Hanya tuhan je yang tahu betapa sedihnya hati bila keguguran. 3 kali saya keguguran jadi saya tahu apa yang anda rasa. Kali ni saya nak share tips mengandung selepas keguguran yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

mengandung selepas kegugura 300x286 Tips Mengandung Selepas Keguguran

Tips Mengandung Selepas Keguguran

Selepas keguguran, anda dinasihatkan untuk  berehat selama 2 minggu sebelum mencuba untuk mengandung semula. Anda akan lebih mudah untuk hamil sekiranya tips dibawah diamalkan bersama set kesuburan Shaklee. Pengambilan ESP Shaklee juga akan membantu menguatkan semula rahim anda.

Tips mengandung selepas keguguran yang boleh anda amalkan ialah:

 1. Kenal pasti tarikh subur.

 Jika haid anda teratur, adalah mudah untuk mengetahui tarikh subur. Setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan inilah waktu paling subur anda. Sekiranya anda bersama suami pada waktu ini, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Oleh itu, pastikan anda tidak terlepas wkatu subur setiap bulan.

 2. Jalani pemeriksaan.

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah seperti cyst, endometriosis atau fibroid yang merupakan penyakit yang kerap dikaitkan dengan kesukaran untuk hamil. Jika anda mengesan penyakit ini pada peringkat awal, Insya Allah rawatan dapat membantu anda untuk hamil.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Tips Mengandung Selepas Keguguran

Dapatkan EBook ini secara percuma dengan pembelian set kesuburan Shaklee dari vitaminsaya.com

 3. Dapatkan berat badan yang ideal.

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal. Anda boleh mengetahui cara mengira BMI di sini.

4. Hubungan seks yang kerap & posisi yang tertentu.

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Nak tahu posisi terbaik untuk  mudah hamil? Saya ada share hot tips ni di secret group kami.

5. Tingkatkan kesuburan suami.

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

6. Mengambil multivitamin.

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. Set kesuburan Shaklee mempunyai nutrient lengkap yang diperlukan oleh pasangan yang sedang mencuba untuk hamil.

8. Bersenam secara rutin .

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

mengandung selepas kegugura1 300x205 Tips Mengandung Selepas Keguguran

9. Mengambil makanan yang seimbang.

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

10. Elakkan makanan segera.

Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)

 11. Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.

Pengambilan protein yang mencukupi adalah penting untuk meningkatkan kesuburan anda. ESP Shaklee adalah alternatif terbaik sekiranya anda tidak minum susu atau mengambil produk tenusu yang lain.

 12. Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.

 13. Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.

14. Berurut

Berurut juga boleh membantu anda cepat hamil. Bidan yang berpengalaman dapat mengesan sekiranya ada masalah dengan peranakan anda seperti rahim jatuh. Kebiasannya bidan dapat membetulkan masalah tersebut dengan urutan.

 15. Kurangkan tekanan.

Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walau bagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami

16.  Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras.

Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Jika anda keguguran, jangan bersedih. Anda masih berpeluang untuk mengandung & melahirkan seperti pasangan yang lain. Amalkan tips mengandung selepas keguguran yang saya kongsikan tadi. Berminat untuk mendapatkan set subur Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Mengandung Selepas Keguguran

Keistimewaan Dan Khasiat Alfalfa Shaklee

Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat barat, Ia digunakan untuk tujuan kesihatan terutamanya bagi wanita baru bersalin. Oleh kerana alfalfa mempunyai 1001 kebaikan, Dr.Shaklee merumuskan alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang memberi manfaat kepada jutaan pengguna. Jom saya ceritakan keistimewaan dan khasiat Alfalfa Shaklee.

alfalfa shaklee Keistimewaan Dan Khasiat Alfalfa Shaklee

Keistimewaan dan khasiat Alfalfa Shaklee

 Alfalfa kaya dengan vitamin & mineral. Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.  Ia juga mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah.

Alfalfa membantu mengatasi penyakit Endometriosis, mengecutkan cyst & fibroid, mengatasi keputihan dan senggugut, milk booster, meningkatkan kesuburan, mengatasi masalah kekeringan ketika bersama, membantu masalah telur (ovum) tak matang, menguruskan badan, dan juga:

1.    Merawat masalah pencernaan

2.    Mengawal kadar kolestrol dalam darah

3.    Menghapuskan kolestrol buruk ‘LDL’ dari tubuh

4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah

6.    Mencegah edema – Pengumpulan air dalam badan

7.    Mengurangkan simptom menopous

8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan

9.    Merawat masalah sembelit.

10.  Menyahkan toksin dalam tubuh

11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi

12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

13.  Membantu masalah penghadaman

14.  Membantu membanyakkan susu (milk booster)

15.  Mengurangkan masalah pundi kencing

16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati

17.  Meningkatkan kesihatan prostat

18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita

19.  Menghangatkan hubungan suami isteri

20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Ada bermacam jenama alfalfa di pasaran, kenapa Alfalfa Shaklee adalah yang terbaik? Apakah keistimewaan dan khasiat Alfalfa Shaklee berbanding alfalfa jenama lain?

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)

2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia

3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji

4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi

5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit

6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.

7.  Membersihkan hati

8.  Membantu melengkapkan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang

Banyak betul keistimewaan dan khasiat Alfalfa Shaklee kan? Anda nak cuba sebotol? Hubungi saya sekarang untuk mendapatkannya dengan harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Keistimewaan Dan Khasiat Alfalfa Shaklee

Punca Pendarahan Semasa Mengandung

Anda mengalami pendarahan semasa mengandung? Jangan risau kerana 15-25% wanita hamil mengalaminya. Dapatkan rehat secukupnya. Bedrest. Bedrest sangat penting bila pendarahan berlaku. Nak tahu apakah punca pendarahan semasa mengandung?
pendarahan saat kehamilan 300x203 Punca Pendarahan Semasa Mengandung
Punca Pendarahan Semasa Mengandung
Apakah punca pendarahan semasa mengandung?
1. Pendarahan boleh berlaku disebabkan ibu yang terlalu aktif & lasak terutamanya di awal trimester kehamilan di mana kandungan masih belum berapa kuat. Sebab tu bila pendarahan berlaku, ibu wajib bedrest. Lupakan kerja pejabat, lupakan kerja rumah, minta bantuan suami atau ahli keluarga yang lain untuk menjaga anak-anak. Apa yang anda perlu lakukan ialah rehat, rehat & rehat.
2. Pendarahan juga boleh menjadi petanda bahawa anda mengalami hakisan serviks atau kini dikenali sebagai “etropion” serviks di mana sel-sel yang lazimnya berada dalam saluran serviks kini terdedah kepada keadaan luar dan ia kelihatan seperti kawasan “radang”.
3. Disamping itu, pendarahan juga boleh berlaku selepas persetubuhan disebabkan oleh jangkitan vagina, jangkitan serviks dan polip (pertumbuhan tidak berbahaya).
4. Di samping faktor-faktor di atas, pendarahan juga mungkin berlaku kerana kekurangan protein. Terutamanya ibu yang mengalami alahan atau morning sickness yang teruk. Langsung tak boleh makan atau minum. Kalau kita tak makan, tubuh badan kekurangan vitamin terutamanya protein yang penting dalam pertumbuhan janin. Oleh itu, ESP adalah vitamin yang penting untuk ibu yang hamil. 

imagesCAC314KW Punca Pendarahan Semasa Mengandung

Sekarang anda dah tahu tentang punca pendarahan semasa mengandung. Jika anda mengalami pendarahan, jangan panik. Berjumpa dengan doktor untuk memastikan kandungan anda berada dalam kedaan yang baik dan amalkan tips untuk merawat pendarahan semasa mengandung yang saya kongsikan di sini. Jangan lupa amalkan ESP Shaklee. Jika pendarahan berterusan, sila jumpa doktor semula.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Pendarahan Semasa Mengandung 
pixel Punca Pendarahan Semasa Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.