-

Kebaikan GLA Complex Shaklee Untuk Wanita

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. GLA (asid linolenik gama) berfungsi menstabilkan hormon didalam tubuh badan kita. Nak tahu kebaikan GLA Complex Shaklee untuk wanita?GLA+Shaklee Kebaikan GLA Complex Shaklee Untuk Wanita  

Kebaikan GLA Complex Shaklee Untuk Wanita

Apakah kebaikan GLA Complex Shaklee untuk wanita? GLA Complex Shaklee merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Sementara vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Di antara fungsi utama GLA Complex Shaklee ialah membetulkan kitaran haid, mengatasi masalah kering ketika bersama dan meningkatkan kesuburan wanita. Selain itu, kebaikan GLA Complex Shaklee untuk wanita ialah:

  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
  • Membantu menangani ekzema 
  • Membaiki sel rosak,
  • Membina sel baru,  
  • melembabkan kulit
  • Mencegah asma 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid). Kebanyakan wanita mendapati gejal-gejala PMS mereka menjadi lega apabila menggunakan GLA. Gejala ini seperti sakit payudara dan perasaan kemurungan serta kerengsaan dan pembengkakan rahim.
  • Membantu dalam menangani menopous
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid. GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak dan kekejangan pada waktu pagi. Kajian menunjukkan bahawa menggunakan GLA dan EPA (asid lemak omega-3 daripada ikan dan minyak ikan) bersama-sama akan membantu untuk arthirtis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan & menghilangkan jerawat

cantik Kebaikan GLA Complex Shaklee Untuk Wanita

 

  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal darah tinggi & sakit jantung.  Kajian menunjukkan bahawa GLA, samada bersendirian atau dalam gabungan dengan dua omega-3 asid lemak penting, EPA dan DHA kedua-dua ditemuidalam ikan dan minyak ikan, boleh merendahkan tekanan darah dan hipertensi. Bersama dengan EPA dan DHA, GLA membantu untuk mencegah perkembangan penyakit jantung.
  • Mengawal kolesterol
  • Alahan - Orang yang mempunyai
  • alahan mungkin memerlukan lebih banyak EFA dan sering menghadapi kesukaran menukar LA kepada GLA.
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan. Kajian membuktikan pengambilan 480mg GLA Complex Shaklee setiap hari boleh mencegah  dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol. Pesakit kencing manis tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Suplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis.
  • Osteoporosis - kekurangan asid lemak perlu (termasuk GLA dan EPA, asid lemak omega-3) boleh menyebabkan osteoporosis. Kajian telah menunjukkan bahawa tambahan GLA dan EPA bersama-sama membantu mengekalkan atau meningkatkan jisim tulang. Asid lemak juga boleh meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan deposit kalsium dalam tulang, mengurangkan kehilangan kalsium dalam air kencing, meningkatkan kekuatan tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang semua yang boleh menyumbang kepada jisim tulang yang lebih baik.

GLA Complex Shaklee adalah vitamin yang sesuai diambil oleh pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat memandangkan ianya berfungsi untuk membetulkan kitaran haid wanita & meningkatkan kesuburan. Anda boleh membaca testimoni mereka yang berjaya mengandung selepas mengambil GLA Complex di sini. Banyak betul kebaikan GLA Complex Shaklee untuk wanita kan?  Berminat untuk mendapatkan GLA Complex Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kebaikan GLA Complex Shaklee Untuk Wanita

pixel Kebaikan GLA Complex Shaklee Untuk Wanita

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.