-

Petua Hilangkan Keputihan Semasa Mengandung Tanpa Jejaskan Kandungan

Keputihan semasa mengandung bukan sahaja akan menyebabkan kegatalan. Jika menjadi semakin teruk ia boleh menjadi punca jangkitan saluran air kencing yang boleh menjejaskan kandungan. Petua hilangkan keputihan semasa mengandung tanpa jejaskan kandungan ini boleh membantu anda.

hilangkan keputihan semasa  300x190 Petua Hilangkan Keputihan Semasa Mengandung Tanpa Jejaskan Kandungan

Petua Hilangkan Keputihan Semasa Mengandung Tanpa Jejaskan Kandungan

Secara umumnya keputihan terhasil daripada kelenjar vagina dan pangkal rahim yang menghasilkan cecair yang mengalir keluar bersama lapisan sel mati pada dinding kemaluan wanita. Bagi wanita biasa, ia mungkin hanya keputihan yang normal jika ianya berwarna putih dan tanpa sebarang bau.

Walau bagaimana pun, bagi wanita mengandung, ianya tidak boleh dipandang ringan kerana seperti air kencing kotor dan komplikasi kehamilan yang lain, jika melarat ia boleh menjejaskan kandungan. Jika anda mengalami keputihan, jom amalkan petua ini:

1. Minum air masak secukupnya.

Minum sekurang-kurangnya 3 liter air masak sehari. Bila kita banyak minum air, kita akan makin kerap kencing & flush out keputihan yang berada dalam vagina.

hilangkan keputihan semasa 1 300x190 Petua Hilangkan Keputihan Semasa Mengandung Tanpa Jejaskan Kandungan

2. Bersihkan vagina dengan betul.

Setiap kali ke tandas, pastikan anda membasuh vagina dengan air. Sebersih-bersihnya. Penggunaan tisu semata-mata adalah tidak memadai.

3. Bersihkan vagina selepas bersama suami.

Ramai yang tidak membersihkan vagina selepas bersama. Jangan malas! Pastikan anda basuh sehingga bersih.

4. Elakkan kolam renang.

Air kolam renang yang mengandungi kandungan klorin yang tinggi, dan segala macam bakteria dan kuman akan memburukkan lagi keputihan yang anda alami.

5. Jangan berendam lama dalam bath tub.

Berendam dengan lama akan menyebabkan vagina basah dan lembab. Juga dikhuatiri bakteria dalam air akan masuk ke dalam vagina.

6. Jangan pakai bedak di vagina.

Bila kita pakai bedak, kawasan tersebut akan menjadi lembab dan menggalakkan pertumbuhan bakteria. Lagi teruk keputihan kita nanti.

7. Garlic Complex Shaklee

Anda juga boleh mengambil Garlic Complex Shaklee yang terbukti selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Bawang putih terkenal sebagai agen anti kulat yang mampu membasmi kulat yang menyebabkan anda mengalami masalah keputihan.

hilangkan keputihan semasa 2 300x212 Petua Hilangkan Keputihan Semasa Mengandung Tanpa Jejaskan Kandungan

Sebotol Garlic Complex berharga RM47.50. Sebotol ada 60 biji. Insya Allah masalah keputihan anda akan berjaya dihilangkan sebelum habis satu botol Garlic Complex, asalkan anda makan dengan aturan makan & dos yang betul.

Semoga petua hilangkan keputihan semasa mengandung tanpa jejaskan kandungan yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Nak order Garlic Complex Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Hilangkan Keputihan Semasa Mengandung Tanpa Jejaskan Kandungan

Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Adakah anda antara mereka yang membeli set subur Shaklee. Dah makan set subur Shaklee tapi belum mengandung? Teruja tengok testimoni ramai orang lain berjaya mengandung. Tapi diri sendiri belum lagi ada apa-apa? Jom kita tinjau kenapa perkara ini berlaku.

testimoni set subur shaklee 300x200 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung?

Kalau anda dah makan set subur Shaklee tapi masih belum mengandung, cuba jawab beberapa soalan di bawah ini dengan jujur. Insya Allah kita akan tahu punca kenapa anda masih gagal mendapat berita gembira.

1. Adakah anda mengambil vitamin yang betul?

Kalau diperhatikan, ada bermacam-macam versi set subur Shaklee yang dijual oleh pengedar Shaklee. Ada vitamin yang berbeza-beza. Tak sama. Oleh itu pastikan anda membeli set subur Shaklee dari pengedar yang betul. Pengedar yang betul bermaksud pengedar yang berilmu & tahu fungsi setiap vitamin yang dijual. Setiap orang mempunyai masalah yang berbeza seperti kitaran haid tidak betul, senggugut, keputihan, cyst, berat badan, PCOS, Endometriosis, telur tak matang, pernah keguguran, dan sebagainya. Oleh itu pastikan anda mengambil vitamin mengikut keperluan diri anda.

2. Adakah anda mengambil vitamin dengan aturan makan dan dos yang betul?

Aturan makan dan dos yang betul adalah sangat penting bagi memastikan anda mendapat kesan optimum dari vitamin yang anda makan. Ia juga penting bagi mengelakkan komplikasi. Sebagai contoh, dos harian Zinc Complex adalah 1 biji sehari. Saya pernah berjumpa dengan seorang sahabat yang membeli set subur dari pengedar lain, dan aturan makan yang diberikan adalah 4 biji Zinc Complex setiap hari. Memang dah overdose. Apakah kesan overdose? Akan membebankan buah pinggang & dalam jangka panjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Oleh itu pastikan anda mengambil vitamin dengan aturan makan & dos yang betul. Minta maaf ye. Aturan makan & konsultasi saya adalah ekslusif untuk pelanggan saya sahaja.

ebook 300x279 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Dapatkan Ebook ini sekarang! Ekslusif untuk pelanggan saya sahaja

3. Adakah anda makan vitamin secara konsisten?

Untuk mendapat kesan yang optimum, vitamin-vitamin dalam set subur perlu dimakan setiap hari. Jangan culas untuk makan. Pastikan anda makan megikut aturan makan yang diberi secara disiplin. Anda juga perlu tahu bahawa sel dalam badan kita memerlukan tempoh 90 hari untuk menyerap semua nutrien & pembaharuan sel. Oleh itu, 3 bulan pertama pengambilan vitamin adalah sangat penting. Pastikan anda makan vitamin secara konsisten. Dah makan set subur Shaklee lebih daripada 6 bulan tapi belum ada hasil? Jangan putus asa. Ada yang menunggu bertahun-tahun untuk mengandung. Apa yang penting ialah konsisten dan jangan putus asa.

4. Adakah anda tidak terlepas waktu subur?

Anda dah makan vitamin yang betul, dengan aturan makan & dos yang betul secara konsisten. Persoalan seterusnya ialah adakah anda tidak terlepas waktu subur? Anda tidak akan mengandung kalau terlepas waktu subur kerana pada waktu inilah ovum dibebaskan untuk proses persenyawaan. Anda boleh membaca tentang cara menentukan waktu subur di sini.

5. Adakah anda mengamalkan tips kesuburan?

Adalah penting untuk anda mengetahui apakah perkara yang menyebabkan ketidaksuburan dan menjejaskan kesuburan. Di samping itu anda perlu mengamalkan doa & amalan supaya mudah mengandung, tips mudah mengandung cara Islam, tips meningkatkan kesuburan suami isteri,  Anda juga boleh mengamalkan petua hamil dengan 41 kuntum bunga cengkih yang saya kongsikan di sini. Istimewa untuk pelanggan saya, dengan setiap pembelian set subur Shaklee dari saya, anda akan mendapat Ebook Ekslusif Rahsia Mudah Mengandung secara percuma. Ebook ini bukan untuk dijual.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Jadi, anda dah jawab kelima-lima soalan yang saya senaraikan tadi? Bagaimana jawapan yang anda dapat? Kalau semuanya YA, tahniah! Anda teruskan makan set subur Shaklee dan jangan putus asa. Insya Allah akan ada rezeki anda dalam waktu terdekat. Kalau ada jawapan anda yang TIDAK, sekarang anda dah tahu kenapa anda dah makan set subur Shaklee tapi belum mengandung. Berminat untuk mendapatkan Set Subur Shaklee dengan harga istimewa + konsultasi terbaik + Ebook Rahsia Mudah Mengandung dengan percuma? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Dah Makan Set Subur Shaklee Tapi Belum Mengandung

Petua Hilangkan Keputihan Dalam Masa 14 Hari

Setiap wanita pasti tidak lari daripada mengalami masalah keputihan. Secara umumnya keputihan terhasil daripada kelenjar vagina dan pangkal rahim yang menghasilkan cecair yang mengalir keluar bersama lapisan sel mati pada dinding kemaluan wanita. Walau pun keputihan adalah perkara biasa, anda perlu pastikan bahawa keputihan yang anda alami adalah keputihan yang normal. Jika anda mengalami keputihan, petua hilangkan keputihan dalam masa 14 hari yang akan saya kongsi sebentar lagi, pasti akan membantu anda.

hilangkan keputihan 300x215 Petua Hilangkan Keputihan Dalam Masa 14 Hari

APAKAH DIA KEPUTIHAN YANG NORMAL?

Keputihan yang normal mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Berwarna putih

2. Cair (Tidak melekit atau bertali )

3. Tidak berbau

4. Tidak menyebabkan kegatalan atau ketidak selesaan

5. Keluar dalam kuantiti yang sedikit. Ia mungkin bertambah banyak apabila anda kepanatan.

Keputihan anda tidak normal sekiranya ia:

1. Berwarna ( Kuning, coklat, hijau, ungu )

2. Pekat, bertali & berketul

3. Berbau busuk atau hanyir

4. Menyebabkan kegatalan

5. Keluar dalam kuantiti yang banyak sehingga seluar dalam anda basah seperti air kencing.

hilangkan keputihan1 300x215 Petua Hilangkan Keputihan Dalam Masa 14 Hari

ADAKAH KEPUTIHAN MERBAHAYA?

Keputihan yang normal tidak akan menjejaskan anda. Walau bagaimana pun keputihan yang tidak normal boleh menyebabkan:

1. Ketidaksuburan

2. Ketidak selesaan

3. Jika anda sedang mengandung, keputihan yang teruk boleh menyebabkan berlakunya Jangkitan Saluran Air Kencing (UTI ) & kencing kotor yang boleh menjejaskan kandungan & buah pinggang anda.

4. Keputihan juga boleh menyebabkan anda kurang keyakinan diri semasa bersama suami.

Jadi, jika anda mempunyai masalah keputihan yang tidak normal, jangan tunggu lagi. Atasi keputihan anda dengan segera.

PETUA HILANGKAN KEPUTIHAN DALAM MASA 14 HARI

Insya Allah, jika anda amalkan secara konsisten anda akan merasai keberkesanan petua ini. Anda boleh mengamalkan:

✔ Air rebusan daun sirih

Mencuci vagina dengan air rebusan daun sirih merupakan petua hilangkan keputihan dalam masa 14 hari yang paling penting. Amalkannay setiap hari, setiap kali mandi  & selepas membuang air. Sewaktu mencuci, pastikan anda membasuh dengan bersih & masukkan sedikit air rebusan ini ke dalam dengan menggunakan jari.

✔ Air rebusan manjakani

Air rebusan manjakani juga boleh membantu mengatasi masalah keputihan & bau tetapi ia tidak boleh diamalkan dengan kerap. Jika anda sedang mengandung, petua ini tidak boleh diamalkan sama sekali. Rebus manjakani & gunakan untuk membasuh 3 hari sekali. Insya Allah, selepas anda mengamalkan petua ini, anda akan berjaya menghilangkan keputihan dalam amsa 14 hari.

✔ Alfalfa  & Garlic Complex Shaklee

Alfalfa & Garlic Complex Shaklee sememangnya terbukti berkesan dalam merawat masalah keputihan. Dengan aturan makan & dos yang betul, anda akan melihat kesannya seawal 14 hari .Anda boleh membaca testimoni mereka yang berjaya menghilangkan keputihan dalam masa 14 hari di sini.

hilangkan keputihan2 300x238 Petua Hilangkan Keputihan Dalam Masa 14 Hari

✔ Elakkan mandi di kolam renang

Air kolam renang kaya dengan klorin & pelbagai jenis bakteria & kuman. Sekiranya anda mengalami keputihan, elakkan daripada mandi di kolam renang kerana ia akan menyebbakan keputihan anda menjadi semakin teruk.

✔ Banyakkan minum air masak

Minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari. Air masak yang mencukupi adalah sangat penting kerana ia membantu badan untuk membuang atau “flush” keluar keputihan yang dialami.

✔ Amalan membersihkan vagina yang betul

Selesai membuang air, pastikan anda membersihkan vagina dari hadapan ke belakang. Ini untuk mengelakkan kuman dari dubur merebak ke vagina anda. Ramai yang memandang enteng tentang perkara ini.

✔ Bersuci dengan menggunakan air

Membersihkan vagina dengan air adalah jauh lebih bersih daripada menggunakan tisu. Jadi, amalkan membasuh dengan menggunakan air.

✔ Gunakan seluar dalam daripada jenis kapas terutama pada waktu siang

Rasanya semua orang tahu tentang perkara ini. Seluar dalam kapas memberi ruang kepada kulit di bahagian tersebut untuk bernafas & aliran udara yang baik. Berbanding kain jenis lain yang memrangkap udara & menyebabkan peluh.

✔ Pastikan anda tidak terlalu lama rendam didalam tab mandian

Jika anda suka berendam dalam tam mandi, sila kurangkan aktiviti brendam anda sehingga keputihan yang dialami hilang secara 100%

✔ Jangan sesekali mengamalkan memakai seluar yang terlalu ketat.

Seluar dalam yang ketat akan menganggu pengudaraan.

Diharapkan petua hilangkan keputihan dalam masa 14 hari yang saya kongsikan dapat membantu mengatasi masalah keputihan yang anda alami. Hubungi saya untuk mendapatkan Alfalfa & Garlic Complex Shaklee dengan harga istimewa beserta aturan makan & dos yang betul. Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Hilangkan Keputihan Dalam Masa 14 Hari

Keistimewaan Dan Khasiat Alfalfa Shaklee

Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat barat, Ia digunakan untuk tujuan kesihatan terutamanya bagi wanita baru bersalin. Oleh kerana alfalfa mempunyai 1001 kebaikan, Dr.Shaklee merumuskan alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang memberi manfaat kepada jutaan pengguna. Jom saya ceritakan keistimewaan dan khasiat Alfalfa Shaklee.

alfalfa shaklee Keistimewaan Dan Khasiat Alfalfa Shaklee

Keistimewaan dan khasiat Alfalfa Shaklee

 Alfalfa kaya dengan vitamin & mineral. Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.  Ia juga mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah.

Alfalfa membantu mengatasi penyakit Endometriosis, mengecutkan cyst & fibroid, mengatasi keputihan dan senggugut, milk booster, meningkatkan kesuburan, mengatasi masalah kekeringan ketika bersama, membantu masalah telur (ovum) tak matang, menguruskan badan, dan juga:

1.    Merawat masalah pencernaan

2.    Mengawal kadar kolestrol dalam darah

3.    Menghapuskan kolestrol buruk ‘LDL’ dari tubuh

4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah

6.    Mencegah edema – Pengumpulan air dalam badan

7.    Mengurangkan simptom menopous

8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan

9.    Merawat masalah sembelit.

10.  Menyahkan toksin dalam tubuh

11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi

12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

13.  Membantu masalah penghadaman

14.  Membantu membanyakkan susu (milk booster)

15.  Mengurangkan masalah pundi kencing

16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati

17.  Meningkatkan kesihatan prostat

18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita

19.  Menghangatkan hubungan suami isteri

20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Ada bermacam jenama alfalfa di pasaran, kenapa Alfalfa Shaklee adalah yang terbaik? Apakah keistimewaan dan khasiat Alfalfa Shaklee berbanding alfalfa jenama lain?

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)

2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia

3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji

4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi

5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit

6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.

7.  Membersihkan hati

8.  Membantu melengkapkan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang

Banyak betul keistimewaan dan khasiat Alfalfa Shaklee kan? Anda nak cuba sebotol? Hubungi saya sekarang untuk mendapatkannya dengan harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Keistimewaan Dan Khasiat Alfalfa Shaklee

pixel Keistimewaan Dan Khasiat Alfalfa Shaklee

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.