-

Petua Simpul Mengkarung Semasa Mengandung

Kejang kaki atau simpul mengkarung sememangnya menyakitkan. Ibu mengandung mesti rasa ngeri bila perkataan ni disebut. Dia punya sakit, tak sama macam krem kaki orang biasa. Malam ni kena, pagi esok pun belum tentu hilang. Silap hari bulan, lusa pun sakit lagi. Nak tak saya kongsikan petua  simpul mengkarung semasa mengandung?

simpul mengkarung semasa me 261x300 Petua Simpul Mengkarung Semasa Mengandung

Petua ni bukan sahaja boleh diamalkan untuk mengelakkan simpul mengkarung berlaku, ia juga boleh mengurangkan kekerapan simpul mengkarung bagi ibu yang selalu kena. Insya Allah berkesan.

1. Pakai stokin waktu tidur. Ini bagi mengelakkan kaki sejuk & masuk angin.

2. Senaman regangan kaki. Gerakkan kaki waktu dalam proses nak tidur, tinggikan kaki sikit. Seharian kaki kita bekerja menampung berat badan yang makin bertambah, waktu nak tidur regangkanlah kaki supaya kaki kita relax & melancarkan perjalanan darah.

3. Minum air kosong secukupnya. Di antara punca simpul mengkarung ialah kekurangan air dalam badan. Oleh itu, pastikan anda minum air secukupnya.

4. Tinggikan kaki waktu tidur. Petua simpul mengkarung yang seterusnya ialah tinggikan kaki semasa tidur. Alas kaki dengan bantal.

simpul mengkarung semasa me1 300x257 Petua Simpul Mengkarung Semasa Mengandung

5. Urutan. Minta tolong suami urutkan betis sebelum tidur. Lagi bagus kalau sapu minyak panas sikit, supaya otot di betis menjadi relax.

6. Jangan berdiri terlalu lama. Wanita yang hamil dinasihatkan supaya tidak berdiri tempoh yang lama.

7. Elakkan menyilang kaki semasa duduk. Duduk dalam posisi biasa, di mana kedua-dua kaki berada dibawah.

8. Tuam dengan ais. Bila rasa macam nak krem, minta suami cepat-cepat tuam betis dengan ais.

9. Pastikan mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh ibu mengandung. Pastikan anda makan dengan seimbang, mengambil berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukupnya bagi mencegah simpul mengkarung. Pengambilan Set Ibu Mengandung Shaklee membantu anda mendapat semua nutrien yang diperlukan setiap hari.

10. Pastikan ambil kalsium secukupnya setiap hari. Kalsium boleh diperolehi dari susu, keju, dan produk tenusu yang lain. Nak lagi mudah? Cuma telan Ostematrix Shaklee yang kaya dengan kalsium sebelum tidur setiap malam. Insya Allah. simpul mengkarung takkan mengganggu anda lagi. Bangun keesokan harinya anda akan rasa segar dan cergas. Buang air besar pun rasa lawas icon wink Petua Simpul Mengkarung Semasa Mengandung

simpul mengkarung semasa me2 300x239 Petua Simpul Mengkarung Semasa Mengandung

Itulah dia 10 petua simpul mengkarung semasa mengandung yang boleh anda amalkan. Pengambilan Ostematrix Shaklee dah membantu ramai ibu mengandung bebas dari masalah simpul mengkarung. Sebotol Ostemtarix berharga RM61 untuk 120 biji, murah sangat. Berbaloi-baloi dengan kebaikannya. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Simpul Mengkarung Semasa Mengandung

pixel Petua Simpul Mengkarung Semasa Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.