-

Petua Kecutkan Rahim Untuk Ibu Bersalin Normal Dan Pembedahan

Tahniah di atas kelahiran bayi comel anda. Alhamdulillah dua-dua selamat. Tak kisah sama ada ini adalah pengalaman pertama anda melahirkan, atau kali ke berapa sekali pun, adalah sangat penting untuk memastikan rahim anda kecut & kembali seperti asal. Jom saya kongsikan petua kecutkan rahim untuk ibu bersalin normal dan pembedahan.

petua kecutkan rahim 300x177 Petua Kecutkan Rahim Untuk Ibu Bersalin Normal Dan Pembedahan

Kenapa nak kena kecutkan rahim & kembalikan kepada keadaan asal? Semasa mengandung, rahim kita mengembang berkali-kali ganda dari saiz asal. Lagi besar bayi dalam kandungan, lagi besar rahim kita mengembang. Waktu bersalin, rahim kita mengembang & mengecut dengan cepat ( contraction ). Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita merawat rahim kita. Rahim kita uma ada satu. Nak pakai sepanjang hayat kan?

Ok, ini adalah petua kecutkan rahim yans sesuai untuk ibu bersalin normal mahu pun yang bersalin secara pembedahan.

1. Bertungku. Anda boleh mula bertungku seawal 3 hari selepas bersalin. Jangan terus bertungku ya. Bagi peluang untuk badan, terutamanya rahim untuk berehat. Seeloknya pakai batu sungai.

2. Berbengkung. Ini adalah petua lama yang sememangnya berkesan untuk mengecutkan rahim. Di samping mencantikkan semula tubuh badan. Bagi ibu yang bersalin melalui pembedahan, boleh beli bengkung khas yang banyak dijual dipasaran. Takde alasan untuk tak berbengkung.

petua kecutkan rahim3 300x177 Petua Kecutkan Rahim Untuk Ibu Bersalin Normal Dan Pembedahan

3. Menyusukan bayi. Bila kita menyusukan anak, rahim kita akan mengembang & mengecut. Contraction ini akan membantu mengecutkan rahim. Kita akan rasa sesuatu kat perut, mungkin sakit sikit pada awalnya, lama-lama takkan sakit lagi.

4. Senaman kegel. Senaman kegel atau senaman kemut ni boleh dilakukan di mana-mana. sambil tengok tv, sambil berehat. Caranya senang je, kemut macam kita tahan air kencing. Lagi kerap dilakukan, lagi bagus.

5. Alfalfa Complex. Vitamin ni dikenali sebagai kacip fatimah moden yang membantu mengecutkan rahim dan merapatkan semula vagina kita. Tak perlu risau, ianya selamat jika anda menyusukan bayi. Alang-alang, lagi bagus kalau anda ambil Set Berpantang Shaklee iaitu set berpantang terbaik di pasaran.petua kecutkan rahim2 300x216 Petua Kecutkan Rahim Untuk Ibu Bersalin Normal Dan Pembedahan

Itulah dia petua kecutkan rahim untuk ibu bersalin normal dan pembedahan. Semoga bermanfaat untuk anda. Nak order Alfalfa Complex? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Kecutkan Rahim Untuk Ibu Bersalin Normal Dan Pembedahan

pixel Petua Kecutkan Rahim Untuk Ibu Bersalin Normal Dan Pembedahan

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.