-

Tips Merahkan Bibir Secara Semulajadi

Kali ni saya nak share tips merahkan bibir secara semulajadi. Siapa yang kenal saya mesti tahu yang saya bukan jenis pakai makeup. Lipstick pun takde. Ini adalah tips merahkan bibir secara semulajadi yang saya amalkan sejak dulu lagi. Memang berkesan.
bibir+merah+semulajadi Tips Merahkan Bibir Secara Semulajadi
Tips Merahkan Bibir Secara Semulajadi
Kebetulan suami pun jenis tak suka tengok perempuan mekap tebal, so memang lega sangat. Kalau diikutkan, ada macam-macam tips kecantikan untuk merahkan bibir. Try lah google sendiri, macam-macam petua kecantikan yang akan keluar. Tapi kat sini saya nak bagi 3 tips yang sememangnya saya dah cuba & terbukti berkesan.
1. Madu lebah asli. 
Ambil dua titis madu lebah asli kemudian sapukan keseluruh bibir setiap malam sebelum tidur. Amalkan setiap hari. Saya gunakan lebah asli yang dibeli kat Cameron Highland.
2. Susu Ibu
Ya susu ibu! susu ibu boleh mengekalkan kemerahan bibir.Caranya sapukan susu pada bibir setiap hari dan biarkan ia kering dengan sendirinya. Insya Allah bibir akan kelihatan lembut dan kemerah-merahan. Saya gunakan susu sendiri ♥
3. Halia segar
Tips merahkan bibir secara semulajadi yang seterusnya ialah dengan menggunakan halia segar. Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk menghasilkan bibir lebih menawan dan kemerah-merahan. Yang ni agak pijar & pedas sikit. Tapi hasilnya memang memberangsangkan.
Disamping itu, pengambilan buah-buahan & vitamin semulajadi juga boleh memerahkan bibir. Contohnya Collagen, Vitamin C, B Complex & Vitamin E. Set Cantik Shaklee adalah vitamin yang saya amalkan untuk kecantikan. Anda bolehlah amalkan tips merahkan bibir secara semulajadi yang saya kongsikan tadi. Mudah aje kan?
Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Merahkan Bibir Secara Semulajadi
 
pixel Tips Merahkan Bibir Secara Semulajadi

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.