-

Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

Alhamdulillah sekarang semua umat islam di Malaysia tengah bersemangat untuk boikot produk Israel rentetan bedilan bertubi-tubi yang dilakukan ke atas Palestin. Tahniah diucapkan. Kepada yang ingin mengetahui apakah senarai produk untuk diboikot & apa yang kita boleh buat selain boikot, anda boleh baca penerangan saya di sini. Kali ni saya nak menjawab soalan mereka yang bertanya kenapa kena boikot produk Israel dan adakah ianya berkesan?

gaza 300x300 Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

 

Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

1. Buat apalah orang Malaysia sibuk nak boikot McD, Starbucks bagai. Kita je yang kecoh nak boikot. Satu dunia makan. Apa faedahnya?

Jawapan: Kalau takde rasa belas kasihan kepada saudara seislam kita yang disembelih di Gaza, takpe. Tak perlu boikot. Cuma pastikan kat SANA nanti bila Allah tanya apa yang kita buat untuk bantu Gaza, dah prepare jawapan yang munasabah ye. Contoh: nanti di hadapan Allah, anda silalah jawab, “Ya Allah, dahulu aku tak nak boikot mcD sebab ramai orang melayu kerja situ. kang kalau mcd tutup dorang nak kerja apa?” Berani?

Memang kita melayu kat Malaysia ni hanya minoriti, tak menyebabkan kudis pun kat Israel laknatullah. Itulah sebabnya kita semua umat Isalm perlu bersatu untuk boikot produk mereka secara konsisten. Kalau kita konsisten Insya Allah akan menyebabkan kejatuhan produk Israel. Sebagai contoh:

Boikot terhadap Coca Cola di timur tengah menyebabkan jualan menurun sebanyak 60%. Rasanya berkesan ke tak?

McDonalds telah mengumumkan menutup operasinya di timur tengah kerana kehilangan pendapatan sebagai kesan langsung dari  boikot (Oktober 2002), dan menggantikan Greenberg sebagai ketuanya dan Ketua Pegawai Eksekutif (2002 Disember). Sejak pelancaran kempen boikot, dua daripada enam McDonald’s Jordan harus ditutup kerana kurangnya jualan. Di Mesir, McDonald’s memutuskan untuk menukar namanya kepada Manfoods, dalam usaha untuk mengelakkan boikot.   Ia juga terpaksa mendapatkan kawalan polis Mesir untuk menjaga  pintu masuk ke restoran McDonald’s, setelah insiden melempar batu berlaku. Sebanyak 175 Restoran ditutup  pada kerugian sebanyak $ 350 juta.

Lagi satu, kalau boikot ni takde apa-apa kesan takkanlah kerajaan Malaysia keluarkan kenyataan halang rakyat Malaysia daripada melakukan boikot kerana boleh menjejaskan ekonomi katanya. Kalau kerajaan kita sendiri pun takut, mesti ada sebab kan?

 Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

2. Tahu tak ramai budak melayu yang kerja McD, Starbucks & produk lain yang diboikot tu. Dorang cari rezeki yang halal. Tokey-tokey pun ramai melayu. Kalau bankrup anak bini dorang nak makan apa? Makan pasir?

Jawapan: Kat Malaysia ni cuma ada peluang kerja kat situ je ke? Adalah kalau McD tutup, kilang PnG tutup, semua pekerja dorang akan menjadi penganggur? Bumi Allah ni luas. Rezeki sentiasa ada asalkan kita berusaha.

Oh ya! kasino Genting tu pun antara pemegang sahamnya ramai melayu. So mesti ramai yang nak berjudi kat sana, nak menyokong bisnes orang melayu katakan.

Mungkin kita tak rasa apa-apa bila diberitahu setiap RM1.00 yang kita beli di McD menyumbang kepada 1 butir peluru untuk menyerang Palestin. Sebab Palestin tu bukan negara kita. Yang mati pun bukan kaum kerabat kita. Cuba bayangkan kalau RM1.00 beli kat McD menyumbang 1 peluru untuk menyerang Malaysia. Yang mati kena bedil tu anak-anak kita, suami isteri kita, mak ayah kita, mesti taubat taknak beli mcd sampai kiamat. Cuba bayangkan kalau gambar-gambar ni adalah ahli keluarga kita?

gaza1 300x200 Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

israel 1 300x187 Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

israel 2 300x225 Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

israel 3 300x225 Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

3.  Kenapa sibuk nak tolong Palestin? Kat Malaysia ni pun ramai orang susah. Sedara-mara sendiri pun ramai yang susah. Tolong yang kat Malaysia ni dulu. Baru tolong orang kat Palestin.

Jawapan: Kesusahan orang Palestin lain dengan kesusahan orang di Malaysia. Di Malaysia, kita punya cukup kekayaan dan kemudahan. Kalau diagihkan dengan adil dan saksama, saya yakin tidak ada orang yang akan hidup dalam kedhaifan atau miskin tegar. Ini soal korupsi dan tiada integriti! Di Palestin tu, apa yang mereka ada? Ekonomi mereka disekat dari pelbagai arah oleh rejim Zionis. Sumber bumi mereka juga sudah banyak yang dirampas oleh Israel. Nak bina kilang, kena bom. Nak buat bank, kena bom. Sudah tu, siapa lagi yang patut membantu mereka kalau bukan kita sauda seslam mereka? Pedulikanlah orang-orang Arab yang tidak endah akan nasib mereka. Kat akhirat nanti amal perbuatan kita sendiri yang akan dihitung, dan ia tidak akan bersandarkan pada amalan orang lain.

“Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka.”[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

4. Kecoh boikot McD, facebook pakai jugak? Tahu tak siapa yang cipta facebook? Orang yahudi tau tak? Kalau nak boikot sangat, jangan pakai facebook.

Jawapan: Tahukah anda bahawa yahudi & israel adalah 2 entiti yang berbeza? Tak semua yahudi jahat, tapi Israel memang confirm lahanat. Kenali perbezaan antara yahudi dan Israel dulu sebelum nak berkata-kata. Mengenai isu facebook, rasanya tak salah kalau kita gunakan facebook untuk menyebarkan kesedaran tentang keganasan Israel di Palestin. Harapkan maklumat dari tv di Malaysia? Cuba tengok dalam berita, berapa minit je slot untuk Palestin? Rakyat nak boikot pun dihalang. Jadi, fikir-fikirkanlah sendiri.

5. Oklah, nak boikot kan? Buanglah semua laptop HP, samsung HP, semua stok makanan brand Nestle yang ada kat rumah. Kata nak boikot

Jawapan: Islam tak pernah ajar kita untuk membazir. Kalau barang dah ada, tak perlulah dibuang. Cuma kalau ada yang berniat nak membeli, boleh batalkan niat. Conto: yang biasa beli Pampers untuk anak, tukarlah kenapa jenama lain. Yang biasa beli Milo, tukarlah kepada minuman coklat yang lain. Yang biasa guna Colgate belilah jenama lain. Mudah sahaja kan? Jangan jadikan ianya sesuatu yang complicated.

 Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

6. Apa penting sangat bumi Palestin tu? Rakyat Palestin keluar ajelah. Bagi je kat Israel. Kan selamat hidup? Tak payah nak berperang.

Jawapan: Kalau Malaysia kena serang, nampaknya anda adaah orangpertama yang lari dari medan perang. Mungkin anda lari ke Thailand untuk selamatkan diri, kan?

Palestin dan Islam adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Palestin adalah bumi anbiya’ sejak zaman berzaman. Benar, kaum Yahudi adalah antara yang terawal menduduki tanah Palestin. Ramai Rasul dan Nabi yang diturunkan dalam kalangan mereka ini. Namun para anbiya’ semuanya adalah muslim. Mereka berserah diri sepenuhnya kepada Allah dan menyeru orang lain untuk memperhambakan diri kepadaNya. Bumi Palestin telah menjadi saksi betapa angkuh dan degilnya orang-orang Yahudi ini. Mereka bukan sahaja menolak risalah yang dibawa oleh para utusan Allah, malah mereka membunuh pula mereka! Oleh itu bumi Palestin yang suci itu tidak layak didiami oleh mereka yang ingkar kepada Allah. Orang Yahudi pernah suatu ketika taat dan patut kepada Allah dan hasilnya, mereka berjaya memakmurkan bukan sahaja tanah Palestin, malah seluruh dunia. Namun apabila mereka ingkar dan angkuh, satu-persatu Allah turunkan bala dan kehinaan ke atas mereka.

Kepentingan Palestin terutamanya kawasan Masjidil Aqsa kepada umat Islam tidak dapat dipertikaikan lagi. Ia adalah kiblat pertama umat Islam. Di situlah Rasulullah diangkat ke langit dalam peristiwa Isra’ Mi’raj dan di situ juga baginda mengimamkan solat jemaah bersama para ruh anbiya’, sekaligus mengiktiraf baginda sebagai penutup segala Nabi. Maka tidak hairanlah, barangsiapa yang bersolat di situ mendapat ganjaran lima ratus kali lebih banyak daripada bersolat di tempat lain. Oleh sebab itu, walau apa pun yang terjadi, umat Islam yang wajib mempertahankan kesucian bumi Palestin. Ia milik kita. Ia milik umat Islam!

‘Umar al-Khattab r.a. pernah membebaskannya. Salahuddin al-Ayyubi pernah menawannya kembali daripada tangan-tangan kuffar yang jijik. Kini tiba giliran kita pula untuk membebaskannya daripada cengkaman Yahudi laknatullah!

7. Israel serang Palestin sebab nak balas serangan Palestin. Kalau Palestin tak serang Israel, Israel takkan balas.

Jawapan: Pastikan fakta anda sahih dan benar sebelum membuat kenyataan-kenyatan dan tuduhan sebegitu rupa. Orang yang bijak adalah orang yang berfikir dahulu sebelum bercakap.Orang Palestin adalah mangsa. Menuduh mangsa sebagai pemangsa adalah suatu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab. Cukuplah sejarah menjadi saksi, betapa rejim Zionis laknatullah telah berkali-kali mengkhianati gencatan senjata antara mereka dan Hamas.

Pada 4 November 2008 misalnya, Israel menyerang Gaza dan telah membunuh beberapa aktivis Hamas. Apa tindakan Hamas sebagai reaksi kepada kekejaman Israel ini? TIDAK ada sebuah roket pon yang dilancarkan terhadap Israel! Apabila Hamas menawarkan untuk mengadakan gencatan senjata, apa pula reaksi Israel? Mereka menolaknya dan melancarkan pula Operasi Cast Lead yang telah meragut ratusan nyawa tidak berdosa di Palestin!

Anda benar-benar gila sekiranya anda mengatakan tindakan Israel adalah sebagai tindakan bela diri, manakala apa yang dilakukan Hamas adalah satu tindakan pengganas!

Semoga penerangan saya tadi membantu anda menjawab persoalan mengenai isu kenapa kena boikot produk Israel dan adakah ianya berkesan. Umat Islam di Malaysia & seluruh dunia perlu bersatu untuk menentang rejim Israel. Semoga  usaha kecil kita ini diberkati olehNya dan membantu saudara kita di Palestin.

 Kenapa Kena Boikot Produk Israel Dan Adakah Ianya Berkesan

Peristiwa Israk Mikraj Tentang Wanita

Malam tadi saya tak dapat lelapkan mata selepas terbaca kenyataan seorang wanita muslim bahawa beliau cuma mahu memakai tudung jika pergi ke majlis tertentu, seperti ke majlis keagamaan. Kata beliau, tak perlu memakai tudung setiap hari. Jadi, saya nak kongsikan peristiwa Israk Mikraj tentang wanita sebagai panduan & renungan kita bersama.

images 1 Peristiwa Israk Mikraj Tentang Wanita

Peristiwa Israk Mikraj Tentang Wanita

Israk Mikraj sememangnya satu peristiwa penting dalam sejarah islam. Anda boleh membaca tentang peristiwa penuh Israk Mikraj di sini.  Kali ni saya nak berkongsi tentang peristiwa Israk Mikraj tentang wanita sebagai renungan kita bersama. Semasa Israk Mikraj, Rasulullah SAW menyaksikan bahawa ramai Perempuan Penghuni Neraka.

neraka sq Peristiwa Israk Mikraj Tentang Wanita

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah SAW telah melihat pelbagai seksaan ke atas wanita ingkar ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Diriwayatkan Saidina Ali r.a dan Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah SAW dan mereka menemui Baginda sedang menangis. Mereka bertanya kepada Baginda SAW: “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?”Baginda SAW menjawab: “Pada malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis.”

Rasulullah SAW dengan keadaan teresak-esak menceritakan pengalaman Baginda menyaksikan balasan azab dahsyat terhadap kebanyakkan golongan wanita ketika Israk Mikraj kepada Saidina Ali dan Fatimah r.a.:

1.  Perempuan digantung rambutnya dan otak kepalanya menggelegak disebabkan tidak menutup rambut daripada kalangan lelaki dan bukan muhrimnya.

2.  Perempuan digantung lidahnya, dijadikan lidahnya sepanjang 70 zira’(hasta) kemudian diikat di belakang tengkoknya, tangannya diikatkan ke belakang dan timah cair dicurah ke kerongkongnya (tekak), akibat daripada menggunakan mulutnya (kata-kata) untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

3.  Perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.

4.  Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing dan bersolek serta berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

5.  Perempuan yang digantung sambil kedua kakinya dan tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala jengking kepadanya, disebabkan ia boleh solat tetapi tidak mengerjakannya dan keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

6.  Perempuan yang memakan dagingnya sendiri dan di bawahnya dinyalakan api neraka, disebabkan tidak mahu mandi wajib daripada suci haid dan nifas.

7.  Perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya (ususnya) sendiri kerana ia suka berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka membicakan keaiban dan mengumpat orang.

images Peristiwa Israk Mikraj Tentang Wanita

8.  Perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, darah dan otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kulit, kusta dan sopak adalah akibat daripada dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9.  Perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar (keldai) dan mendapat berbagai kesengsaraan, disebabkan dia suka berbohong dan melaga-lagakan orang lain.

10. Perempuan yang rupanya seperti anjing, sementara kala dan ular masuk ke mulut, kemaluan dan duburnya. Malaikat memukulnya dengan corong api neraka, disebabkan dia suka membuat fitnah dan marah-marah serta membenci suaminya.

11. Kebanyakan ahli neraka adalah perempuan  kerana mereka mengingkari suaminya dan mengkufurkan ihsannya serta mereka sering rasa tidak berpuas hati dan tidak cukup walaupun suaminya telah banyak berbuat baik kepadanya.

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)

Terima kasih kepada sumber saya. Semoga peristiwa Israk Mikraj tentang wanita yang saya kongsikan tadi memberi keinsafan kepada kita semua agar menjadi muslim yang melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan. Sama-sama kita menjadi muslim yang berjaya di dunia dan akhirat.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Peristiwa Israk Mikraj Tentang Wanita

Peristiwa Israk Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj sememangnya satu peristiwa penting dalam sejarah islam dimana umat islam diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu. Peristiwa Israk Mikraj juga menjadi bukti betapa besarnya kasih sayang Nabi Muhammad SAW kepada kita umatnya, sehinga baginda sanggup menebalkan muka merayu kepada Allah supaya mengurangkan bilangan solat wajib dalam sehari.

israk mikraj 2 300x166 Peristiwa Israk Mikraj

Peristiwa Israk Mikraj

Jom kita hayati peristiwa Israk Mikraj. Insya Allah semoga semakin bertambah keimanan kita kepada Allah dan menjadi muslim yang melakukan segala suruhan & meninggalkan segala yang dilarang.

1. Sebelum Peristiwa  Israk Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada / perut yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zamzam.  Ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya dibuang dari hati Rasulullah SAW. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Selepas itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimun nubuwwah”. Selesai pembedahan, datang seekor  binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah SAW diiringi  oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu iaitu tempat-tempat yang mulia dan bersejarah, Rasulullah telah diarahkan oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat tersebut ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah) tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah. iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan).

israk mikraj 1 300x143 Peristiwa Israk Mikraj

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Di antaranya Rsulullah SAW melihat :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah dan tidak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan.

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan semula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah SAW tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah SAW memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah SAW berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Kemudian Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Israk Mikraj 300x225 Peristiwa Israk Mikraj

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua:Rasulullah SAW. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Rasulullah SAW naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Rasulullah naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Rasulullah SAW naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Rasulullah naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Rasulullah naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat

Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Risalah Israk Mikraj 1431H Muka Depan 300x212 Peristiwa Israk Mikraj

5. Selepas Mikraj

Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Peristiwa Israk Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk  Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam. Terima kasih kepada sumber rujukan saya.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Peristiwa Israk Mikraj

pixel Peristiwa Israk Mikraj

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.