-

Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Perlu Minta Dari Ustaz Atau Bidan

Semakin dekat tarikh bersalin, semakin berdebar rasa hati. Bukan isteri je yang berdebar. Suaminya pun berdebar sekali. Air selusuh membantu isteri bersalin lebih  mudah. Jom saya kongsikan cara buat air selusuh sendiri tanpa perlu minta dari ustaz atau bidan. 

cara buat air seluruh 300x212 Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Perlu Minta Dari Ustaz Atau Bidan

Anda cuma perlukan air zam-zam. Kalau takde, air kosong pun boleh. Caranya:

1. Mulakan dengan Al-Fatihah.

cara buat air seluruh1 300x218 Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Perlu Minta Dari Ustaz Atau Bidan

2. Baca surah Al-Hasyar ayat 21-24.

cara buat air seluruh2 300x182 Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Perlu Minta Dari Ustaz Atau Bidan

3. Selawat Syifa’

cara buat air seluruh3 300x184 Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Perlu Minta Dari Ustaz Atau Bidan

4. Doa Selusuh.

cara buat air seluruh4 300x200 Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Perlu Minta Dari Ustaz Atau Bidan

5 Doa Pemudah.

air selusuh 300x104 Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Perlu Minta Dari Ustaz Atau Bidan

Ada Orang Buat Air Selusuh Gunakan Akar Fatimah. Tapi Ada Terbaca Yang Air Akar Fatimah Boleh Membahayakan Keselamatan Ibu Dan Bayi. Betul Ke?

Betul. Akar fatimah adalah bahaya kalau tak diminum dengan cara yang betul. Dari pembacaan saya, banyak berlaku komplikasi semasa bersalin disebabkan oleh air akar fatimah. Di antaranya ialah rahim pecah kerana kontraksi yang terlalu kuat, sakit bersalin yang terlalu kuat walau pun jalan belum terbuka, terteran awal sebelum waktunya sebab tarlalu sakit lalu menyebabkan luka besar & perlukan banyak jahitan. Malah, ada ramai misi yang tak benarkan minum air selusuh . Kalau nampak, akan disuruh buang.

Jika anda memilih untuk minum air akar fatimah, pastikan anda minum selepas jalan terbuka sepenuhnya. Bukan SEBELUM. Ini adalah bagi mengelakkan berlaku komplikasi yang tak diingini. Kalau anda tak pasti caranya, tak payah minum pun takpe. Nyawa anda dan bayi jauh lebih penting.

Mudah aje kan? Semoga info tentang cara buat air selusuh sendiri itu tadi bermanfaat untuk anda. Set Berpantang Shaklee adalah set berpantang terbaik di pasaran, tanpa herba yang selamat untuk bayi. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Buat Air Selusuh Sendiri Tanpa Perlu Minta Dari Ustaz Atau Bidan

Cara Meneran Yang Betul Supaya Tak Koyak Dan Tak Perlu Dijahit

Makin dekat nak bersalin, makin berdebar-debar rasanya. Tak kiralah sama ada bersalin anak pertama, kedua, ketiga, atau kesepuluh sekali pun, debaran pasti ada. Jom saya kongsikan cara meneran yang betul supaya tak koyak dan tak perlu dijahit.

cara meneran dengan betul 286x300 Cara Meneran Yang Betul Supaya Tak Koyak Dan Tak Perlu DijahitCara Meneran Yang Betul Supaya Tak Koyak Dan Tak Perlu Dijahit

Kenapa anda perlu meneran dengan betul? Supaya tak membazir tenaga dan yang paling penting, untuk mengelakkan KOYAK YANG BESAR sehingga perlu dijahit dengan banyak. Percayalah! Kalau anda meneran dengan betul, anda boleh bersalin tanpa sebarang koyakan.

Posisi meneran yang betul ialah:

1. Tundukkan kepala sehingga dagu rapat ke dada.

2. Mata memandang perut. Fokus. Bukannya meliar pandang keliling dewan bersalin.

3. Pegang kedua-dua kaki di bahagian buku lali.

4. Teran tanpa suara. Tak perlu menjerit atau menangis semasa meneran. Membazir tenaga tau!Nanti tak pasal-pasal je kena marah dengan nurse dan anda jadi stress.

5. Tarik nafas sedalam yang boleh. Kemudian teran macam nak buang air besar. Takkan lah tak pandai icon wink Cara Meneran Yang Betul Supaya Tak Koyak Dan Tak Perlu Dijahit  Teran sekuat yang terdaya. Selama yang boleh.

6. Sambil-sambil layan sakit bersalin, jangan lupa berzikir dan berselawat ke atas nabi. Bila kita ingat tuhan, insya Allah takkan berlaku keadaan bersalin sambil menangis atau menjerit- melolong macam orang takde iman. Anda boleh amalkan doa Nabi Yunus semasa dalam perut ikan yang bermanfaat ini:

cara meneran dengan betul2 300x122 Cara Meneran Yang Betul Supaya Tak Koyak Dan Tak Perlu Dijahit

7.  Jangan angkat punggung kerana ia akan menyebabkan koyakan yang besar. Ingat tau, jangan angkat punggung. Kawal diri.

8. Bertenang setiap kali contraction berlaku. Setiap kali contraction, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan teran.

9 . Jangan pejam mata semasa meneran kerana dikhuatiri akan menyebabkan pembuluh darah dalam mata pecah.

10. Anda juga boleh amalkan tips cepatkan bukaan supaya mudah bersalin ini supaya proses bersalin anda tidak terlalu lama & memenatkan.

cara meneran dengan betul1 300x290 Cara Meneran Yang Betul Supaya Tak Koyak Dan Tak Perlu Dijahit

Mudah je cara meneran yang betul supaya tak koyak dan tak perlu dijahit tadi kan? Anda boleh print tips ni dan bawa sebagai rujukan semasa bersalin nanti. Bukan apa, katakan waktu bersalin nanti anda panik & lupa segala yang dah dibaca, suami boleh tolong bacakan tips ni supaya anda ingat semula. Pengambilan ESP Shaklee membantu membekalkan anda tenaga sepanjang proses melahirkan. Sementara Set Berpantang Shaklee membantu anda segar & cergas semula dalam tempoh berpantang serta membanyakkan susu. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Meneran Yang Betul Supaya Tak Koyak Dan Tak Perlu Dijahit

Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Sakit kepala sering terjadi kepada ibu mengandung. Sepanjang tempoh kehamilan, jangan sesekali makan ubat yang dibeli dari farmasi tanpa perscription dari doktor kerana dikhuatiri boleh menjejaskan bayi dalam kandungan. Jom saya kongsikan tips hilangkan sakit kepala semasa mengandung tanpa makan ubat.

tips hilangkan sakit kepala 300x238 Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Sebagai seorang pengamal natural remedy, sepanjang mengandung sebolehnya saya akan elakkan daripada ambil apa-apa ubat,  termasuklah panadol & ubat tahan sakit. Walau pun kata doktor, tak akan menjejaskan bayi dalam kandungan saya. Bila dilanda sakit kepala saya akan cari tips hilangkan sakit kepala semasa mengandung tanpa makan ubat. Anda boleh lah cuba.

1. Minum banyak air kosong

Di antara punca sakit kepala ialah dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Terutamanya bagi ibu yang sedang mengalami morning sickness. Sekejap sekejap muntah, maka air dalam badan akan berkurangan. Begitu juga sekiranya cuaca terlalu panas. Oleh itu, pastikan anda minum air masak secukupnya.

2. Pisang

Selain kaya dengan potasium. pisang juga kaya dengan magnesium yang membantu menghilangkan sakit kepala.

3. Ais batu

Balut ais batu dengan towel kecil & tekapkan ke kepala. Kalau nak mudah, boleh gunakan cool fever yang selalu kita pakaikan ke dahi anak semasa anak demam. Konsepnya sama je, untuk menyedut kepanasan dari dalam kepala.

tips hilangkan sakit kepala1 300x238 Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

4. Basahkan rambut

Selain gunakan ais batu, anda juga boleh gunakan teknik membasahkan kepala. Kalau ada bath tub, boleh berendam sambil basahkan kepala. Atau pun duduk dibawah air pancuran (shower). Kalau kepala terlalu sakit dan merbahaya untuk berada di dalam bilik air, boleh juga balut kepala dengan tuala yang dibasahkan.

5. Rendam kaki dalam air sejuk

Tips hilangkan sakit kepala semasa mengandung tanpa makan ubat yang seterusnya ialah dengan merendam kaki dalam air sejuk. Ini merupakan kedah tradisional yanh diamalkan oleh orang cina sejak zaman dulu. Cubalah!

6. Teh kulit kayu manis

Bancuh secawan teh & rendamkan sebatang kulit kayu manis. Selepas 5 minit keluarkan kulit kayu manis tersebut & minum. Insya Allah anda akan berasa segar & sakit kepala akan hilang.

7. Teh Peppermint Ginger Plus

Masukkan 3 biji Peppermint Ginger Plus ke dalam1 cawan air panas dan minum sehingga habis. Vitamin semulajadi Shaklee ini akan membantu menghilangkan sakit kepala dan sekali gus membuang angin yang ada didalam badan. Harganya cuma RM45 sebotol, dan ia merupakan teman yang sangat berguna sepanjang tempoh mengandung, malah sehingga waktu berpantang.

tips hilangkan sakit kepala2 300x238 Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

Insya Allah di masa akan datang saya akan kongsikan lagi tips hilangkan sakit kepala semasa mengandung tanpa makan ubat yang lain. Banyak lagi tips saya nak kongsikan ni . Nak order Pepermint Ginger Plus untuk sakit kepala? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Hilangkan Sakit Kepala Semasa Mengandung Tanpa Makan Ubat

9 Tanda Bersalin Yang Semua Ibu Mengandung Wajib Tahu

Ibu mengandung yang sedang menanti hari pasti sentiasa rasa berdebar-debar & tertanya-tanya bila si kecil akan keluar. Jika ini anak pertama anda, pastinya anda & suami ingin tahu apakah tanda nak bersalin. Jom saya kongsikan 9 tanda bersalin yang ibu mengandung wajib tahu, untuk panduan anda suami isteri.

tanda nak bersalin1 300x300 9 Tanda Bersalin Yang Semua Ibu Mengandung Wajib Tahu

9 Tanda Bersalin Yang Ibu Mengandung Wajib Tahu

Sepanjang tempoh kehamilan, semestinya anda telah mengamalkan amalan pemakanan yang terbaik untuk ibu mengandung & menjalani pemeriksaan prenatal di hospital setiap bulan. Setelah  berbulan-bulan menanti dengan penuh sabar, kini tiba masanya untuk anda berjumpa dengan permata hati. Anda boleh amalkan petua mudah bersalin yang saya kongsikan di sini. Berikut adalah beberapa tanda nak bersalin untuk panduan anda:

1. Bayi Turun Ke Bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Apabila anda menekan perut dibahagian atas (bawah dada), anda akan terasa kosong kerana bayi sudah berada di bawah.  Anda juga akan terasa:

  • Sakit di bahagian kelangkang kerana kepala bayi menekan bahagian tersebut.
  • Kerap membuang air kecil kerana bayi menekan pundi kencing.
  • Sakit perut & memulas.
  • Kerap buang air besar.
  • Kerap terkentut.

2. Berat badan turun

Berat badan anda akan turun sebelum melahirkan.

3. Nesting instinct atau naluri mengemas rumah

Secara tiba-tiba anda akan rasa rajin nak mengemas rumah. Habis satu rumah dikemas & disapu. Malah ada yang terlalu rajin sampai mengecat semula dinding rumah. Ini adalah antara tanda utama anda akan berjumpa sicomel dalam masa yang terdekat.

4. Mucus Plug keluar

Semakin dekat waktu bersalin, pintu rahim kita akan menjadi semakin nipis. Akhirnya ia menjadi terlalu nipis sehingga  lendir pekat seperti gam (mucus plug) yang menutup pintu rahim tercabut. Ia akan keluar dalam bentuk cecair putih & kadang-kadang sedikit berdarah. Tak semua ibu mengandung perasan mucus plug sudah keluar. Kadang-kadang ia keluar bersama air kencing.

tanda nak bersalin 300x238 9 Tanda Bersalin Yang Semua Ibu Mengandung Wajib Tahu

5. Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir (Bloody show)

Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital untuk pemeriksaan sekiranya anda mengalami bloody show.

6. Sakit Belakang

Sakit belakang sememangnya biasa bagi ibu mengandung. Semakin dekat waktu bersalin, sakit belakang akan menjadi semakin kuat kerana bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Anda boleh amalkan tips hilangkan sakit belakang yang saya kongsikan di sini.

7. Pecah Air Ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau.  Kadang-kadang ada sedikit darah. Jika air ketuban anda pecah,  pergi ke hospital untuk pemeriksaan kerana selepas air ketuban pecah, jika dibiarkan boleh menyebabkan jangkitan kuman.

8. Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis

Apabila anda ke hospital, doktor akan melakukan pemeriksaan vagina bagi menentukan sama ada laluan telah terbuka atau tidak.  Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10. Jika laluan masih belum dibuka, kebiasaanya anda akan dinasihatkan untuk balik ke rumah & berehat.

9. Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan

Kontraksi atau pengecutan otot rahim adalah tanda paling besar bahawa anda kana melahirkan. Semakin kuat & kerap kontraksi yang dialami, bermakna semakin dekat anda akan bersalin.

tanda nak bersalin2 234x300 9 Tanda Bersalin Yang Semua Ibu Mengandung Wajib Tahu

Untuk kekal bertenaga sepanjang proses melahirkan, anda boleh ambil Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee yang membekalkan tenaga supaya anda tidak lesu. ESP juga boleh terus diambil selepas anda melahirkan, agar anda bertenaga semula & membantu membanyakkan susu. Set berpantang Shaklee adalah set terbaik untuk ibu yang baru bersalin, dan ia adalah tanpa jamu yang selamat untuk bayi.

Semoga 9 tanda bersalin yang ibu mengandung wajib tahu itu tadi bermanfaat untuk anda & suami. Saya doakan semoga anda selamat bersalin & Insya Allah semua urusan akan dipermudahkan. Enjoy your pregnancy & selepas itu enjoy your motherhood journey. Berminat untuk dapatkan ESP Shaklee atau set berpantang Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 9 Tanda Bersalin Yang Semua Ibu Mengandung Wajib Tahu

Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

Sakit pinggang & belakang adalah perkara yang sinonim dengan ibu mengandung. Ianya akan dilalui seawal minggu-minggu pertama kehamilan & boleh berterusan sehingga anda melahirkan. Jom saya kongsikan tips kurangkan sakit pinggang ketika hamil yang berkesan dan selamat untuk anda & bayi.

tips hilangkan sakit pingga 300x255 Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

Jika anda sedang mengalami sakit pinggang, jom amalkan tips-tips berikut:

1. Kasut ibu mengandung

Pakai kasut yang rata yang direka khas untuk ibu mengandung. Elakkan kasut yang bertumit tinggi. Ia dapat mengurangkan masalah regangan pada tulang.

2. Jangan duduk terlalu lama

Elakkan daripada duduk dengan posisi yang sama dalam waktu yang lama, terutamnya jika anda bekerja. Sejam sekali anda perlu bangun & berjalan supaya beredaran darah berjalan dengan betul di seluruh badan.

3. Posisi tidur

Tidur dalam posisi mengiring dengan bantal diantara dua kaki anda seperti posisi memeluk orang. Terdapat juga bantal khas untuk ibu hamil. Anda boleh gunakan bantal ni kalau ada bajet.

4. Alas perut dengan bantal

Anda juga boleh meletakkan bantal sebagai alas perut apabila perut semakin membesar.

tips hilangkan sakit pingga1 300x166 Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

5. Tali pinggang

Gunakan tali pinggang khas untuk ibu hamil bagi membantu menyokong pinggang supaya mengurangkan sakit pinggang yang dialami.

6. Tuam

Jika rasa sakit yang melampau, boleh tuam dengan air panas atau pun ais. Tuam sehingga kesakitan berkurangan.

7. Jangan angkat berat

Jangan sesekali  angkat benda berat sepanjang tempoh kehamilan.

8. Berjalan kaki

Amalkan  berjalan kaki sekurang-kurangnya 20-30 minit setiap hari. Ia bukan sahaja melegakan sakit pinggang malah membantu memberikan kesegaran kepada anda. Tak perlu jalan laju-laju, perlahan sahaja dah memadai. 

9. Jaga postur badan

Perhatikan postur tubuh anda, jangan terlalu membongkok atau tegak.

10. Kurma

Kurma adalah makanan yang sangat bagus untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan dan semasa menyusukan anak. Jom baca khasiat kurma untuk ibu mengandung yang saya kongsikan di sini. Dan jangan lupa untuk mengamalkan amalan pemakanan untuk ibu mengandung.

11. Kalsium

Selain mengamalkan tips kurangkan sakit pinggang ketika hamil yang saya senaraikan diatas, pengambilan kalsium juga sangat membantu bagi masalah sakit pinggang ketika hamil. Ia membantu memelihara saraf  yang mengawal pengecutan otot-otot tubuh kita. Insya Allah, kalau kita ambil kalsium dengan secukupnya, gejala sakit pinggang dan badan akan berkurangan. Kalsium boleh diperoleh dari susu, kekacang, keju, buah-buahan, dan sebagainya. Kalau nak lagi mudah, ambil je Ostematrix Shaklee yang kaya dengan kalsium. Insya Allah dengan pengambilan yang betul, anda akan melihat perubahan positif seawal 5 hari.  Atau pun lagi bagus kalau anda ambil Set Ibu Mengandung Shaklee yang mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh ibu mengandung.

tips hilangkan sakit pingga2 300x236 Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

Semoga tips kurangkan sakit pinggang ketika hamil yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Berminat untuk mendapatkan Ostematrix Shaklee? Hubungi saya sekarang. Insya Allah akan mengurangkan masalah sakit pinggang yang anda hadapi. Tak perlu tersiksa lagi!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Kurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung

Kurma merupakan salah satu makanan sunnah yang kaya dengan protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium & potassium. Ia bukan sahaja menjadi elemen penting dalam diet seharian ibu mengandung, malah penting untuk wanita yang sedang berusaha untuk mengandung & sedang menyusukan anak. Di antara khasiat kurma untuk ibu mengandung ialah:

kurma untuk ibu mengandung 300x225  Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung

Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung

1. Mengenyangkan & membekalkan tenaga.

Kandungan gula di dalam kurma mudah diserap tubuh dan dapat memberi tenaga segera apabila makan ketika lapar. Malah, boleh membuatkan kita mudah kenyang & boleh mengelakkan makan secara berlebihan.

2. Tinggi Potassium.

Potassium adalah penting untuk sistem saraf . Ia merangsang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan, khususnya utk mencegah barah payudara & rahim. Ia juga sangat penting untuk meningkatkan sistem sarafibu mengandung & bayi yang sedang berkembang.

3. Memudahkan proses bersalin.

Kurma membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim selepas bersalin.

4. Sesuai untuk ibu yang mengidap Gestational Diabetis

Kandungan gula didalam kurma adalah sesuai untuk ibu yang mengidap Gestational Diabetis atau Diabetis semasa mengandung.

5. Mengelakkan demam kuning pada bayi

Ibu yang mengamalkan memakan kurma sepanjang tempoh kehamilan akan melahirkan bayi yang sihat tanpa demam kuning atau jaundis.

6. Melahirkan bayi yang sihat & bijak

Bayi yang dilahirkan akan mempunyai imuniti yang tinggi dan susah untuk jatuh sakit. Bayi kita juga akan mempunyai IQ yang tinggi dan bijak.

7. Menguatkan rahim

Kurma juga berfungsi untuk menguatkan rahim, terutamanya bagi ibu yang pernah mengalami keguguran.

8. Kaya dengan zat besi.

Ia sangat sesuai dimakan oleh bagi ibu yang mengalami masalah anemia akibat kekurangan sel darah merah dalam tubuhsepanjang kehamilan.

Banyak betul khasiat kurma untuk ibu mengandung kan? Jika anda sedang berusaha untuk mengandung, bolehlah makan kurma setiap hari. Bukan sahaja mendapat pahala sebab mengamalkan makanan sunnah, ia juga akan meningkatkan kesihatan kita dan bayi. Anda juga boleh mengamalkan amalan pemakanan yang baik untuk ibu mengandung dan Set Ibu Mengandung Shaklee bagi memastikan bayi anda berkembang dengan baik & anda sentiasa cergas bertenaga sepanjang tempoh kehamilan. Nak order Set Ibu Mengandung Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170  Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung

Petua Mudah Bersalin

Alhamdulillah ramai pelanggan Set Subur Shaklee saya yang dah berjaya mengandung. Sekarang ni semua tengah bergembira dengan kehadiran bayi comel dalam kandungan & pastinya sedang sibuk menimba ilmu tentang tanda nak bersalin, berpantang & penjagaan bayi baru lahir. Kali ni saya nak share petua mudah bersalin untuk anda amalkan.

petua mudah bersalin 300x266 Petua Mudah Bersalin

PETUA MUDAH BERSALIN

1. Amalkan membaca Al-Quran & Solat Hajat sepanjang tempoh kehamilan

Wanita hamil diberikan satu kelebihan iaitu mereka sentiasa suci dari darah haid, Oleh itu, mereka boleh sentiasa bersolat & membaca Al-Quran. Jadi, sepanjang tempoh kehamilan anda, banyakkan membaca Al-Quran & lakukan solat hajat supaya anda dapat bersalin dengan mudah. Membaca Al-Quran bukan sahaja merupakan satu petua mudah bersalin, malah membantu melahirkan bayi yang bijak & soleh.

Anda juga boleh mengamalkan doa-doa berikut:

petua mudah bersalin1 300x167 Petua Mudah Bersalin

Doa Nabi Yunus semasa dalam perut ikan yu.

petua mudah bersalin2 300x189 Petua Mudah Bersalin

petua mudah bersalin3 300x252 Petua Mudah Bersalin

petua mudah bersalin4 300x191 Petua Mudah Bersalin

2. Minum air sisa suami

Sepanjang kehamilan, amalkan meminum air sisa suami. Caranya mudah sahaja, suami minum seteguk kemudian anda minum dari cawan yang sama. Mudah sahaja petua mudah bersalin yang ini kan? Sebagai bonus anda akan mendapat pahala & merapatkan kasih sayang anda suami isteri. Kan romantik minum berkongsi satu gelas air.

3. Minum air rambut semasa mandi

Petua mudah bersalin yang ini meamng femes. Rasanya semua orang tahu. Semasa mandi, minum sedikit air dari hujung rambut anda & berniat minta supaya anda mudah bersalin. Untuk makluman anda petua mudah bersalin ini telah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita dulu lagi. Jadi tak rugi kalau kita amalkan.

4. Elakkan duduk di anak tangga

Kata orang tua, kalau kita duduk di anak tangga, nanti waktu bersalin bayi kita lambat keluar, seumpama kita yang sedang duduk termanggu di anak tangga. Wallahu alam… tidak diketahui sejauh mana kebenarannya tapi apa salahnya kalau kita jauhkan. Lagi pun tak manis ibu mengandung duduk di anak tangga & ia juga boleh mendatangkan bahaya.

5. Elakkan duduk di muka pintu

Yang ini pun merupakan petua mudah bersalin yang diamalkan sejak turun temurun. Katanya kalau kita suka duduk di muka pintu, nanti waktu bersalin bayi akan duduk di muka pintu, tak mahu keluar. Sekali lagi saya nak ingatkan, ini adalah petua orang lama. terpulang untuk kita amalkan atau tidak.

6. Bunga akar fatimah

Ramai yang sibuk mencari bunga akar fatimah kerana katanya ia merupakan petua mudah bersalin yang diamalkan oleh orang arab sejak dulu. Menurut pembacaan saya, tak salah jika kita ingin berikhtiar dengan bunga akar fatimah TETAPI jangan sesekali meminum airnya jika pintu @ jalan belum terbuka kerana akan menyebabkan contraction yang kuat & tumpah darah. Waktu terbaik untuk minum air bunga akar fatimah ialah apabila jalan sudah terbuka & anda bersedia untuk melahirkan.

Semoga petua mudah bersalin yang saya kongsikan membawa manfaat kepada anda. Ibu yang sedang mengandung boleh mengambil Set Hamil Shaklee yang memberikan anda tenaga sepanjang tempoh hamil & membantu pembentukan janin yang sempurna. Jika anda masih tercari-cari set berpantang tanpa herba yang selamat untuk bayi tanpa perlu risau tentang masalah demam kuning atau jaundis, anda boleh mengambil Set Berpantang Shaklee. Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Mudah Bersalin

Testimoni Ibu Mengandung Menggunakan ESP Shaklee

Kali ni saya nak kongsikan testimoni ibu mengandung menggunakan ESP Shaklee. Ramai yang tahu ESP Shaklee adalah vitamin baik yang sesuai diminum oleh ibu mengandung. Selama ni ramai yang beranggapan bahawa semasa hamil, ubat yang kita dapat dari klinik sudah memadai. Cukup ke?
TTC Testimoni Ibu Mengandung Menggunakan ESP Shaklee
Bagi ibu yang mengalami morning sickness yang teruk, ubat klinik memang tak tertelan. Nak makan pun tak berselera. Macam mana baby dalam perut nak dapat khasiat untuk perkembangan yang baik? Jawapannya ialah ESP. Walau teruk mana pun loya-loya yang dialami, Insya Allah ibu-ibu masih berselera untuk minum ESP jika betul cara bancuhannya. Banyak faedah & kebaikan ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  Rugi tau, kalau tak minum. Kali ni saya nak kongsikan testimoni ibu mengandung menggunakan ESP Shaklee.
Testimoni Ibu Mengandung Menggunakan ESP Shaklee
 Antara kebaikan ESP untuk ibu mengandung ialah:
 
[/] Membentuk organ, pancaindera, & sistem tubuh bayi.
[/] ESP membantu badan membina sel tubuh sihat yang mampu  menyerap 99% daripada khasiat makanan yang diambil.
[/] Persediaan awal ibu bagi menyusukan bayi.
 
Hari ni saya nak kongsi testimoni seorang customer saya. Puan Shikin mengandung 10 minggu dan mengalami masalah morning sickness yang agak teruk. Sampai tak larat nak bangun dibuatnya. Nak pulak, kena layan karenah anak sulung yang berusia setahun. Bayangkanlah betapa aktifnya anak umur setahun!Panjat sana, panjat sini. Lompat sana, lompat sini. Saya cadangkan Puan Shikin untuk mencuba ESP.Alhamdulillah dah hampir 2 minggu Puan Shikin menggunakan ESP dan ini adalah testimoni beliau:
testimoni esp vitamin booth Testimoni Ibu Mengandung Menggunakan ESP Shaklee
Menarik kan testimoni ibu mengandung menggunakan ESP Shaklee yang saya kongsikan tadi? Ibu yang loya teruk pun masih berselera minum ESP. Dengan syarat, anda tahu resepi yang betul. Berminat untuk mencuba ESP Shaklee? Hubungi saya sekarang.
 
Cik Puan Nurul 2 300x170 Testimoni Ibu Mengandung Menggunakan ESP Shaklee
pixel Testimoni Ibu Mengandung Menggunakan ESP Shaklee

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.