-

Gemuk Punca Susah Mengandung

Gemuk punca susah mengandung? Memang saya tak nafikan ramai wanita yang mempunyai berat badan berlebihan berjaya mengandung. Tapi berdasarkan pengalaman saya dalam memberikan consultation untuk set subur Shaklee, saya dapati bahawa kegemukan boleh menjejaskan peluang untuk mengandung.

gemuk sukar mengandung 300x252 Gemuk Punca Susah Mengandung

Kenapa gemuk punca susah mengandung?

1. Gangguan hormon
Apabila kita mempunyai berat badan berlebihan biasanya ia akan menjejaskan kestabilan hormon. Kestabilan hormon Estrogen & Progesterone contohnya adalah sangat penting supaya kita mudah mengandung. Sila klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana gangguan hormon boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandung.

2. Kitaran haid terganggu
Apabila hormon dalam badan tidak stabil ia akan menyebabkan kitaran haid menjadi tak menentu & tunggang langgang. Wanita yang subur akan berovulasi (bertelur) setiap bulan. Telur yang disenyawakan akan menjadi janin sementara telur yang tidak disenyawakan akan luruh menjadi darah haid. Jadi, kalau haid anda tidak menentu, itu adalah petanda bahawa anda kurang subur. Nak tahu apakah yang dimaksudkan dengan kitaran haid yang normal? Jom baca di sini.

3. Sukar menentukan waktu subur
Menentukan waktu subur adalah sangat penting jika anda merancang untuk mengandung. Kalau haid anda tidak teratur, adalah mustahil untuk menentukan tarikh kita paling subur & kemungkinan besar kita akan terlepas hari yang penting tersebut. Nak tahu cara tentukan waktu subur? Jom baca di sini.

gemuk sukar mengandung1 273x300 Gemuk Punca Susah Mengandung

4. Mengganggu proses persenyawaan
Apabila persenyawaan berlaku, benih yang telah disenyawakan perlu menempel di dinding rahim. Jika kita mempunyai masalah berat badan berlebihan dikhuatiri dinding rahim kita dipenuhi lemak & menyebabkan proses penempelan gagal berlaku. Jika proses tersebut tidak dapat berjalan dengan sempurna maka kita tidak akan berjaya mengandung.

5. Kegemukan punca kurang aktif
Apabila berat kita berlebihan, kita tidak dapat menjalani hidup secara aktif seperti orang lain yang mempunyai berat badan normal. Aktiviti seks juga akan terjejas. 

Jadi, apakah jalan penyelesaiannya? Kalau betul gemuk punca susah mengandung, apa yang kita perlu buat? Nak kena kurus dulu ke? Nak betulkan kitaran haid? Atau boleh terus makan set subur? Kalau anda teringin sangat nak mengandung dan ada masalah kegemukan, dan nak sangat tahu apa jawapannya? Hubungi saya sekarang. Insya Allah saya akan membantu.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Gemuk Punca Susah Mengandung

Cara Kecutkan Fibroid Supaya Tak Perlu Jalani Pembedahan

Fibroid adalah tumor pejal yang terdiri daripada tisu-tisu fiber yang tumbuh yang merupakan benign atau pun bukan kanser. Ya! fibroid bukan kanser tetapi ia boleh menjejaskan kesuburan anda & menyebabkan kesakitan. Anda boleh membaca jenis-jenis fibroid di sini. Nak tahu cara kecutkan fibroid supaya tak perlu jalani pembedahan yang menakutkan?

cara kecutkan fibroid 300x223 Cara Kecutkan Fibroid Supaya Tak Perlu Jalani Pembedahan

Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Disahkan Mempunyai Fibroid?

Jika anda disahkan mempunyai fibroid, berikut adalah beberapa info yang perlu anda dapatkan daripada doktor yang merawat anda iaitu:

1. Berapa biji fibroid yang ada

2. Apakah jenis fibroid anda

3. Berapa cm saiz fibroid anda

4. Apakah cadangan doktor, sama ada untuk berusaha mengecutkan atau membuang dengan cara pembedahan.

Kebiasaanya doktor akan mencadangkan anda membuang fibroid melalui pembedahan sekiranya fibroid anda bersaiz 5 cm ke atas & anda mengalami kesakitan atau pendarahan. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti simptom fibroid & dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin sekiranya anda mengesyaki ada fibroid didalam rahim anda kerana semakin lama dibiarkan, fibroid anda akan menjadi semakin besar.

Apabila ia besar, proses mengecutkan fibroid akan mengambil masa yang agak lama & sekiranya ia bersaiz 5 cm, mungkin anda perlu menjalani pembedahan. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui apakah simptom fibroid.

cara kecutkan fibroid1 300x224 Cara Kecutkan Fibroid Supaya Tak Perlu Jalani Pembedahan

Bagaimana Merawat Fibroid Tanpa Pembedahan?

Jika anda disahkan mempunyai fibroid, jangan terus bersetuju untuk menjalani pembedahan. Jika fibroid anda bersaiz 5 cm keatas, menyebabkan kesakitan & pendarahan, atau fibroid berulang, Vivix adalah vitamin terbaik untuk anda.

Jika fibroid anda bersaiz kurang daripada 5 cm, tidak menyebabkan kesakitan atau pendarahan, dan bukan fibroid berulang, anda boleh berusaha mengecutkan fibroid anda dengan  Set Fibroid Shaklee  . Bagaimana set ini membantu merawat fibroid tanpa pembedahan?

GLA Complex berfungsi menstabilkan hormon kerana ketidakstabilan hormon adalah punca kewujudan fibroid didalam rahim anda & menyebabkan ianya semakin membesar. Insya Allah apabila hormon anda stabil, fibroid anda akan mengecut secara semulajadi & anda akan berjaya merawat fibroid tanpa pembedahan.

Set ini juga terdiri daripada Vit C & Vit E yang merupakan antioksida. Ia merupakan ejen pembasmi radikal bebas yang berfungsi untuk menjaga sel sihat anda daripada dimusnahkan oleh radikal bebas tersebut. Sekali gus, is membantu menegecutkan fibroid anda.

Vitamin seterusnya ialah B Complex yang berfungsi sebagai anti stress yang mempengaruhi proses pengecutan fibroid anda. Tahukah anda bahawa fibroid akan lebih cepat mengecut sekiranya anda berada dalam keadaan gembira. Oleh itu B Complex membantu anda merawat fibroid tanpa pembedahan.

Alfalfa kaya dengan iodin. Tahukah anda iodin telah digunakan dalam alam perubatan untuk merawat cyst & fibroid sejak dulu lagi? Alfalfa membantu fibroid anda mengecut dengan cepat. Sementara Herblax bertindak sebagai ejen detox untuk mencuci usus anda.

cara kecutkan fibroid2 168x300 Cara Kecutkan Fibroid Supaya Tak Perlu Jalani Pembedahan

Wanita di luar sana, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah simptom dan cara kecutkan fibroid supaya tak perlu jalani pembedahan yang menyakitkan. Jika anda disahkan mempunyai fibroid, Insya Allah, dengan pengambilan yang konsisten & aturan makan yang betul, Set Fibroid Shaklee sangat berkesan.  Berminat untuk mendapatkan set ini dengan harga istimewa? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Kecutkan Fibroid Supaya Tak Perlu Jalani Pembedahan

Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Kesuburan suami isteri adalah perkara paling penting sekiranya anda sedang merancang untuk mengandung, lebih-lebih lagi sekiranya anda atau pasangan mempunyai masalah kesuburan seperti low sperm count, kitaran haid tidak teratur,  telur tidak matang, cyst, fibroid, PCOS, Endometriosis atau pun sekiranya anda pernah mengalami keguguran akibat blighted ovum atau pun ectopic pregnancy (mengandung luar rahim). Jom saya kongsikan tips tingkatkan kesuburan suami isteri:

meningkatkan kesuburan 300x255 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Apakah Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri?

1. Berhenti menggunakan alat Perancang Keluarga
Apabila anda merancang untuk mengandung, anda perlu berhenti menggunakan pil perancang, suntikan, implan, IUCD dan sebagainya. Tubuh anda mungkin mengambil masa yang lama untuk menstabilkan semula hormon akibat berhenti daripada menggunakan alat perancang keluarga tersebut dan keadaan ini boleh menjejaskan kesuburan anda.

2. Hentikan Tabiat Buruk
Rokok dan alkohol adalah punca utama masalah ketidaksuburan & kesukaran untuk hamil. Oleh itu, salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan anda suami isteri ialah dengan membuang tabiat buruk tersebut.

meningkatkan kesuburan1 300x260 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

3. Kepuasan atau Klimaks 
Sesetengah pakar berpendapat bahawa kepuasan isteri semasa bersama suami adalah salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan sekali gus meningkatkan peluang untuk mengandung. Jadi, pastikan anda mendapat kepuasan semasa bersama.

4. Kenali waktu subur
Mengetahui waktu subur adalah kunci utama untuk mengandung. Nak tahu macam mana cara untuk mengira waktu subur? Anda boleh baca di sini. Anda juga boleh menggunakan kit ovulasi untuk mengetahui waktu subur dengan lebih tepat.

5. Berat Badan unggul
Pasangan yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Jadi, salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan suami isteri ialah dengan mendapatkan berat badan yang ideal.

6. Relaks
Tekanan & kemurungan merupakan antara punca ketidaksuburan. Sentiasa tenang & ceria, ia boleh meningkatkan kesuburan anda suami isteri.

7. Kurangkan Kafein
Kurangkan pengambilan kafein.  Jika dahulu anda minum tiga cawan sehari atau lebih, kini jadikannya hanya satu cawan. Kafein berlebihan boleh menyebabkan ketidaksuburan.

meningkatkan kesuburan2 300x153 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

8. Sperma Sihat
Untuk mendapatkan sperma yang sihat, suami isteri perlu mewujudkan persekitaran mesra sperma iaitu mengelakkan penggunaan penyembur vagina, tampon dan apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma. Suami juga perlu mengelakkan mandi air panas & pemakaian seluar dalam yang ketat. Pengambilan Set Suami Gagah Shaklee juga membantu.

Mudah saje kan untuk mempraktikkan 8 tips tingkatkan kesuburan suami isteri di atas? Anda boleh mula mengamalkannya hari ini. Anda juga boleh mengambil Set Kesuburan Shaklee yang telah membantu ramai pelanggan saya mengandung. Oh ya…anda juga boleh membaca tips meningkatkan kesuburan suami isteri di sini. Berminat untuk mendapatkan set kesuburan Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Punca Susah Mengandung

Anda sedang mencuba untuk mengandung? Tertanya-tanya kenapa anda masih belum berjaya mengandung walau pun dah buat macam-macam ikhtiar? Adalah penting untuk anda mengetahui punca-punca ketidaksuburan.  Sambil-sambil tu anda juga boleh baca testimoni pelanggan saya yang berjaya mengandung. Ok, jom saya ceritakan apakah punca susah mengandung.

punca susah mengandung 300x212 Punca Susah Mengandung

Apakah Punca Susah Mengandung? Dan Apakah Penyelesaiannya?

Haid Tidak Teratur

Salah satu punca susah mengandung ialah kitaran haid yang tidak teratur. Anda perlu mengetahui punca haid tidak teratur. Apabila haid anda tidak teratur, susah untuk anda menganggar bilakah waktu subur. Mengetahui tarikh subur adalah sangat penting dalam usaha anda untuk mengandung kerana anda perlu memastikan terdapat sperma yang aktif didalam rahim anda semasa badan anda berada dalam keadaan paling subur. Sekiranya anda mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur, anda boleh mengambil GLA Complex & Alfalfa untuk membetulkan kitaran haid anda.

Benih Tidak Berkualiti

Untuk mengandung, anda memerlukan benih yang berkualiti dari suami & isteri. Anda akan mengalami kesukaran untuk mengandung sekiranya suami anda mempunyai masalah kesuburan seperti low sperm count . Peluang anda untuk mengandung juga akan berkurangan sekiranya anda mempunyai masalah telur tidak matang. Jika anda atau suami mempunyai masalah benih tidak berkualiti, hubungi saya untuk konsultasi. Insya Allah, dengan pengambilan vitamin yang betul boleh meningkatkan kualiti benih anda.

Terlepas Waktu Subur

Anda tidak akan mengandung sekiranya anda terlepas waktu subur. Tak tahu bila waktu subur? Senang je, baca penerangan saya yang panjang lebar ni.

Duduk Berjauhan

Suami isteri yang duduk berjauhan sememangnya merupakan antara punca susah mengandung kerana agak sukar untuk anda memastikan anda tidak terlepas waktu subur. Tapi, anda jangan gundah gulana. Dah ramai pelanggan saya yang berjaya mengandung walapu pun tinggal berjauhan. Nak tahu tips nya? Amalkan set kesuburan Shaklee supaya anda berada dalam keadaan subur apabila berjumpa.

Stress

Anda stress? Ia juga merupakan punca susah mengandung. Amalkan gaya hidup sihat & jauhi stress. B Complex Shaklee merupakan vitamin gembira & anti stress. Dengan pengambilan B Complex, hidup anda akan bebas stress. Ia juga kaya dengan folic acid yang penting bagi ibu mereka yang sedang merancang untuk hamil.

Makanan Tajam

Makanan tajam seperti nenas, tapai, air kelapa & air coca cola boleh menyebabkan benih susah untuk lekat. Malahan, ia juga boleh menyebabkan benih yang telah melekat gugur dengan sendiri. Oleh itu, jika anda merancang untuk mengandung, elakkan mengambil makanan tajam di atas.

Penyakit

Penyakit seperti Cyst, Fibroid, PCOS, & Endometriosis juga boleh menjejaskan kesuburana anda & menjadi punca susah nengandung. Manakala penyakit kencing manis dikalangan suami juga boleh menyebabkan benih yang dihasilkan kurang berkualiti. Ramai pelanggan saya yang mempunyai cyst telah berjaya mengandung dengan Set Cyst Shaklee. Set Fibroid Shaklee pula dapat membantu anda yang mempunyai masalah fibroid. Bagi anda yang disahkan mengidap Endometriosis boleh mangambil Set Endometriosis Shaklee. Jika anda wanita PCOS, anda boleh baca entry ini.

Belum Rezeki

Kadang-kadang, anda belum mengandung kerana masih belum ada rezeki. Tuhan ingin menguji anda kerana dia sayang & mahu anda mendekatkan diri kepadanya, Anda boleh mengamalkan doa & tips  berikut untuk memudahkan anda mengandung. Pengambilan Set Kesuburan Shaklee secara konsisten juga akan membantu anda untuk mengandung.

Jika anda mempunyai kesukaran untuk mengandung, sila elakkan perkara-perkara yang boleh menjadi punca susah mengandung. Anda juga boleh berikhtiar dengan Set Subur Shaklee. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Susah Mengandung

GLA Complex Shaklee Untuk Kesuburan Wanita

Hari ni saya nak bercerita tentang GLA Complex Shaklee untuk kesuburan wanita. Secara umumnya, GLA Complex membetulkan kitaran haid  dan menstabilkan hormon kewanitaan dalam badan kita supaya menghasilkan telur yang berkualiti setiap bulan. Bila kita bertelur setiap bulan, maknanya kita subur. Telur yang berkualiti juga memberi jaminan bahawa proses persenyawaan akan berlaku dengan baik & menghasilkan janin yang sempurna.

meningkatkan kesuburan wani 300x248 GLA Complex Shaklee Untuk Kesuburan Wanita

Fungsi GLA Complex Shaklee Untuk Kesuburan Wanita 

Mengawal selia hormon Estrogen dan Testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita dalam badan seseorang. Apabila hormon dalam badan berada dalam keadaan yang seimbang, tahap kesuburan juga akan meningkat dan anda akan mudah mengandung

Menghilangkan simptom PMS - Rimas dengan simptom PMS seperti senggugut, mood swing, sakit pinggang, kembung, retensi air dan sakit pada  payudara? Anda boleh ambil set senggugut Shaklee yang terdiri daripada GLA, Ostematrix & B Complex. GLA  membantu dalam melegakan kesakitan dan period cramp.

meningkatkan kesuburan wani1 300x227 GLA Complex Shaklee Untuk Kesuburan Wanita

Melambatkan menopous- Benar! GLA Complex membantu melambatkan menopous & mengurangkan simptom menopous.

Membantu proses kehamilan- GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih yang  membantu sperma untuk berenang didalam rahim anda sehingga bertemu sel ovum, dan seterusnya berlakunya persenyawaan. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau anda terlepas hari subur pun masih ada peluang sebab sperma yang hidup masih ada dalam badan anda.

Sekarang anda dah tahu fungsi GLA Complex Shaklee untuk kesuburan wanita. Kalau anda nak kesan yang lebih optimum, saya sarankan supaya anda mengambil set kesuburan Shaklee yang sememangnya telah berjaya membantu ramai pasangan untuk hamil. Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin Shaklee anda.

Cik Puan Nurul 2 300x170 GLA Complex Shaklee Untuk Kesuburan Wanita

Punca Haid Tidak Teratur

Jika anda merancang untuk hamil, semestinya anda akan berasa sangat teruja tiap kali haid anda lewat. Walau bagaimana pun, haid yang lewat tidak semestinya bermakna anda telah sah mengandung. Ia boleh menjadi petanda bahawa kitaran haid anda tidak teratur. Nak tahu punca haid tidak teratur?
punca haid tidak teratur 261x300 Punca Haid Tidak Teratur

Punca Haid Tidak Teratur

Jika haid anda tidak teratur, ia akan mempengaruhi peratusan peluang anda untuk hamil kerana agak sukar untuk menganggar waktu subur anda.  Salah satu daripada punca haid tidak teratur  ialah ketidak stabilan hormon di dalam badan yang akan mengeluarkan hormon stress lalu  menganggu ovulasi dan seterusnya mengganggu kitaran haid anda. Selain itu, terdapat pelbagai punca haid tidak teratur seperti:

[✔] Penggunaan Ubat-ubatan 

Sekiranya anda mengamalkan ubatan tradisional seperti jamu atau herba, berkemungkinan ubatan tersebut akan mempengaruhi kitaran haid anda dan menjadi punca haid tidak teratur.
[✔] Berlebihan Hormon Prolaktin 
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat atau tidak datang selama berbulan-bulan. Masalah gangguan hormon seperti ini dapat diatasi dengan pengambilan GLA Shaklee.

[✔] Menyusukan anak

Sekiranya anda menyusukan anak, kemungkinan besar haid anda tidak akan datang. Malah saya sendiri masih belum didatangi haid meskipun Nurul Aina sudah berumur 12 bulan.

bf Punca Haid Tidak Teratur
[✔] Masalah tiroid 
Rasa panas, berdebar-debar dan kekurangan berat badan secara mendadak adalah tanda bahawa anda mungkin mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung. Masalah tiroid boleh menjadi punca haid tidak teratur.

[✔] Kegemukan 

Lebihan lemak dalam badan boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan kerana lemak merupakan tempat simpanan hormon estrogen. Lebihan hormon estrogen akan menjadi punca haid tidak teratur. Sekiranya anda mengurangkan 10% daripada berat badan anda, peluang anda untuk hamil akan meningkat. Set Kurus Shaklee  dapat membantu anda untuk kurus serta meningkatkan tahap kesuburan anda.
gemuk air Punca Haid Tidak Teratur

[✔] Terlalu kurus 

Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh menjadi punca haid tidak teratur. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak bersenam seperti atlit dan penari balet. Kitaran haid anda akan kembali teratur sekiranya anda mendapat berat badan yang ideal.

[✔] Tersilap tarikh haid yang terakhir

Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka.  Pastikan anda mencatat hari pertama haid anda pada setiap bulan sebagai rujukan.

[✔] Menopos 

Bagi mereka yang berusia lewat 40an, haid yang sedikit & kekerapan yang kurang adalah petanda bahawa anda akan mengalami menopos. Sekiranya anda bimbang, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear bagi memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

[✔] Perancang keluarga

Sekiranya anda mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah antara punca haid tidak teratur. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi maka kitaran haid anda akan terganggu.

[✔] Hamil 

Akhir sekali, mungkin haid anda lewat kerana anda mengandung. Tahniah!

Sekarang anda dah tahu punca haid tidak teratur. Sekiranya anda mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur, GLA Shaklee adalah penyelesaiannya. Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan GLA dengan harga istimewa & konsultasi terbaik.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Haid Tidak Teratur

Cara Tentukan Waktu Subur Wanita

Kali ni saya nak kongsikan cara tentukan waktu subur wanita. Salah satu cara untuk mengetahui waktu kesuburan seorang wanita ialah melalui pemeriksaan lendiran yang ada di alat sulit anda. Anda boleh lakukan sendiri pemeriksaan tersebut. Waktu yang paling sesuai ialah diawal pagi, sebaik sahaja bangun tidur.

waktu subur wanita 300x234 Cara Tentukan Waktu Subur Wanita

Cara Tentukan Waktu Subur Wanita

Lendiran ini mudah diperolehi dalam keadaan mencangkung, jadi sila lakukan langkah-langkah di bawah dalam keadaan mencangkung. Pastikan tangan anda dalam keadaan bersih sebelum melakukan langkah-langkah di bawah bagi mengelakkan infection atau jangkitan kuman. Seeloknya basuh tangan anda dengan sabun. Langkah-langkah untuk memeriksa lendiran serviks adalah seperti berikut:

1. Masukkan jari telunjuk ke dalam vagina sehingga merasakan sesuatu yang agak pejal.  ”Sesuatu yang pejal” yang dimaksudkan  ialah pangkal rahim (serviks) anda. Putarkan jari di situ dan keluarkan jari bersama dengan lendiran.

 2. Lendiran itu perlu dipegang dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Kemudian renggangkan kedua-duanya untuk menganalisa kepekatannya.

 3.  Jika terdapat kekeringan di bahagian kemaluan (vulva) dan hanya sedikit lendiran mukus, jangan paksa diri untuk terus melakukannya. Ini boleh mencederakan vagina.

4. Tidak perlu menggunakan bahan pelincir seperti untuk tujuan ini kerana ia akan mengelirukan keputusan. Kekeringan ini bermakna seseorang itu belum lagi mengalami ovulasi. Maka kemungkinan untuk hamil adalah rendah.

 5. Jika lendiran serviks itu agak kental dan pekat, berwarna putih atau warna krim, ini bermakna seseorang wanita itu menghampiri waktu ovulasi. Jika direnggangkan antara kedua jari , ianya mudah putus. Kemungkinan untuk hamil adalah rendah, namun semakin lama semakin banyak kuantiti lendir dan lendirannya akan bertambah pekat dan jernih.

 6. Jadi jika lendiran serviks telah berubah menjadi warna jernih, licin dan mudah direnggangkan, ini bermakna wanita itu mengalami ovulasi. Tengah subur! Ramai wanita yang menggambarkan lendiran serviks ini sebagai warna ‘putih telur’.

Ketika ini, lendiran itu boleh direnggangkan antara jari telunjuk dan ibu jari sebanyak beberapa sentimeter sebelum ianya putus. Kuantiti lendiran pada waktu ini biasanya banyak sehingga anda terpaksa menukarkan pantyliner beberapa kali dalam sehari. Inilah masa di mana peluang untuk hamil adalah amat tinggi. Keadaan lendiran sebegini sesuai untuk sperma hidup sehingga 72 jam.

waktu subur wanita1 300x296 Cara Tentukan Waktu Subur Wanita

7. Walau bagaimanapun analisa ini haruslah dilakukan ketika di awal pagi kerana lendiran serviks adalah dalam kuantiti yang banyak berbanding dari waktu-waktu lain.

8. Jangan lakukan analisa ini selepas  bersama suami. Ini kerana lendiran sperma masih berada di dalam vagina isteri untuk beberapa hari. Maka keputusan mungkin mengelirukan, kerana anda tidak dapat membezakan sama ada ianya lendiran serviks atau lendiran sperma.

9. Anda juga tidak akan mendapat keputusan  yang baik jika vagina anda mengalami jangkitan kuman atau pun jika anda mengambil ubatan hormon ( tidak termasuk GLA Complex) , herba, atau mengamalkan pil perancang keluarga  kerana kesemuanya akan  mengubah kepekatan lendiran cervical mucus itu.

Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan lendiran serviks, sila berjumpa dengan doktor untuk berbincang mengenai cara yang lain bagi menentukan waktu kesuburan anda.

Atau pun anda boleh mengamalkan GLA Complex Shaklee yang  merupakan vitamin yang dapat membantu memulihkan hormon kesuburan supaya kitaran haid anda kembali teratur.  Kebiasaanya, selepas pengambilan yang betul selama dua bulan, anda akan mendapati bahawa kitaran haid anda mula teratur. Apabila kitaran haid anda teratur, anda dapat menganggar tarikh kesuburan anda dengan cara tentukan waktu subur wanita yang saya kongsikan tadi & itu bermakna anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hamil. GLA Complex yang merupakan salah satu vitamin dalam Set Kesuburan Shaklee juga akan membantu meningkatkan kesuburan anda supaya cepat mengandung.

Sekarang anda dah tahu cara tentukan waktu subur wanita. Jika anda mempunyai masalah untuk mendapatkan lendiran serviks, insya Allah GLA Complex boleh membantu. Berminat untuk mendapatkan GLA Compleks anda? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Tentukan Waktu Subur Wanita

Kitaran Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon

Majoriti wanita yang gagal untuk hamil menghadapi masalah kitaran haid tidak teratur kerana gangguan hormon. Apa kaitan antara pusingan haid yang teratur dengan kesukaran untuk hamil? Untuk hamil, persenyawaan perlu berlaku & ianya hanya akan berlaku semasa anda berada dalam keadaan subur di mana ovum dilepaskan. Sekiranya anda terlepas untuk bersama sewaktu anda subur, maka anda tidak akan hamil.
haid tidak teratur 300x241 Kitaran Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon
Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon
Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur, adalah mudah untuk anda menentukan bila anda subur. Namun sebaliknya bagi wanita yang kitaran haidnya tidak tetap. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengandung, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah betulkan pusingan haid anda supaya mudah untuk menentukan tarikh kesuburan. Punca utama haid tidak teratur ialah gangguan hormon. Haid tidak teratur kerana gangguan hormon adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
 
[✔] Stress
Tidak dinafikan kehidupan kita penuh dengan stress. Stress di tempat kerja. Stress memikirkan masalah kewangan. Stress dengan tyraffic jammed. Apabila anda stress, ia akan mengganggu hormon kesuburan yang mengawal kitaran haid setiap bulan. 
 
[✔] Kenaikan berat badan secara mendadak
Ramai wanita yang menghadapi masalah berat badan selepas berkahwin. Maklumlah, dulu makan seorang, sekarang makan berdua. Hati pun senang sebab bahagia, sedar-sedar badan dah berisi. Berat badan yang berlebihan sememangnya mengganggu kitaran haid anda.
 
[✔] Makanan segera & makanan ringan
Fast fodd & junk food kaya dengan bahan perasa, gula, garam & bahan pengawet yang mengurangkan tahap kesuburan. Oleh itu jika anda ingin hamil, amalkan pemakanan yang sihat mengikut piramid makanan.
 
[✔] Gaya hidup tidak sihat
Cara hidup juga boleh menjadi punca haid tidak teratur kerana gangguan hormon. Sekiranya anda merokok atau mengambil minuman keras, ianya akan menyebabkan kitaran haid anda tidak teratur. Oleh itu, amalkan cara hidup yang sihat sekiranya anda ingin hamil.
Walau bagaimana pun, agak susah untuk kita mengelakkan daripada stress & berhenti daripada makan makanan segera. Juga tidak mudah untuk kita turunkan berat badan dengan segera melainkan kita betul-betul disiplin dan mengambil set kurus yang betul-betul berkesan seperti set kurus shaklee. Oleh itu GLA Complex adalah jawapannya. GLA Compleks Shaklee merupakan vitamin yang dapat membantu memulihkan hormon kesuburan supaya kitaran haid anda kembali teratur. Kebiasaanya, selepas pengambilan yang betul selama dua bulan, anda akan mendapati bahawa kitaran haid anda mula teratur. Apabila kitaran haid anda teratur, anda dapat menganggar tarikh kesuburan anda & itu bermakna anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hamil.

haid tidak teratur1 300x226 Kitaran Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon

Sekarang anda dah tahu bahawa kitaran haid tidak teratur kerana gangguan hormon boleh menjadi punca kesukaran untuk hamil. Berminat untuk mendapatkan GLA Complex anda? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kitaran Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon

pixel Kitaran Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.