-

Petua Hilangkan Parut Melecur Dan Terbakar Yang Dijamin Berkesan

Anda ada parut melecur dan terbakar akibat terkena air panas, minyak panas, atau disambar api? Tak kisahlah parut tu ada kat muka, lengan, atau bahagian tubuh mana sekali pun, insya Allah petua ini berguna untuk anda. Jom saya kongsikan petua hilangkan parut melecur dan terbakar yang dijamin berkesan.

hilangkan parut melecur7 300x225 Petua Hilangkan Parut Melecur Dan Terbakar Yang Dijamin Berkesan

Kalau luka terbakar & melecur baru je berlaku, anda boleh kurangkan kesakitan dan pedih dengan cara:

  1. Pecahkan sebiji telur dalam bekas dan kacau. Gunakan kapas, sapu telur tu kat tempat yang tercedera. Rasa panas dan sakit akan kurang.
  2. Bancuh garam dengan air. Pastikan bancuhan itu pekat. Sapu kat tempat luka. Ianya akan mengurangkan kesakitan.
  3. Getah pelepah pisang juga amat berguna. Sapukan getah tersebut kat tempat yang sakit. Biarkan seketika hingga sakit reda. Jangan basuh dengan air sebab ianya akan menyebabkan luka melepuh.
  4. Sapukan serbuk kopi katluka. Biarkan 10-15 minit kemudian baru buang. Insya ALLAH kulit takkan melepuh dan sakit akan kurang.
  5. Sapukan mentega kat luka. Insya ALLAH sakit akan kurang.
  6. Boleh juga guna kapur sireh. Sapu kat tempat yang melecur dan biar hingga kering. Sapu berulang kali. Rasa pedih dan sakit akan hilang.
  7. Sapukan tepung kat tempat luka. Biarkan seketika. Insya ALLAH akan meredakan kesakitan dan tidak tinggalkan kesan melepuh.

hilangkan parut melecur6 300x209 Petua Hilangkan Parut Melecur Dan Terbakar Yang Dijamin Berkesan

Untuk menghilangkan parut melecur & terbakar, anda boleh amalkan petua berikut:

1. Kulit kayu manis + bedak sejuk. Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk atau blend kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Campur kedua bahan & bancuh dengan air. Kemudian lumurkan pada parut. Lakukan sekerap mungkin. Lama kelamaan parut akan pudar dan hilang.

2. Daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya, belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.

3. Asam jawa. Ambil sedikit asam jawa, campur sedikit air & ramaskan. Jangan terlalu cair. Sapukan pada tempat yang berparut.  Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut akan pudar.

4. Produk Shaklee. Anda juga boleh hilangkan parut melecur & terbakar dengan mengamalkan produk Shaklee. Jom baca kisah macam mana ibu ni menghilangkan parut melecur anaknya dalam masa 9 hari je icon wink Petua Hilangkan Parut Melecur Dan Terbakar Yang Dijamin Berkesan

Itulah dia petua hilangkan parut melecur dan terbakar yang dijamin berkesan. Semoga bermanfaat. Nak cuba hilangkan parut dengan produk Shaklee? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Hilangkan Parut Melecur Dan Terbakar Yang Dijamin Berkesan

Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Anda mempunyai parut melecur terkena air panas, minyak panas, atau luka kesan terbakar? Tengah mencari tips paling berkesan untuk hilangkan parut supaya kulit cantik seperti sedia kala? Khas untuk anda, jom saya kongsikan cara hilangkan parut melecur yang paling berkesan dalam masa 9 hari.

hilangkan parut melecur 300x190 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Gambar kat atas ni adalah testimoni sebenar, bagai mana parut luka melecur hilang dalam masa 9 hari. Kisahnya, adik ni tengah tengok mak dia bakar sampah. Takde siapa yang tahu rupanya dalam longgokan sampah yang tengah dibakar tu ada sebotol penyegar udara Ambi Pur. Botol tu meletup, api naik marak lalu menyambar muka adik ni. Habis muka adik ni melecur.

Nak tahu cara hilangkan parut melecur yang paling berkesan dalam masa 9 hari? Ini adalah cerita dari mak adik ni, apa yang dia sapu sehingga muka adik ni kembali elok dalam tempoh 9 hari:

” masa kena tu Liza sapu dengan Herbal Cream..esok pagi cuci tempat terbakar dengan Basic H dan sapu Herbal Cream.keesokkan tempat terbakar jadi hitam sesangat cam dlm gambr tu..next day kulit yg terbkar dh menggelembung. bnyk tempat gakla yg menggelembung..hari ke3 kulit dh kering dh menggelupas ckit2.smpila hari ke 9. totally kulit dh habis menggelupas.tggl proses nk ilangkan parut jer. Liza sapu dengan Vit E 3x sehari..dlm pada masa yg sama Liza bg Haziq Mealshake, Chewable Vit C ”

Alhamdulillah, semuanya produk berkualiti dari Shaklee. Nak tahu macam mana produk-produk ni berfungsi?

Krim Herbal Blend merupakan krim serbaguna yang menenangkan kulit. Ia mempunyai rasa dingin yang membantu menyejukkan kulit sekali gus memulihkan luka melecur kesan terbakar.

hilangkan parut melecur1 300x209 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Basic H merupakan pencuci serbaguna yang digunakan cuma sedikit sebagai bancuhan air untuk cucian luka bagi mengelakkan jangkitan kuman pada luka dan membantu mengeringkan luka.

hilangkan parut melecur2 300x230 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Vitamin C membantu pembentukan kolagen semulajadi kulit bagi menggalakkan kulit baru tumbuh dengan cepat. Ia juga meningkatkan imuniti tubuh bagi mengelakkan jangkitan kuman pada luka.

hilangkan parut melecur3 300x192 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Vitamin E membantu mengurangkan parut luka.

hilangkan parut melecur4 300x181 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Mealshakes mengandungi 24 vitamin dan mineral yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas. Protein amat diperlukan bagi memperbaharui sel-sel kulit yang telah mati dan mempercepatkan proses pemulihan kulit dan mengurangkan kesan parut. Bagi orang dewasa, Mealshakes digantikan dengan Energizing Soy Protein (ESP).

hilangkan parut melecur5 300x196 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Itulah dia 5 produk Shaklee yang berkesan menghilangkan parut melecur dalam masa 9 hari. Of course, tempoh masa yang diambil adalah sangat pendek kerana mak adik ni terus gunakan produk Shaklee sejurus selepas luka melecur berlaku. Kalau parut melecur anda sudah agak lama, semestinya akan ambil masa yang lebih lama untuk sembuh. Lagi lama parut, lagi lama masa yang diambil untuk dihilangkan. Tapi jangan risau, ia juga berkesan untuk parut lama. Cuma perlu bersabar sikit untuk nampak kesan icon wink Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Semoga cara hilangkan parut melecur yang paling berkesan dalam masa 9 hari itu tadi bermanfaat untuk anda. Anda juga boleh amalkan petua hilangkan parut melecur berikut. Anda ada parut melecur? Nak hilangkannya untuk selama-lamanya? Jangan berlengah lagi. Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

pixel Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.