-

Petua Hilangkan Parut Melecur Dan Terbakar Yang Dijamin Berkesan

Anda ada parut melecur dan terbakar akibat terkena air panas, minyak panas, atau disambar api? Tak kisahlah parut tu ada kat muka, lengan, atau bahagian tubuh mana sekali pun, insya Allah petua ini berguna untuk anda. Jom saya kongsikan petua hilangkan parut melecur dan terbakar yang dijamin berkesan.

hilangkan parut melecur7 300x225 Petua Hilangkan Parut Melecur Dan Terbakar Yang Dijamin Berkesan

Kalau luka terbakar & melecur baru je berlaku, anda boleh kurangkan kesakitan dan pedih dengan cara:

  1. Pecahkan sebiji telur dalam bekas dan kacau. Gunakan kapas, sapu telur tu kat tempat yang tercedera. Rasa panas dan sakit akan kurang.
  2. Bancuh garam dengan air. Pastikan bancuhan itu pekat. Sapu kat tempat luka. Ianya akan mengurangkan kesakitan.
  3. Getah pelepah pisang juga amat berguna. Sapukan getah tersebut kat tempat yang sakit. Biarkan seketika hingga sakit reda. Jangan basuh dengan air sebab ianya akan menyebabkan luka melepuh.
  4. Sapukan serbuk kopi katluka. Biarkan 10-15 minit kemudian baru buang. Insya ALLAH kulit takkan melepuh dan sakit akan kurang.
  5. Sapukan mentega kat luka. Insya ALLAH sakit akan kurang.
  6. Boleh juga guna kapur sireh. Sapu kat tempat yang melecur dan biar hingga kering. Sapu berulang kali. Rasa pedih dan sakit akan hilang.
  7. Sapukan tepung kat tempat luka. Biarkan seketika. Insya ALLAH akan meredakan kesakitan dan tidak tinggalkan kesan melepuh.

hilangkan parut melecur6 300x209 Petua Hilangkan Parut Melecur Dan Terbakar Yang Dijamin Berkesan

Untuk menghilangkan parut melecur & terbakar, anda boleh amalkan petua berikut:

1. Kulit kayu manis + bedak sejuk. Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk atau blend kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Campur kedua bahan & bancuh dengan air. Kemudian lumurkan pada parut. Lakukan sekerap mungkin. Lama kelamaan parut akan pudar dan hilang.

2. Daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya, belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.

3. Asam jawa. Ambil sedikit asam jawa, campur sedikit air & ramaskan. Jangan terlalu cair. Sapukan pada tempat yang berparut.  Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut akan pudar.

4. Produk Shaklee. Anda juga boleh hilangkan parut melecur & terbakar dengan mengamalkan produk Shaklee. Jom baca kisah macam mana ibu ni menghilangkan parut melecur anaknya dalam masa 9 hari je icon wink Petua Hilangkan Parut Melecur Dan Terbakar Yang Dijamin Berkesan

Itulah dia petua hilangkan parut melecur dan terbakar yang dijamin berkesan. Semoga bermanfaat. Nak cuba hilangkan parut dengan produk Shaklee? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Hilangkan Parut Melecur Dan Terbakar Yang Dijamin Berkesan

Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Anda mempunyai parut melecur terkena air panas, minyak panas, atau luka kesan terbakar? Tengah mencari tips paling berkesan untuk hilangkan parut supaya kulit cantik seperti sedia kala? Khas untuk anda, jom saya kongsikan cara hilangkan parut melecur yang paling berkesan dalam masa 9 hari.

hilangkan parut melecur 300x190 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Gambar kat atas ni adalah testimoni sebenar, bagai mana parut luka melecur hilang dalam masa 9 hari. Kisahnya, adik ni tengah tengok mak dia bakar sampah. Takde siapa yang tahu rupanya dalam longgokan sampah yang tengah dibakar tu ada sebotol penyegar udara Ambi Pur. Botol tu meletup, api naik marak lalu menyambar muka adik ni. Habis muka adik ni melecur.

Nak tahu cara hilangkan parut melecur yang paling berkesan dalam masa 9 hari? Ini adalah cerita dari mak adik ni, apa yang dia sapu sehingga muka adik ni kembali elok dalam tempoh 9 hari:

” masa kena tu Liza sapu dengan Herbal Cream..esok pagi cuci tempat terbakar dengan Basic H dan sapu Herbal Cream.keesokkan tempat terbakar jadi hitam sesangat cam dlm gambr tu..next day kulit yg terbkar dh menggelembung. bnyk tempat gakla yg menggelembung..hari ke3 kulit dh kering dh menggelupas ckit2.smpila hari ke 9. totally kulit dh habis menggelupas.tggl proses nk ilangkan parut jer. Liza sapu dengan Vit E 3x sehari..dlm pada masa yg sama Liza bg Haziq Mealshake, Chewable Vit C ”

Alhamdulillah, semuanya produk berkualiti dari Shaklee. Nak tahu macam mana produk-produk ni berfungsi?

Krim Herbal Blend merupakan krim serbaguna yang menenangkan kulit. Ia mempunyai rasa dingin yang membantu menyejukkan kulit sekali gus memulihkan luka melecur kesan terbakar.

hilangkan parut melecur1 300x209 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Basic H merupakan pencuci serbaguna yang digunakan cuma sedikit sebagai bancuhan air untuk cucian luka bagi mengelakkan jangkitan kuman pada luka dan membantu mengeringkan luka.

hilangkan parut melecur2 300x230 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Vitamin C membantu pembentukan kolagen semulajadi kulit bagi menggalakkan kulit baru tumbuh dengan cepat. Ia juga meningkatkan imuniti tubuh bagi mengelakkan jangkitan kuman pada luka.

hilangkan parut melecur3 300x192 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Vitamin E membantu mengurangkan parut luka.

hilangkan parut melecur4 300x181 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Mealshakes mengandungi 24 vitamin dan mineral yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas. Protein amat diperlukan bagi memperbaharui sel-sel kulit yang telah mati dan mempercepatkan proses pemulihan kulit dan mengurangkan kesan parut. Bagi orang dewasa, Mealshakes digantikan dengan Energizing Soy Protein (ESP).

hilangkan parut melecur5 300x196 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Itulah dia 5 produk Shaklee yang berkesan menghilangkan parut melecur dalam masa 9 hari. Of course, tempoh masa yang diambil adalah sangat pendek kerana mak adik ni terus gunakan produk Shaklee sejurus selepas luka melecur berlaku. Kalau parut melecur anda sudah agak lama, semestinya akan ambil masa yang lebih lama untuk sembuh. Lagi lama parut, lagi lama masa yang diambil untuk dihilangkan. Tapi jangan risau, ia juga berkesan untuk parut lama. Cuma perlu bersabar sikit untuk nampak kesan icon wink Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Semoga cara hilangkan parut melecur yang paling berkesan dalam masa 9 hari itu tadi bermanfaat untuk anda. Anda juga boleh amalkan petua hilangkan parut melecur berikut. Anda ada parut melecur? Nak hilangkannya untuk selama-lamanya? Jangan berlengah lagi. Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Hilangkan Parut Melecur Yang Paling Berkesan Dalam Masa 9 Hari

Petua Tumit Kering Pecah Dan Merekah Yang Mudah Lagi Berkesan

Menjaga kecantikan bukan terhad kepada penjagaan muka & tubuh badan sahaja. Tumit juga perlu dijaga. Tumit merekah bukan sahaja memalukan malah ada yang sampai ketahap tumit berdarah & menyakitkan. Anda ada masalah tumit merekah? Jom saya kongsikan petua tumit kering pecah dan merekah yang mudah lagi berkesan.

petua tumit kering2 300x215 Petua Tumit Kering Pecah Dan Merekah Yang Mudah Lagi Berkesan

1. Elakkan memijak lantai sejuk. Ya. Memijak lantai yang sejuk secara kerap dalam tempoh yang lama akan menyebabkan tumit merekah. Terutamanya lantai di bahagian dapur rumah kampung yang biasanya hanya bersimen. Oleh itu, amalkan memakai selipar di dalam rumah.

2. Kurangkan mandi air panas. Kerap mandi air panas juga menyebabkan tumit menjadi kering, pecah dan merekah. Oleh itu, kurangkan mandi air panas.

3. Lembabkan tumit. Selepas mandi, sapukan Krim Herbal Blend ke tumit anda. Krim Herbal Blend adalah yang terbaik untuk masalah tumit anda kerana ianya selamat, dibuat dari bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary. Ianya bebas bahan kimia yang merbahaya. Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak. Dan yang paling penting, ianya berkesan icon wink Petua Tumit Kering Pecah Dan Merekah Yang Mudah Lagi Berkesan

petua tumit kering 300x246 Petua Tumit Kering Pecah Dan Merekah Yang Mudah Lagi Berkesan

4. Elakkan stokin dari bahan nilon & rayon. Stokin dari 2 bahan tersebut akan menyebabkan kulit anda kering.

5. Minum air secukupnya. Di antara punca utama tumit anda bermasalah ialah kerana anda tidak minum air kosong yang secukupnya. Nak dapatkan tumit yang cantik? Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.

6. Urut tumit sebelum tidur. Pastikan anda mengurut tumit dengan Krim Herbal Blend sebelum tidur setiap malam bagi memastikan tumit anda lembab.

petua tumit kering1 300x213 Petua Tumit Kering Pecah Dan Merekah Yang Mudah Lagi Berkesan

7. Asam jawa & garam bukit. Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.

8. Rumput berembun. Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

9. Nasi suam. Lenyek tumit yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.

10. Batu sungai. Gosok tumit yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.

11. Bawang merah. Gosok tumit pecah dengan bawang merah.

12. Betik muda. Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getah. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu utk mendapat kesan yang memuaskan.

13. Asam keping. Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

14. Permukaan simen yang kasar. Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan InsyaAllah tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Tapi terlalu kasar hingga luka. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

15. Belimbing buluh. Gosokkan tumit kaki dengan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Itulah dia 15 petua tumit kering pecah dan merekah yang mudah lagi berkesan. Inginkan tumit yang cantik & sihat? Krim Herbal Blend Shaklee adalah jawapannya. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Tumit Kering Pecah Dan Merekah Yang Mudah Lagi Berkesan

Petua Hilangkan Bisul Berulang Yang Paling Berkesan

Bisul sememangnya menyakitkan. Tiada ubat untuk bisul melainkan tunggu sehingga ia masak & pecah sendiri. Ada juga orang yang mengalami masalah bisul berulang. Kejap-kejap bisul. Bisul boleh menyebabkan keracunan darah & menjejaskan nyawa. Anda selalu ada bisul? Apa kata amalkan petua hilangkan bisul berulang yang paling berkesan berikut:

hilangkan bisul 300x264 Petua Hilangkan Bisul Berulang Yang Paling Berkesan

1. Cuka makan

Ambil segumpal kapas, celupkan kedalam cuka makanan & sapu ke sekeliling bisul setiap malam. Buat sehingga bisul hilang.

2. Daun sireh.

Kunyah & tampal daun sireh ke bisul anda. Daun sireh yang pedas & panas akan mengecutkan bisul.

3. Beras & kunyit

Rendam segenggam beras & sedikit kunyit didalam air selama sejam. Toskan, tumbuk & sapu ke bisul anda.

4. Bawang putih.

Tumbuk hingga hancur, tampal pada bisul. Balut dengan kain atau plaster supaya tak gugur.

5. Air garam.

Panaskan seperiuk air. Bila mendidih, masukkan satu sudu garam. Tutup api, biarkan sejuk sedikit. Ambil kain bersih, rendam dalam air garam tadi & tuam bisul selama 30 minit, ulang setiap 3 jam. Insya Allah ia akan membantu mengecutkan bisul & mengeluarkan nanah dengan cepat.

6. Minyak tea tree.

Sejak dulu lagi minyak ini digunakan sebagai antiseptik, antifungal,dan antibiotik. Sapu minyak tea tree ke bisul anda sekali sehari.

Ke semua 6 petua ini mungkin akan menyebabkan anda berasa sakit. Kalau terlalu sakit, berhenti. Jangan siksa diri. Nak tahu petua hilangkan bisul berulang tanpa sebarang rasa sakit ? Jawapannya ialah:

7. Set Bisul Shaklee

Set  ini membantu menghilangkan bisul dari dua arah iaitu dari luar & dalam. Ia juga berfungsi untuk membersihkan darah supaya masalah bisul berulang tidak berlaku lagi. Set ini terdiri daripada Garlic Complex & Krim Herbal Blend.

Garlic Complex bertindak menghilangkan bisul dari dalam. Ia merupakan antifungal & antiseptik yang membantu mengatasi darah kotor yang menjadi punca bisul. Ia bukan sahaja membantu mengecutkan bisul, malah menghalang pembentukan bisul yang berulang. Apabila tiada lagi darah kotor dalam badan, bisul berulang tidak akan berlaku lagi.

Krim Herbal Blend pula merawat dari luar. Jika anda menyapu bisul dengan krim ini, ia akan membantu mengecutkan bisul anda secara perlahan tanpa rasa sakit.

hilangkan bisul1 284x300 Petua Hilangkan Bisul Berulang Yang Paling Berkesan

Semoga petua hilangkan bisul berulang yang paling berkesan itu tadi bermanfaat untuk anda. Nak hilangkan bisul secara semulajadi dari dalam & luar tanpa menyakitkan, Set Bisul Shaklee adalah pilihan terbaik untuk anda. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Hilangkan Bisul Berulang Yang Paling Berkesan

Petua Hilangkan Ruam Bayi Yang Semua Ibu Wajib Tahu

Menjaga bayi bukan semudah yang disangka. Kita akan sentiasa dihantui kerisauan kalau anak kita kembung, penjagaan genital, demam, risau susu tak cukup terutamanya semasa berpantang, dan sebagainya. Kali ni saya kongsikan petua hilangkan ruam bayi yang semua ibu wajib tahu sebagai panduan kita bersama.

petua hilangkan ruam bayi 300x225 Petua Hilangkan Ruam Bayi Yang Semua Ibu Wajib Tahu

Petua Hilangkan Ruam Bayi Yang Semua Ibu Wajib Tahu

1. Bubur nasi

Masak nasi sehingga menjadi bubur. Masukkan bubur tadi kedalam kain lampin, ikat. Picit sehingga kanji keluar dari kain tersebut. Ambil kanji & sapu ke bahagian yang beruam.

2. Getah buang raya

Ambil bunga raya. Asingkan kelopak-kelopak bunga raya tadi. Ambil getah pada kelopak & sapu kekawasan yang mengalami masalah ruam.

3. Ragi + bedak

Tumbuk ragi sehingga lumat. Campurkan dengan bedak & sapu ke kawasan yang beruam.

4. Baby Oil Atau Minyak Bayi

Sapukan Baby oil ke kawasan yang beruam. Pastikan sapuan nipis sahaja. Insya Allah membantu.

5. Elakkan pengguan sabun, losyen, krim yang tinggi bahan kimia

Bahan kimia akan menyebabkan ruam menjadi semakin teruk. Oleh itu pastikan sabun, losyen, krim yang digunakan adalah semulajadi & selamat untuk bayi. Anda boleh menggunakan Herbal Blend Cream Shaklee yang sememangnya selamat & bebas dari bahan kimia. Jom tengok testimoni ibu yang berjaya menghilangkan ruam bayi dengan menggunakan Herbal Blend Cream.

petua hilangkan ruam bayi1 300x227 Petua Hilangkan Ruam Bayi Yang Semua Ibu Wajib Tahu

petua hilangkan ruam bayi2 300x191 Petua Hilangkan Ruam Bayi Yang Semua Ibu Wajib Tahu

petua hilangkan ruam bayi3 300x265 Petua Hilangkan Ruam Bayi Yang Semua Ibu Wajib Tahu

Semoga petua hilangkan ruam bayi yang semua ibu wajib tahu ini bermanfaat untuk anda. Herbal Blend Cream sememangnya berkesan untuk mengatasi masalah ruam. Dengan harga Rm27.50 satu tiub, ianya sememangnya berbaloi. Hubungi saya untuk mendapatkannya hari ini.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Hilangkan Ruam Bayi Yang Semua Ibu Wajib Tahu

pixel Petua Hilangkan Ruam Bayi Yang Semua Ibu Wajib Tahu

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.