-

Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

Apakah yang dimaksudkan dengan waktu subur? Ia merujuk kepada proses ovulasi dimana telur yang paling matang akan dilepaskan dari ovari ke dalam rahim. Jom kita kenali tanda subur dan cara kira waktu subur.

tanda subur dan cara kira w 300x187 Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

Jika anda sedang mencuba untuk mengandung, adalah amat penting untuk mengetahui tentang kitaran haid yang normal dan  bilakah waktu subur bagi memastikan terdapat sperma yang sihat & kuat didalam badan pada tarikh keramat tersebut. Di antara tanda subur ialah:

1. Lendir Servik Seakan-akan putih telur.

Apabila kita bersedia untuk berovulasi tubuh  akan menghasilkan lendir serviks yang ideal untuk mengangkut sperma iaitu lendir yang nipis, elastik, dan seakan-akan putih telur. Tekstur tersebut akan membantu sperma berenang hingga ke telur. Pada waktu biasa, lendir serviks adalah lebih tebal dan melekit.

2. Basah.

Menjelang waktu subur, lendiran serviks akan bertambah banyak & menyebabkan kita rasa sentiasa basah dibahagian tersebut.

3. Sengal atau sakit payudara.

Semasa ovulasi, tahap progesterone akan meningkat dan menyebabkan berlakunya sakit pada payudara.

4.  Posisi serviks yang tinggi, lembut dan terbuka.

Posisi servik juga boleh menunjukkan sama ada anda sedang subur atau tidak. Selepas haid, serviks lebih rendah, keras dan tertutup. Apabila semakin hampir ovulasi, posisi serviks akan bergerak lebih tinggi dan terasa lebih lembut.
Untuk memeriksa keadaan serviks, pastikan tangan dicuci bersih, kemudian duduk dalam keadaan mencangkung. Masukkan jari kedalam faraj dan cari ketulan. Serviks lebih senang dicari selepas haid kerana posisinya yang lebih rendah. Jika serviks anda terasa tinggi & jauh ke dalam, maksudnya anda semakin menghampiri waktu subur.

tanda subur dan cara kira w1 300x250 Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

5. Peningkatan libido (rasa berahi).

Peningkatan hormon luteal menyebabkan keinginan seks akan bertambah.

6. Tompokan darah (spotting).

Spotting mungkin berlaku. Tompokan ini kadangkala terjadi apabila telur pecah melalui folikel semasa ovulasi. Ia juga boleh berlaku sejurus sebelum atau selepas ovulasi akibat perubahan hormon.

7. Senak atau sakit di sebelah bahagian perut.

Kira-kira 20% wanita rasa sakit ketika ovulasi. Sakit yang dikenali sebagai ‘mittelschmerz’ ini berlaku akibat telur yang pecah tembus melalui folikel semasa ovulasi. Rasa senak juga boleh berlaku ketika tiub falipio mengembang dan mengecut untuk menolak telur turun ke rahim. Selalunya sakit ini hanya boleh dirasakan pada sebelah bahagian sahaja. Keadaan ini boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas ovulasi. Anda mungkin tidak boleh menentukan dengan tepat ovulasi berdasarkan rasa sakit sahaja, tetapi ia boleh menandakan bahawa ovulasi semakin hampir.

8. Kembung.

Tiba-tiba prut kembung dan rasa berangin? Ia mungkin disebabkan oleh perubahan hormon semasa proses ovulasi.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

Nak Ebook ini secara percuma? Hubungi saya sekarang!

9. Loya dan pening lalat.

Ramai wanita terasa loya dan pening sejurus sebelum haid bermula. Kadang kala disalah erti sebagai ‘morning sickness’. Ini disebabkan oleh badan mengeluarkan hormon yang sama yang menyebabkan ‘morning sickness’ semasa kehamilan dan simptom PMS lain.

10. Sakit kepala atau migrain.

Seramai 20% wanita mengalami migrain semasa haid. Jika anda sering sakit kepala atau migrain semasa haid, kemungkinan besar anda akan rasa sakit kepala sewaktu ovulasi.

Cara Kira Waktu Subur

Ok, anda dah tahu tanda subur. Walau bagaimana pun, tanda-tanda tersebut tidak dapat membantu dalam menentukan bilakah tarikh subur anda secara tepat. Untuk mengetahui tarikh tersebut, anda perlu mengetahui cara kira waktu subur. Nak tahu cara mudah kira waktu subur? Yang tu saya reserve untuk pelanggan saya sahaja. Kalau nak tahu, kenalah beli set subur Shaklee dari saya.

Semoga info kenali tanda subur dan cara kira waktu subur yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Peluang anda untuk mengandung akan lebih meningkat jika anda mengambil set subur Shaklee yang telah membantu ramai pasangan  berjaya mengandung. Berminat nak tahu tips kesuburan yang lain? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kenali Tanda Subur Dan Cara Kira Waktu Subur

Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Kesuburan suami isteri adalah perkara paling penting sekiranya anda sedang merancang untuk mengandung, lebih-lebih lagi sekiranya anda atau pasangan mempunyai masalah kesuburan seperti low sperm count, kitaran haid tidak teratur,  telur tidak matang, cyst, fibroid, PCOS, Endometriosis atau pun sekiranya anda pernah mengalami keguguran akibat blighted ovum atau pun ectopic pregnancy (mengandung luar rahim). Jom saya kongsikan tips tingkatkan kesuburan suami isteri:

meningkatkan kesuburan 300x255 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Apakah Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri?

1. Berhenti menggunakan alat Perancang Keluarga
Apabila anda merancang untuk mengandung, anda perlu berhenti menggunakan pil perancang, suntikan, implan, IUCD dan sebagainya. Tubuh anda mungkin mengambil masa yang lama untuk menstabilkan semula hormon akibat berhenti daripada menggunakan alat perancang keluarga tersebut dan keadaan ini boleh menjejaskan kesuburan anda.

2. Hentikan Tabiat Buruk
Rokok dan alkohol adalah punca utama masalah ketidaksuburan & kesukaran untuk hamil. Oleh itu, salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan anda suami isteri ialah dengan membuang tabiat buruk tersebut.

meningkatkan kesuburan1 300x260 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

3. Kepuasan atau Klimaks 
Sesetengah pakar berpendapat bahawa kepuasan isteri semasa bersama suami adalah salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan sekali gus meningkatkan peluang untuk mengandung. Jadi, pastikan anda mendapat kepuasan semasa bersama.

4. Kenali waktu subur
Mengetahui waktu subur adalah kunci utama untuk mengandung. Nak tahu macam mana cara untuk mengira waktu subur? Anda boleh baca di sini. Anda juga boleh menggunakan kit ovulasi untuk mengetahui waktu subur dengan lebih tepat.

5. Berat Badan unggul
Pasangan yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Jadi, salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan suami isteri ialah dengan mendapatkan berat badan yang ideal.

6. Relaks
Tekanan & kemurungan merupakan antara punca ketidaksuburan. Sentiasa tenang & ceria, ia boleh meningkatkan kesuburan anda suami isteri.

7. Kurangkan Kafein
Kurangkan pengambilan kafein.  Jika dahulu anda minum tiga cawan sehari atau lebih, kini jadikannya hanya satu cawan. Kafein berlebihan boleh menyebabkan ketidaksuburan.

meningkatkan kesuburan2 300x153 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

8. Sperma Sihat
Untuk mendapatkan sperma yang sihat, suami isteri perlu mewujudkan persekitaran mesra sperma iaitu mengelakkan penggunaan penyembur vagina, tampon dan apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma. Suami juga perlu mengelakkan mandi air panas & pemakaian seluar dalam yang ketat. Pengambilan Set Suami Gagah Shaklee juga membantu.

Mudah saje kan untuk mempraktikkan 8 tips tingkatkan kesuburan suami isteri di atas? Anda boleh mula mengamalkannya hari ini. Anda juga boleh mengambil Set Kesuburan Shaklee yang telah membantu ramai pelanggan saya mengandung. Oh ya…anda juga boleh membaca tips meningkatkan kesuburan suami isteri di sini. Berminat untuk mendapatkan set kesuburan Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Punca Susah Mengandung

Anda sedang mencuba untuk mengandung? Tertanya-tanya kenapa anda masih belum berjaya mengandung walau pun dah buat macam-macam ikhtiar? Adalah penting untuk anda mengetahui punca-punca ketidaksuburan.  Sambil-sambil tu anda juga boleh baca testimoni pelanggan saya yang berjaya mengandung. Ok, jom saya ceritakan apakah punca susah mengandung.

punca susah mengandung 300x212 Punca Susah Mengandung

Apakah Punca Susah Mengandung? Dan Apakah Penyelesaiannya?

Haid Tidak Teratur

Salah satu punca susah mengandung ialah kitaran haid yang tidak teratur. Anda perlu mengetahui punca haid tidak teratur. Apabila haid anda tidak teratur, susah untuk anda menganggar bilakah waktu subur. Mengetahui tarikh subur adalah sangat penting dalam usaha anda untuk mengandung kerana anda perlu memastikan terdapat sperma yang aktif didalam rahim anda semasa badan anda berada dalam keadaan paling subur. Sekiranya anda mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur, anda boleh mengambil GLA Complex & Alfalfa untuk membetulkan kitaran haid anda.

Benih Tidak Berkualiti

Untuk mengandung, anda memerlukan benih yang berkualiti dari suami & isteri. Anda akan mengalami kesukaran untuk mengandung sekiranya suami anda mempunyai masalah kesuburan seperti low sperm count . Peluang anda untuk mengandung juga akan berkurangan sekiranya anda mempunyai masalah telur tidak matang. Jika anda atau suami mempunyai masalah benih tidak berkualiti, hubungi saya untuk konsultasi. Insya Allah, dengan pengambilan vitamin yang betul boleh meningkatkan kualiti benih anda.

Terlepas Waktu Subur

Anda tidak akan mengandung sekiranya anda terlepas waktu subur. Tak tahu bila waktu subur? Senang je, baca penerangan saya yang panjang lebar ni.

Duduk Berjauhan

Suami isteri yang duduk berjauhan sememangnya merupakan antara punca susah mengandung kerana agak sukar untuk anda memastikan anda tidak terlepas waktu subur. Tapi, anda jangan gundah gulana. Dah ramai pelanggan saya yang berjaya mengandung walapu pun tinggal berjauhan. Nak tahu tips nya? Amalkan set kesuburan Shaklee supaya anda berada dalam keadaan subur apabila berjumpa.

Stress

Anda stress? Ia juga merupakan punca susah mengandung. Amalkan gaya hidup sihat & jauhi stress. B Complex Shaklee merupakan vitamin gembira & anti stress. Dengan pengambilan B Complex, hidup anda akan bebas stress. Ia juga kaya dengan folic acid yang penting bagi ibu mereka yang sedang merancang untuk hamil.

Makanan Tajam

Makanan tajam seperti nenas, tapai, air kelapa & air coca cola boleh menyebabkan benih susah untuk lekat. Malahan, ia juga boleh menyebabkan benih yang telah melekat gugur dengan sendiri. Oleh itu, jika anda merancang untuk mengandung, elakkan mengambil makanan tajam di atas.

Penyakit

Penyakit seperti Cyst, Fibroid, PCOS, & Endometriosis juga boleh menjejaskan kesuburana anda & menjadi punca susah nengandung. Manakala penyakit kencing manis dikalangan suami juga boleh menyebabkan benih yang dihasilkan kurang berkualiti. Ramai pelanggan saya yang mempunyai cyst telah berjaya mengandung dengan Set Cyst Shaklee. Set Fibroid Shaklee pula dapat membantu anda yang mempunyai masalah fibroid. Bagi anda yang disahkan mengidap Endometriosis boleh mangambil Set Endometriosis Shaklee. Jika anda wanita PCOS, anda boleh baca entry ini.

Belum Rezeki

Kadang-kadang, anda belum mengandung kerana masih belum ada rezeki. Tuhan ingin menguji anda kerana dia sayang & mahu anda mendekatkan diri kepadanya, Anda boleh mengamalkan doa & tips  berikut untuk memudahkan anda mengandung. Pengambilan Set Kesuburan Shaklee secara konsisten juga akan membantu anda untuk mengandung.

Jika anda mempunyai kesukaran untuk mengandung, sila elakkan perkara-perkara yang boleh menjadi punca susah mengandung. Anda juga boleh berikhtiar dengan Set Subur Shaklee. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Susah Mengandung

Petua Hilangkan Senggugut

Senggugut sememangnya menyakitkan. Cuma yang pernah rasa je tahu betapa siksanya senggugut setiap bulan. Anda boleh mengetahui jenis dan punca senggugut yang saya kongsikan di sini. Selain itu, anda juga boleh mengamalkan petua hilangkan senggugut di bawah:

petua hilangkan senggugut 225x300 Petua Hilangkan Senggugut

Petua Hilangkan Senggugut

Petua  1: 

Teh pahit tanpa gula boleh meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.

Petua 2: 

Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana anda cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Petua 3:

Ambil kunyit, asam jawa dan gula merah dan rebus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Petua 4:

Petua hilangkan senggugut yang seterusnya ialah dengan menggunakan kucai.Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu mengurangkan senggugut. Caranya ialah jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Petua 5:

Daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar di kawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang. Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara atau ros pantai, selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna – ungu dan putih. Untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua ke dalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.

Petua 6:

Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ialah ia diminum 2 kali sehari.

Petua 7:

Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan senggugut.

Petua 8:

Petua hilangkan senggugut yang seterusnya ialah dengan menggunakan Daun ati-ati. Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam di sekeliling rumah, boleh membantu merawat senggugut. Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air. Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.

Petua 9:

Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat, dan dicairkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.

petua hilangkan senggugut1 300x248 Petua Hilangkan Senggugut

Petua 10:

Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah, seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah. Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

Petua 11:

Halia berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ambil 5 cawan air dan rebus bersama 20 gram halia,10 gram kayu putih, 10 gram jintan manis,10 gram kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan. Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.

Petua 12:

Petua hilangkan senggugut yang terakhir ialah ambil secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama dan rebus dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan. Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.

Selain daripada mengamalkan petua  hilangkan senggugut yang saya kongsikan tadi, anda juga boleh mengambil Set Senggugut Shaklee untuk mengatasi masalah senggugut yang anda hadapi. Berminat untuk mencuba set ini? Hubungi saya segera untuk mendapatkannya dengan harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Hilangkan Senggugut

Kitaran Haid Yang Normal

Wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal akan didatangi haid setiap bulan. Secara purata bilangan hari dalam kitaran haid  ialah 28-42 hari. Tetapi jangan risau jika jumlah hari dalam kitaran haid anda adalah berbeza & berubah setiap bulan. Ini kerana kitaran haid anda boleh berubah disebabkan oleh pelbagai faktor  Kali ni saya nak bercerita tentang fasa dalam kitaran haid. Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid iaitu:

kitaran haid 300x284 Kitaran Haid Yang Normal

Kitaran Haid Yang Normal

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) di mana darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk dicatat kerana ia adalah permulaan fasa ini. Tarikh pertama haid adalah sangat penting sekiranya anda merancang untuk hamil kerana ia diperlukan bagi menganggar waktu subur & sekiranya anda hamil, untuk mengira usia janin anda.

Hari 5-13

Hari ke 5-13 dalam kitaran haid yang normal dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Hari ke14 dalam kitaran haid yang normal ialah hari dimana proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini hanya bertahan selama 24 jam. Sekiranya tidak disenyawakan ia  akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran fallopio ke rahim untuk proses penempelan.

Hari 15-28

Hari ke 15-28 dalam kitaran haid yang normal  dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Maka haid pun akan berlaku.

Sekiranya kitaran haid anda tidak teratur, anda boleh mengambil GLA Complex dan Alfalfauntuk membetulkan kitaran haid anda. Dengan aturan makan yang betul, ia akan membantu menstabilkan hormon anda dan seterusnya mendapatkan kitaran haid yang normal. Hubungi saya untuk order.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kitaran Haid Yang Normal

Bahaya Seks Ketika Haid

Nak tahu bahaya seks ketika haid? Dari sudut pandangan Islam, haram hukumnya melakukan hubungan seks ketika isteri sedang haid. Tahukah anda, hubungan seks semasa haid juga membawa kesan negatif dari segi perubatan moden.  Berikut adalah beberapa risiko yang menanti anda & pasangan sekiranya bersama ketika haid:

seks ketika haid 300x152 Bahaya Seks Ketika Haid

Bahaya Seks Ketika Haid

1. Endometriosis. Semasa orgasma (klimaks), rahim akan mengalami contraction. Semasa contraction berlaku, darah kotor akan masuk ke dalam rahim & menjadi salah satu punca Endometriosis. Selain itu, semasa berhubungan, akan berlaku tekanan pada rahim. Darah yang sepatutnya keluar melalui vagina terhalang dan masuk kembali  kedalam rahim lalu mendap di sana. Ini akan mengakibatkan berlakunya endometriosis yang mana terdapat sel berupa selaput lendir rahim yang tumbuh di luar rongga rahim. Endometriosis tidak hanya menimbulkan rasa sakit yang sangat menyiksakan tetapi juga mengganggu kesuburan dan mempunyai kesan buruk bagi kesihatan organ reproduksi seseorang wanita

 2. Jangkitan kuman. Jika anda bersama semasa haid, suami & isteri mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan kuman kerana darah haid adalah kotoran dari rahim yang dipenuhi kuman. Darah adalah sumber makanan bagi kuman, banyak zat-zat makanan yang terkandung di dalam darah. Oleh itu darah menjadi medium yang sangat baik untuk pembiakan  bakteri yang ada didalam rahim seorang wanita.

 3. Meningkatkan risiko jangkitan HIV. Menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

seks ketika haid1 300x196 Bahaya Seks Ketika Haid

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutlerdan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim (hysterectomy) & ovari (ovariectomy). Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.

rahim 300x274 Bahaya Seks Ketika Haid

Mengapa anda berisiko untuk menghidap penyakit-penyakit di atas jika melakukan hubungan seks ketika haid?

 Pada waktu biasa, tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Tetapi, semasa seorang wanita didatangi haid, , kawasan faraj menjadi alkali lalu memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.

Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walau bagaimana pun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.

Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)

Sebaiknya suami menunggu hingga isterinya bersih. Apabila isteri sudah bersih, anda boleh bersama seperti biasa.

Sekarang anda dah tahu bahaya seks ketika haid. Hubungan seks 2 hingga 3 kali seminggu juga baik untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil & memberikan masa supaya tubuh suami dapat menghasilkan sperma dengan jumlah dan kualiti yang lebih tinggi. Set Kesuburan Shaklee juga membantu meningkatkan kesuburan anda suami isteri. Hubungi saya untuk mendapatkannya.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Bahaya Seks Ketika Haid

Punca Kitaran Haid Tidak Teratur

Ramai wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Bila kitaran haid tidak teratur, agak sukar untuk anda merancang kehamilan kerana anda tidak dapat menganggar waktu subur. Apakah punca kitaran haid tidak teratur?

punca kitaran haid tidak te1 300x283 Punca Kitaran Haid Tidak Teratur

Punca Kitaran Haid Tidak Teratur

Dibawah merupakan 12 punca kitaran haid tidak teratur:

Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

Masalah kesihatan : Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

Penggunaan Ubat-ubatan : Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia salah satu punca kitaran haid tidak teratur yang anda alami.

testi kak radilah 216x300 Punca Kitaran Haid Tidak Teratur

Testimoni Pelanggan Saya. Kitaran Haid dah ok selepas mengamalkan GLA Complex

Berlebihan Hormon Prolaktin : Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

Menyusu badan : Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan. Ia boleh menjadi punca kitaran haid tidak teratur.

Masalah tiroid : Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

Gemuk : Kegemukan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

punca kitaran haid tidak te2 282x300 Punca Kitaran Haid Tidak Teratur

Terlalu kurus : Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

Tersilap kira : Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

Menopos : Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

Pencegah hamil : Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia boleh menjadi punca kitaran haid anda tidak teratur. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

Hamil : Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil.  Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

Jika kitaran haid anda tidak teratur & anda tidak mengandung, apa yang anda perlu buat sekarang? Anda boleh mengambil GLA Complex untuk membetulkan semula kitaran haid anda. GLA Complex Shaklee berfungsi menstabilkan hormon anda supaya kitaran haid menjadi teratur. Nak order? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Kitaran Haid Tidak Teratur

Apa Punca Senggugut Tiap Kali Datang Bulan

Bila period mesti sakit pinggang. Rasa macam nak patah. Ditambah lagi kalau ada senggugut. Memang merana. Senggugut ialah rasa sakit seperti rasa ‘cramp’ di bahagian tulang pinggul di belakang, di bahagian bawah perut dan sekitar ari-ari dan juga di pinggang. Nak tahu apa punca senggugut tiap kali datang bulan?

punca senggugut2 295x300 Apa Punca Senggugut Tiap Kali Datang Bulan

Apa Punca Senggugut Tiap Kali Datang Bulan?

Ada dua jenis sengugut yang dialami oleh wanita:

–> Primary Dysmenorrhea. Yang sepatutnya dialami oleh wanita yang haidnya normal . Gejala ini sering menimpa anak gadis dan wanita dalam lingkungan awal 20-an yang terutamanya belum kahwin. Ia disebabkan oleh kuncupan rahim yang kuat dan adakalanya memerlukan pengambilan ubat seperti ponstan atau synflex untuk meredakan kesakitan. Namun ada juga segelintir anak gadis yang tidak mengalami gejala senggut ini.

 Kesakitan ini pada kebiasaanya akan hilang selepas berkahwin dan juga selepas melahirkan. Jika ia tidak hilang ia mungkin merupakan sejenis senggugut yang berjenis lain yang dipanggil secondary (symptomatic) dysmenorrhea.

–> Secondary (Symptomatic) Dysmenorrhea. Senggugut jenis ini memerlukan rawatan doktor kerana ia mungkin petanda kewujudan penyakit yang tidak merbahaya seperti endometriosis ataupun rahim yang terbalik retroverted uterus. Keadaan ini tidak membahayakan kesihatan tetapi boleh membawa kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang jika dibiarkan berlarutan. Jika simptom-simptom ini dibiarkan ia boleh menyebabkan rahim akhirnya dibuang melalui pembedahan kerana keadaan yang melarat ke organ peranakan.

Jadi, jika anda kerap senggugut, sila pastikan ianya jenis pertama atau kedua.

Apakah punca senggugut?

Kesakitan yang kita alami itu adalah  berpunca daripada pengeluaran hormon Prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahim untuk mengeluarkan darah haid dari rahim. Pengeluaran hormon Prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat, tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.

Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh juga disebabkan oleh masalah penyakit puan yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), Endometriosis dan fibroid.

Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan, sehingga  tidak mampu untuk melakukan kerja.

Jika anda mengalami masalah senggugut yang serius, saya nasihatkan anda agar menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesan masalah yang lebih serius, jika ada. Doktor akan melakukan pemeriksaa fizikal terutama pada bahagian kemaluan untuk memeriksa keadaan rahim anda. Pemeriksaan ultrasound juga mungkin dilakukan bagi mendapat gambaran imej struktur rahim anda.

Sekarang anda dah tau apa punca senggugut tiap kali datang bulan. Kalau dah cek dan disahkan takde apa-apa masalah, anda boleh amalkan Set Senggugut Shaklee yang telah membantu ramai wanita bebas dari belenggu senggugut. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Apa Punca Senggugut Tiap Kali Datang Bulan

Punca Haid Tidak Teratur

Jika anda merancang untuk hamil, semestinya anda akan berasa sangat teruja tiap kali haid anda lewat. Walau bagaimana pun, haid yang lewat tidak semestinya bermakna anda telah sah mengandung. Ia boleh menjadi petanda bahawa kitaran haid anda tidak teratur. Nak tahu punca haid tidak teratur?
punca haid tidak teratur 261x300 Punca Haid Tidak Teratur

Punca Haid Tidak Teratur

Jika haid anda tidak teratur, ia akan mempengaruhi peratusan peluang anda untuk hamil kerana agak sukar untuk menganggar waktu subur anda.  Salah satu daripada punca haid tidak teratur  ialah ketidak stabilan hormon di dalam badan yang akan mengeluarkan hormon stress lalu  menganggu ovulasi dan seterusnya mengganggu kitaran haid anda. Selain itu, terdapat pelbagai punca haid tidak teratur seperti:

[✔] Penggunaan Ubat-ubatan 

Sekiranya anda mengamalkan ubatan tradisional seperti jamu atau herba, berkemungkinan ubatan tersebut akan mempengaruhi kitaran haid anda dan menjadi punca haid tidak teratur.
[✔] Berlebihan Hormon Prolaktin 
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat atau tidak datang selama berbulan-bulan. Masalah gangguan hormon seperti ini dapat diatasi dengan pengambilan GLA Shaklee.

[✔] Menyusukan anak

Sekiranya anda menyusukan anak, kemungkinan besar haid anda tidak akan datang. Malah saya sendiri masih belum didatangi haid meskipun Nurul Aina sudah berumur 12 bulan.

bf Punca Haid Tidak Teratur
[✔] Masalah tiroid 
Rasa panas, berdebar-debar dan kekurangan berat badan secara mendadak adalah tanda bahawa anda mungkin mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung. Masalah tiroid boleh menjadi punca haid tidak teratur.

[✔] Kegemukan 

Lebihan lemak dalam badan boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan kerana lemak merupakan tempat simpanan hormon estrogen. Lebihan hormon estrogen akan menjadi punca haid tidak teratur. Sekiranya anda mengurangkan 10% daripada berat badan anda, peluang anda untuk hamil akan meningkat. Set Kurus Shaklee  dapat membantu anda untuk kurus serta meningkatkan tahap kesuburan anda.
gemuk air Punca Haid Tidak Teratur

[✔] Terlalu kurus 

Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh menjadi punca haid tidak teratur. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak bersenam seperti atlit dan penari balet. Kitaran haid anda akan kembali teratur sekiranya anda mendapat berat badan yang ideal.

[✔] Tersilap tarikh haid yang terakhir

Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka.  Pastikan anda mencatat hari pertama haid anda pada setiap bulan sebagai rujukan.

[✔] Menopos 

Bagi mereka yang berusia lewat 40an, haid yang sedikit & kekerapan yang kurang adalah petanda bahawa anda akan mengalami menopos. Sekiranya anda bimbang, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear bagi memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

[✔] Perancang keluarga

Sekiranya anda mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah antara punca haid tidak teratur. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi maka kitaran haid anda akan terganggu.

[✔] Hamil 

Akhir sekali, mungkin haid anda lewat kerana anda mengandung. Tahniah!

Sekarang anda dah tahu punca haid tidak teratur. Sekiranya anda mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur, GLA Shaklee adalah penyelesaiannya. Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan GLA dengan harga istimewa & konsultasi terbaik.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Haid Tidak Teratur

Kitaran Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon

Majoriti wanita yang gagal untuk hamil menghadapi masalah kitaran haid tidak teratur kerana gangguan hormon. Apa kaitan antara pusingan haid yang teratur dengan kesukaran untuk hamil? Untuk hamil, persenyawaan perlu berlaku & ianya hanya akan berlaku semasa anda berada dalam keadaan subur di mana ovum dilepaskan. Sekiranya anda terlepas untuk bersama sewaktu anda subur, maka anda tidak akan hamil.
haid tidak teratur 300x241 Kitaran Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon
Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon
Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur, adalah mudah untuk anda menentukan bila anda subur. Namun sebaliknya bagi wanita yang kitaran haidnya tidak tetap. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengandung, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah betulkan pusingan haid anda supaya mudah untuk menentukan tarikh kesuburan. Punca utama haid tidak teratur ialah gangguan hormon. Haid tidak teratur kerana gangguan hormon adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
 
[✔] Stress
Tidak dinafikan kehidupan kita penuh dengan stress. Stress di tempat kerja. Stress memikirkan masalah kewangan. Stress dengan tyraffic jammed. Apabila anda stress, ia akan mengganggu hormon kesuburan yang mengawal kitaran haid setiap bulan. 
 
[✔] Kenaikan berat badan secara mendadak
Ramai wanita yang menghadapi masalah berat badan selepas berkahwin. Maklumlah, dulu makan seorang, sekarang makan berdua. Hati pun senang sebab bahagia, sedar-sedar badan dah berisi. Berat badan yang berlebihan sememangnya mengganggu kitaran haid anda.
 
[✔] Makanan segera & makanan ringan
Fast fodd & junk food kaya dengan bahan perasa, gula, garam & bahan pengawet yang mengurangkan tahap kesuburan. Oleh itu jika anda ingin hamil, amalkan pemakanan yang sihat mengikut piramid makanan.
 
[✔] Gaya hidup tidak sihat
Cara hidup juga boleh menjadi punca haid tidak teratur kerana gangguan hormon. Sekiranya anda merokok atau mengambil minuman keras, ianya akan menyebabkan kitaran haid anda tidak teratur. Oleh itu, amalkan cara hidup yang sihat sekiranya anda ingin hamil.
Walau bagaimana pun, agak susah untuk kita mengelakkan daripada stress & berhenti daripada makan makanan segera. Juga tidak mudah untuk kita turunkan berat badan dengan segera melainkan kita betul-betul disiplin dan mengambil set kurus yang betul-betul berkesan seperti set kurus shaklee. Oleh itu GLA Complex adalah jawapannya. GLA Compleks Shaklee merupakan vitamin yang dapat membantu memulihkan hormon kesuburan supaya kitaran haid anda kembali teratur. Kebiasaanya, selepas pengambilan yang betul selama dua bulan, anda akan mendapati bahawa kitaran haid anda mula teratur. Apabila kitaran haid anda teratur, anda dapat menganggar tarikh kesuburan anda & itu bermakna anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hamil.

haid tidak teratur1 300x226 Kitaran Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon

Sekarang anda dah tahu bahawa kitaran haid tidak teratur kerana gangguan hormon boleh menjadi punca kesukaran untuk hamil. Berminat untuk mendapatkan GLA Complex anda? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kitaran Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon

pixel Kitaran Haid Tidak Teratur Kerana Gangguan Hormon

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.