-

Makanan Terbaik Untuk Merawat Endometriosis

Saban hari semakin ramai wanita di Malaysia yang disahkan menghidap Endometriosis yang boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandung. Jika anda wanita Endometriosis, boleh mengamalkan makanan terbaik untuk merawat Endometriosis seperti berikut:

makanan merawat endometrios 300x228 Makanan Terbaik Untuk Merawat Endometriosis

Makanan Terbaik Untuk Merawat Endometriosis

Anda boleh mengetahui apakah punca, bagaimana ia terjadi, simptom & rawatan Endometriosis di sini. Jika anda mempunyai tanda-tanda Endometriosis, sila dapatlan rawatan dengan segera. Di antara makanan terbaik untuk merawat Endometriosis ialah dengan mengelakkan:

1. Cuka

Cuka adalah makanan yang bisa & tajam. Ia boleh menyebabkan anda mengalami senggugut yang teruk apabila datang bulan. Oleh itu sila elakkan dari mengambil makanan mengandungi cuka dalam menu seharian.

2. Cili

Elakkan makanan pedas kerana ia juga akan menyebabkan gejala Endometriosis menjadi semakin teruk.

3. Kafein

Elakkan mengambil makanan berkafein seperti kopi, teh, dan nescafe.

4. Soya

Pesakit endometriosis perlu mengelakkan makanan berasaskan soya kerana ia akan menyebabkan Endometriosis anda menjadi semakin parah.

5. Kolagen

Pesakit Endometriosis perlu mengelakkan sebarang produk yang mengandungi kolagen kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan sel Endometriosis anda.

6. Yis

Elakkan makanan yang mengandungi yis seperti roti & ban.

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Makanan Terbaik Untuk Merawat Endometriosis

Makanan terbaik untuk merawat Endometriosis ialah dengan mengamalkan:

1. Madu

2. Habbatussauda

3. Delima (buah atau pati)

4. Minyak zaitun

Minyak zaitun boleh diambil 1 sudu setiap pagi, dicampurkan dengan secubit Habbatussauda

5. Nanas

6. Banyakkan pengambilan sayur hijau

7. Banyakkan juicing. Minum jus buah & sayur

8. Epal hijau

Insya Allah sekiranya anda mengamalkan makanan terbaik untuk merawat Endometriosis yang saya kongsikan tadi, anda akan melihat kesannya. Anda juga boleh berikhtiar dengan Set Endometriosis Shaklee. Saya doakan semoga Endometriosis anda dapat dirawat & anda berjaya mengandung.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Makanan Terbaik Untuk Merawat Endometriosis

Tips Mudah Mengandung

Anda sedang mencuba untuk mengandung? Tengah mencari tips mudah mengandung? Anda bernasib baik sebab post ni ditulis khas untuk anda. Jika anda sedang berusaha untuk mengandung, sememangnya anda perlu mengetahui  petua mudah mengandung,  perkara yang perlu dielakkan dan punca susah mengandung supaya tidak menggangu kesuburan anda. Apakah tips mudah mengandung yang perlu anda tahu?

ebook rahsia mudah mengandung 262x300 Tips Mudah Mengandung

Dapatkan Ebook Ekslusif Ini Dengan Pembelian Set Subur Shaklee Dari Vitaminsaya.com

Tips Mudah Mengandung

Berikut adalah tips mudah mengandung yang boleh anda amalkan iaitu:

1. Kenal pasti waktu subur

Pastikan anda tidak terlepas waktu subur. Bagi suami, anda subur setiap hari tapi paling subur pada waktu ini. Bagi isteri, dalam sebulan, terdapat satu tarikh di mana anda berada dalam keadaan yang paling subur & jika proses persenyawaan berlaku, peluang anda untuk mengandung adalah sangat cerah. Tak tahu macam mana nak kira waktu subur? Jom baca di sini. Walau bagaimana pun, jika kitaran haid anda tidak teratur,adalah sukar untuk menentukan tarikh subur anda.Oleh itu, anda perlu membetulkan kitaran haid terlebih dahulu supaya mudah untuk membuat kiraan bagi memastikan tarikh subur anda.

2. Bersama pada waktu subur

Selepas anda berjaya mengenal pasti tarikh paling subur anda, pastikan anda tidak terlepas tarikh keramat tersebut. Pastikan anda bersama pada tarikh tersebut. Di antara soalan yang sering ditanya kepada saya:

“Boleh ke bersama setiap hari? Tak menjejaskan kesuburan?”

“Ada tak posisi tertentu supaya mudah mengandung?”

Jawapan kepada soalan-soalan ini ada didalam Ebook Rahsia Mudah Mengandung yang saya berikan percuma kepada pelanggan yang membeli set subur Shaklee dari saya. Kalau anda nak tahu jawapannya, dapatkan ebook istimewa ini.

tips mudah mengandung 188x300 Tips Mudah Mengandung

3. Elakkan aktiviti lasak

Tips mudah mengandung yang seterusnya ialah selepas waktu subur, elakkan aktiviti lasak seperti menunggang kuda, taek wan do, dan apa-apa aktiviti fizikal yang boleh menyebabkan tekanan dibahagian rahim atau boleh menyebabkan anda terjatuh. Ini kerana perkara-perkara tersebut boleh menyebabkan telur yang baru disenyawakan belum benar-benar stabil dan boleh “gugur” disebabkan oleh perkara-perkara yang saya sebutkan tadi.

4. Amalkan makanan seimbang

Pemakanan seimbang adalah sangat penting bagi memastikan badan kita mendapat nutrien yang secukupnya supaya menghasilkan telut yang berkualiti. Apabila anda merancang untuk mengandung, suami isteri perlu mengamalkan makanan seimbang serta menjauihi arak & dadah.

5. Banyakkan berdoa

Jangan pernah putus berdoa kerana sebagai hambanya, Allah adalah penentu sama ada kita dapat mengandung atau tidak. Anda boleh mengamalkan doa & amalan untuk mudah mengandung oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood ini.

Sekarang anda dah tau tips mudah mengandung. Banyak lagi tips lain yang saya kongsikan didalam Ebook Rahsia Mudah Mengandung yang saya berikan secara percuma dengan pembelian Set Subur Shaklee dari saya. Insya Allah peluang anda untuk mengandung akan semakin cerah dengan mengamalkan Set Subur Shaklee dengan aturan makan yang betul & mengamalkan tips yang saya kongsikan didalam ebook istimewa ini. Hubungi saya untuk mendapatkan set subur anda hari ini.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Mudah Mengandung

Cara Merawat Endometriosis

Endometriosis boleh menyebabkan kemandulan. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui apakah punca, bagaimana ia berlaku, simptom, dan rawatan Endometriosis. Jika anda mempunyai tanda-tanda Endometriosis, jangan berlengah. Segera dapatkan rawatan bagi merawat Endometriosis dan meningkatkan kesuburan anda. Di samping menjalani rawatan, anda juga boleh mengamalkan cara merawat Endometriosis yang akan saya kongsikan di sini.

tips merawat endometriosis 300x191 Cara Merawat Endometriosis

Cara Merawat Endometriosis

1. Sayuran & buah-buahan segar

Pastikan anda makan banyak sayur & buah-buahan setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang makan sayur hijau 13 kali atau lebih dalam seminggu adalah 70% lebih cepat merawat Endometriosis berbanding wanita yang kurang memakan sayur & buah-buahan.

2. Banyakkan makan makanan anti oksida

Makanan anti oksida kaya dengan Vitamin E dan Vitamin C, terutamanya sayur & buah-buahan.  Jika anda sibuk & tiada masa untuk memastikan anda mengambil anti oksida yang secukupnya setiap hari, anda boleh mengamalkan Vitamin E & Vitamin C Shaklee yang merupakan antara vitamin dalam Set Endometriosis Shaklee.

tips merawat endometriosis1 300x191 Cara Merawat Endometriosis

3. Kurangkan pengambilan daging merah.

Kurangkan pengambilan daging merah terutamanya binatang yang diternak untuk pasaran komersial. Sebagai alternatif, anda boleh makan daging organik.

4. Elakkan pil hormon

Pengambilan pil hormon akan meningkatkan hormon Estrogen yang merupakan antara musuh pesakit Endometriosis. Oleh itu mengelakkan pengambilan pil hormon adalah salah satu tips untuk merawat endometriosis.

5. Masak sendiri di rumah

Satu lagi tips untuk merawat Endometriosis ialah dengan mengelakkan makan di luar dengan kerap. Makanan yang dimasak sendiri adalah lebih bersih & selamat daripada bahan-bahan seperti MSG & garam berlebihan.

6. Kurangkan pengambilan coklat

Anda suka makan coklat? Jika anda disahkan menghidap Endometriosis, sila kurangkan tabiat memakan coklat. Ya…agak sukar tetapi perlu dilakukan untuk sembuh seperti sedia kala.

tips merawat endometriosis2 300x191 Cara Merawat Endometriosis

7. Kurangkan berat badan

Cara merawat Endometriosis yang terakhir untuk kali ini ialah mengurangkan berat badan. Kebanyakan wanita Endometriosis berjaya mengurangkan simptom Endometriosis selepas menurunkan berat badan. Amalkan pemakanan yang sihat & kalau anda ada bajet boleh ambil set kurus Shaklee yang selamat untuk pesakit Endometriosis seperti anda.

Semoga cara merawat Endometriosis yang saya kongsikan dapat membantu anda mengurangkan simptom & merawat Endometriosis yang sedang dialami.  Set Endometriosis Shaklee juga sudah membantu ramai wanita merawat Endometriosis & membantu mereka untuk mengandung. Jika anda berminat untuk mendapatkan set ini, hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Merawat Endometriosis

Tanda-tanda Endometriosis

Endometriosis berlaku apabila selaput dalam rahim ( endometrium ) yang sepatutnya  luruh bersama darah haid tidak keluar, tetapi  tumbuh di luar rahim.   Tisu tersebut akan menjadi semakin menebal & berdarah semasa anda didatangi haid. Anda boleh membaca tentang apa itu Endometriosis, bagaimana ia berlaku & punca di sini. Apakah tanda-tanda Endometriosis?

tanda endometriosis 243x300 Tanda tanda Endometriosis

TANDA-TANDA ENDOMETRIOSIS

Senggugut

Jika anda sering senggugut, jangan diabaikan. Senggugut bukan sahaja merupakan salah satu daripada tanda-tanda Endometriosis, malah ia juga boleh menjejaskan kesuburan anda. Jika anda mempunyai masalah senggugut, rawat segera dengan Set Senggugut Shaklee.

Sakit ketika bersama

Pesakit Endometriosis biasanya akan mengalami kesakitan jika bersama dalam beberapa posisi tertentu. Jika anda mengalami kesakitan ketika bersama, ia mungkin merupakan tanda anda mempunyai Endometriosis.

Darah haid terlalu sedikit

Sesetengah wanita didatangi haid yang sangat sedikit iaitu cuma titisan atau pun sangat sedikit. Ia bukanlah sesuatu yang normal. Jika haid anda sangat sedikit, sila berjumpa dengan doktor dengan segera kerana ia merupakan salah satu daripada tanda-tanda Endometriosis.

Darah haid terlalu banyak

Darah haid yang terlalu banyak juga merupakan tanda-tanda Endometriosis. Jika haid anda terlalu panjang & pendarahan yang berlaku terlalu banyak, jangan berlengah. Kemungkinan besar anda menghidap penyakit Endometriosis.

Kesukaran untuk mengandung

Wanita Endometriosis biasanya mempunyai masalah susah untuk mengandung kerana tisu endometrium yang melekat tersebut boleh menjadi punca ketidak suburan kerana Endometriosis boleh:

1. Merosakkan kilang telur

2. Merosakkan tiub Falappio

3. Mengeluarkan hormon yang menjadi racun membunuh benih

Keguguran berulang

Ramai pesakit Endometriosis yang berjaya mengandung tetapi mengalami keguguran berulang. Ia juga merupakan antara tanda-tanda Endometriosis. Punca utama tidak diketahui tetapi ada teori mengatakan bahawa ia mungkin disebabkan oleh hormon yang dikeluarkan meracun janin yang sedang terbentuk.

Pendarahan diluar waktu haid

Pendarahan yang tidak terkawal juga merupakan tanda-tanda Endometriosis. Wanita yang normal hanya akan mengalami pendarahan semasa haid sahaja.

tanda endometriosis1 218x300 Tanda tanda Endometriosis

 APAKAH RAWATAN UNTUK ENDOMETRIOSIS?

Rawatan terbaik untuk Endometriosis ialah mengandung kerana apabila anda mengandung, ia akan menghalang pembesaran tisu endometrium & menghilangkan Endometriosis secara total. Walau bagaimana pun, seperti yang saya sebutkan tadi, pesakit Endometriosis kebiasaanya mempunyai masalah kesukaran untuk mengandung & keguguran berulang.

Jadi, saranan saya:

1. Jalani rawatan Endometriosis yang membantu meningkatkan kesuburan anda tanpa kos rawatan yang tinggi. Apakah rawatan yang dimaksudkan? Anda boleh mengambil Set Endometriosis Shaklee yang terdiri daripada GLA, Coqhealth,  B Complex, Alfalfa, Vitamin E, Vitalea.

2. Apabila anda disahkan mengandung, anda disarankan untuk mengambil Set Hamil Shaklee yang membantu pembentukan janin yang sempurna & insya Allah menghalang berlakunya keguguran berulang.

Jika mempunyai tanda-tanda Endometriosis sila berjumpa dengan doktor anda dengan segera. Jika anda disahkan mempunyai Endometriosis, jangan sesekali putus harapan. Dapatkan Set Endometriosis Shaklee untuk membantu anda hamil. Dan apabila anda berjaya hamil, anda teruskan perjuangan dengan mengambil Set Hamil Shaklee. Insya Allah dengan aturan makan & dos yang betul, set-set ini akan membantu anda mencapai impian untuk menimang cahayamata.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tanda tanda Endometriosis

Rawatan Endometriosis Tanpa Pembedahan

Anda pengidap Endometriosis? Pasti anda tercari-cari rawatan Endometriosis tanpa pembedahan. Endometriosis sememangnya penyakit yang menyeksakan. pembedahan pula sangat menakutkan.

rawatan endometriosis 300x218 Rawatan Endometriosis Tanpa Pembedahan

 Apakah Rawatan Untuk Endometriosis?

Bagi pesakit Endometriosis, anda memerlukan rawatan yang membantu mengurangkan kesakitan, meningkatkan kesuburan, melambatkan pertumbuhan tisu endometrium, dan mengelakkan Endometriosis daripada berulang.

Anda boleh melakukan Laparoscopy tapi tahukah anda bahawa lesi Endometrium yang dibuang boleh tumbuh semula? Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai apa itu Endometriosis, punca, bagaimana ia berlaku & simptom awal di sini.

rawatan endometriosis1 300x218 Rawatan Endometriosis Tanpa Pembedahan

Bagaimana Endometriosis Menganggu Kesuburan?

Endometrium biasanya tumbuh di kilang telur & tiub fallapio. Apabila ia tumbuh di kilang telur, ia akan mengganggu proses penghasilan telur (ovum) setiap bulan. Kehadiran Endometrium di tiub fallapio juga akan menganggu telur yang dihasilkan daripada berjumpa sperma & melalui proses persenyawaan.

Jika telur anda telah disenyawakan sekali pun, proses penempelan juga akan terganggu menyebabkan amda sukar untuk mengandung. Oleh itu, jika anda disahkan sebagai pesakit Endometriosis, jangan berlengah lagi, dapatkan rawatan Endometriosis tanpa pembedahan.

rawatan endometriosis2 300x272 Rawatan Endometriosis Tanpa Pembedahan

Apakah Rawatan Endometriosis Tanpa Pembedahan?

Anda boleh merawat penyakit Endometriosis anda & didalam masa yang sama meningkatkan kesuburan tanpa pembedahan dengan mengambil Set Endometriosis Shaklee yang telah membantu ramai wanita Endometriosis sembuh & berjaya mengandung.

Set ini terdiri daripada: GLA Complex, CoqHealth, B Complex, Alfalfa, Vitalea, & Vitamin E. Anda boleh membaca bagaimana vitamin ini membantu penyakit Endometriosis & meningkatkan kesuburan di sini.

Berminat untuk mendapatkan rawatan Endometriosis tanpa pembedahan? Set Endometriosis Shaklee adalah jawapannya.  Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Rawatan Endometriosis Tanpa Pembedahan

Cara Kecutkan Fibroid Supaya Tak Perlu Jalani Pembedahan

Fibroid adalah tumor pejal yang terdiri daripada tisu-tisu fiber yang tumbuh yang merupakan benign atau pun bukan kanser. Ya! fibroid bukan kanser tetapi ia boleh menjejaskan kesuburan anda & menyebabkan kesakitan. Anda boleh membaca jenis-jenis fibroid di sini. Nak tahu cara kecutkan fibroid supaya tak perlu jalani pembedahan yang menakutkan?

cara kecutkan fibroid 300x223 Cara Kecutkan Fibroid Supaya Tak Perlu Jalani Pembedahan

Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Disahkan Mempunyai Fibroid?

Jika anda disahkan mempunyai fibroid, berikut adalah beberapa info yang perlu anda dapatkan daripada doktor yang merawat anda iaitu:

1. Berapa biji fibroid yang ada

2. Apakah jenis fibroid anda

3. Berapa cm saiz fibroid anda

4. Apakah cadangan doktor, sama ada untuk berusaha mengecutkan atau membuang dengan cara pembedahan.

Kebiasaanya doktor akan mencadangkan anda membuang fibroid melalui pembedahan sekiranya fibroid anda bersaiz 5 cm ke atas & anda mengalami kesakitan atau pendarahan. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti simptom fibroid & dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin sekiranya anda mengesyaki ada fibroid didalam rahim anda kerana semakin lama dibiarkan, fibroid anda akan menjadi semakin besar.

Apabila ia besar, proses mengecutkan fibroid akan mengambil masa yang agak lama & sekiranya ia bersaiz 5 cm, mungkin anda perlu menjalani pembedahan. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui apakah simptom fibroid.

cara kecutkan fibroid1 300x224 Cara Kecutkan Fibroid Supaya Tak Perlu Jalani Pembedahan

Bagaimana Merawat Fibroid Tanpa Pembedahan?

Jika anda disahkan mempunyai fibroid, jangan terus bersetuju untuk menjalani pembedahan. Jika fibroid anda bersaiz 5 cm keatas, menyebabkan kesakitan & pendarahan, atau fibroid berulang, Vivix adalah vitamin terbaik untuk anda.

Jika fibroid anda bersaiz kurang daripada 5 cm, tidak menyebabkan kesakitan atau pendarahan, dan bukan fibroid berulang, anda boleh berusaha mengecutkan fibroid anda dengan  Set Fibroid Shaklee  . Bagaimana set ini membantu merawat fibroid tanpa pembedahan?

GLA Complex berfungsi menstabilkan hormon kerana ketidakstabilan hormon adalah punca kewujudan fibroid didalam rahim anda & menyebabkan ianya semakin membesar. Insya Allah apabila hormon anda stabil, fibroid anda akan mengecut secara semulajadi & anda akan berjaya merawat fibroid tanpa pembedahan.

Set ini juga terdiri daripada Vit C & Vit E yang merupakan antioksida. Ia merupakan ejen pembasmi radikal bebas yang berfungsi untuk menjaga sel sihat anda daripada dimusnahkan oleh radikal bebas tersebut. Sekali gus, is membantu menegecutkan fibroid anda.

Vitamin seterusnya ialah B Complex yang berfungsi sebagai anti stress yang mempengaruhi proses pengecutan fibroid anda. Tahukah anda bahawa fibroid akan lebih cepat mengecut sekiranya anda berada dalam keadaan gembira. Oleh itu B Complex membantu anda merawat fibroid tanpa pembedahan.

Alfalfa kaya dengan iodin. Tahukah anda iodin telah digunakan dalam alam perubatan untuk merawat cyst & fibroid sejak dulu lagi? Alfalfa membantu fibroid anda mengecut dengan cepat. Sementara Herblax bertindak sebagai ejen detox untuk mencuci usus anda.

cara kecutkan fibroid2 168x300 Cara Kecutkan Fibroid Supaya Tak Perlu Jalani Pembedahan

Wanita di luar sana, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah simptom dan cara kecutkan fibroid supaya tak perlu jalani pembedahan yang menyakitkan. Jika anda disahkan mempunyai fibroid, Insya Allah, dengan pengambilan yang konsisten & aturan makan yang betul, Set Fibroid Shaklee sangat berkesan.  Berminat untuk mendapatkan set ini dengan harga istimewa? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Kecutkan Fibroid Supaya Tak Perlu Jalani Pembedahan

Tips Bunting Pelamin

Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga atau pun baru berkahwin sememangnya mengimpikan untuk bunting pelamin. Si suami bercita-cita untuk menjadi suami gagah perkasa sementara si isteri berangan-angan nak jadi isteri hebat yang dirindui suami setiap masa. Jangan segan! Kalau anda nak tahu tips bunting pelamin, sila baca post ini sampai ke ayat yang terakhir.

bunting pelamin 300x258 Tips Bunting Pelamin

Apakah Tips Suami Perkasa Dan Isteri Hebat Untuk Bunting Pelamin?

Untuk bunting pelamin, anda perlu memastikan bahawa:

1. Suami isteri berada dalam keadaan yang subur sewaktu berkahwin. Ia bermaksud, 6 bulan sebelum tarikh akad nikah, anda dan pasangan sudah mula mengamalkan apa yang perlu untuk meningkatkan kesuburan masing-masing.

2. Pilih tarikh yang berdekatan dengan waktu subur. Tak tahu macam mana nak kira waktu subur? Sila baca di sini.

Macam mana nak tingkatkan kesuburan & menjadi suami gagah perkasa?

Madu. Amalkan mengambil satu sudu madu setiap hari. Jika anda merancang untuk bersama, ambil sesudu madu selepas makan malam. Isteri anda pasti tersenyum.

Senaman. Apabila anda bersenam, ia akan memperbaiki alira darah ke seluruh badan termasuk alat sulit anda. Apabila aliran darah anda baik, alat sulit anda juga akan berfungsi dengan baik & meningkatkan kesuburan anda.

Kurangkan Merokok. Rokok boleh mengurangkan kualiti sperma anda.  Kalau anda perokok tegar, sila berhenti merokok. tak boleh secara mengejut, berhenti secara perlahan-lahan.

Tips Tingkatkan Kesuburan. Anda boleh amalkan tips tingkatkan kesuburan lelaki supaya isteri cepat mengandung ini.

Tingkatkan Kesuburan Dengan Set Suami Gagah Shaklee. Vitamin E dan Zinc Complex sememangnya terbukti berkesan untuk meningkatkan kejantanan & kesuburan lelaki. Anda akan merasakan perbezaannya selepas 2 minggu. Apakah perbezaannya?:

1. Meningkatkan keinginan untuk bersama.

2. Bertahan lebih lama.

3. Meningkatkan kesihatan organ seks anda.

4. Memekatkan air mani

5. Menghasilkan sperma yang lebih banyak.

6. Menghasilkan sperma yang kuat & sihat. Mampu berenang dengan lebih laju & tahan lama didalam rahim isteri.

7. Meningkatkan kesuburan anda supaya isteri cepat mengandung.

tips bunting pelamin1 300x203 Tips Bunting Pelamin

Pendek kata anda akan jadi sharp shooter kebanggaan isteri. Siapa taknak kan? Nah, saya kongsikan testimoni isteri yang berpuas hati selepas suami mengambil set ini. Alhamdulillah, dah pun selamat melahirkan anak perempuan. Sekarang dalam pantang.

tips bunting pelamin 211x300 Tips Bunting Pelamin

Macam mana nak tingkatkan kesuburan isteri, jadi isteri hebat & memastikan bunting pelamin?

Betulkan kitaran haid. Jangan terlalu kurus atau terlalu gemuk sebab ia akan mengganggu kestabilan hormon & akibatnya period jadi tak regular. Kalau ada masalah period tak regular, sepatutnya sebelum kawin lagi kena betulkan. Tapi jangan risau, masih belum terlambat untuk menstabilkan hormon anda supaya period jadi regular & cepat mengandung.

Jangan makan benda tajam. Nenas, air tebu, air kelapa, air coke is a BIG NO! Tinggalkan terus. Memang belum ada kajian yang membuktikan bahawa makan tajam ini boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil, tapi apa salahnya kalau kita ikut nasihat orang-orang tua? PAsti ada sebab kenapa makanan-makanan ini dikatakan tajam.

Tingkatkan kesuburan dengan Set Kesuburan Shaklee. Pengantin baru selalunya akan merasa gemuruh & berdebar-debar apabila bersama suami sehingga menyebabkan kekeringan & ketidakselesaan ketika bersama. Anda boleh mengamalkan Set Kesuburan Shaklee yang membantu mengatasi masalah kering ketika bersama & meningkatkan kesuburan supaya anda berpeluang untuk bunting pelamin.

Anda juga boleh mengamalkan petua untuk meningkatkan kesuburan dan tips untuk cepat mengandung yang terbukti berkesan. Sekiranya anda merancang untuk membela kucing di rumah, sila luangkan sedikit masa untuk membaca info ini. Anda juga pasti ingin tahu tentang punca susah untuk mengandung yang saya senaraikan di sini. Kalau anda nakkan anak kembar, boleh la amalkan tips yang saya kongsi di sini.

Jadi, sila amalkan tips bunting pelamin yang saya share kat atas tadi. Kalau anda betul-betul nak mengandung dengan cepat,  anda wajib ambil Set Kesuburan Shaklee. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Bunting Pelamin

Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Kesuburan suami isteri adalah perkara paling penting sekiranya anda sedang merancang untuk mengandung, lebih-lebih lagi sekiranya anda atau pasangan mempunyai masalah kesuburan seperti low sperm count, kitaran haid tidak teratur,  telur tidak matang, cyst, fibroid, PCOS, Endometriosis atau pun sekiranya anda pernah mengalami keguguran akibat blighted ovum atau pun ectopic pregnancy (mengandung luar rahim). Jom saya kongsikan tips tingkatkan kesuburan suami isteri:

meningkatkan kesuburan 300x255 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Apakah Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri?

1. Berhenti menggunakan alat Perancang Keluarga
Apabila anda merancang untuk mengandung, anda perlu berhenti menggunakan pil perancang, suntikan, implan, IUCD dan sebagainya. Tubuh anda mungkin mengambil masa yang lama untuk menstabilkan semula hormon akibat berhenti daripada menggunakan alat perancang keluarga tersebut dan keadaan ini boleh menjejaskan kesuburan anda.

2. Hentikan Tabiat Buruk
Rokok dan alkohol adalah punca utama masalah ketidaksuburan & kesukaran untuk hamil. Oleh itu, salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan anda suami isteri ialah dengan membuang tabiat buruk tersebut.

meningkatkan kesuburan1 300x260 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

3. Kepuasan atau Klimaks 
Sesetengah pakar berpendapat bahawa kepuasan isteri semasa bersama suami adalah salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan sekali gus meningkatkan peluang untuk mengandung. Jadi, pastikan anda mendapat kepuasan semasa bersama.

4. Kenali waktu subur
Mengetahui waktu subur adalah kunci utama untuk mengandung. Nak tahu macam mana cara untuk mengira waktu subur? Anda boleh baca di sini. Anda juga boleh menggunakan kit ovulasi untuk mengetahui waktu subur dengan lebih tepat.

5. Berat Badan unggul
Pasangan yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Jadi, salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan suami isteri ialah dengan mendapatkan berat badan yang ideal.

6. Relaks
Tekanan & kemurungan merupakan antara punca ketidaksuburan. Sentiasa tenang & ceria, ia boleh meningkatkan kesuburan anda suami isteri.

7. Kurangkan Kafein
Kurangkan pengambilan kafein.  Jika dahulu anda minum tiga cawan sehari atau lebih, kini jadikannya hanya satu cawan. Kafein berlebihan boleh menyebabkan ketidaksuburan.

meningkatkan kesuburan2 300x153 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

8. Sperma Sihat
Untuk mendapatkan sperma yang sihat, suami isteri perlu mewujudkan persekitaran mesra sperma iaitu mengelakkan penggunaan penyembur vagina, tampon dan apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma. Suami juga perlu mengelakkan mandi air panas & pemakaian seluar dalam yang ketat. Pengambilan Set Suami Gagah Shaklee juga membantu.

Mudah saje kan untuk mempraktikkan 8 tips tingkatkan kesuburan suami isteri di atas? Anda boleh mula mengamalkannya hari ini. Anda juga boleh mengambil Set Kesuburan Shaklee yang telah membantu ramai pelanggan saya mengandung. Oh ya…anda juga boleh membaca tips meningkatkan kesuburan suami isteri di sini. Berminat untuk mendapatkan set kesuburan Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Testimoni Kecutkan Cyst Dengan Shaklee

Kali ni saya nak share testimoni kecutkan cyst dengan Shaklee dan berjaya mengandung! Ovarian Cyst merupakan salah satu punca ketidaksuburan & menyebabkan kesukaran untuk mengandung. Apakah yang dimaksudkan dengan ovarian cyst? Anda boleh membaca di sini untuk mendapatkan jawapannya. Set Cyst Shaklee membantu mengecutkan cyst & menghalang pertumbuhan semula cyst selepas pembedahan. Alhamdulillah, ramai pelanggan saya yang memberikan feed back positif selepas mengambil Set Cyst Shaklee.

testimonial GLA kecutkan cy 300x211 Testimoni Kecutkan Cyst Dengan Shaklee

 

testi atiq 300x201 Testimoni Kecutkan Cyst Dengan Shaklee

testimonial GLA kecutkan cy1 300x211 Testimoni Kecutkan Cyst Dengan Shaklee

testimonial GLA kecutkan cy2 300x211 Testimoni Kecutkan Cyst Dengan Shaklee

testimonial GLA kecutkan cy2 300x211 Testimoni Kecutkan Cyst Dengan Shaklee testimoni set cyst shaklee 300x212 Testimoni Kecutkan Cyst Dengan Shaklee

 Bagaimana Set Ini Berfungsi?

1. Set ini membantu menstabilkan hormon estrogen supaya menjadi seimbang. Hormon estrogen yang berlebihan boleh menyebabkan cyst menjadi semakin membesar. GLA membantu mengelakkan cyst anda daripada membesar. Insya Allah. GLA juga meningkatkan kesuburan anda agar mudah mengandung.

2. Set ini juga mengandungi vitamin anti oksidan yang membantu menghasilkan sel-sel baru yang sihat & membantu mengecutkan cyst anda sekali gus meningkatkan kesuburan.

3. Alfalfa mempunyai iodin yang sememangnya memainkan peranan penting dalam proses mengecutkan cyst. Alfalfa juga menjaga organ peranakan supaya bersedia untuk mengandung.

4. Set ini juga terdiri daripada Herblax yang berfungsi sebagai ejen detox untuk membersihkan usus supaya vitamin yang lain dapat diserap oleh tubuh badan dengan lebih baik. Ia juga membantu mengecutkan cyst.

5. Emosi juga merupakan faktor utama dalam proses mengecutkan cyst. B Complex berfungsi menstabilkan emosi & mengelakkan stress. Insya Allah jika emosi anda stabil, proses mengecutkan cyst akan berjalan dengan lebih lancar.

Anda teruja dengan testimoni kecutkan cyst dengan Shaklee yang saya share tadi? Jika anda mempunyai cyst & sedang mencuba untuk hamil, dapatkan Set Cyst Shaklee anda sekarang.Insya Allah… salah satu ikhtiar. Mana tau kot serasi.  Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Testimoni Kecutkan Cyst Dengan Shaklee

Tips Meningkatkan Kesuburan Supaya Mudah Mengandung

Di antara soalan yang paling kerap ditanyakan kepada saya ialah apakah tips meningkatkan kesuburan supaya mudah mengandung. Memang ramai yang teruja selepas melihat testimoni pelanggan saya yang berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee. Kali ni saya nak berkongsi tips yang boleh anda amalkan bagi meningkatkan tahap kesuburan anda.

tips meningkatkan kesuburan 300x212 Tips Meningkatkan Kesuburan Supaya Mudah Mengandung

Apakah Tips Meningkatkan Kesuburan Supaya Mudah Mengandung?

1. Kawal berat badan

Berat badan yang berlebihan atau kurang sememangnya menjejaskan kesuburan anda. Dapatkan berat badan unggul. Sekiranya anda mempunyai masalah kurang berat badan, anda boleh mengambil B Complex & MealShake Shaklee. Sekiranya berat anda berlebihan, anda boleh mengambil Set Kurus Shaklee. 

2. Kawal pengambilan makanan yang tinggi gula & karbohidrat

Makanan yang tinggi gula & karbohidrat, terutamanya junk food akan menyebabkan benih yang anda hasilkan tidak berkualiti. Amalkan pemakanan yang seimbang & cara hidup yang sihat, Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Window shopping pun dikira sebagai senaman. Mudah saje kan tips meningkatkan kesuburan supaya mudah mengandung ni?

3. Minum Teh Hijau

Teh hijau kaya dengan Catechins yang membantu meningkatkan kesuburan anda.

4. Jangan menggunakan pencuci atau pewangi vagina

Penggunaan pencuci atau pewangi vagina akan menukar PH bahagian tersebut. PH yang tidak sesuai akan membunuh sperma sekali gus mengurangkan peluang anda untuk mengandung. Membasuh bahagian intim dengan air sahaja adalah mencukupi. Seminggu sekali anda boleh mengamalkan petua ini:

Rebus beberapa helai daun sirih & manjakani. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci bahagian intim anda. Anda juga boleh mencuci bahagian tersebut dengan air rebusan ini selepas haid anda berhenti. Tujuannya ialah untuk menyegarkan semula bahagian tersebut.

5. Elakkan mandi atau berendam dalam air panas

Ingatkan suami anda supaya jangan mandi dengan air yang terlalu panas kerana ia akan mengganggu kualiti sperma.

6. Set Kesuburan Shaklee

Set Kesuburan Shaklee yang menjadi kegilaan ramai sudah terbukti berkesan. Ia telah membantu ramai pelanggan saya mengandung. Tapi AWAS!!!! Pastikan anda makan dengan aturan yang betul kerana jika salah aturan & dos, ia mungkin membawa kesan buruk kepada kesihatan anda.

Mudah saje kan tips meningkatkan kesuburan supaya mudah mengandung yang saya share ni? Insya Allah Set Kesuburan Shaklee juga membantu mengingkatkan kesuburan anda. Berminat untuk mendapatkan set ini? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Meningkatkan Kesuburan Supaya Mudah Mengandung

pixel Tips Meningkatkan Kesuburan Supaya Mudah Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.