Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Fidyah Puasa

Ramadhan semakin hampir. Semua umat islam sibuk menyediakan diri untuk menyambut bulan yang mulia ini. Di antara perkara yang sinonim dengan Ramadhan ialah Fidyah. Jom luangkan sedikit masa untuk membaca semua yang anda perlu tahu tentang fidyah puasa. Semoga bermanfaat.

fidyah, fidyah ramadhan, fidyah puasa, fidyah solat, fidyah calculator, fidyah puasa ibu hamil, fidyah wanita hamil, fidyah online,  fidyah puasa orang meninggal dunia, fidyah puasa bagi ibu hamil, fidyah puasa bagi wanita hamil, siapa perlu bayar fidyah, kepada siapa perlu bayar fidyah, siapa yang perlu membayar fidyah, pada siapa harus bayar fidyah,  siapa yang harus membayar fidyah, fidyah ibu hamil, fidyah ibu mengandung, fidyah ibu menyusui, fidyah ibu hamil menyusui, fidyah ibu menyusi tidak puasa, jumlah fidyah ibu menyusui,

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Fidyah Puasa

Berikut adalah antara soalan yang sering diutarakan berkenaan isu fidyah:

 1. Berapakah jumlah fidyah yang perlu dibayar untuk sehari?

Bagi negeri Selangor, nilai fidyah ialah RM1.80 sehari.

2. Jika tinggal puasa 10 hari pada tahun 2012, tapi tak ganti lagi hingga lepas tahun 2013, adakah nak kena berganda?
Jawapan: Tak payah berganda, inilah keputusan fatwa di Selangor. Maka, 10 hari X RM1.80 = RM18.00.

4. Bolehkah saya bayar fidyah terus kepada penerima?
Jawapan: Boleh, cuma kena pastikan penerima memang miskin, kerana fidyah kena bagi kepada orang miskin.

4. Bolehkah bagi fidyah dalam bentuk makanan?
Jawapan: Memang boleh, dengan syarat makanan yang mengenyangkan.

5. Jika beri dalam bentuk wang bagaimana?
Jawapan: Ya, masih diterima dan bagi tahu kepada penerima bahawa itu wang fidyah dan mestilah digunakan untuk membeli makanan yang mengenyangkan.

6. Bolehkah pihak Lembaga Zakat Selangor menerima fidyah?
Jawapan: Ya, boleh cuma fidyah tidak boleh mendapat rebat cukai pendapatan.

7. Apakah ada fidyah lain selain puasa?
Jawapan: Secara umumnya, tiada dan hanya puasa yang wajib diganti dengan fidyah.

8. Siapakah yang kena fidyah?
Jawapan: Orang yang wajib bayar fidyah itu ialah:

A. Orang yang meninggalkan puasa dan tidak mengqadakannya hingga masuk puasa tahun berikutnya.

B. Orang yang meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan anaknya (sama ada semasa mengandung atau menyusukan). Anda boleh membaca tentang hukum ibu mengandung berpuasa di sini dan panduan berpuasa bagi ibu menyusukan di sini.

C. Orang yang sakit dan tidak ada harapan sembuh.

D. Orang yang sudah terlalu tua dan tidak mampu berpuasa.

ibu-mengandung-boleh-puasa-, fidyah, fidyah ramadhan, fidyah puasa, fidyah solat, fidyah calculator, fidyah puasa ibu hamil, fidyah wanita hamil, fidyah online,  fidyah puasa orang meninggal dunia, fidyah puasa bagi ibu hamil, fidyah puasa bagi wanita hamil, siapa perlu bayar fidyah, kepada siapa perlu bayar fidyah, siapa yang perlu membayar fidyah, pada siapa harus bayar fidyah,  siapa yang harus membayar fidyah, fidyah ibu hamil, fidyah ibu mengandung, fidyah ibu menyusui, fidyah ibu hamil menyusui, fidyah ibu menyusi tidak puasa, jumlah fidyah ibu menyusui,

9. Bagaimana jika seseorang itu tidak mampu membayar fidyah?
Jawapan: Waris atau walinya boleh membantu dan jika ditakdirkan semuanya tidak mampu, maka terlepaslah kewajipannya namun hendaklah mereka memperbanyakkan amalan soleh dan ketakwaan sebagai gantinya.

10. Bilakah kita boleh bayar fidyah? maksud saya,puasa yang ditinggalkan thun 2012, adakah sebelum puasa 2014 atau selepas puasa 2014?
Jawapan: Orang yang tinggal puasa atas sebab apa sekali pun, maka WAJIB menggantikan puasanya sebelum masuk puasa tahun berikutnya. Jika GAGAL maka itulah yang menjadikannya wajib bayar fidyah dan puasa wajib ganti juga, maknanya tak lepas selagi tak qada puasanya.

Maka, jika gagal puasa tahun 2012 dan masuk tahun 2014 pun tak qada lagi, maka jika sempat sebelum masuk puasa tahun 2014, dia sebenarnya sudah wajib mengqada dan membayar fidyah.

Namun jika sudah masuk puasa tahun 2014 ini pun dia masih tak qada, maka dia wajib segera qada selepas habis puasa tahun 2014 nanti berserta membayar fidyahnya.

11. Bagaimana pula dengan mereka yang tertinggal puasa dalam 10 tahun lepas? Setiap tahun ada tertinggal puasa disebabkan uzur dan orang tersebut tidak pasti dengan jumlah puasa yang dia telah tertinggal. Dalam situasi yang disebutkan, bagaimanakah caranya untuk dia membayar fidyah?
Jawapan: Sila buat anggaran dan lebihkan, agar tidak timbul was-was. Misalnya, tahun 2000 tinggal 10, 2001 tinggal 7 hari, 2002 8 hari hinggalah tahun 2010…maka anggaran biar lebih, dan totalkan keseluruhannya dan darab dengan RM1.80 dan bayarlah fidyahnya.

12. Adakah jika sudah membayar fidyah maka terlepas GANTI / Qada puasa?

Jawapan: Tidak, fidyah wajib dan qada pun wajib. Wallahua’lam.

13. Saya banyak tinggal dri kecil lagi. Sampai tak ingat berapa hari dah. Macam mana kiraan fidyah saya?
Jawapan: buat anggaran dan lebihkan hari atau jumlah bayarannya agar tak was was.

14. Wujudkah Fidyah solat?
Jawapan: tiada.

15. Dah bayar fidyah sebab dah lambat ganti posa tahun 2012 sebanyak 5 hari, tapi masih lupa nak qada puasa, nak kena fidyah semula?
Jawapan: Tak perlu fidyah tetapi wajib taubat dan wajib segera ganti puasa

16. Bolehkah Fidyah Di beri kepada anak yatim?

Jawapan: Boleh, jika anak yatim itu tergolong dalam golongan fakir atau miskin.

Nota: Hati-Hati jika memberi FIDYAH kepada rumah anak yatim kerana dikhuatiri ada di kalangan anak yatim itu bukan dari golongan fakir dan miskin.

Alhamdulillah. Tahniah kerana anda telah meluangkan masa membaca semua yang anda perlu tahu tentang fidyah puasa. Untuk makluman anda, info ini diambil dari Fanpage Lembaga Zakat Selangor. Jika anda tinggal di negeri lain, sila rujuk Lembaga Zakat Negeri maing-masing. Semoga bermanfaat. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

ibu-mengandung-boleh-puasa-, fidyah, fidyah ramadhan, fidyah puasa, fidyah solat, fidyah calculator, fidyah puasa ibu hamil, fidyah wanita hamil, fidyah online,  fidyah puasa orang meninggal dunia, fidyah puasa bagi ibu hamil, fidyah puasa bagi wanita hamil, siapa perlu bayar fidyah, kepada siapa perlu bayar fidyah, siapa yang perlu membayar fidyah, pada siapa harus bayar fidyah,  siapa yang harus membayar fidyah, fidyah ibu hamil, fidyah ibu mengandung, fidyah ibu menyusui, fidyah ibu hamil menyusui, fidyah ibu menyusi tidak puasa, jumlah fidyah ibu menyusui,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...