-

Aktiviti Homeschool Balqis Hanging Mobile

Alhamdulillah siap aktiviti art attack untuk hari ni. Semalam jalan-jalan kat Mr.DIY jumpa benda ni. Harga RM3.90 je tapi nampak sangat menarik. Nak tahu apa aktiviti kami hari ni? Jom saya ceritakan tentang aktiviti homeschool Balqis hanging mobile.

PhotoGrid 1402556962514 300x300 Aktiviti Homeschool Balqis Hanging Mobile

 

Aktiviti Homeschool Balqis Hanging Mobile

Kepada yang tak tahu, anak saya Nurul Balqis dah berhenti tadika. Balqis homeschool sejak beberapa bulan yang lalu. Bila bercakap pasal belajar, jangan terlalu fokus kepada membaca & mengira sahaja. Aktiviti seni pun penting untuk perkembangan anak-anak. Ini adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan di rumah.

Aktiviti seni penting untuk perkembangan kognitif anak-anak. Selain tu, aktiviti yang dilakukan bersama dapat meningkatkan kemahiran sosial anak & mengeratkan hubungan antara kita & anak. Memang best sangat bila dapat spend quality time macam ni. Ingat! Anak kecil kita akan membesar dengan cepat, jom penuhi memori anak-anak dengan kenangan yang indah.

PhotoGrid 1402557071927 300x300 Aktiviti Homeschool Balqis Hanging Mobile

Inilah bendanya, mudah aje. Semuanya dah digunting ikut bentuk masing-masing. Kita just cari, buang pelekat kat belakang & tampal ikut gambar yang disediakan. Tapi saya nak pesan awal-awal. Aktiviti ni ambil masa yang agak lama, jadi pastikan anak dah makan & kerja kita yang lain dah selesai sebelum buat aktiviti ni.PhotoGrid 1402557048822 300x300 Aktiviti Homeschool Balqis Hanging Mobile

Ini dia benda yang perlu kita buat. Banyak juga bahannya & most of the part adalah sangat kecil, jadi memang kita kena teman anak sepanjang buat aktiviti. Mana-mana yang kecil, kita kena tolong keluarkan untuk anak. PhotoGrid 1402557022342 300x300 Aktiviti Homeschool Balqis Hanging Mobile

Taraaaaa…………..selepas berhempas-pulas. Akhirnya siap juga. Tinggal nak pasang benang & memikir mana nak gantung benda ni?PhotoGrid 1402556994777 300x300 Aktiviti Homeschool Balqis Hanging Mobile

Setelah dipertimbangkan kemungkinan hanging mobile ni hancur dibelasah anak bulus saya, Ciko & Jijie, akhirnya saya gantung kat atas meja study Balqis. Cantik kan? Semalam saya ada juga beli bahan untuk buat topeng. Inilah hasilnya. Aina jadi ayam. Balqis jadi gajah, siap letak bantal dalam perut nak nampak gemuk.

PhotoGrid 1402558115328 300x300 Aktiviti Homeschool Balqis Hanging Mobile

Seronok kan aktiviti homeschool Balqis hanging mobile tadi? Anda pun boleh buat aktiviti ni dengan anak-anak di rumah. Enjoy!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Aktiviti Homeschool Balqis Hanging Mobile

pixel Aktiviti Homeschool Balqis Hanging Mobile

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.