-

DIY Tukar Cover Kerusi Meja Makan Yang Murah Dan Mudah

Saya nak kongsikan projek saya & suami petang semalam. DIY tukar cover kerusi meja makan yang murah dan mudah. Meja makan kesayangan ni saya beli waktu masuk rumah tahun 2007 dulu. Kiralah sendiri dah berapa tahun dia berkhidmat untuk saya. Tapi leather cover tu dah koyak-rabak sebab digaru dek Ciko & Jijie. Sedih icon sad DIY Tukar Cover Kerusi Meja Makan Yang Murah Dan Mudah

DIY tukar cover 1 300x190 DIY Tukar Cover Kerusi Meja Makan Yang Murah Dan Mudah

Saya ada tanya tukang untuk tukar cover tu. Dia caj RM50 untuk satu seat. Meja makan saya tu ada 6 seaters, kalau nak didarab dengan RM50 kempislah poket Encik Farid nak bayar. So saya cadangkan untuk tukar sendiri je. Dah lama nak buat, tapi asyik tertangguh. Kebetulan semalam boring tak tau nak buat apa, saya ajak Encik Farid pergi Nilai untuk cari kain sambil2 cuci mata.

Dapat beli kain ni. Saya pilih kain tebal sebab kerusi saya tu dihenyak oleh bontot sebanyak 3 kali sehari ( breakfast, lunch, dinner ). Kalau kain nipis takut tak tahan lama dah koyak. Nak-nak pulak Aina & Balqis selalu melompat-lompat atas tu.  Harga asal RM18.80 semeter, tapi lepas diskaun dapat RM13. Saya beli 2 meter. Ngam-ngam je untuk 6 kerusi. Ada lebih sebenarnya. Kalau korang pakai meja dengan  4 atau 10 kerusi pandai2 lan korang bajet. Satu meter kain boleh dapat 4 kerusi.

Alatan yang diperlukan ialah stapler besar. Itu aje. Boleh buat seorang, tapi kalau buat berdua lagi mudah & cepat. Waktu nak lekatkan kain tu sorang tarik kasi tegang sorang tukang stapler. Lagi pun waktu nak cabut tempat duduk dari kerusi tu, perlukan muscle orang lelaki. Macam kerusi saya ni guna skru, so suami yang buka & pasang semula skru tu. Ada sesetengah kerusi kena ketuk untuk keluarkan, yang tu lagi penat.

Ok, jom saya tunjukkan langkah-langkah untuk projek DIY tukar cover kerusi meja makan yang murah dan mudah yang kami buat semalam.

 

DIY tukar cover 5 300x191 DIY Tukar Cover Kerusi Meja Makan Yang Murah Dan MudahMula-mula cabut tempat duduk tu. Potong kain & staplerkan. Pastikan tarik kain tegang-tegang waktu nak stapler tu. Kalau tak, nanti tak kemas.

 

DIY tukar cover 4 300x190 DIY Tukar Cover Kerusi Meja Makan Yang Murah Dan MudahStapler kemas-kemas & rapat-rapat. Kalau tak, nanti bila kita duduk kain tu tertarik & koyak.

 

DIY tukar cover 3 300x190 DIY Tukar Cover Kerusi Meja Makan Yang Murah Dan MudahLekatkan semula kat kerusi. Wallah…. siap. Mudah sangat. Untuk kerusi yang first ni kami berdua siapkan dalam masa tak sampai 5 minit. Kerusi-kerusi yang kemudian tu dah start lambat sikit sebab dah penat. Lagi pun saya masak mee sup sambil buat projek ni. So banyak terhenti. Oh ya… kalau beli kain yang ada corak tertentu make sure corak disusun sama untuk setiap kerusi. Kalau tak kurang cantik pulak nanti. Macam kerusi saya ni, wave tu saya make sure bentuk M & bulat gold kat bawah.

 

DIY tukar cover 2 300x190 DIY Tukar Cover Kerusi Meja Makan Yang Murah Dan MudahSebelum & selepas. Jauh beza kan? Yang penting saya dah tak sakit mata tengok span terkeluar kat tempat koyak tu. Buruk benor rupanya.

 

DIY tukar cover kerusi meja 300x189 DIY Tukar Cover Kerusi Meja Makan Yang Murah Dan MudahRuang makan saya yang sederhana. Tempat kami sekeluarga menjamu selera setiap hari. Alhamdulillah tercapai hajat nak tukar cover koyak-rabak tu. Korang boleh la buat, raya pun dah dekat. Kalau nak lagi cantik, bila tukar langsir baru beli extra untuk kerusi meja makan. Sedondon gitu. Selamat mencuba!

pixel DIY Tukar Cover Kerusi Meja Makan Yang Murah Dan Mudah

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.