-

Kenapa Anak Selalu Demam Batuk Dan Selsema

Anak anda selalu jatuh sakit? Dah bagi susu ibu, amalkan pemakanan sunnah, jaga pemakanan anak, tapi selalu juga jatuh sakit. Nak tahu kenapa anak selalu demam batuk dan selsema?

kenapa anak selalu demam1 300x246 Kenapa Anak Selalu Demam Batuk Dan Selsema

1. Antibodi yang lemah. Sesetengah anak mempunyai antibodi yang lemah, terutamanya anak yang dilahirkan tak cukup bulan. Mungkin juga disebabkan oleh genetik. Apabila antibodi anak lemah, badan tak dapat nak melawan serangan bakteria dan virus yang menjadi punca demam.

2. Tak habiskan antibiotik. Bila kita bawa anak yang demam ke klinik, biasanya doktor akan bagi Antibiotik. Antibiotik yang diberikan perlu dihabiskan, tak boleh makan sekerat jalan. Kalau tak, nanti akan berlaku antibiotic resistance iaitu keadaan di mana antibiotik tidak akan berkesan lagi ke atas badan anak.

3. Persekitaran di rumah. Ada anak yang sering sakit disebakan keadaan rumah yang kurang bersih. Saya tak maksudkan rumah yang bersepah, dan tak dikemas. Bersih yang saya maksudkan di sini ialah habuk & debu tersembunyi macam atas rak, pengudaraan yang tak berapa baik, penggunaan alat pewangi rumah (bahan kimia), dan sebagainya.

4. Persekitaran di taska, tadika, atau sekolah yang kurang bersih. Persekitaran di tempat-tempat tersebut juga boleh menjadi punca kenapa anak selalu demam. Ini kerana anak kita mengahabiskan banyak masa di sana, boleh dikatakan hampir sepanjang hari.

5. Binatang perliharaan. Kat rumah ada bela kucing? Kalau anak asyik sakit, apa kata cuba elakkan daripada bela kucing buat sementara waktu? Bulu kucing yang berterbangan dalam rumah & najis kucing boleh menjadi punca kenapa anak selalu demam, batuk dan selsema.

kenapa anak selalu demam2 300x184 Kenapa Anak Selalu Demam Batuk Dan Selsema

6. Jangkitan dari kawan-kawan. Ini pun adalah salah satu daripada punca kenapa anak selalu demam & jatuh sakit. Yelah. Baru sihat, bila pergi school bercampur balik dengan anak yang bawa virus & bakteria, dah sakit semula. Lagi teruk kalau anak memang jenis antibodi tak kuat. Kesian ;(

7. Pemakanan. Makanan segera, jajan, minuman tinggi gula, adalah makanan yang tak bagus untuk anak. Kalau anak anda selalu sakit, cuba tengok pola pemakanan anak.

Apa Nak Buat Untuk Elakkan Anak Daripada Selalu Demam, Batuk & Selsema?

Elakkan perkara yang menjadi punca, seperti yang saya senaraikan di atas tadi. Dalam masa yang sama, anda boleh tingkatkan imuniti & antibodi anak dengan memberikan OmegaGuard & Mealshakes Shaklee.

OmegaGuard & Mealshakes Shaklee melindungi anak anda daripada sering demam, batuk & selsema. Gabungan 2 vitamin ini membantu meningkatkan imuniti anak supaya kebal daripada jangkitan virus & bakteria yang menyebabkan demam, batuk & selsema. Sebagai bonus, ia juga meningkatkan selera makan anak, mengatasi masalah sembelit & meningkatkan fokus semasa anak belajar & pelbagai kebaikan untuk anak anda.

kenapa anak selalu demam 300x220 Kenapa Anak Selalu Demam Batuk Dan Selsema

Sekarang anda dah tahu kenapa anak selalu demam, batuk dan selsema. Elakkan perkara yang boleh menjadi punca anak jatuh sakit, dan berikan anak anda OmegaGuard & Mealshakes Shaklee setiap hari. Insya Allah, anak anda akan semakin sihat dan jarang jatuh sakit. Nak order? Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kenapa Anak Selalu Demam Batuk Dan Selsema

 

Cara Hilangkan Demam Anak Dengan Cepat Secara Semulajadi

Anak kecil mudah demam disebabkan oleh perubahan cuaca dan jangkitan kuman dari taska atau tadika.  Jika suhu anak mencecah 37.5 darjah celcius, anak anda sedang demam.  Jangan biarkan suhu badan anak mencecah 39 darjah celcius, kerana ia akan meningkatkan risiko anak anda mengalami konvulsi (kekejangan) atau sawan. Anda boleh turunkan suhu badan anak dengan mengamalkan cara hilangkan demam anak dengan cepat secara semulajadi ini:

rawat anak demam 300x182 Cara Hilangkan Demam Anak Dengan Cepat Secara Semulajadi

Cara Hilangkan Demam Anak Dengan Cepat Secara Semulajadi

[✔] Tepid sponging
Isi air suam ke dalam tab mandi atau pun besen. Tak perlu penuh, cukup sekadar dapat rendam bahagian punggung anak. Tanggalkan pakaian anak. Anak mungkin menggigil kesejukan & menangis. Ibu bapa perlu kuatkan semangat. Pujuk anak untuk masuk ke dalam tab mandi. Ambil span atau tuala kecil, basahkan & guna untuk lap badan anak sehingga suhu turun. Biarkan air kering sendiri, tidak perlu dilap. Sponging anak dengan kerap supaya badan tidak terlalu panas.

[✔] Onion Socks
Onion socks adalah satu lagi cara hilangkan demam anak dengan cepat secara semulajadi. Caranya mudah saja. Hiris bawang besar, masukkan ke dalam stokin anak. Biarkan semalaman. Bawang tersebut akan menyerap haba dari badan anak. Insya Allah demam anak akan kebah.

onion+socks Cara Hilangkan Demam Anak Dengan Cepat Secara Semulajadi

 [✔] Pastikan anak minum dengan banyak
Susukan atau beri anak anda minum air dengan banyak bagi menyejukkan badan. Ia juga bagi memastikan anak anda tidak dehydrated.

[✔] Berikan ubat demam
Disamping melakukan sponging, anda juga perlu berikan ubat demam mengikut dos yang disarankan oleh doktor secara konsisten supaya suhu badannya berkurangan.  Ubat demam yang diberi melalui dubur boleh diberi sekiranya suhu badannya hampir mencecah 40 darjah celcius. Periksa suhu badan anak setiap setengah jam.

[✔] Pakaikan anak pakaian yang nipis & longgar
Cara hilangkan demam anak dengan cepat secara semulajadi yang seterusnya ialah dengan pemakaian pakaian yang nipis & longgar. Elakkan menyelimutkan anak kerana ia akan menyebabkan haba terperangkap & tidak keluar dari badan anak.


[✔] Pastikan anak sentiasa aktif
Sentiasa pantau anak anda. Pastikan anak anda aktif & memberikan respons seperti biasa. 

Segera bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya:

1. Suhu anak anda melebihi 39 darjah celcius.
2. Anak anda tidur terlalu lama.
3. Anak anda tidak aktif seperti biasa.
4. Anak anda pucat.

OmegaGuard & Mealshakes Shaklee melindungi anak anda daripada sering demam, batuk & selsema. Gabungan 2 vitamin ini membantu meningkatkan imuniti anak supaya kebal daripada jangkitan virus & bakteria yang menyebabkan demam, batuk & selsema. Sebagai bonus, ia juga meningkatkan selera makan anak, mengatasi masalah sembelit & meningkatkan fokus semasa anak belajar & pelbagai kebaikan untuk anak anda.

rawat anak demam1 253x300 Cara Hilangkan Demam Anak Dengan Cepat Secara Semulajadi

 rawat anak demam2 300x257 Cara Hilangkan Demam Anak Dengan Cepat Secara Semulajadi

Semoga cara hilangkan demam anak dengan cepat secara semulajadi yang saya kongsikan tadi bermanfaat buat anda. Hubungi saya untuk mendapatkan Omegaguard & Mealshake dengan harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Hilangkan Demam Anak Dengan Cepat Secara Semulajadi

pixel Cara Hilangkan Demam Anak Dengan Cepat Secara Semulajadi

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.