-

Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

Bila kita dah mula rasa sakit nak bersalin, doktor akan periksa berapa cm bukaan kita. Selagi tak cecah 6 cm kita takkan dibawa masuk ke labor room. Ada orang sekejap je sakit, dah bersalin. Ada orang menderita berhari-hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah je yang tahu. Jom saya kongsikan cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin.

cepatkan bukaan bersalin 300x244 Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

Biasanya bila tau je mengandung, kita akan terus cari petua mudah bersalin yang boleh diamalkan sepanjang tempoh mengandung. Bila dah makin dekat due date, berdebar-debar je tunggu tanda nak bersalin. Excited ada, ngeri pun ada. Kan? Bila dah ada contraction dan rasa sakit nak bersalin, boleh la pergi ke hospital. Sambil-sambil tu boleh amalkan tips berikut untuk mencepatkan bukaan pintu rahim:

1. Banyakkan berjalan

Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.

2. Ketuk ketampi

Kalau larat, buat ketuk ketampi. Tarikan graviti dan gerakan turun naik tu akan membantu mempercepatkan bukaan pintu rahim.

3. Jalan itik

Dengar macam kelakar, tapi jalan itik adalah antara cara paling berkesan untuk mencepatkan bukaan pintu rahim. Jalan perlahan-lahan je, bukan nak kena jalan laju macam berlumba ^_^

4. Mencangkung

Kalau tak larat nak jalan itik, anda boleh mencangkung. Boleh mencangkung sambil bersandar kat badan suami. Waktu ni lah nak bermanja dengan suami.

cepatkan bukaan bersalin1 300x193 Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

5. Ambil minuman tenaga

Kita tak tahu berapa hari anda akan sakit sehingga bersalin, oleh itu pastikan anda makan & minum supaya bertenaga waktu nak meneran nanti. Jangan lupa minum Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) dan bawa bekal bila nak ke hospital.

ESP akan membantu anda kekal bertenaga sepanjang proses melahirkan & memastikan anda tak lesu selepas bersalin. Satu canister ESP berharga RM150 sahaja, boleh diambil dari waktu mengandung sehingga menyusukan. Berbaloi sangat. Nak order? Klik sini.

5. Jangan minum air selusuh terlalu awal

Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh.

Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal-awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.

6. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu

Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan  lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.

7. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami

Yang ni part paling syahdu. Dekat-dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih-lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.

cepatkan bukaan bersalin2 211x300 Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

8. Kerap mandi dan basuh rambut

Yang ni petua orang lama. Katanya kalau kita kerap mandi dan basuh rambut, insya Allah makin cepat bukaan rahim kita.

9. Baring mengiring sebelah kiri

Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.

10. Banyakkan bersujud

Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami.

Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat. ^_^

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

pixel Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.