Homemade DIY Cat Jari Tanpa Toksik Untuk Anak-anak

Diantara aktiviti homeschool yang boleh dilakukan ialah aktiviti yang berasaskan cat. Aktiviti menggunakan cat sememangnya menyeronokkan sebab ada elemen comot, kotor & berselerak yang menyebabkan anak jadi teruja. Salah satu aktiviti menarik menggunakan cat ialah aktiviti cat jari Jom saya kongsikan resepi mudah homemade DIY cat jari tanpa toxic untuk kegunaan anak-anak.

cat jari, diy cat jari, cat jari homemade, cat tanpa toksik, cat tanpa toksik untuk kanak-kanak, cat selamat untuk kanak-kanak,

Homemade DIY Cat Jari Tanpa Toksik Untuk Anak-anak

Cat jari ni maksudnya kita gunakan cat untuk mewarnakan tangan anak-anak, instead of mewarnakan kertas. Memang seronok sangat aktiviti ni. Kalau buat birthday party, ini adalah salah satu aktiviti menarik yang boleh dibuat untuk menghiburkan tetamu-tetamu kecil kita. Lagi bagus kalau kita buat sendiri cat tu, kerana yang dibeli dari kedai dikhuatiri mengandungi toksik yang boleh membahayakan kesihatan.

Sebenarnya saya buat aktiviti ni bersama anak-anak petang semalam. Tapi agak malang, semua gambar yang diambil dah dipadamkan secara tak sengaja oleh sicomel Nurul Aina. Huwaaa…Takpe next time kalau saya buat aktiviti ni lagi, saya akan upload kat post ni.

Ok, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat homemade DIY cat jari tanpa toxic untuk anak-anak:

3 sudu besar gula

1/2 sudu besar garam

1/2 cawan tepung jagung

2 cawan air

Cara-caranya adalah sangat mudah. Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk. Panaskan sehingga semua bahan sebati & menjadi melekit, seperti tekstur cat. Masukkan ke dalam 4 bekas berasingan, bahagikan sama banyak. Masukkan ke dalam 4 bekas berasingan. Bahagikan sama banyak. Pilihan warna terpulang kepada warna kegemaran anak masing-masing. Paling mudah, gunakan warna primer.

cat jari, diy cat jari, cat jari homemade, cat tanpa toksik, cat tanpa toksik untuk kanak-kanak, cat selamat untuk kanak-kanak,

Nah. Mudah ajekan? Kalau kita gunakan cat yang dibuat sendiri, ia bukan sahaja selamat malah jauh lebih murah daripada cat yang dibeli di kedai. Anak-anak pun pasti seronok sebab macam main masak-masak pulak. Cubalah buat homemade DIY cat jari tanpa toksik untuk anak-anak ni. Selamat mencuba!

cat jari, diy cat jari, cat jari homemade, cat tanpa toksik, cat tanpa toksik untuk kanak-kanak, cat selamat untuk kanak-kanak,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...