Bagi ibu yang menyusukan, breastpump merupakan aksesori yang paling penting kerana ia diperlukan untuk membuat power pumping, dan juga untuk menyimpan stok susu. Pemilihan breastpump yang betul adalah sangat penting kerana pam yang sesuai akan membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Nak tahu tips memilih breastpump terbaik untuk anda?
Tips Memilih Breastpump Terbaik Untuk Anda
Terdapat pelbagai jenis pam di pasaran sehingga kita rasa pening nak memilih yang mana satu. Kali ni saya nak share tips memilih breastpump yang terbaik untuk anda. Antara perkara yang perlu diambil kira dalam pemilihan breastpump ialah:
♥♥ Bujet
Kenal pasti berapa bajet anda untuk pam. Pilih pam yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Jangan terlalu ikutkan keinginan untuk membeli pam yang mahal sehingga membebankan kewangan anda.
♥♥ Mudah digunakan
Anda akan mengepam berkali-kali dalam sehari. Jadi pilih pam yang mudah digunakan, mudah dibawa ke mana-mana, mudah disimpan, mudah dibersihkan, dan tidak mengambil masa yang lama untuk dipasang & dibuka.
♥♥ Berat & Saiz
Pilih pam yang mempunyai berat & saiz yang bersesuaian dengan anda. Agar tidak menjadi masalah untuk anda bawa ke pejabat atau pun semasa travelling.

♥♥ Bateri vs elektrik
Jika sukar untuk mendapatkan bekalan elektrik semasa di pejabat, pam manual atau pun yang menggunakan bateri adalah pilihan yang terbaik. Jika anda ada bujet yang lebih, anda boleh pilih pam yang berfungsi menggunakan elektrik & bateri.
♥♥ Bunyi
Tips memilih breastpump terbaik untuk anda yang seterusnya ialah pilih pam yang tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat. Ini kerana anda mungkin perlu mengepam semasa bayi sedang tidur atau mengepam di work station tanpa diketahui oleh rakan sekerja yang lain.
♥♥ Ketahanan
Pilih breastpump yang tahan lama supaya anda tidak perlu membeli pam baru setaipa kali melahirkan.
♥♥ Kekuatan hisapan
Pilih pam yang bolh dilaras kekuatan hisapannya supaya anda boleh mengurangkan kekuatan hisapan sekiranya merasa sakit.
♥♥ Kelajuan
Pilih pam yang boleh mengepam susu dengan banyak pada masa yang singkat. Jika anda mempunyai bujet yang lebih, anda boleh membeli dual pump.
Sekarang anda dah tahu tips memilih breastpump terbaik untuk anda. Ketahuilah bahawa disamping pemilihan breastpump yang terbaik, perkara paling penting dalam penyusuan adalah mengamalkan perkara asas penyusuan. Anda juga boleh mengambil breastfeeding set Shaklee bagi membantu anda menyusukan anak selama dua tahun. Hubungi saya untuk mendapatkan Breastfeeding Set Shaklee dengan harga yang istimewa & percuma Ebook Rahsia Susu Badan Melimpah-ruah, khas untuk pelanggan saya.
