-

Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Kesuburan suami isteri adalah perkara paling penting sekiranya anda sedang merancang untuk mengandung, lebih-lebih lagi sekiranya anda atau pasangan mempunyai masalah kesuburan seperti low sperm count, kitaran haid tidak teratur,  telur tidak matang, cyst, fibroid, PCOS, Endometriosis atau pun sekiranya anda pernah mengalami keguguran akibat blighted ovum atau pun ectopic pregnancy (mengandung luar rahim). Jom saya kongsikan tips tingkatkan kesuburan suami isteri:

meningkatkan kesuburan 300x255 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Apakah Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri?

1. Berhenti menggunakan alat Perancang Keluarga
Apabila anda merancang untuk mengandung, anda perlu berhenti menggunakan pil perancang, suntikan, implan, IUCD dan sebagainya. Tubuh anda mungkin mengambil masa yang lama untuk menstabilkan semula hormon akibat berhenti daripada menggunakan alat perancang keluarga tersebut dan keadaan ini boleh menjejaskan kesuburan anda.

2. Hentikan Tabiat Buruk
Rokok dan alkohol adalah punca utama masalah ketidaksuburan & kesukaran untuk hamil. Oleh itu, salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan anda suami isteri ialah dengan membuang tabiat buruk tersebut.

meningkatkan kesuburan1 300x260 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

3. Kepuasan atau Klimaks 
Sesetengah pakar berpendapat bahawa kepuasan isteri semasa bersama suami adalah salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan sekali gus meningkatkan peluang untuk mengandung. Jadi, pastikan anda mendapat kepuasan semasa bersama.

4. Kenali waktu subur
Mengetahui waktu subur adalah kunci utama untuk mengandung. Nak tahu macam mana cara untuk mengira waktu subur? Anda boleh baca di sini. Anda juga boleh menggunakan kit ovulasi untuk mengetahui waktu subur dengan lebih tepat.

5. Berat Badan unggul
Pasangan yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Jadi, salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan suami isteri ialah dengan mendapatkan berat badan yang ideal.

6. Relaks
Tekanan & kemurungan merupakan antara punca ketidaksuburan. Sentiasa tenang & ceria, ia boleh meningkatkan kesuburan anda suami isteri.

7. Kurangkan Kafein
Kurangkan pengambilan kafein.  Jika dahulu anda minum tiga cawan sehari atau lebih, kini jadikannya hanya satu cawan. Kafein berlebihan boleh menyebabkan ketidaksuburan.

meningkatkan kesuburan2 300x153 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

8. Sperma Sihat
Untuk mendapatkan sperma yang sihat, suami isteri perlu mewujudkan persekitaran mesra sperma iaitu mengelakkan penggunaan penyembur vagina, tampon dan apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma. Suami juga perlu mengelakkan mandi air panas & pemakaian seluar dalam yang ketat. Pengambilan Set Suami Gagah Shaklee juga membantu.

Mudah saje kan untuk mempraktikkan 8 tips tingkatkan kesuburan suami isteri di atas? Anda boleh mula mengamalkannya hari ini. Anda juga boleh mengambil Set Kesuburan Shaklee yang telah membantu ramai pelanggan saya mengandung. Oh ya…anda juga boleh membaca tips meningkatkan kesuburan suami isteri di sini. Berminat untuk mendapatkan set kesuburan Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Kantung Bayi Tiada Semasa Ujian Ultrasound

Buat UPT dapat 2 garisan samar. Pergi ke klinik, doktor sahkan mengandung. Tapi kantung bayi tiada semasa ujian ultrasound. Mengandung ke tidak sebenarnya? Ada risiko keguguran ke? Kebelakangan ni ramai betul yang menghubungi saya menceritakan senario tersebut. Malah semalam seorang kastemer saya dah pun disahkan mengandung tapi bila scan tiada kantung. Apa yang berlaku sebenarnya? Soalan pertama saya ialah adakah anda melakukan ujian kehamilan pada waktu yang tepat? 
kantung bayi 287x300 Kantung Bayi Tiada Semasa Ujian Ultrasound
Kantung Bayi Tiada Semasa Ujian Ultrasound
Apa itu kantung bayi?
 
Apabila anda mengandung, kantung bayi akan terbentuk bagi melindungi janin & air ketuban. Kantung ini boleh dianggap sebagai perumah bagi janin anda. Kebiasaanya kantung ini dapat dikesan seawal minggu kelima kehamilan. Namun sebab saiznya terlalu kecil, kadang-kadang kantung tersebut tak dapat dikesan semasa ujian ultrasound disebabkan oleh:
 
1. Doktor yang tiada skill & pengalaman
2. Alat ultrasound yag tidak bagus.
 
Oleh itu, nasihat saya, keluarkan sedikit duit untuk pergi ke klinik Pakar Sakit Puan & Perbidanan yang bagus supaya mendapat servis yang terbaik. Jika lantung bayi tiada semasa ujian Ultrasound, ujian darah akan dijalankan bagi mengesahkan kehamilan anda.
 
Apa itu ujian darah? Tujuannya?
 
Apabila telur disenyawakan dan tertanam pada dinding rahim, badan kita akan mula merembeskan hormon yang dipanggil hCG. Ujian darah dapat mengesan kehadiran hormon tersebut didalam darah anda. Jika peratusannya tinggi, bermakna anda mengandung.
 
Ujian darah mengesahkan anda mengandung tapi kantung bayi tiada semasa ujian Ultrasound. Macam mana?
 
Jika ujian darah mengesahkan kehamilan anda, berikut adalah beberapa kemungkinan:
 
1. Pemeriksaan ultrasound dilakukan terlalu awal.
Kantung tersebut hanya dapat dikesan seawal minggu ke5 kehamilan. Mungkin anda tersalah mencatat tarikh haid anda yang terakhir.
 
2. Jika anda yakin telah mencatat tarikh haid yang lepas dengan betul, berkemungkinan kandungan anda mempunyai risiko:
 
i. Kehamilan Diluar Rahim atau Ectopic Pregnancy. 
 
Jika berlaku pendarahan atau spotting, apa yang patut anda lakukan?
 
Jika berlaku pendarahan, dapatkan rehat secukupnya. Elakkan dari melakukan aktiviti lasak. Amalkan amalan pemakanan ibu mengandung yang mengandungi segala nutrien yang diperlukan oleh ibu mengandung. Selepas 2 minggu anda boleh berjumpa doktor sekali lagi untuk pemeriksaan selanjutnya.
 
Ada tak vitamin Shaklee yang sesuai untuk kes seperti ini?
 
Saya sarankan anda mengambil ESP  terutamanya jika anda mengalami pendarahan atau spotting. Insya Allah ESP akan membantu menguatkan rahim & membantu pembentukan janin yang sempurna. Serta mengurangkan risiko & komplikasi kehamilan anda. Anda juga boleh mengambil set hamil Shaklee untuk kesan yang lebih baik.
 
Jika kantung bayi tiada semasa ujian Ultrasound, jangan terlalu risau, banyakkan berdoa supaya kandungan anda selamat. Banyakkan bersedekah & melakukan amal ibadat. Dekatkan diri dengan tuhan. Insya Allah, segalanya akan berjalan dengan lancar. Boleh juga amalkan ESP dan Set Ibu Mengandung ShakleeHubungi saya untuk mendapatkannya dengan harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kantung Bayi Tiada Semasa Ujian Ultrasound

Blighted Ovum Salah Satu Punca Keguguran

Pernah tak anda dengar kisah sebegini: A disahkan mengandung. Ada tanda-tanda mengandung. Tapi bila doktor buat ultrasound baby dah hilang. Tinggal kantung kosong je. Doktor sahkan bahawa A dah mengalami keguguran. Padahal A tak pernah alami pendarahan. Tak pernah rasa sakit. Semuanya normal. Apa yang berlaku? Kes ini berlaku disebabkan oleh Blighted ovum, salah satu punca keguguran.

punca keguguran 300x241 Blighted Ovum Salah Satu Punca Keguguran

 Blighted Ovum Salah Satu Punca Keguguran

Situasi di atas tiada kaitan dengan kisah mistik seperti anak dilarikan bunian. Yang sebenarnya, A mengalami keguguran disebabkan oleh blighted ovum. Blighted ovum atau anembryonic pregnancy biasa berlaku sebelum anda memasuki trimester kedua. Ianya berlaku tanpa disedari. Anda tidak mengalami sebarang kesakitan atau pendarahan. Anda juga akan terus merasakan simptom-simptom kehamilan.  Tapi bila scan, cuma kantung yang tinggal. Tanpa janin.

Siapa yang mempunyai risiko mengalami blighted ovum?

Sesiapa sahaja mempunyai risiko untuk mengalami blighted ovum.

 Apakah punca blighted ovum?

1. Kecacatan kromosom. Semasa sperma & ovum disenyawakan, sel-sel akan berpecah menjadi embrio, placenta & kantung.  Jika embrio mempunyai jumlah kromosom yang berlebihan atau berkurangan, kecacatan kromosom telah berlaku.. Apabila embrio mempunyai kecacatan kromosom, ia akan berhenti terbentuk & menggugurkan dirinya sendiri. Sementara sel yang membentuk placenta & kantung terus membesar tanpa menyedari bahawa embrio sudah tiada kerana badan anda terus mengeluarkan hormon mengandung bagi mengelakkan keguguran. 2. Benih yang kurang berkualiti. Sekiranya benih dari ayah atau ibu kurang berkualiti, ia juga boleh menjadi punca kepada blighted ovum.

 Apakah simptom blighted ovum?

Tiada simptom. Anda hanya akan mengetahui bahawa kantung anda kosong semasa membuat ujian ultrasound.

 Adakah ibu yang pernah mengalami blighted ovum akan mempunyai risiko yang berulang pada kehamilan yang akan datang?

Jika blighted ovum adalah disebabkan oleh benih yang kurang berkualiti, jawapannya ialah YA.

Apakah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan ianya berulang?  
Jika anda merancang untuk mengandung lagi, saya cadangkan anda mengambil:
1. ESP Shaklee bagi menguatkan rahim supaya tidak berlaku keguguran yang berulang. Di samping itu, ESP membantu meningkatkan kualiti benih ( sperma & ovum) & membantu pembentukan embrio yang sempurna di peringkat awal kehamilan.
2. Set kesuburan Shaklee bagi meningkatkan kesuburan & kualiti benih yang dihasilkan oleh anda suami isteri.
3. Set Hamil Shaklee apabila anda telah disahkan mengandung bagi memastikan janin dalam kandungan anda membesar dengan sempurna dan mengelakkan risiko blighted ovum yang berulang.
Sekarang anda dah tahu yang Blighted Ovum salah satu punca keguguran. Kalau anda pernah mengalaminya, boleh berikhtiar dengan mengambil set-set Shaklee yang saya sebutkan tadi. Nak order? Hubungi saya sekarang.
Cik Puan Nurul 2 300x170 Blighted Ovum Salah Satu Punca Keguguran

Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

Anda keguguran & tertanya-tanya apa punca dan tanda keguguran? Ramai wanita mengalami keguguran tanpa disedari. Tau-tau turun darah & berasa sakit perut. Kali ni saya nak kongsikan apakah punca keguguran yang tak semua orang tahu.

punca keguguran 300x258 Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

 Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

Di antara punca keguguran ialah:

 1. Kromosom yang tidak normal

Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal atau dikenali juga sebagai Blighted Ovum. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik berjumlah 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa. Kadang kala apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran.

Sekiranya anda mengalami keguguran buat pertama kali, jangan terlalu risau. Kemungkinan untuk anda hamil lagi dan melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika kehamilan kedua juga mengalami keguguran,  tisu janin anda perlu dihantar ke makmal untuk ujian kromosom. Sekiranya keputusan didapati normal, ujian-ujian yang lebih terperinci akan disarankan. Jika ujian mendapati  kromosom pada tisu janin  tidak normal, anda akan dirujuk kepada pakar genetik.

2. Kecacatan pada sistem peranakan

Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran mudah berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar atau dipanggil “cervical incompetence” juga boleh menyebabkan keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester kedua. Ini kerana  janin yang semakin membesar menyebabkan tekanan dalam rahim semakin tinggi lalu mengakibatkan  pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan sendiri.

Anda akan disarankan menjalani ujian Hysteroscopi atau Laparoscopi untuk memastikan samada anda mengalami ketidaknormalan pada rahim. Sekiranya anda disahkan mengalami kecacatan sistem peranakan, pembedahan yang sesuai mungkin akan disarankan. Sekiranya pangkal rahim anda longgar, doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan ikat pangkal rahim atau cervical cerclage.

3. Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan

Masalah lain seperti fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang sempurna dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.

Sekiranya anda mengalami fibroid, pembedahan membuang fibroid yang dipanggil myomectomy mungkin akan disarankan. Jika endometriosis menjadi punca masalah anda, pembedahan membuang sista dan tisu-tisu endometriosis juga akan disarankan oleh doktor. Walau bagaimana pun, sekiranya anda enggan melakukan pembedahan, terdapat beberapa vitamin Shaklee yang boleh mengatasi masalah fidroid & endometriosis.

ovarian cyst 300x225 Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

4. Masalah Immunologi

Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.

Walaupun rawatan terhadap masalah ini masih dalam peringkat eksperimen dan hasilnya tidak begitu memuaskan, doktor selalunya akan menyarankan rawatan ubat aspirin, heparin atau steroid untuk mengurangkan risiko keguguran anda.

5. Penyakit perubatan yang tidak terkawal

Penyakit seperti  tiroid, kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang yang kronik dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran. Pastikan masalah perubatan anda terkawal sebelum merancang untuk hamil. Jumpa doktor dan tukar cara hidup kepada yang lebih sihat.

6. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Jumpa doktor anda untuk memastikan anda bebas dari kencing manis sebelum hamil. Doktor mungkin akan menyarankan Pil Metformin sekiranya anda kebal pada insulin.Pastikan berat badan anda dalam BMI yang optimal dengan bersenam dan diet yang sesuai. Set kurus Shaklee boleh membantu anda untuk kurus dengan cepat.

7. Jangkitan Kuman

Jangkitan kuman seperti rubella, cytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.

Toxoplasmosis adalah disebabkan bakteria didalam najis kucing. Sekira anda pengemar kucing, keguguran bukan sebab untuk anda membuang kucing anda kerana kemungkinan besar anda sudah pun imun pada jangkitan ini, jadi risiko janin terjangkit dengan jangkitan toxoplasmosis adalah sangat rendah. Kajian perubatan menunjukkan 60% wanita sudahpun imun kepada toxoplasma sebelum mereka hamil lagi. Walau bagaimana pun, jumpa doktor sekiranya anda risau keguguran anda mungkin berpunca dari jangkitan kuman. Ujian darah boleh mengesahkan anda pernah mengidap penyakit ini tetapi mungkin tidak dapat memberikan jawapan samada ia penyebab keguguran anda. Rawatan Antibiotik mungkin akan disarankan.

kucing punca susah mengandu 212x300 Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

8. Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam Sekitar)

Kajian perubatan mendapati Nikotin yang disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran. Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa di atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Elakkan semua tabiat yang boleh merosakkan badan anda sebelum mencuba untuk hamil bagi memastikan kandungan yang sihat. Sekiranya anda mengesyaki tempat kerja anda boleh memberikan kesan terhadap kehamilan anda, beritahu doktor anda tentang kerisauan anda.

Itulah dia punca keguguran yang tak semua orang tahu. Anda boleh mengurangkan risiko keguguran dengan mengelakkan perkara yang saya sebutkan diatas dan mengamalkan Set Ibu Mengandung Shaklee yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Hubungi saya untuk mendapatkan Set Ibu Mengandung Shaklee anda hari ini.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

pixel Punca Keguguran Yang Tak Semua Orang Tahu

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.