-

Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu

Macam-macam mitos  dalam penyusuan susu ibu yang kita biasa dengar. Payudara layut, payudara tak cantik, anak kurus, anak tak kenyang, anak tak cukup khasiat, dan macam-macam lagi. Kepercayaan pada mitos merupakan salah satu halangan bagi ibu yang menyusukan.
mitos penyusuan susu ibu 300x226 Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu
Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu
Mitos ini sebenarnya wujud sejak zaman nenek moyang kita lagi & diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Kita pun menerima mitos ni tanpa usul periksa dan percaya secara membabi-buta.  Berikut adalah beberapa mitos dalam penyusuan susu ibu yang sering kita dengar:
[✔] Air susu ibu pada hari pertama perlu dibuang.
Susu yang keluar pada hari pertama disebut kolostrum yang mengandungi kadar protein dan antibodi yang tinggi. Ianya berwarna kuning & pekat. Orang-orang tua selalu mengatakan bahawa susu tersebut perlu dibuang kerana ianya sudah basi. JANGAN!!!!! sayang kalau cecair emas itu dibuang kerana kolostrum kaya dengan antibodi.
[✔] Susu ibu sedikit semasa berpantang, jadi anak tidak kenyang. Perlu ditambah susu formula.
Semasa tempoh berpantang payudara akan menghasilkan susu yang sedikit kerana bayi hanya perlukan jumlah susu yang sedikit untuk perutnya yang cuma sebesar guli. Jadi, tiada isu bayi kekurangan susu. Kalau bayi anda masih menangis selepas disusukan, itu mungkin kerana bayi anda ingin dipeluk, mengantuk, atau tidak selesa kerana lampin penuh atau terlalu panas/ sejuk. Anda boleh membaca tentang susu sedikit semasa berpantang di sini. Anda boleh baca blog entry saya yang ini untuk mengetahui tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang.
saiz perut baby 300x235 Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu
[✔] Sekiranya anda berjauhan dengan bayi & lama tidak mengosongkan payudara, susu yang lama didalam payudara harus dibuang kerana telah basi.
Selama susu ibu berada dalam payudara ibu tidak ada istilah susu ibu yang basi. Cairan susu ibu sama keadaannya seperti darah yang mengandungi mikroorganisma hidup. Susu tidak akan sesekali basi semasa berada didalam payudara ibu. Ia sentiasa segar & sedia untuk terus diminum oleh anak.
[✔] Banyak berehat boleh membanyakkan susu ibu
Tidak dinafikan susu akan bertambah banyak sekiranya ibu mendpat rehat yang mencukupi tapi itu tidak bermakna ibu yang aktif akan menghasilkan susu yang sedikit. Penghasilan susu ibu akan meningkat jika payudara kerap dikosongkan dan mengamalkan perkara asas penyusuan.  Semuanya bergantung kepada konsep supply & demand.
 
[✔]  Susu ibu yang pekat lebih berkhasiat daripada susu ibu yang cair
Susu ibu yang cair, keruh dan kuning tidak bermaksud kualitinya tidak bagus. Apa sahaja yang dimakan oleh ibu mempengaruhi warna susu ibu. Anda boleh meningkatkan jumlah susu dengan mengamalkan amalan pemakanan yang baik untuk isu menyusukan.
[✔]  Susu ibu menyebabkan bayi obes
Biasanya bayi bersaiz besar terutama pada 6 bulan pertama jika bayi mendapat susu yang mencukupi jika dibandingkan dengan bayi yang diberi susu formula. Ia tidak bermaksud bayi itu mengalami kegemukan atau obesiti. Tiada istilah obesiti bagi bayi yang menyusu badan secara ekslusif. Badan mereka biasanya berisi dan padat.
[✔]  Susukan bayi dengan kedua-dua payudara secara bergilir-gilir setiap 15 minit
Biarkan bayi yang menentukan berapa lama dia ingin menyusu dan bukannya mengikut aturan waktu yang dipetapkan oleh ibu. Percaya kepada naluri keibuan anda. Bayi itu lebih tahu akan keperluannya dan akan berhenti menyusu bila dia sudah berasa kenyang. Batasan
masa menyusu akan mengganggu bekalan nutrisi sekali gus mengganggu pertumbuhan bayi anda.
 Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu
[✔]  Susu ibu boleh menyebabkan bayi mengalami penyakit kulit
Mitos dalam penyusuan susu ibu yang setersunya ialah susu ibu boleh menyebabkak bayi mengalami penyakit kulit. Memang ada satu penyakit kulit yang dipanggil milk dermatitis atau ruam susu. Ia biasanya menyerang daerah pipi bayi. Namun penyebabnya bukan susu ibu atau hasil interaksi kulit dengan cairan susu. Ianya disebabkan oleh kelainan pada kulit bayi. Kelainan kulit ini atau bahasa mudahnya kulit sensitif adalah disebabkan oleh genetik seperti  keluarga yang memiliki sejarah ekzema dan alahan di hidung yang tanda-tandanya ialah sering bersin.
[✔]   Bayi cirit-birit perlu diberikan teh atau air
Mitos dalam penyusuan susu ibu yang ini adalah salah sama sekali! Bayi yang cirit-birit tidak memerlukan cairan tambahan seperti air gula dan teh kerana air susu ibu mengandungi 90 % air. Sekiranya bayi anda cirit-birit, tingkatkan kadar penyusuan. Ianya mampu mengelakkan bayi anda daripada mengalami dehydration.
 
[✔]   Apabila anda berhenti menyusukan anak, anak tidak akan boleh menyusukan kembali.
Ini juga salah. Anda boleh menyusukan anak semula (relactation) sekiranya anda mengambil ubat hormon & mengamalkan prinsip asas penyusuan. Pengambilan milk booster seperti breastfeeding set Shaklee juga sangat membantu anak. Prinsip yang sama boleh diguna pakai sekiranya anda mengambil anak angkat & ingin menyusukan.
bf+baby Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu
Proses penyusuan selama 2 tahun bukannya mudah. Kita perlu komited & konsisten dalam jadual mengepam di samping amalan pemakanan yang baik. Amalkan tips penyusuan yang saya kongsikan & abaikan mitos penyusuan susu ibu yang mengarut di atas! Nak order Breastfeeding Set Shaklee dan dapatkan Ebook Rahsia Susu Melimpah Ruah secara percuma? Hubungi saya sekarang!
Cik Puan Nurul 2 300x170 Mitos Dalam Penyusuan Susu Ibu

Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang

Kali ni saya nak kongsikan tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang. Susu ibu adalah  hadiah terbaik dari seorang ibu kepada anaknya. Semua ibu mampu untuk menyusukan anak walau pun mempunyai masalah inverted nipple atau puting tenggelam.
memulakan penyusuan semasa 2 300x226 Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang
Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang
Sekiranya ada mempunyai masalah inverted nipple atau puting tenggelam, tak perlu risau. Anda masih boleh menyusukan bayi secara normal.  Sekiranya anda melahirkan anak kembar dua atau triplet, juga adalah tidak mustahil bagi anda menyusukan kesemua bayi anda. Anda boleh klik di sini untuk membaca testimoni seorang ibu yang berjaya menyusukan tripletnya.  Kebaikan susu ibu tidak terkira dan untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, saya ingin berkongsi beberapa tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang:
 
1) Cuba menyusukan sebaik sahaja bayi dilahirkan.
Semasa memilih hospital untuk bersalin, pastikan hospital tersebut adalah hospital rakan bayi yang menggalakkan penyusuan susu ibu. Sebaik bayi dilahirkan, anda boleh terus menyusukan bayi sambil doktor melakukan proses memotong tali pusat. Percayalah, segala kesakitan yang anda alami akan terus hilang sebaik sahaja anda mendakap bayi anda. Selepas dilahirkan, bayi sangat alert dengan persekitaran. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk bonding. Bayi yang baru dilahirkan dapat mencari di mana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa.

2) Kurangkan pelawat bagi memastikan masa anda bersama bayi tidak terganggu.

Tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang yang kedua ialah dapatkan masa berkualiti bersama bayi. Beberapa hari pertama selepas bersalin, anda perlukan masa untuk berehat & bonding dgn bayi yang baru dilahirkan. Anda mempunyai hak untuk memberitahu saudara-mara & rakan-rakan supaya tidak datang melawat pada minggu pertama kelahiran.

3) Jangan berikan bayi anda puting tiruan.

Tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang yang kedua ialah jangan berikan bayi anda puting tiruan. Pacifier atau puting tiruan harus dielakkan bagi mengelakkan bayi anda mengalami nipple confuse atau kekeliruan puting.
memulakan penyusuan semasa 1 300x226 Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang

4) Susukan bayi anda mengikut demand.

Tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang yang keempat ialah jangan terlalu mengikut jadual. Susukan bayi anda setiap kali diminta. Bayi saya manyusu setengah jam sekali semasa dalam berpantang. Memang sangat meletihkan tapi sebagai ibu, kita nak bagi yang terbaik untuk anak. Set berpantang Shaklee membantu memberikan tenaga kepada ibu yang berpantang.

5) Susu anda tak cukup? 

Bayi anda tetap menangis selepas menyusu & anda menyangka bahawa anak masih kelaparan kerana susu anda tidak cukup. Yang sebenarnya perut bayi yang dilahirkan hanyalah sebesar kacang. Susu ibu adalah mencukupi. Bayi menangis bukan kerana lapar sahaja. Mungkin juga dia menangis kerana lampin penuh, kembung, terlalu panas atau sejuk, atau pun kerana mahu dipeluk. Percayalah! Susu ibu cukup untuk mengenyangkan bayi anda. Klik sini untuk mengetahui banyak mana susu diperlukan oleh seorang bayi yang baru dilahirkan.

6) Pastikan anda & bayi  selesa semasa menyusu.

Tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang yang keenam ialah pastikan anda dan bayi selesa semasa menyusu. Gunakan  bantal untuk menyokong belakang dan kepala bayi. Pastikan badan bayi menghadap anda supaya bayi tidak perlu meusingkan kepala untuk menyusu. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda & sokong payudara supaya ia tidak menekan dagu bayi. Sekiranya anda merasa tidak selesa, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi. Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
memulakan penyusuan semasa  300x226 Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang
Semoga tips memulakan penyusuan susu ibu semasa berpantang yang saya kongsikan tadi dapat membantu anda. Anda juga boleh menggunakan breastfeeding set shaklee  bagi membanyakkan susu supaya anda dapat menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun. Berminat untuk mendapatkannya? Hubungi saya sekarang.
Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Memulakan Penyusuan Susu Ibu Semasa Berpantang

Tips Menyusukan Bayi Dengan Puting Tenggelam

Inverted nipple atau puting tenggelam adalah keadaan di mana puting seorang wanita masuk ke dalam (tenggelam) & bukannya berada di luar seperti puting wanita yang normal. Bolehkah mereka menyusukan anak? Pastinya boleh. Jom saya kongsikan tips menyusukan bayi dengan puting tenggelam.
susukan bayi puting tenggel 300x175 Tips Menyusukan Bayi Dengan Puting Tenggelam
Tips Menyusukan Bayi Dengan Puting Tenggelam
Ramai ibu yang mengalami masalah ini memilih untuk tidak menyusukan anak secara direct, tetapi mengepam susu & memberikan kepada anak melalui botol. Sebenarnya, ibu berkenaan masih mempunyai peluang untuk menyusukan anak secara direct jika betul caranya. Berikut adalah beberapa tips menyusukan bayi dengan puting tenggelam atau inverted nipple yang pasti dapat  membantu anda:
 
Lekapan yang betul
Ibu perlu ingat bahawa lekapan yang betul amat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun. Semasa menyusukan, pastikan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) juga masuk ke dalam mulut bayi. Bukan puting sahaja. Oleh itu, setiap kali menyusukan cuba masukkan sebanyak mungkin areola ke dalam mulut bayi. Ya, ianya sesuatu yang bukan mudah tetapi lama-kelamaan bayi akan pandai menyusu.
 
Picagari khas untuk mengeluarkan puting
Tips menyusukan bayi dengan puting tenggelam atau inverted nipple yang seterusnya ialah dengan menggunakan picagari khas untuk mengeluarkan puting. Kaedah ini biasanya dilakukan oleh jururawat di hospital. Puting akan ditarik keluar dengan menggunakan picagari khas tersebut. Namun kaedah ini agak menyakitkan.
 
Kerap pam susu
Apabila kita mengepam susu, puting juga akan keluar sedikit demi sedikit. Makin kerap anda menyusu, makin banyak peratus puting yang keluar. Bila kita kerap mengepam, susu kita juga akan manjadi banyak. Semakin kerap anda mengepam, semakin banyak susu anda. Susu juga akan menjadi semakin banyak jika anda mengamalkan perkara asas penyusuan & amalan pemakanan yang baik.
 Tips Menyusukan Bayi Dengan Puting Tenggelam
Ebook ini sangat membantu ibu yang mengalami masalah puting tenggelam. Hubungi saya untuk mendapatkannya.
 
Gunakan nipple shield
Pakai nipple  shield semasa menyusukan anak. Ia akan membentuk puting dan memudahkan anak untuk menghisap susu.
 
Urutan
Terdapat teknik urutan yang boleh membantu mengeluarkan puting. Saya akan kongsi kaedah tersebut di masa hadapan. Insya Allah.
 
 Ibu yang mempunyai masalah puting tenggelam boleh cuba tips menyusukan bayi dengan puting tenggelam yang saya kongsikan tadi. Mungkin perjalanan penyusuan anda agak sukar, tapi percayalah! Usaha anda untuk memberikan susu ibu kepada anak sangat besar manfaatnya, baik dari segi kesihatan, psikologi & minda anak anda. Set Penyusuan Shaklee juga membantu anda dalam memberikan susu yang terbaik untuk anak. Hubungi saya untuk mendapatkan set penyusuan anda sekarang.
Cik Puan Nurul 2 300x170 Tips Menyusukan Bayi Dengan Puting Tenggelam
pixel Tips Menyusukan Bayi Dengan Puting Tenggelam

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.