-

Benarkah Cyst Punca Sukar Hamil

Selain senggugut, kita juga selalu dengar orang kata cyst antara punca susah mengandung. Persoalannya, benarkah cyst punca sukar hamil? Atau pun ianya sekadar cakap kosong & mitos semata-mata?

cyst punca sukar hamil 300x151 Benarkah Cyst Punca Sukar Hamil

Terdapat pelbagai jenis cyst, dan ada di antaranya boleh menyebabkan anda sukar mengandung. Di antaranya ialah:

1. Endometriosis di mana tisu dari selaput dalam rahim tumbuh di tempat yang tak sepatutnya iaitu di luar rahim. Rangsangan hormon akan menyebabkan tisu ini semakin menebal, malah ia juga berdarah semasa anda datang bulan. Endometriosis boleh menyebabkan cyst & ianya menjejaskan kesuburan anda.

2. PCOS atau Polycystic Ovarian Syndrome adalah keadaan di mana kilang telur atau ovari menjadi bengkak kerana ovum yang dihasilkan terperangkap & tidak dapat keluar semasa waktu subur. Sekiranya anda wanita PCOS, sememangnya anda akan mengalami kesukaran untuk mengandung.

3. Ovarian Cyst juga boleh menjadi punca anda susah mengandung. Ini kerana ianya akan meracun ovum yang keluar dari kilang telur. Malah, jika anda dah mengandung sekali pun, cyst ini akan meracun kandungan anda & boleh menyebabkan keguguran.

Apa nak buat kalau anda disahkan ada cyst?

1. Sekiranya cyst anda berukuran kurang dari 5 cm, dan tidak menyebabkan pendarahan, biasanya doktor tidak mencadangkan pembedahan. Sebaliknya anda disarankan supaya mencari ikhtiar untuk mengecutkan cyst tersebut.

2. Begitu juga halnya jika anda telah menjalani beberapa pembedahan membuang cyst, tetapi cyst masih tumbuh semula. Pembedahan bukanlah pilihan utama.

3. Atau pun anda sudah berkali-kali menjalani pembedahan membuang cyst & masih belum memiliki cahayamata. Doktor tidak akan membedah anda lagi kerana dikhuatiri ianya akan menyebabkan anda susah mengandung apabila berkahwin nanti.

cyst punca sukar hamil1 300x160 Benarkah Cyst Punca Sukar Hamil

Jadi, cara terbaik ialah mengamalkan Set Cyst Shaklee yang membantu mengecutkan cyst secara semulajadi & mengelakkan ketumbuhan cyst berulang. Alhamdulillah dah ramai pelanggan saya yang berjaya mengecutkan cyst dengan set ini.

Sekarang kita dah dapat jawapan kepada persoalan bahawa benarkah cyst punca sukar hamil. Jika anda mengalami cyst, jangan dibiarkan kerana ianya akan menjadi semakin besar, menyakitkan, menyebabkan pendarahan, dan paling menakutkan boleh menjejaskan kesuburan anda. Set Cyst Shaklee membantu mengecutkan cyst tanpa pembedahan. Malah ia juga menghalang pertumbuhan semula cyst. Nak order? Hubungi saya untuk konsultasi & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Benarkah Cyst Punca Sukar Hamil

Petua Merawat Resdung Yang Paling Berkesan Dan Mujarab

Bila sebut perkataan resdung mesti terbayang ulat resdung yang memenuhi rongga sinus dimuka. Geli-geleman kan? Dah tak tahan asyik bersin, muka gatal, nafas berbau & jerawat? Jom amalkan petua merawat resdung yang  paling berkesan dan mujarab ni.

petua merawat resdung6 300x204 Petua Merawat Resdung Yang Paling Berkesan Dan Mujarab

Sebelum tu, jom kenali apakah tanda anda mengidap resdung? Di antara tanda-tandanya ialah:

  • Kerap bersin
  • Hidung sentiasa berhingus & berair
  • Hidung tersumbat & gatal-gatal
  • Nafas berbau busuk
  • Batuk berkahak pekat kekuningan  atau kehijauan
  • Kulit muka gatal-gatal & berminyak
  • Gatal-gatal kulit kepala & masalah kelemumur
  • Masalah jerawat di muka & badan
  • Sakit / bengkak di sekeliling mata, pipi & dahi.
  • Kerap mengalami sakit kepala
  • Kurang deria bau & rasa
  • Alahan kepada habuk
  • Alahan makanan laut

Anda ada semua tanda-tanda yang saya nyatakan di atas? Kalau macam tu, boleh amalkan petua merawat resdung yang paling berkesan dan mujarab ni.

petua merawat resdung7 300x168 Petua Merawat Resdung Yang Paling Berkesan Dan Mujarab

Anda perlukan 8 biji limau nipis & 10 helai daun pandan. Caranya mudah saja.

  1. Ambil semua limau nipis, perah & asingkan bijinya.
  2. Ambil daun pandan, hiris halus macam buat bunga rampai.
  3. Gaul sebati kedua-dua bahan.
  4. Sapu diseluruh muka.
  5. Dalam masa 5 minit ulat resdung akan keluar melalui kulit muka. Kebanyakannya akan banyak keluar melalui kening.
  6. Tarik keluar ulat resdung.
  7. Tekapkan kain hitam pada muka kerana ulat akan melekat pada kain hitam dan mudah untuk dilihat.

Amalkan 3 kali seminggu. Seeloknya dilakukan pada pukul 10 pagi hingga 3 petang kerana ulat resdung dikatakan paling aktif pada waktu tersebut. Di samping itu, anda juga boleh amalkan Set Resdung Shaklee yang membantu menghilangkan resdung dari dalam.

petua merawat resdung 300x212 Petua Merawat Resdung Yang Paling Berkesan Dan Mujarab

Set ini terdiri daripada:

Vitamin C yang bertindak sebagai anti histamin yang menstabilkan histamin dalam tubuh. Ia juga mencegah penyempitan tiub bronkial disamping meningkatkan sistem pertahanan badan & pertumbuhan tisu.

Alfalfa Complex mengurangkan radang dalam hidung & rongga sinus yang dialami oleh pesakit resdung.

B Complex  mengandungi B6 yang memelihara selaput lendir didalam hidung & membaiki sistem saraf termasuk hidung &  sinus.

Ada ke testimoni mereka yang berjaya hilangkan resdung dengan Set Resdung Shaklee ni? ADA! Mestilah ada. Jom saya kongsikan.

petua merawat resdung1 300x140 Petua Merawat Resdung Yang Paling Berkesan Dan Mujarab

petua merawat resdung2 300x119 Petua Merawat Resdung Yang Paling Berkesan Dan Mujarab

petua merawat resdung3 300x140 Petua Merawat Resdung Yang Paling Berkesan Dan Mujarab

petua merawat resdung4 300x183 Petua Merawat Resdung Yang Paling Berkesan Dan Mujarab

petua merawat resdung5 300x183 Petua Merawat Resdung Yang Paling Berkesan Dan Mujarab

Insya Allah, jika anda amalkan petua merawat resdung menggunakan limau nipis & daun pandan tadi 3 kali seminggu & mengambil Set Resdung Shaklee, masalah resdung anda akan berkurangan. Lama-kelamaan akan terus hilang. Nak order Set Resdung Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Merawat Resdung Yang Paling Berkesan Dan Mujarab

Punca Penyakit Gout Yang Sering Dipandang Ringan

Gout adalah penyakit yang berlaku akibat lebihan asid urik dalam badan. Ia akhirnya membentuk kristal dalam sendi-sendi seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Pesakit akan rasa sakit seperti dicucuk jarum pada sendi tersebut setiap kali bergerak. Kali ini saya kongsikan punca penyakit gout yang sering dipandang ringan.

punca gout 300x159 Punca Penyakit Gout Yang Sering Dipandang Ringan

Berikut adalah di antara makanan yang menjadi punca penyakit gout:

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu 3 liter.

2. Selalu makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram

3. Selalu makan buah-buahan jeruk

4. Selalu makan mee segera

5. Kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa

6. Kerap makan mi kuning dan roti canai.

7. Kerap minum teh kedai

8. Kerap makan coklat dan Milo.

9. kerap makan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yg banyak.

10. Kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu.

11. Kerap mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin.

punca gout1 300x198 Punca Penyakit Gout Yang Sering Dipandang Ringan

12. Banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

13. Banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya

14. Terlalu kerap makan makan kari

15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.

16. Stress yang tak terkawal.

17. Kerap mengambil ubat pain killer.

18. Kerap makan fastfood.

19. Penggambilan ubat supplement yang berlebihan.

20. Suka makan makanan laut.

Itulah dia 20 punca penyakit gout yang sering dipandang ringan oleh kita. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Tapi kalau anda dah terkena gout, boleh amalkan petua hilangkan gout ini. Pengambilan Set Gout Shaklee juga sangat membantu. Nak order? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Penyakit Gout Yang Sering Dipandang Ringan

Kompilasi Petua Hilangkan Gout Cara Tradisional Dan Moden

Bila sebut gout mesti terbayang kristal yang terbentuk pada sendi akibat asid urik yang berlebihan. Azabnya bila bergerak, macam dicucuk jarum. Kali ni saya nak kongsikan kompilasi petua hilangkan gout cara tradisional dan moden.

petua hilangkan gout1 300x203 Kompilasi Petua Hilangkan Gout Cara Tradisional Dan Moden

1. Mandi air suam. Air suam mampu mengurangkan bengkak & mengurangkan pembentukan kristal pada sendi.

2. Berbekam. Berbekam secara tradisional atau pun menggunakan lintah juga boleh membantu pesakit gout melalui Hirudin (pencair darah ) yang ada dalam air liur lintah.

3. Kulit kentang. Rebus kulit kentang sehingga mendidih. Minum air rebusan itu.

4. Anak pokok durian.  Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Rebus bersama kaki ayam. Air rebusan itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

5. Kaktus. Ambil sekeping kaktus, kupas kulit & ambil isinya. Bungkus isi kaktus dengan daun pisang kemudian panaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

6. Jus Gout. Namanya jus gout sebab mampu membuang asid urik yang tinggi pada pesakit gout. Bahan-bahannya 1 biji timun, 2 batang saderi, Sebelah lemon, 1 inci halia muda. Caranya mudah je, blend semua bahan sampai hancur. Minum. Insya Allah berkesan.

7. Set Gout Shaklee.

petua hilangkan gout 300x215 Kompilasi Petua Hilangkan Gout Cara Tradisional Dan Moden

Omega Guard merupakan anti radang yang berfungsi untuk melegakan radang sendi & mengelakkan sendi daripada bengkak. Ia mengawal ‘punca’ masalah, bukan hanya pelega yang dimanipulasikan oleh otak. Pengambilan secara konsisten membantu melegakan kesakitan akibat radang pada sendi.

Alfalfa Complex berfungsi untuk membuang toksik sekali gus membantu mengawal keseimbangan asid & alkali dalam badan. Ia juga menstabilkan paras asid urik. Ia juga membantu mengatasi bengkak & sakit sendi.

Performance Drink berfungsi untuk mengekalkan bendalir (air) didalam badan. Ia juga mengawal kehilangan bendalir & sebagai bonus,  menghilangkan lebihan asid urik dalam badan.

Insya Allah dengan pengambilan Set Gout Shaklee secara konsisten, anda akan melihat kesannya. Kalau anda dah tak tahan menanggung sakit & nak kan kesan yang lebih cepat, Vivix adalah pilihan anda. Walau pun harganya agak mahal tapi vitamin premium Shaklee ni sememangnya berkesan. Nak tahu dengan lebih lanjut? Jom baca penerangan saya di sini.

petua hilangkan gout3 300x225 Kompilasi Petua Hilangkan Gout Cara Tradisional Dan Moden

8. Elakkan perkara yang menjadi punca gout. Anda boleh baca penerangan saya di sini.

9. Berpantang makanan berikut:

  • Kekacang seperti kacang tanah, kacang putih dan segala jenis kacang bergaram.
  • Buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dan sebagainya.
  • Buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan jeruk anggur.
  • Mi segera.
  • Makanan ringan.
  • Mi kuning dan roti canai. Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei.
  • Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
  • Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
  • Teh di kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
  • Coklat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
  • Air minuman bergas.
  • Jambu batu atau jus jambu batu.
  • Durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan.
  • Tembikai dan tembikai susu.
  • Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
  • Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
  • Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti kepak dan peha.
  • Buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
  • Cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
  • Ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
  • Organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
  • Kari seperti kari ikan dan daging.
  • Sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
  • Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
  • Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang.

petua hilangkan gout2 300x196 Kompilasi Petua Hilangkan Gout Cara Tradisional Dan Moden

  • Pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
  • Jering, petai dan kerdas
  • Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
  • Elakkan sebarang ubat-ubatan seperti pain killer.
  • Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
  • Tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
  • Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
  • Sayuran jeruk
  • Makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
  • Telur masin
  • Cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
  • Makanan segera
  • Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
  • Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
  • Kurangkan makanan bersantan
  • Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.
  • Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya
  • Makanan beragi.
  • Makanan laut.

Semoga kompilasi petua hilangkan gout cara tradisional dan moden itu tadi bermanfaat untuk anda. Pengambilan Set Gout Shaklee sangat membantu pesakit gout yang sedang menderita. Insya Allah, duit yang anda keluarkan takkan rugi. Anda pasti menyesal sebab tak jumpa set ni dari awal. Nak order Set Gout Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kompilasi Petua Hilangkan Gout Cara Tradisional Dan Moden

Kenapa Berat Badan Tak Turun Walau Pun Jenuh Berdiet Dan Bersenam

Dah penat jaga makan, bersenam, makan ubat kurus mahal-mahal. Bila timbang, berat macam tu jugak. Inch loss pun takde. Jangan give up! Jom tengok kenapa berat badan tak turun.

kenapa berat tak turun2 300x191 Kenapa Berat Badan Tak Turun Walau Pun Jenuh Berdiet Dan Bersenam

1. Sarapan tidak sihat
Kebanyakan rakyat Malaysia mengambil sarapan yang mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi. Contohnya? Nasi lemak, teh tarik. Kalau yang nak berdiet kononnya taknak makan sarapan berat, makan biskut cicah milo. Tahukah anda bahawa biksut kering cicah milo bukan sarapan yang sihat?

2. Tak minum air secukupnya
Di antara punca kenapa berat badan tak turun ialah tak minum air kosong secukupnya. Ramai yang tak ambil berat pasal ni.

3. Minuman yang kononnya bagus untuk turunkan berat badan, tapi sebenarnya TIDAK! 
Diet soda, limau ais, limau suam. Bila sebut, mesti kita rasa boleh bantu turunkan berat badan. Tapi sebenarnya tidak! Sebab apa? Dalam tu ada gula putih yang menjadi punca kenapa berat tak turun.

4. Bersenam dengan perut kosong
Bila kita bersenam, badan perlukan nutrisi  dari makanan sebagai bahan bakar untuk membakar kalori. Kalau kita berlapar dan tak makan langsung, macam mana badan nak bakar kalori kalau takde bahan bakar?

5. Makan makanan tinggi kalori selepas bersenam
Biasa tak tengok orang beli nasi lemak lepas bersenam. Macam mana nak turunkan berat badan kalau kalori yang masuk lagi banyak daripada yang dibakar semasa bersenam? Oleh itu, elakkan makanan berkalori tinggi walau pun selepas bersenam. Sebaliknya, ambil makanan pembakar lemak.

kenapa berat tak turun1 300x221 Kenapa Berat Badan Tak Turun Walau Pun Jenuh Berdiet Dan Bersenam

6. Stress
Bila stres mesti nak makan coklat. Bila stres mesti banyak makan. Makan makanan berkalori tinggi pulak tu. Macam mana berat nak turun?

7. Tidak makan nasi
Ramai yang buat kesilapan ni. Taknak makan nasi, takut gemuk. Tapi gantikan dengan kuew tiaw, mee, maggi, roti, kerepek, biskut yang jauh lebih tinggi kandungan kalori daripada nasi. Yang sebenarnya boleh je makan nasi setiap hari, tapi janganlah makan sampai 3 pinggan.

Itulah dia 7 sebab kenapa berat badan tak turun walau pun jenuh berdiet dan bersenam. Ramai yang buat kesilapan ni kan? Sekarang anda dah tahu. Anda juga boleh amalkan 10 tips turunkan berat badan yang komfom berkesan ini. Pengambilan Set Kurus Shaklee membantu meningkatkan metabolisma badan supaya lebih banyak lemak dibakar & dibuang dari tubuh badan. Kalau metabolisma tinggi, insya Allah lagi cepat kurus. Nak order? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kenapa Berat Badan Tak Turun Walau Pun Jenuh Berdiet Dan Bersenam

Apakah Punca Nafas Berbau

Nafas berbau boleh menjejaskan keyakinan diri. Jika anda ada masalah nafas berbau, boleh amalkan cara berkesan hilangkan nafas berbau yang saya kongsikan di sini. Dan yang paling penting, jom kenali apakah punca nafas berbau.

Punca nafas Berbau 300x249 Apakah Punca Nafas Berbau

Apakah punca nafas berbau?

Bakteria

Bakteria ialah antara punca utama nafas berbau. Bakteria mulut yang bernama  Anaerobic hidup dan membiak di dalam mulut dengan memakan sisa makanan yang melekat di celah gigi dan gusi. Dalam proses penghadaman, bakteria ini melarutkan sisa makanan dengan gas volatile sulfur compounds (VSCs). Bau gas ini lebih busuk daripada telur tembelang atau perut ikan.

Ia gemar bersembunyi dan membuat sarang di tempat terselindung terutamanya di bawah lidah. Sarang dibina berlapis-lapis daripada lendir dan cecair sisa makanan. Ketika proses ini, gas VSCs dilepaskan berterusan, membuatkan nafas anda berbau.

Mulut kering

Air liur penting untuk mengawal kesegaran nafas. Mulut kering adalah punca nafas berbau.

Masalah sinus atau resdung

Anda juga akan mengalami masalah nafas berbau jika mempunyai masalah sinus atau resdung. Malah selsema atau batuk juga boleh menjadi punca nafas berbau.

Titisan ubat hidung

Ubat titis di dalam hidung untuk mengubati selesema, alahan atau penyakit lain seperti resdung menyebabkan terjadinya lendir. Lendir yang terkumpul di dalam rongga hidung menjadi tempat terbaik bakteria bersarang. Anda boleh gunakan ubat sembur pemecah lendir untuk mengatasi masalah nafas berbau

Punca nafas Berbau1 300x239 Apakah Punca Nafas Berbau

Kurang Makan

Bila berdiet, anda kurang makan bererti air liur juga kurang dirembeskan menyebabkan mulut kering lalu menjadi punca bau nafas.

Pengeluaran hormon

Biasanya wanita menghadapi perubahan hormon beberapa hari sebelum haid. Ia bukan sahaja menyebabkan mood swing tetapi juga menjadi punca nafas berbau kerana ketika ini darah mengandungi protein berlebihan yang sangat disukai bakteria Anaerobik.

Jenis makanan

Makanan juga menjadi punca nafas berbau. Contohnya ialah makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kubis, brokoli dan bawang. Gas sulfur dalam makanan diserap ke dalam darah melalui perut kemudian ke paru-paru sebelum dilepaskan menerusi pernafasan.

Tidak memberus gigi dengan betul

Tidak memberus gigi dengan betul juga adalah punca nafas berbau. Jika anda tidak memberus gigi dengan betul, masih ada kekotoran yang tertinggal pada gigi, mulut & lidah.

nafas berbau 1 300x180 Apakah Punca Nafas Berbau

Sekarang anda dah tau apakah punca nafas berbau. Elakkan semua benda yang menjadi punca nafas berbau, amalkan cara hilangkan nafas berbau yang saya kongsikan, dan amalkan Set Nafas Berbau Shaklee. Insya Allah anda tidak akan dibelenggu masalah nafas berbau lagi. Nak order Set Nafas Berbau Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Apakah Punca Nafas Berbau

Cara Hilangkan Nafas Berbau Yang Mudah, Murah Dan Berkesan

Bukannya tak gosok gigi, tapi mulut berbau jugak. Kadang-kadang perasan ada kawan tahan nafas bila kita bercakap. Ada juga yang kerutkan muka, palingkan muka, tutup hidung. Kalau yang jenis mulut laser terus main sound je mulut kita busuk. Rasa stress? Rasa rendah diri? Jom amalkan cara hilangkan nafas berbau yang mudah, murah dan berkesan ni.

Nafas Berbau 289x300 Cara Hilangkan Nafas Berbau Yang Mudah, Murah Dan Berkesan

1. Gosok gigi dengan cara yang betul.

Macam mana anda gosok gigi? Tiap kali gosok gigi ada bersihkan pipi, gusi dan lidah tak? Bakteria penyebab nafas berbau bukan ada kat gigi je, tapi kat seluruh mulut. Jadi, tiap kali gosok gigi pastikan anda membersihkan seluruh mulut.

2. Berkumur dengan pencuci mulut.

Lepas gosok gigi, boleh berkumur dengan pencuci mulut macam Listerine atau Oral B. Mulut akan lebih segar. Nafas pun wangi je.

3.  Berkumur dengan air garam
Kalau taknak keluarkan duit untuk membeli pencuci mulut, boleh berkumur dengan air garam selepas memberus gigi. Garam akan membunuh bakteria penyebab nafas berbau yang ada dalam mulut. Hanya campurkan sesudu garam halus dengan segelas air suam, kacau hingga sebati & berkumur.

4. Minum air secukupnya.

Biasanya nafas berbau sebab mulut kita kering. Oleh itu, pastikan kita minum air secukupnya.

5. Simpan gula-gula dalam poket.

Macam saya sebut di atas tadi, di antara punca nafas berbau ialah disebabkan oleh mulut yang kering. Mungkin sebab dah lama tak makan atau minum. Oleh itu, pastikan anda sentiasa simpan gula-gula dalam poket. Lagi bagus kalau simpan gula-gula yang ada ekstrak pudina. Bila mulut mula berbau, makan gula-gula supaya mulut segar semula.

6. Elakkan makanan yang menyebabkan nafas berbau.

Petai, bawang, bawang putih… itu antara makanan yang akan menyebabkan nafas anda berbau. Seeloknya elakkan makan makanan tersebut. Kalau makan juga, jangan lupa gosok gigi selepas makan.

7. Jaga kesihatan gusi.

Kadang-kadang, ada orang tak sedar bahawa masalah nafas berbau yang dihadapi adalah berpunca dari penyakit gusi yang dihadapi. Gusi yang tak sihat akan menjadi perumah kepada bakteria termasuk bakteria punca nafas berbau. Oleh itu, pastikan gusi anda sihat.

8. Set Nafas Berbau Shaklee.

Set Nafas Berbau Shaklee sememangnya berkesan untuk menghilangkan masalah nafas berbau.

nafas berbau 1 300x180 Cara Hilangkan Nafas Berbau Yang Mudah, Murah Dan Berkesan

Vitamin C membantu menjaga kesihatan gusi dan menyembuhkan penyakit gusi jika ada. Ia juga merupakan ejen detoksifikasi yang bagus

Alfalfa Complex membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau. Alfalfa juga dikenali sebagai egen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia juga membantu  mengawal bau badan dan bau nafas mulut.

Garlic Complex merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan bakteria. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau namun tablet ini tidak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau.

Seperti yang kita ketahui masalah nafas berbau juga berpunca daripada sistem pencernaan yang kurang baik. Herb-lax Shaklee baik untuk pembersihan usus.

Sekarang anda dah tau cara hilangkan nafas berbau yang mudah, murah dan berkesan. Pengambilan Set Nafas Berbau Shaklee akan membantu anda menghilangkan masalah mulut berbau secara total. Anda pasti berpuas hati. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Hilangkan Nafas Berbau Yang Mudah, Murah Dan Berkesan

Punca Kencing Kotor Yang Semua Wanita Wajib Tahu

Kencing kotor boleh berlaku kepada lelaki dan wanita, tetapi ianya lebih kerap berlaku kepada orang perempuan. Mesti anda tertanya-tanya kenapa, kan? Jom saya ceritakan punca kencing kotor yang semua wanita wajib tahu.

Tanda Punca Kencing Kotor 300x222 Punca Kencing Kotor Yang Semua Wanita Wajib Tahu

Punca Kencing Kotor Yang Semua Wanita Wajib Tahu

Kebiasaannya  kencing kotor atau Urinary Tract Infection (UTI)  berlaku tanpa disedari kerana kita tak alert akan tanda-tandanya,  lebih-lebih lagi kencing kotor di kalangan ibu mengandung.  Oleh sebab kencing kotor boleh menjadi bahaya, jom kita elakkan punca kencing kotor yang berikut:

Wanita lebih mudah mendapat kencing kotor kerana saluran kencing yang lebih pendek berbanding orang lelaki. Ia menyebabkan bakteria mudah bergerak dari faraj ke dalam saluran kencing, dan boleh terus bergerak ke buah pinggang.

Kencing kotor berpunca dari bakteria yang terdapat di dubur, dan bakteria tersebut boleh berpindah ke faraj apabila kita membersihkan kemaluan dari belakang ke hadapan. Oleh itu, pastikan anda membasuh dengan betul, iaitu dari depan ke belakang.

Punca kencing kotor yang lain ialah hubungan seks. Zakar atau tangan kotor yang menyentuh kemaluan akan memindahkan bakteria ke kemaluan kita & menyebabkan jangkitan kuman. Oleh itu, pastikan anda suami isteri berada dalam keadaan yang bersih semasa bersama.

Perubahan hormon juga boleh menyebabkan masalah kencing kotor. Perubahan hormon yang mendadak, terutamanya ketika mengandung adalah antara punca utama kencing kotor atau UTI. Ianya adalah perkara yang tak dapat dielakkan.

Spermasid atau alat kontraseptif untuk membunuh sperma juga adalah punca air kencing kotor.

Akhir sekali, anda berisiko untuk mengalami kencing kotor jika sering memasukkan tampon dengan tangan kotor atau membiarkan tampon berada terlalu lama didalam kemaluan.

Tanda Punca Kencing Kotor1 300x210 Punca Kencing Kotor Yang Semua Wanita Wajib Tahu

Apa Nak Buat Kalau Dijangkiti Kencing Kotor?

Jika anda terkena kencing kotor, anda boleh amalkan petua hilangkan kencing kotor yang berkesan dan selamat ini.  Di samping itu, anda juga boleh ambil vitamin Shaklee untuk mengatasi kencing kotor. Oh ya! Jangan sesekali abaikan tanda-tanda kencing kotor.

Set Air Kencing Kotor Shaklee terdiri daripada Alfalfa & Garlic Complex yang berfungsi menghilangkan jangkitan dan dalam masa yang sama mengatasi masalah kencing tak lawas yang dialami.

set kencing kotor shaklee 300x207 Punca Kencing Kotor Yang Semua Wanita Wajib Tahu

Jika anda mengandung, Alfalfa tidak sesuai untuk anda tetapi Garlic Complex adalah selamat untuk anda dan bayi. Alhamdulillah Garlic Complec dah membantu ramai pelanggan saya yang mengandung mengatasi masalah kencing kotor.

Semoga info tentang punca kencing kotor yang semua wanita wajib tahu itu tadi bermanfaat untuk anda. Nak order Set Air Kencing Kotor Shaklee? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Punca Kencing Kotor Yang Semua Wanita Wajib Tahu

Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Hari tu saya ada bercerita tentang tanda peranakan jatuh. Allah! Terkejut saya dengan respons dari para pembaca. Menderu-deru sms dan whatsapp masuk ke telefon saya bertanyakan macam mana nak betulkan peranakan jatuh. Baiklah, seperti yang dijanjikan, kali ni saya kongsikan cara tradisional untuk menaikkan peranakan yang jatuh.

petua menaikkan rahim 293x300 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Cara tradisional yang akan saya kongsikan ini sememangnya telah diamalkan sejak dulu & terbukti berkesan. Jika rahim anda jatuh, bolehlah cuba cara tradisional untuk menaikkan peranakan yang jatuh berikut:

1. Berurut Atau Sengkak Rahim

Cari tukang urut atau bidan yang pandai untuk menaikkan semula peranakan. Ada yang panggil urutan ni Sengkak Rahim. Jika anda mengandung, jangan lupa untuk bagitahu sebelum berurut. Insya Allah bidan tu tahu cara mengurut untuk ibu mengandung.

2. Senaman Kegel

Senaman yang mudah. Caranya kemut seperti anda sedang menahan kencing. Tapi dalam kedudukan yang berikut:

petua menaikkan rahim1 300x220 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Kalau tak boleh buat sendiri, minta bantuan sesiapa untuk tolong pegangkan kaki. Kira 1-20 sambil mengemut. Bernafas seperti biasa. Lepas tu boleh turunkan kaki.  Kira 1-20 dan berehat. Kemudain naikkan kaki semula. Buat setakat yang larat. Jangan paksa diri.

3. Urutan sendiri

Kalau anda tak dapat cari bidan atau tukang urut yang boleh naikkan rahim, untuk sementara waktu anda boleh lakukan urutan sendiri. Cara-caranya ialah:

  • Sapu minyak ke perut & urut perlahan-lahan untuk melembutkan urat perut.
  • Bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan sila angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke sebelah atas ( ke arah pusat).
  • Bengan lembut, urut dari bawah naik ke atas
  • Kalau rasa sengal atau sakit, berhenti dulu dan ulang sehingga anda rasa lega.
  • Rehat seketika sebelum bangun.

4. Bertungku

Bertungku boleh membantu menaikkan peranakan. Semasa bertungku, tolak peranakan anda ke atas dengan gaya seperti mencungkil. Bertungku 2 kali sehari iaitu awal pagi & lewat petang. Seeloknya gunakan batu sungai. Cari batu sungai yang bulat dan tak terlalu berat. Yang penting ialah anda mampu nak pegang batu tu sepanjang peroses bertungku tanpa rasa lenguh.

petua menaikkan rahim2 300x288 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

5. Bertangas

Stim berherba yang masuk ke badan semasa bertangas akan membantu membetulkan semula kedudukan peranakan anda. Jangan lupa untuk bertungku selepas bertangas.

6. Set Menaikkan Rahim Shaklee

Di samping cara-cara tradisional yang saya nyatakan tadi, anda juga boleh menaikkan peranakan dengan mengambil Set Menaikkan Rahim Shaklee. Nak tahu macam mana set ini menbantu peranakan yang jatuh?

menaikkan rahim2 300x193 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

Energizing Soy Protein (ESP) berfungsi untuk menguatkan sel-sel otot rahim supaya otot rahim menjadi kuat semula. Macam mana ia berfungsi? ESP kaya dengan protein yang menjadi makanan utama sel-sel dalam tubuh badan kita. Apabila sel dalam otot rahim mendapat makanan yang berkualiti, ia akan menjadikan otot rahim menjadi kuat & berfungsi dengan baik.

Alfalfa Complex adalah herba yang dipanggil kacip fatimah moden.  Pengambilan Alfalfa dengan dos & aturan makan yang betul akan menjadikan rahim kita kuat & insya Allah membantu menaikkan rahim ke kedudukan yang asal.

Set Menaikkan Rahim Shaklee ini terdiri daripada vitamin semulajadi yang selamat dan sesuai untuk semua wanita, termasuk ibu mengandung. Insya Allah pengambilan set ini secara konsisten akan membantu menaikkan peranakan anda yang jatuh, menguatkan rahim & mengelakkan rahim anda daripada jatuh lagi.

Semoga cara tradisional untuk menaikkan peranakan yang jatuh tadi bermanfaat untuk anda. Nak cuba berikhtiar dengan Set Menaikkan Rahim Shaklee?  Hubungi saya untuk mendapatkannya dengan harga istimewa & konsultasi terbaik.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Cara Tradisional Untuk Menaikkan Peranakan Yang Jatuh

10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Tahukah anda bahawa terdapat jenis makanan tertentu yang mampu meningkatkan tahap kesuburan pasangan suami isteri? Jadi, kalau anda sedang berusaha untuk mengandung bolehlah amalkan 10 makanan untuk cepat mengandung ini.

makanan untuk cepat mengand 300x194 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Selain mengamalkan 10 makanan untuk cepat mengandung ni, anda juga perlu mengetahui bilakah waktu subur isteri dan waktu paling subur suami. Selain mengamalkan petua mudah mengandung dan mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan anda susah mengandung. Nak tahu apakah 10 jenis makanan tersebut?

1. Buah-buahan & sayuran organik

Buah-buahan dan sayuran organik yang dimaksudkan ialah bebas GMO dan bebas racun kimia. Baru-baru ni kita digemparkan dengan berita kematian disebabkan makan epal kan? Jadi, bila nak makan buah pilih buah-buahan tempatan & yang cepat rosak, bukan yang boleh bertahan berbulan-bulan dalam peti ais tanpa rosak.

Begitu juga dengan sayur. Jangan pilih sayur yang hijau & nampak perfect. Cari yang ada kesan dimakan ulat. Kalau anda makan hasil tanaman sendiri lagi bagus. Terjamin bebas racun & bahan kimia berbahaya.

2. Makanan Tinggi Serat

Serat membantu pergerakan usus berjalan dengan lancar sekali gus membuang semua toksin yang ada dalam badan. Di antara makanan tinggi serat ialah bijirin, kekacang, gandum, nasi, dan roti berasaskan gandum. Nak detoks dengan mudah? Anda boleh amalkan Alfalfa Shaklee.

3. Bayam

Bayam hijau mengandungi antioksida, zat besi & folik asid yang membantu meningkatkan kesuburan dengan cara membantu sistem reproduksi berfungsi dengan baik.

4.  Folik asid

Pengambilan Folik Asid membantu meningkatkan kualiti sel telur yang dihasilkan setiap bulan, dan secara automatik meningkatkan kesuburan anda suami isteri.

Folik Asid boleh didapati dari kacang soya, kuning telur, kubis, asparagus, ubi bit, pisang, brokoli, dan sebagainya. Kalau anda kurang makan sayur, boleh amalkan B Complex Shaklee. Cuma ambil satu biji sehari, mudah sangat.

5. Makanan yang melancarkan kitaran haid

Antara punca utama susah untuk mengandung ialah masalah kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur menyebabkan sukar untuk mengetahui bilakah waktu subur. Oleh itu anda boleh amalkan makanan yang membantu memebetulkan kitaran haid seperti kentang  manis, kacang peas, carrot, dan sebagainya.

makanan untuk cepat mengand1 300x211 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Anda juga boleh mengambil GLA Complex dan Alfalfa Shaklee untuk membetulkan kitaran haid anda. Dengan aturan makan dan dos yang betul, biasanya haid anda akan teratur selepas 2 bulan.

6. Makanan kaya dengan vitamin C

Vitamin C membantu meningkatkan daya imuniti badan, menjadikan badan kuat dari sebarang jangkitan. Secara automatik sel benih kita juga akan menjadi semakin kuat. Vitamin C boleh didapati dari buah-buahan sitrus seperti oren, limau. Juga dari brokoli, kubis, pisang, buah pear, labu, dan sebagainya.

7. Produk tenusu

Ia bukan sahaja membekalkan kalsium, tetapi juga membantu meningkatkan kesuburan. Di antara produk tenusu yang mudah didapati ialah dari susu segar, yogurt, dadih, dan keju.

8. Kekacang

Kekacang kaya dengan omega 3 yang membantu meningkatkan kualiti benih dan kesuburan anda. Bila lapar dan rasa nak mengunyah, makan kekacang. Bukannya jajan atau makanan segera.

9. Elakkan makanan “panas”, “sejuk” dan “tajam”

Kenal-pasti apakah makanan yang termasuk dalam katergori di atas dan elakkan dari menu seharian. Contoh makanan panas ialah makanan mempunyai ragi seperti tapai. Makanan tajam ialah seperti nenas, air tebu, dan air coke. Sementara makanan panas sejuk ialah cendawan, keladi, dan betik.

10. Makanan tambahan untuk meningkatkan kesuburan

Set Kesuburan Shaklee sememangnya terbukti berkesan membantu meningkatkan kesuburan suami isteri supaya mudah mengandung. Jom tengok testimoni mereka yang berjaya mengandung dengan Set Kesuburan Shaklee.

Kalau anda dah ambil Set Kesuburan Shaklee tapi masih belum mengandung, anda boleh jawab beberapa soalan di sini untuk mendapatkan jawapan kenapa anda masih belum mendapat berita gembira.

ebook 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Nak Ebook ni secara percuma? Hubungi saya di talian 012-9025232 sekarang!

Anda nak mengandung? Jangan lupa masukkan 10 makanan untuk cepat mengandung di atas ke dalam menu harian anda. Kalau anda ambil Set Kesuburan Shaklee, insya Allah peluang anda untuk mengandung akan semakin cerah. Nak order? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

pixel 10 Makanan Untuk Cepat Mengandung

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.