Pengedar Shaklee pilihan anda. Memberikan khidmat konsultasi terbaik untuk anda.

Pengedar Shaklee pilihan anda. Memberikan khidmat konsultasi terbaik untuk anda.

Kenapa Perlu Memilih Vitamin C Shaklee Berbanding Vitamin C Jenama Lain?

Tahukah anda, bahawa Vitamin C sangat penting kepada tubuh badan? Namun malangnya tubuh badan kita tidak dapat hasilkan sendiri vitamin C. Justeru, kita kena perlu mengambilnya daripada sumber makanan harian ataupun suplemen.

Info mengenai vitamin C yang perlu anda tahu…

  • Vitamin C merupakan vitamin larut air. Jadi, jika diambil berlebihan, ianya tidak dapat disimpan di dalam badan sebaliknya dikumuhkan melalui air kencing.
  • Vitamin C tidak dapat disimpan dalam badan selama-lamanya.
  • Vitamin C sangat mudah hilang melalui aktiviti-aktiviti sel badan.
  • Vitamin C yang dibekalkan pada tubuh pada dos yang tinggi tidak dapat diserap oleh badan sepenuhnya pada satu masa serentak. Tubuh badan hanya menyerap Vitamin C yang hanya diperlukan pada waktu itu. Selebihnya akan dikumuhkan dan dikeluarkan melalui air kencing.
  • Vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita. Jadi, ianya perlu didapatkan daripada sumber makanan yang berkhasiat daripada luar dan mengamalkan makan vitamin C shaklee.
  • Vitamin C menyumbang kepada pembentukan kolagen oleh sel-sel dimana mereka bergabung bersama dan membentuk lapisan pertahanan tisu.Tisu memainkan peranan penting dalam menyokong organ-organ dan pembaikan apabila rosak. Kolagen menyokong tisu untuk menyambung tendon, ligamen, kulit, tulang, gigi, tulang rawan, saluran darah, dan banyak bahagian-bahagian badan yang lain. Ini menunjukkan manfaat yang besar fungsi tubuh bila  vitamin C ini sentiasa dibekalkan.

Perbezaan Vitamin C Shaklee

√ Sumber Vita-C Shaklee 500mg adalah 100% vitamin semulajadi.
√ Vitamin C Shaklee menggunakan sistem pelepasan berperingkat (sustained release). Dengan pelepasan berperingkat, ianya dapat membantu menyalurkan vita-C secara berterusan bersesuaian keperluan badan dan memberi perlindungan lebih lama kepada sel-sel tubuh.
√ 1 tablet Vita-C Shaklee 500mg = 7 ½ biji (termasuk bijinya) oren califonia yang baru dipetik.
√ Vitamin C Shaklee adalah daripada ekstrak jagung, maka ianya sesuai untuk pesakit gastrik
√ Ujian klinikal membuktikan 2 tablet vita-C mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Hebatkan? 😁
√ Vita-C Shaklee juga mampu mencerahkan kulit, menghasilkan kolagen, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.
√ Selain itu, ia juga membantu dalam menyokong kesihatan tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

 

 

Vitamin C Untuk Cantik

Siapa tak nak cantik Kan?
Semua nak cantik..
Jom cantik secara sihat dan selamat..

Macam mana vitamin C boleh cantik?

Dengan membantu pembentukan kolagen. Perkataan KOLAGEN ni datang dari Yunani yang bermaksud LEKAT atau bersifat pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulit mereka lebih licin, tegang dan cantik, malah cepat sembuh kerana ia membantuk perhubungan (lekat) tisu badan yang kuat.

Habis Tu, Vitamin C Untuk Cantik Je Ke?

Owh bukan..

Awak ambil vitamin C awak dapat banyak manfaat tau.
Multipurpose & lelaki perempuan pun boleh ambil.

Terkenal sebagai antioksida, bermakna membantu menghalang kemasukan radikal bebas..
Turut membantu fungsi kolagen dalam baikpulih luka, kulit yang lebih sihat dan anjal, tulang, gigi, gusi serta sistem peredaran darah yang baik.
Vitamin C juga membantu meningkatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit dengan menambah bilangan “tentera sel darah” melawan penyakit.

Selain itu, kelebihan vitamin C Shaklee yang lain adalah
➡ Peningkatan Sistem Imun – membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkat pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga memerangi simptom selsema.
➡ Berperanan dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon (hormone fungsi imun).
➡ Memperbaiki Insomnia – Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah metal seperti keresahan.

1 vitamin banyak kegunaan.
Seronok kan?

Untuk bulan ni, ada promosi tau!
Beli 3, dapat diskaun 5%.

Untuk dapatkan Vitamin C Shaklee, boleh klik terus pada butang di bawah.

 

Set Kesuburan Shaklee Untuk Suami Isteri

Zaman sekarang ni kes-kes yang melibatkan kesuburan dan permasalahan dalaman sama ada wanita mahupun lelaki semakin meningkatkan. Punca paling utama ialah makanan seharian selain gaya hidup tidak sihat serta masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia.

Menurut sumber yang dipercayai, kira-kira 1 dalam 10 pasangan suami isteri akan mengalami kesukaran untuk mengandung.

Set Kesuburan Shaklee adalah gabungan beberapa vitamin penting yang berfungsi untuk menambah kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan dan kebolehan untuk mengandung. Vitamin-vitamin ini sangat mustahak untuk melengkapkan kekurangan zat pada tubuh dan mengoptimumkan fungsi pembiakan  dan tubuh secara keseluruhannya.

It Takes Two To Tango

Dah kahwin bertahun-tahun, tapi belum lagi dapat cahaya mata..
Dah ikhtiar lama dah, belum juga dapat anak..
Dah macam-macam cara cuba, tapi belum ada rezeki..

Tapi, semuanya macam dok tuding jari kat isteri.
Konon, isterilah penyebab kegagalan untuk mendapat zuriat.
Isterilah yang MANDUL!

Amboiiiiii…
Memang senang kot salahkan orang lain…

Come on man….
Anak itu rezeki..
Namun yang kita boleh buat adalah ikhtiar sebaiknya..
Dan ikhtiar ini pula, bukan dari sebelah pihak saja…
Nak kena kedua-dua tau..
It takes two to tango!

Mana awak tau kot sperma awak yang sikit?
Mana awak tau kot sperma awak yang lemah?
Mana awak tau kot sperma awak yang cacat?
Mana awak tau kot sperma awak yang takde tenaga?
Dan 1001 macam lagi tau boleh jadi kat sperma awak tu…

Oppppsss jangan sentap tau bang!
Yang baca artikel ni, saya pasti bukan jenis yang ego melangit..
Sebab tu anda ikhtiar untuk cari tips-tips dan petua-petua yang boleh diamalkan untuk meningkatkan kesuburan.
Kan kan kan…

So, ikhtiar dua-dua adalah cara yang sebaiknya..
Bukan isteri je yang usaha macam-macam makan tu makan ni buat tu buat ni tapi suami buat derkkkk je…
No no no ok!

Set Kesuburan Shaklee

Untuk lelaki, anda sangat disarankan untuk mengambil ketiga-tiga jenis suplemen ini.

😎 ZINC
– membentuk sperma yang sihat dan berkualiti
– menghasilkan sperma yang sihat
– meningkatkan paras testosteron dan semen lelaki
– membantu menangani gangguan prostat
– meningkatkan kemampuan seks lelaki
.
😎 CoQTrol
– memberi tenaga kepada sperma supaya lebih kuat
– meningkatkan keupayaan kepada sperma supaya dapat berenang lebih pantas
– menambahkan jumlah CoQ10 pada bahagian leher sperma supaya dapat menembusi telur dengan lebih mudah
.
😎 Vitamin E
– sebagai antioksida untuk menepis segala radikal bebas yang boleh merosakkan sperma
– menambahkan bilangan sperma
– menyuburkan organ reproduksi
– mengandungi Selenium yang sangat membantu dalam hubungan seksual lelaki


Manakala untuk isteri, ketiga-tiga suplemen ini sangat membantu dalam meningkatkan kadar kesuburan anda, dan menyediakan tubuh anda dengan nutrisi sebaiknya bagi kehamilan anda.

 

👶GLA Complex
– sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS).
– GLA (Gamma Linolenic Acid) dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti yang berfungsi untuk melindungi & memudahkan sperma berenang ke ovum.

👶ESP (Protein)
– Protein ialah makanan asas kepada sel.
– Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin.
– Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein.
– Protein juga dapat membantu menguatkan rahim

👶B-Complex (Asid Folik)
– Asid Folik penting bagi hari-hari pertama persenyawaan sperma dan ovum dalam rahim, bagi membentuk saraf tunjang bayi
– Ketidakcukupan asid folik dapat merisikokan berlakunya kecacatan pada bayi

 

Video di bawah menerangkan kenapa Asid Folik penting untuk diambil sebelum seseorang wanita itu hamil.

Tips Untuk Meningkatkan Kesuburan

Untuk anda mendapatkan Set Kesuburan Shaklee ini, boleh dapatkan dengan cara membuat tempahan pada butang di bawah.

 

Shaklee: Peluang Bisnes Modal Rendah Pulangan Hebat

Puisi Untuk Ayah Bonda…..

Kali ini, cuti lama..
Bersambung-sambung pula cutinya..
Daripada cuti keputeraan, membawa kepada cuti awal Muharram kemudian bersambung pula dengan cuti sempena Hari Malaysia…
.
Anak-anak dah mula bertanya..
Kita tak pergi ke mana-mana ke?
Kawan-kawan semua berjalan merata..
Kita terperap di rumah sahaja…
.
Duhai anak..
Luluh betul hati bonda..
Bukan kita tak mahu ke mana-mana..
Namun wang yang ada semput-semput sahaja..
Mustahil kita untuk ke sini sana..
.
😣😣😣😣😣😣
.
Sedih sangat rasanya..
Bila kita rasa kita tak mampu untuk tunaikan permintaan anakanda..
Walaupun permintaan itu hanya muncul sekali sekala..
.
Bukan kita tak usaha..
Kerja siang malam membanting segenap tulang yang ada..
Namun pendapatan hanya biasa-biasa..
Tak bertambah pun menjadi luar biasa..
Yang ada hanyalah setakat itu sahaja..
.
Jomlah ibu dan ayah semua..
Kita rebut peluang yang ada..
Dengan Shaklee, boleh berbisnes di mana-mana..
Tak perlu buka kedai, tak perlu borong stok segala..
Modal yang perlu juga tidaklah sebesar mana..
Hanya RM75 sahaja..
.
Jangan lagi bazirkan masa yang ada..
Anak-anak semakin membesar, kita pula semakin menua..
Masa sememangnya tak menunggu kita..
Ambillah peluang, sementara masa masih ada..

 

Hubungi 👉🏻Efie 019-9890707 untuk memulakan bisnes Shaklee hari ini juga.

 

Set Hamil Shaklee -Vitamin Yang Patut Diamalkan Oleh Setiap Ibu Mengandung

Kebiasaannya, apabila kita hamil, klinik akan membekalkan kita dengan beberapa jenis vitamin. Antaranya adalah obimin, asid folik, vitamin C dan juga pil kalsium…

Betul tak?
Samada klinik berbayar mahupun klinik kerajaan, inilah senarai vitamin yang biasanya mereka bekalkan kepada setiap ibu hamil.

Penting Ke Makan Vitamin Semasa Hamil?

Apa perlunya kesemua pil untuk ibu hamil?
Perlu ke makan banyak-banyak jenis vitamin ni?

Ada yang beranngapan, makan vitamin ni boleh menyebabkan bayi dalam kandungan besar. Maka ramai yang menolak untuk makan vitamin. Bukan  menolak secara terang-terangan, sebab risau kena marah dengan nurse hehehehe. Mereka tetap mengambil vitamin-vitamin tersebut pulang ke rumah, tapi diorang tak makan. Last-last, ke tong sampah jua vitamin-vitamin tersebut. Sangat menyedihkan. Membazir..

Jangan begitu.
Vitamin sangat penting untuk diambil oleh setiap ibu hamil.
Jangan merisikokan bayi anda, semata-mata anda percayakan mitos bahawa makan vitamin boleh menyebabkan bayi besar.
Makan vitamin bayi tak besar dari sepatutnya ya. Bayi boleh besar dari yang sepatutnya sekiranya ibu mengamalkan makanan yang tak seimbang semasa hamil, seperti makanan terproses dan juga makanan yang sangat tinggi kalori tapi nutrisinya kurang seperti aiskrim, coklat, kek dan lain-lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tahukah anda, ibu yang mempunyai GDM (kencing manis semasa hamil) juga berisiko untuk melahirkan bayi yang besar?

Sebenarnya, suplemen semasa hamil ini, selain untuk memberikan nutrisi kepada ibu, ianya juga adalah untuk bayi dalam kandungan..
Ini kerana, bayi dalam kandungan bergantung sepenuhnya kepada nutrisi yang dibekalkan oleh ibu melalui tali pusat….

Namun.. Tidak semua ibu hamil mengambil nutrisi secukupnya sepanjang tempoh 9bulan ini…
Sebab itulah doktor biasanya akan membekalkan pil-pil ini kepada ibu agar bayi dalam kandungan tidak menghadapi masalah kekurangan nutrisi sepanjang berada di dalam rahim ibunya..
Kekurangan nutrisi ini boleh menyebabkan bayi menghadapi masalah bukan sahaja ketika masih dalam kandungan, malah selepas dilahirkan juga..
Sudah tentu ibu-ibu tidak mahu bayi anda menghadapi sebarang masalah, kan? 😉

Set Hamil Shaklee

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Shaklee juga mempunyai supplemen yang boleh membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil dan bayi dalam kandungan…

🥝 Vitalea : multivitamin yang mempunyai 28jenis vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh orang dewasa. Juga mengandungi IRON (zat besi) yang sangat diperlukan oleh sel darah merah
🍒 B Complex : selain lengkap dengan kesemua jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan, ia juga mengandungi ASID FOLIK yang boleh membantu mencegah masalah KECACATAN SARAF TUNJANG DAN OTAK bayi
🍋 Vitamin C : menyokong pembentukan SEL DARAH MERAH, mengelakkan masalah alergik kepada bayi, serta membantu menguatkan sistem imunisasi ibu dan bayi
🥦 Ostematrix : pil KALSIUM yang turut dilengkapi dengan MAGNESIUM, BORON, VITAMIN D, ZINK dan sebagainya..membantu ibu dari menghadapi masalah sakit gigi, kejang kaki dan sembelit sepanjang kehamilan
🐟 OmegaGuard : minyak ikan yang mengandungi OMEGA 3, EPA dan DHA. Bagus untuk merangsang perkembangan otak bayi.
🥔 ESP : sumber PROTEIN terbaik daripada kacang soya. Dapat memberikan ibu tenaga untuk mengatasi hari-hari meletihkan sepanjang kehamilan.

Beza Set Hamil Shaklee berbanding dengan vitamin-vitamin jenama lain, Shaklee merupakan vitamin yang berasaskan bahan-bahan semulajadi, juga diproses secara semulajadi demi menghasillkan vitamin yang terbaik dan berkesan untuk kita. Ianya dikaji dan diuji oleh barisan saintis yang terkemuka, dan hasil kajian ini sememangnya disokong secara saintifik.

Maka, ternyata set hamil Shaklee ini merupakan pilihan TERBAIK untuk ibu dan bayi, malah ianya juga boleh diambil ketika dalam pantang..
Ditambah pula dengan promosi sepanjang bulan SEPTEMBER ini, sememangnya BERBALOI-BALOI….
Jom dapatkan set hamil Shaklee ini dan dapatkn beg “Why I Love Shaklee” secara PERCUMA!

Klik sahaja pada butang di bawah untuk membuat tempahan.


 

 

Ubat Sembelit Yang Berkesan Dan Cepat

Bila bercakap tentang SEMBELIT ni kan, rata-rata ibu yang baru lepas bersalin mesti akan mengalami SEMBELIT.
Betul tak?

Saya sendiri pun, rasa trauma bila kenangkan masa lepas bersalin anak pertama dulu. Sembelit yakmaattttt huhuhu.. Masa tu kita takde pengalaman lagi, anak sulung kan. Berpantang pulak dekat rumah keluarga yang agak totok sedikit perihal berpantang ni. Buah sayur semua memang tak boleh makan. Itu pun ada jugak saya curi-curi mintak husband belikan, pastu sorok makan dalam bilik hahahahaha.

Tapi memang nak membuang tu seksa betul. Sengsara. Memang sampai kena beli ubat kat farmnasi untuk bagi be**k. Hihihi. Lepas sebulan tau baru ok. Baru dapat membuang dengan nikmat. Hahahahaha..

Bahaya Ke Sembelit?

Sembelit ni memang kita tak boleh nak pandang ringan tau. Mana tak nya.. Kalau kita nak biarkan benda-benda bertoksin tu lama dalam tubuh badan kita, nanti macam-macam penyakit lain pulak yang datang merisik kan?

Hmmmp!

Bagaimana Shaklee Dapat Membantu?

Biasanya, untuk orang yang ada masalah sembelit yang biasa-biasa ni (tak kritikal), kami akan cadangkan untuk mengambil Ostematrix.
Kalau ada masalah sembelit tahap teruk sangat tu, kami cadangkan untuk ambil HerbLax. HerbLax ni bersifat sebagai julap semulajadi, kerana di dalamnya terkandung herba Senna (Daun Gelenggang) yang terkenal sejak zaman dahulukala untuk melawaskan pembuangan. Untuk anak-anak pula, kami cadangkan Mealshakes kerana Mealshakes ini berbentuk serbuk dan boleh dibancuh sebagai minuman ataupun dicampur ke dalam susu.

Kali ni, kita fokus kepada Ostematrix.
Untuk masalah sembelit yang tak kronik, di kalangan orang dewasa.

Ostematrix ni sebenarnya kalsium.
So, macamana kalsium boleh membantu pulak dalam melawaskan pembuangan?
Pelik jugak kan? Hihihi…

Padahal Ostematrix ni bekalkan kalsium dalam badan.
Apa kaitannya dapat melawaskan pulak?
Haaaaa…
Sebenarnya ramai yang tak tahu yang OSTEMATRIX SHAKLEE bukanlah sekadar kalsium. Maknanya, dalam Ostematrix Shaklee bukan saja ada kalsium, tapi ada jugak magnesium. Selain berfungsi untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang, magnesium ni jugak lah yang berfungsi untuk pelawasan tu. 😁

Manfaat Magnesium yang perlu anda tahu :-
✅ Membantu melegakan otot dalam usus supaya otot usus itu menjadi lembut dan menghapuskan sembelit.
✅ Membantu melembutkan najis-najis dalam usus.

Jadi….
Bila kita ambil Ostematrix ni sebagai salah satu supplemen untuk kekuatan tulang kita, secara tak langsung ianya akan dapat melawaskan pembuangan kita juga..

 

Wah!! 😍
Best kan? 2 dalam 1 gitew..!
Lagi best kalau anda grab sepanjang bulan September ni.. Apa tak nya, Shaklee bagi promo yang hebat untuk anda semua..
Beli 3 botol Ostematrix Shaklee jimat 5%..

Selesaikan masalah sembelit anda sekarang juga.
Klik butang di bawah untuk membuat pembelian.

 

Ubat Sakit Sendi Tanpa Kesan Sampingan

Sakit lutut adalah sakit orang tua!
No. Salah sama sekali.
Kita selalu mengaitkannya dengan orang yang lebih tua. Padahal, sebenarnya faktor usia bukanlah sebab utama kepada sakit sendi.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada berlakunya masalah pada sendi. Postur badan yang sentiasa tidak betul (kerap memakai kasut tumit tinggi, membawa beban yang berat, lebihan berat badan dan pelbagai faktor lain termasuklah proses penuaan itu sendiri juga mendorong kepada berlakunya masalah pada sendi.

 

Gaya hidup tidak sihat, amalan pemakanan yang tidak seimbang dan kurang pengambilan nutrien juga boleh menyebabkan beberapa ancaman penyakit sendi seperti Arthritis.

Tahukah anda, 1:5 daripada rakyat Malaysia menghidap Arthritis?

Apa itu Arthritis?

🐞 Rheumatoid Arthritis
Keradangan yang berlaku apabila bendalir Sinovia (pelincir di dalam sendi) diserang oleh sel darah putih teraktif, menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir.

🐞 Osteoarthritis
Kemerosotan tulang rawan yang menyebabkan kesakitan apabila tulang bergesel antara satu sama lain.

Selain daripada 2 jenis penyakit arthritis di atas, seliuh dan juga tendinitis juga merupakan tanda-tanda sendi yang tidak sihat.

🦋 Seliuh
Kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi
Bila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau koyak, maka sendi akan menjadi sakit atau bengkak

🦋 Tendinitis
Keradangan, kegatalan dan bengkak pada tendon. Tendon hilang keanjalan akibat kecederaan, penggunaan berlebihan dan penuaan.

Bagaimana Mengurangkan Risiko Daripada Terjadinya Masalah Penyakit Sendi?

Antara cara yang diambil untuk merawat masalah sakit sendi ini adalah dengan melalui suntikan ataupun pembedahan. Namun, suntikan yang diambil oleh pesakit hanya mengurangkan rasa kesakitan pada tempoh yang singkat. Pembedahan pula biasanya melibatkan kos yang mahal, dan pergerakan yang terhad.

Jadi, sebelum sendi mula sakit, berikan nutrien yang sepatutnya untuk sendi-sendi kita, supaya ianya dapat berfungsi dengan baik.

SET KESIHATAN SENDI SHAKLEE bukanlah suplemen yang hanya dikhaskan untuk orang tua yang mengalami sakit sendi sahaja. Malah ia baik untuk orang muda yang ingin menjaga kesihatan sendi dan tulang sebelum ditimpa sakit.

Shaklee mencadangkan satu kaedah diet yang kaya dengan kalsium dan asid lemak penting untuk membantu menyokong tulang dan sendi-sendi yang sihat melalui;

 Omega 3
– Melambatkan degradasi tulang rawan.
– Omega 3 yang bersifat anti-radang, dapat emngurangakn reaksi keradangan pada sendi-sendi, dan mengurangkan gejala pada penyakit sendi.
– Omega 3 juga bersifat sebagai pelincir, dan membantu untuk bergerak lebih bebas.

Kalsium
– Kajian menunjukkan pengambilan kalsium bukan sahaja membantu menguatkan tulang, tetapi turut membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Collagen Powder
– Collagen bukan sahaja untuk kecantikan, namun penting untuk kesihatan sendi.
– Collagen penting untuk pembentukan tulang rawan

Cegah risiko untuk penyakit sendi, sebelum ia mula menunjukkan tanda.

Dapatkan suplemen untuk kesihatan sendi anda sekarang.
Klik terus pada butang di bawah.

 

Tips Untuk Kekal Awet Muda

Setiap wanita pasti impikan wajah yang kelihatan awet muda walaupun usia semakin bertambah, bukan?
Tiada yang mustahil sebenarnya untuk kita melambatkan proses penuaan. Bukan melawan fitrah alam, namun biar proses penuaan itu berlaku secara sihat. Dan juga tidak menua sebelum masanya.

Penuaan merujuk kepada sel-sel tubuh badan manusia yang semakin berusia seiring dengan pertambahan usia. Penuaan sel menyebabkan sel-sel mula rosak dan akhirnya mati dan kesan penuaan akan mula kelihatan pada wajah dan tubuh badan kita.

Bagaimana cara untuk kita melambatkan proses penuaan sel?

Dengan pengambilan supplemen yang kaya polifenol dan resveratrol, kita dapat merealisasikan impian untuk melambatkan proses penuaan sel.

Dan tahukah anda, VIVIX lah jawapan yang anda cari!
Kerana, VIVIX sangat kaya dengan polifenol dan resveratrol.

Kenapa VIVIX?

Di dalam kajian makmal, gabungan polifenol dari 4 ramuan utama Vivix boleh :-

√ Bantu lindungi sel dan baiki DNA dan melawan radikal bebas serta pastikan sel sentiasa sihat.
√ Mengaktifkan pengawalan genetik utama yang melambatkan proses penuaan.
√ Tingkatkan tenaga sel dengan menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria.
√ Optimumkan prestasi sel dengan melambatkan pembentukan protein AGE.

Penuaan ini tak dapat dielakkan, tetapi anda ada pilihan untuk melambatkan proses penuaan dengan mengambil pendekatan pelindungan kepada penuaan..

Nak supplemen yang kaya dengan polifenol dan resveratrol seperti yang terkandung di dalam VIVIX tak?

Klik terus pada butang di bawah.

Cara Untuk Menurunkan Kadar Kolestrol Yang Tinggi Dalam Badan

Satu yang orang sering tersalah sangka – orang gemuk kolestrol tinggi orang kurus kolestrol rendah..
Salah tu tau..
Sebab, orang kurus pun ramai je yang punyai masalah kolestrol yang tinggi..
Dan, orang kurus ni lah yang lebih berpotensi untuk tak sedar pun bahawasanya beliau ada masalah kolestrol tinggi dalam badan, sebab orang yang kurus ni ingat mereka lebih sihat berbanding orang yang punya masalah berlebihan berat badan..

Tapi…
Bila buat medical checkup..
Mereka sangkut kat bacaan kolestrol…
Paras triglycerides (TG) dan Low Density Lipoprotein (LDL) lebih dari paras yang normal…

Kenapa Boleh Jadi Tinggi Kolestrol?

Dengan cara hidup zaman sekarang..
Gaya pemakanan yang tidak mengikut piramid mahupun sukatan suku-suku separuh..
Kekangan masa untuk bersenam..
Memang ramai dah yang alami keadaan macam ni…
Malah kes kematian mengejut disebabkan serangan jantung juga sangat kerap kita dengar…
Yang mana kebanyakkannya adalah disebabkan arteri sempit ataupun tersumbat dek kolestrol yang mendap di dinding arteri..
Bahaya sangat…
Bukan itu sahaja…
Masalah ini sebenarnya boleh juga berlaku pada organ lain seperti otak, buah pinggang mahupun usus kita..
Jadi..
Wajib sangat sebenarnya kita pantau tahap kolestrol kita dari awal…

Bagaimana kita nak tau yang badan kita menghadapi masalah ini jika tak sempat sangat nak buat checkup?

Petanda paling mudah antaranya ialah…

 lemak yang berkumpul di bahagian bawah kulit dan biasanya di kawasan bawah mata yang dikenali sebagai xanthelasma
 bonjolan lemak di bahagian lain di bawah kulit seperti di siku, sendi tangan mahupun pergelangan kaki…

 simptom ini biasanya adalah atas faktor genetik

Cara paling mudah untuk mengawal kolestrol ini ialah dengan pengambilan ubat..
Namun..
Pengambilan ubat secara berterusan mungkin boleh menimbulkan masalah yang lain pula…
Dan…
Ubat ini juga mempunyai kos yang tinggi, serta apabila pengambilan ubat ini dihentikan, potensi masalah kolestrol ini berulang tetap ada…

Jadi, cara yang paling mudah ialah dengan merawat dari punca..
Iaitu dengan mengubah cara hidup, pemakanan serta mengamalkan senaman sekurangnya 3-4 kali seminggu…
Anda juga boleh tambahkan pengambilan vitamin dalam diet sehari anda..
Pilihlah vitamin yang diperbuat dari bahan semulajadi dan mampu menampung kekosongan dalam keperluan nutrisi anda…

Bagaimana Shaklee Dapat Membantu?

Di Shaklee, kita ada 3 jenis vitamin yang mampu membantu anda yang menghadapi masalah kolestrol @ sekadar nak kontrol tahap kolestrol dalam badan…
Iaitu…

🎤 Phytocol ST
– dirumus dari beberapa jenis fitosterol asli yang aktif dari tumbuhan, buahan, sayuran dan bijiran
– membekalkan 2,000mg fitosterol tumbuhan setiap hari
– fitosterol tumbuhan terbukti secara klinikal mampu mengurangkan kolestrol
– fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang mana kedua elemen ini mampu menghalang kolestrol jahat dan akan merendahkan paras kolestrol yang masuk ke dalam arteri kita

🎤Omegaguards
– minyak ikan terbaik yang mengandungi asid lemak omega 3 yang terbukti mampu membantu memelihara tekanan darah serta paras TG yang normal

🎤Lecithin
– merupakan pengemulsi semulajadi yang boleh melekat pada lemak seterusnya mengelakkan lemak tadi termendap pada arteri

 

 

Kesemua vitamin di atas adalah HALAL, mudah DITELAN, malah langsung tiada bahan PENGAWET tambahan..
Jadi..
Ianya sangat baik dan mampu membantu anda mencegah dari diserang penyakit yang berkaitan kolestrol ini…
Jom segera dapat set vitamin ini…
Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati..😉

Untuk dapatkan vitamin Set Kolestrol ini, boleh terus klik pada butang di bawah.



Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil

Pernah tak anda alami masalah kekejangan kaki masa hamil?

Tengah syok tidur, tiba-tiba rasa cramp? Kadang-kadang cramp tu sakit sangat – menjalar naik sehingga ke pinggang?

Saya pernah… Huhuhuhu…
Sakit sangat-sangat. Tambah-tambah pulak masa tu suami takde. Kami PJJ. Kalau ada suami, boleh mintak tolong urutkan. Bisa dia tu sampai keesokan hari pun terasa lagi tau.. Ngeri kalau ingatkan balik. Biasanya bila makin sarat kehamilan, makin bertambah kerap cramp tu boleh berlaku.

Tahu tak, sebenarnya antara punca berlakunya cramp kaki / simpul biawak / tarik mengkarung atau macam-macam lagi lah nama yang diberi bagi masalah kejang kaki semasa hamil ni, adalah salah satunya kekurangan kalsium dalam badan.


Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil

Selain daripada untuk mengurangkan risiko terjadinya simpul biawak ni, banyak lagi sebab kenapa kalsium sepatutnya diamalkan oleh ibu hamil. Kalsium sebenarnya memang dah ada dalam badan kita, namun ianya akan semakin berkurangan seiring dengan usia. Tambahan pula, proses mengandung dan menyusukan anak amat memerlukan kalsium yang banyak.

  • Membantu menguatkan tulang ibu dan bayi
  • Penting untuk proses pembekuan darah
  • Untuk menstabilkan transmisi impuls saraf dan merehatkan otot semasa contraction ketika proses bersalin
  • Mengurangkan risiko berlakunya pre-ekslampsia
  • Membantu dalam proses menyusukan anak

Keunikan Ostematrix Shaklee

Bukan sahaja mengandungi Kalsium, namun turut lengkap dengan Magnesium, Vitamin D dan beberapa mineral lain yang penting untuk proses penyerapan kalsium secara optimum dalam badan.

Untuk dapatkan Ostematrix Shaklee, boleh terus klik pada butang di bawah.


Tips Mengurangkan Kolestrol Dalam Badan

Malaysia merupakan syurga makanan. Makanan sedap-sedap, dengan tersangat banyak pilihan yang ada. Pilih saja apa makanan yang anda berkenan – Melayu – Cina – India – Thai – Indonesia – Arab semua ada. Namun malangnya, kebanyakan makanan ini merupakan makanan yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. Tengok sahaja senarai makanan myang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia – roti canai, teh tarik, sup tulang, sate, seafood, fast food – semua makanan ini merupakan makanan yang tinggi kolestrol.

Kebanyakan daripada kita juga jarang makan sayuran dan serat yang cukup. Contohnya, jika makan nasi lemak, cukup hanya dengan dua keping timun sahaja. Itupun adakalanya turut dikuis ke tepi. Padahal, bahagian untuk serat sepatutnya memenuhi separuh daripada pinggan kita. Separuh lagi untuk karbohidrat dan protein. Namun, jarang yang mempraktikkan makan secara begini.

Kolestrol sebenarnya perlu untuk penghasilan hormon dan Vitamin D dalam badan, serta untuk proses pencernaan. Namun, badan sebenarnya dah dapat menyumbangkan kolestrol untuk keperluan tugas itu. Masalah yang berlaku adalah, apabila kolestrol berlebihan akibat daripada pengambilanb makanan yang tinggi kolestrol secara berlebihan.

BUKAN LAGI PENYAKIT ORANG TUA 😣

Statistik di Malaysia menunjukkan 1 daripada 3 orang dewasa menghidap kadar kolestrol yang tinggi dalam badan. Juga turut menunjukkan risiko kematian rakyat Malaysia disebabkan oleh penyakit jantung juga adalah 1:3 orang.

Biasanya, kita beranggapan bahawa penyakit jantung ini adalah penyakit yang dihadapi oleh orang-orang tua. Namun ternyata anggapan kita itu silap. Hani Mohsin Hanafi (pelakon), meninggal dunia semasa usianya 43 tahun akibat serangan jantung. Ok, itu dah agak berumur.

Kita tengok pula JackyNg Kiat Kee (pemain bola keranjang negara), meninggal dunia juga akibat serangan jantung pada usia hanya 25 tahun. Sangat muda kan? Itu menunjukkan serangan jantung ini tak mengenal usia, kerana ianya boleh menyerang sesiapa sahaja.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada serangan jantung adalah TINGGINYA KOLESTROL DALAM BADAN‼

Sesorang itu berisiko untuk menghidap tinggi kolestrol sekiranya:

📛 Kuat merokok
📛 Berlebihan berat badan
📛 Selalu mengalami tekanan
📛 Hati yang tidak sihat
📛 Makanan

Makanan merupakan faktor utama yang menyumbang ke arah tingginya kadar kolestrol dalam badan. American Heart Association (AHA) menyarankan seorang dewasa yang normal hanya dibolehkan mengambil kurang dari 300mg kolestrol sehari, manakala bagi individu yang ada penyakit jantung, tidak boleh mengambil lebih dari 200mg sehari.

Tapi, nilai kolestrol makanan kita?
Tepuk dada, fikirlah sendiri 😪

So, apa pilihan kita ada?

Selain daripada menjaga corak pemakanan kita, bersenam secara berkala kita juga turut digalakkan untuk mengambil suplemen sebagai salah satu cara untuk mengawal kadar kolestrol dalam darah. Terdapat 3 jenis suplemen yang disarankan iaitu Fitosterol + Polifenol + Omega 3.

FITOSTEROL

✔ Berfungsi untuk menurunkan kadar kolestrol secara semulajadi.

Phytocol – ST dirumus dengan formula proprietary dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal dapat membantu mencegah penyerapan kolestrol dan menurunkan kolestrol LDL (jahat). Phytocol ST membekalkan 2000mg fitosterol sehari kepada badan.

Cara pengambilan Phytocol ni adalah seeloknya diambil dalam setengah jam sebelum makan.. Jadi, para sterols tu akan bersiap sedia di dinding-dinding salur darah untuk sekat kolestrol yang ada dalam makanan kita tu dari masuk ke dalam salur darah masa kita makan… Bila dia sekat, dia hantar terus ke sistem perkumuhan kita, buang terus dari badan.. Best tak? Of course la best….. 😍

POLIFENOL

Polifenol bukan hanya mampu menurunkan kadar kolestrol LDL (kolestrol jahat), namun dapat meningkatkan kadar kolestrol HDL (kolestrol baik). VIVIX yang sangat tinggi kandungan antioksidannya, berfungsi untuk melindungi sel-sel dan saluran darah.


OMEGA 3

Ramai yang masih belum sedar akan kebaikan Omega-3 ini selain dari untuk perkembangan otak.
Omega-3 boleh mengurangkan kadar kolesterol anda dengan menurunkan paras kolesterol jahat atau LDL. Ia juga menurunkan paras triglyceride dan meningkatkan penghasilan kolesterol baik iaitu HDL. Kebaikan ini sekaligus mampu mengurangkan risiko penyakit berkaitan saluran darah dan strok.

 

TESTIMONI SET KOLESTROL

Jangan lupa untuk sediakan Set Kolestrol ini siap-siap, sebelum Raya Haji ni.
Daging merah tu, tinggi kolestrol tau…

Untuk dapatkan Set Kolestrol ni, boleh order dengan cara klik pada butang di bawah.


Juga boleh hubungi saya terus dengan klik pada gambar di bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...