Resepi Sambal Udang Petai Mudah Tapi Sedap

Anda suka makan UDANG?
Anda juga suka makan PETAI?

Haaaaa, menu ini pasti buatkan anda telan liur berkali-kali membayangkan anda sedang menyuapkannya ke dalam mulut, kemudian melalui tekak seterusnya menuju ke perut anda.. Kihkihkih..

Menu yang dimaksudkan adalah SAMBAL UDANG PETAI.. Sedap wehhhh makan dengan nasi putih panas-panas. Boleh bertambah dua tiga pinggan tak sedar hihihi.. Menu yang membahayakan mereka yang sedang diet. So, kalau anda sedang diet, tapi anda gemarkan lauk ini, maka anda dinasihatkan untuk tidak sekali-kali memasak menu ini. Memang bahaya heheheh…

Sambal Udang Petai

Bahan-bahan:

Bahan A:
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 labu bawang besar Holland
10 tangkai cili kering
1 inci halia

Bahan B:
Sedikit gula melaka
Garam
Sos cili

Bahan C:
1 kg udang segar saiz sederhana
5 papan petai dikopek isi siap-siap

Cara-cara:
1. Potong cili kering dan buangkan bijinya, rendamkan sekejap dalam air panas (sekitar 10 minit).
2. Toskan air, dan kisarkan bersama kesemua bahan A yang lain.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar ini sehingga pecah minyak.
4. Masukkan bahan B ke dalam kuali. Kacau sebati dan biarkan sekejap.
5. Masukkan udang.
6. Masukkan petai.
7. Ok siap

 

Selamat menjamu selera ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your email address will not be published. Required fields are marked *