Cara Tingkatkan Hemoglobin Di Kalangan Ibu Hamil

Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu hamil adalah – mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa hamil. Hemoglobin yang rendah tidak boleh dipandang mudah, kerana ianya boleh menimbulkan pelbagai komplikasi terhadap ibu dan juga anak yang berada di dalam kandungan. Antara komplikasi yang boleh berlaku adalah boleh menyebabkan keguguran, boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin, boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut dan juga boleh menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan.

Kandungan hemoglobin yang normal adalah dalam lingkungan 11.5g/dl – 16.5g/dl. Sekiranya jumlah hemoglobin ibu lebih rendah daripada 8g/dl, ini dikira sebagai anemia teruk dan mungkin memerlukan penambahan darah sekiranya ibu mulai menunjukkan tanda-tanda seperti lemah, jantung berdebar kencang, pitam dan sesak nafas. Kandungan hemoglobin di antara 8-10g/dl dikira sebagai anemia sederhana teruk dan ibu digalakkan mengambil zat besi untuk menambah jumlah hemoglobin di dalam darah.

Mengapa Zat Besi Penting?

Zat besi adalah antara keperluan yang meningkat semasa mengandung. Zat besi digunakan oleh tubuh badan untuk membentuk hemoglobin.  Hemoglobin berfungsi untuk membawa oksigen kepada sel-sel di dalam tubuh badan. Ia boleh dianalogikan seperti lori pembawa bahan api untuk keperluan metabolism tubuh.

Semasa mengandung, disebabkan isipadu plasma meningkat sebanyak 40%, jumlah hemoglobin akan mengalami ‘pencairan’ atau menjadi kurang. Oleh itu ibu-ibu akan mendapati kandungan hemoglobin di dalam tubuhnya kurang sedikit daripada waktu sebelum mengandung.

Sewaktu mengandung juga, kawasan yang perlu di ‘cover’ oleh hemoglobin menjadi bertambah besar. Peningkatan ‘permintaan’  daripada bayi yang sedang sibuk membentuk dirinya juga menjadikan tugas hemoglobin lebih mencabar.

Di Malaysia, anemia atau kekurangan darah merah yang mengandungi hemoglobin  merupakan satu permasalahan yang masih popular. Ibu yang mempunyai kadar hemoglobin rendah akan  cepat terasa penat dan lelah. Kebiasaannya bayi tidak terjejas kecuali sekiranya kadar hemoglobin terlalu rendah.

Apakah Sumber Zat Besi?

Zat besi kebanyakannya terdapat di dalam makanan seperti daging, ayam dan ikan. Sayuran hijau seperti bayam, sawi dan brokoli juga mengandungi zat besi yang tinggi. Daging adalah sumber zat besi yang utama.

Hati dan limpa juga mengandungi kandungan zat besi yang tinggi, akan tetapi pengambilan hati semasa mengandung harus dihadkan kerana terdapat kebimbangan kadar  Vitamin A yang tinggi di dalam hati boleh membawa kepada kesan toksik kepada bayi.

Doktor biasanya akan memberi suplemen zat besi kepada ibu-ibu mengandung. Walau bagaimanapun, terdapat ibu-ibu yang membuang zat besi yang diberikan dengan alasan ia akan menyebabkan bayi menjadi besar. Ini adalah anggapan yang salah dan merugikan.

Zat besi akan diserap oleh tubuh dengan lebih baik jika diambil bersama Vitamin C kerana Vitamin C boleh membantu penyerapan zat besi.

Juga, banyak buah tropika yang mengandungi zat besi dan Vitamin C yang tinggi di dalamnya. Contohnya kandungan zat  besi di dalam 100gm ciku adalah 10 kali ganda lebih banyak daripada kandun gan zat besi di dalam 100gm epal. Ia juga tinggi Vitamin C yang memudahkan penyerapan zat besi. Buah-buahan seperti buah naga dan longan juga mempunyai zat besi.

Sumber: Ibu Dibelai Anak Dibuai Untuk Semua


Keperluan Zat Besi Bagi Wanita Hamil

Secara kebiasaannya, wanita yang tidak hamil memerlukan lebih kurang 15mg zat besi setiap hari. Jumlah ini bertambah hampir sekali ganda untuk wanita hamil, iaitu 27mg. Zat besi ini kita boleh dapati dalam makanan seharian.

Justeru, bagi menambah zat besi apabila sedang cuba mengandung, semasa dan ketika menyusukan bayi, wanita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang,  bijiran penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan serta tauhu.

 
Makanan MEMBANTU penyerapan zat besi dalam darah:
  •  Daging merah, telur kuning, ikan
  • Sayuran kecuali bayam
  • Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
  • Gula
  • Cuka
 

Makanan MERENCAT penyerapan zat besi dalam darah:

  • Teh, kopi, koko, wain merah
  • Bayam
  • Lemak
  • Bijirin. produk soya
  • Susu, produk tenusu, kalsium
  • Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
  • Magnesium, tetracyclines, thyroxine

Vitamin Tingkatkan Hemoglobin 

Sumber zat besi terdapat dalam Vitalea Multivitamin & Iron Formula. Bagi ibu-ibu hamil, kami sarankan untuk mengambil 3 tablet Vitalea sehari, sepanjang tempoh kehamilan. 3 tablet Vitalea mencukupi keperluan zat besi bagi ibu hamil iaitu 27mg.

Untuk meningkatkan kadar penyerapan yang lebih optimum, anda dinasihatkan untuk mengambil bersama dengan Vitamin C. Vitamin B-Complex juga dapat membantu dalam pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang aliran kitaran darah, merawat dan mencgah anemia, pening dan keletihan.

Testimoni Hemoglobin Meningkat Selepas Amalkan Suplemen Shaklee

 

 Untuk dapatkan Suplemen Tingkatkan Hemoglobin ini, boleh hubungi saya.


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your email address will not be published. Required fields are marked *