Rahsia Atasi Senggugut Dengan Mudah

Muda-muda dulu, zaman sekolah la rasanya memang saya pun setiap bulan alami senggugut ni.. Ada pernah sekali tu, memang sampai muntah kot dalam kelas. Punya la sengsara.. Setiap kali period datang, terutama hari-hari terawal period, memang merangkak je la posisi yang saya paling selesa untuk kurangkan kesakitan. Memang sangat teruk!
Kalo dah sakit macam tu sekali, memang kerja-kerja ataupun rutin harian memang sah-sahlah terganggu. Tapi, nak buat macam mana kan. Memang sakit sangat sampai tak boleh nak buat apa pun.

Apa Itu Senggugut?

Senggugut atau nama saintifiknya ‘Dysmenorrhea’ adalah satu simptom yang lazim dialami oleh setiap wanita (namun, bukan semua) yang alami haid, terutama hari-hari terawal haid datang.
Senggugut ni merupakan satu kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid, sebenarnya adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput  endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.
Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai  ‘prostaglandin‘. ‘Prostaglandin‘ adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh.

Senggugut ni terbahagi kepada 2, iaitu Senggugut Primer & Senggugut Sekunder

 

Senggugut Primer

Senggugut yang biasanya menyerang wanita yang belum berkahwin. Ini berikutan proses pengecutan otot rahim untuk mengeluarkan darah haid. Memandangkan wanita yang belum berkahwin mempunyai saluran dinding rahim yang lebih sempit, maka sebab itu kesakitan senggugut itu berlaku. Ini juga petanda kesuburan.

Senggugut Sekunder

Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang  menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid.
Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah  tumor serta tumbesaran yang tidak normal.Selain itu, contoh penyakit lain yang  tergolong di  dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelviks.

Kenapa Selepas Kahwin Dah Tiada Senggugut?

Kita dah tahu, senggugut terjadi disebabkan oleh proses penguncupan dinding rahim untuk mengeluarkan darah haid. Proses penguncupan ini disebabkan oleh sejenis hormon yang dinamakan ‘prostaglandin’.
Setiap ‘prostaglandin’ ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. Namun begitu, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca senggugut.

Namun demikian, ada juga kes terpencil yang mana wanita lepas kahwin, turut mengalami senggugut.

Vitamin Shaklee Untuk Kurangkan Sakit Senggugut

3 jenis vitamin Shaklee yang bagus sangat untuk kurangkan kesakitan akibat senggugut.

B-Complex: Mengurangkan stress dan rasa sakit akibat senggugut

GLA Complex: Mengimbangi tahap hormon dan membantu mengawal penghasilan hormon prostaglandin

Ostematrix: Melegakan otot uterus

Untuk dapatkan Set Senggugut Shaklee ni, boleh terus klik pada butang di bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your email address will not be published. Required fields are marked *