Tips Untuk Jimat Sewa Homestay Semasa Travel Guna Airbnb

Sebenarnya dah lama dah kawan-kawan saya terjebak dengan Airbnb ni, saya je belum. Heheheh… Daftarnya dah lama, tapi entahla tak guna pun. Kalau travel pun, banyak booking hotel dengan menggunakan Trivago ataupun Traveloka.

So, bagaimana saya boleh terjebak dengan Airbnb ni?
Kisahnya begini..

Apabila Shaklee memaklumkan bahawa perjalanan pulang trip Shaklee kami ke Bangkok nanti akan tiba di KLIA pada pukul 8.15 malam, saya mula gundah gulana.. Ya la, mana sempat nak kejar flight ke KB pada malam yang sama, walaupun flight terakhir pada malam tersebut..
Takkan nak kena tunggu esok pagi baru nak balik KB? Masak nanti huhuhuhu…
Bincang dengan suami , Abi cakap takpe nanti dia naik KL bersama anak-anak jemput saya.. Alang-alang dah naik KL, so kita sambung holiday bersama anak-anak pulak la kan heheheh… Umi dah Shaklee sponsor trip ke Bangkok, so kali ni umi pulak sponsor trip suami dan anak-anak. Jom kita bergumbira di KL pulak. Upah kena tinggal 4 hari hehehehehe…

Maka, mulalah saya search di Airbnb, untuk mencari homestay yang bersesuaian. Lokasi yang disasarkan adalah Shah Alam, memandangkan ada tempat yang ingin dituju di sana.

Airbnb ni merupakan satu sistem yang macam Trivago jugaklah, cuma sebagai pelanggan kita kena mendaftar (pendaftaran percuma sahaja), dan untuk trip pertama kita akan mendapat RM120 kredit sebagai diskaun untuk langganan pertama kita dengan Airbnb.

Memandangkan kredit saya dah hampir tamat tempoh (masa saya mendaftar, cuma RM105 sahaja kredit yang diberikan, sekarang RM120 😍), so memang sangat patutlah saya gunakan untuk trip ini.

Oh ya, lagi satu sebab saya prefer Airbnb adalah kerana ianya merupakan rumah, bukan hotel. Memandangkan saya ni #MakAnak4 dan anak-anak pun makin membesar, maka penginapan di sebuah rumah adalah lebih selesa buat kami, berbanding hotel.
.
Dan Alhamdulillah, saya dapat jumpa rumah yang sesuai (ada pool dan playground 😂), syarat utama dalam pencarian saya. Maklumlah bawak anak-anak ni memang itu yang diorang cari. Rumah ni pulak selesa sangat, ada 3 bilik yang kesemua biliknya disediakan katil saiz queen. Boleh tengok dalam gambar kat bawah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Dan saya dapat sewa rumah ini cuma dengan harga RM177.32 untuk 2 malam (setelah ditolak kredit percuma yang saya dapat masa mendaftar RM105).

Sangat berbaloi kan? 😍😍

Nak mendaftar ni senang je.

1. Buka akaun Airbnb di link ini. www.airbnb.com/c/efiem3
2. Lepas je daftar, terus akan dapat travel credit percuma RM120 dari Airbnb untuk booking yang pertama (T&C applied)
3. Settle.
4. Oh ya, untuk next travelling, pun boleh kumpul credit travel yang boleh ditolak dalam booking-booking kita seterusnya. Tapi tu cerita lain. Yang penting, kita daftar dulu 😍 Mana tahu lepas-lepas ni dapat travel FREE 😍

Senang kan?

Daftar cepat-cepat ya. Senang nak travel ke mana-mana nanti 😍

Kat bawah ni ada beberapa pautan untuk artikel tentang tips untuk membuat tempahan menggunakan Airbnb.
Bolehlah tengok-tengok ya.

https://www.thevocket.com/17-pro-cons-anda-perlu-tahu-sebelum-tempah-homestay-di-airbnb/

https://www.thevocket.com/sebelum-tempah-bilik-di-airbnb-baca-11-panduan-dari-aku-pemilik-homestay-di-uk/

https://www.thevocket.com/cara-cari-bilik-sewa-di-airbnb/

#BendaBestKitaKongsi

Kala rasa nak tahu lebih lanjut tentang bagaimana sebenarnya sistem Airbnb ini berfungsi, boleh hubungi saya dengan klik butan di bawah.
Kalau nak beli Shaklee, ataupun nak join trip FREE yang Shaklee bagi tu pun bolllleyyyyy hihihi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your email address will not be published. Required fields are marked *