Petua Untuk Rambut Lebat Hitam Bersinar

Semua mahukan rambut yang sihat, lebat & bersinar.
Rambut gugur, kering, tidak bermaya, bercabang dan sebagainya menjadi salah satu punca anda tidak memiliki rambut yang sihat & cantik.

Inginkan rambut yang cantik, penjagaan yang betul dan rapi sangat diperlukan.

Berikut adalah TIPS @ CARA untuk mendapatkan rambut yang sihat:-

1. Kurangkan rutin membasuh rambut
●cuci rambut 2-3× seminggu bagi mengelak masalah rambut kering.

2. Elak basuh dengan air panas
●air yang panas membuatkan rambut kering & & kusut.
●seeloknya pilih air bersuhu sederhana/ suam.

3. Teknik yang betul menggunakan shampoo
●gunakan kuantiti yang sesuai dengan kepanjangan & ketebalan rambut. Jangan berlebihan kerana ia boleh merosakka akar rambut
●shampoo di aplikasi pada kulit kepala dan bukan pada akarny/ hujungnya

4. Kulit kepala
●penjagaan penting untuk akar rambut sihat. Rajin-rajinlah urut kulit kepala dengan menggunakan minyak panas yang mampu melancarkan peredaran darah & menyihatkan folikel rambut.

5. Melindungi rambut
●pakai pelindung & beli pelembap yang mengandungi UVA UVB untuk mengelak panahan matahari.

6. Masker
●Pakai masker rambut 2× seminggu untuk melembap dan memelihara rambut
●Resepi mudah: 2 telur putih dengan perahan jus lemon @ kombinasi minyak zaitun, kayu manis & madu sebagai masker

7. Barangan elektronik
●Elak kerap menggunakan pengering rambut atau apa jua peralatan rambut kerana ia membawa kepada rambut kering & bercabang serta menghilangkan kolagen rambut.

8. Pemakanan
●makanlah makanan yang seimbang sesuai yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut.
●vitamin yang diperlukan dalam membantu pertumbuhan rambut ialah vitamin D, zinc, protein, Biotin, omega 3 fattt acids, vitamin C, iron & magnesium.

9. T-shirt lama
●boleh menggunakan t-shirt lama untuk mengeringkan rambut
●penata gaya rambut Profesional seperti Mark Townsend mengakui bahawa mengeringkan rambut menggunakan t-shirt berbanding tuala mandi adalah lebih baik kerana ianya lembut
●ianya takkan menggosok kasar pada kulit kepala yang menyumbang kepada rambut kering, kasar & kusam
●elakkan juga rambut dibalut dengan tuala. Biarkan rambut mengering secara alami/ semulajadi

Boleh juga amalkan Zinc Suplemen yang terbukti dapat menyihatkan rambut.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your email address will not be published. Required fields are marked *