-

Kenapa Perempuan Bermisai Dan Berbulu Lebat Macam Lelaki

Ada sesetengah perempuan kurang bernasib baik, ditakdirkan bermisai dan berbulu lebat macam lelaki. Tak tahu nak buat apa, misai tu kalau dicukur takut makin lebat. Tapi takkan nak biar? Lengan pun penuh bulu, segannya. Bulu dada ada, kat payudara pun berbulu. Betis jangan cakaplah. Ada ke lelaki yang nak kat aku? Sebelum bercerita dengan lebih panjang tentang perkara ni, jom saya terangkan kenapa perempuan bermisai dan berbulu macam lelaki.

perempuan bermisai 300x203 Kenapa Perempuan Bermisai Dan Berbulu Lebat Macam Lelaki

Perempuan berbulu & bermisai bukannya satu penyakit. Keadaan ini dikenali sebagai Hirsutism iaitu keadaan di mana hormon Testosteron (hormon dominan lelaki) yang lebih banyak berbanding wanita normal. Semua wanita mempunyai hormon Testosteron, tetapi dalam jumlah yang sedikit. Apabila ovari menghasilkan hormon Testosteron yang berlebihan, ia akan menyebabkan:

  1. Anda mempunyai ciri-ciri kelelakian yang terserlah seperti bermisai, berbulu lebat, dan mungkin juga berjanggut.
  2. Ciri kewanitaan berkurangan. contohnya rangka badan yang besar, suara garau, dan payudara kecil.
  3. Fizikal anda lebih menyerupai lelaki

Apakah Punca Hirsutism?

Berikut adalah beberapa faktor yang menjadi punca kenapa perempuan bermisai dan berbulu lebat macam lelaki:

1. Genetik. Ianya diwarisi dari nenek moyang. Sesetengah keturunan seperti mamak & india biasanya mempunyai bulu yang lebih lebat daripada kaum lain.

2. Obesiti yang mengakibatkan insulin dalam badan tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya.

3. PCOS. Wanita yang mempunyai masalah Sindrom Ovari Polisistik atau lebih dikenali sebagai PCOS sememangnya mempunyai masalah hormon tak stabil & mereka cenderung untuk mengalami masalah bermisai & berbulu lebat.

4. Suntikan Testosteron. Bagi mereka yang aktif dalam sukan bina badan, kebiasaanya mengambil suntikan ini untuk membina otot dengan lebih cepat.

perempuan bermisai3 300x200 Kenapa Perempuan Bermisai Dan Berbulu Lebat Macam Lelaki

5. Sindrom Cushing iaitu keadaan di mana berlaku peningkatan hormon steroid & hormon lelaki androgen dalam badan.

6. Hyperplasia Kongenital Adrenal iaitu keadaan di mana tubuh badan ketiadaan sesetengah enzim lalu menyebabkan hormon androgen lelaki meingkat.

7. Penyakit Akromengali yang berlaku akibat peningkatan hormon tumbesaran secara abnormal & kegagalan insulin.

8. Hiperprolaktinemia iaitu paras hormon Prolaktin yang terlalu tinggi didalam badan. Biasanya hormon ni ada dalam badan wanita yang mengandung & menyusukan.

9. Penyakit masalah ganguan hormon yang lain seperti Endokrin Hipotiroid.

Apa Nak Buat Untuk Mengatasi Masalah Perempuan Bermisai & Berjanggut?

Seperti yang saya nyatakan tadi, ianya berkaitan dengan ketidakstabilan hormon dalam badan. Ada hormon yang berlebihan, ada hormon yang takde. Pendek kata, hormon anda sedang menggila dan berkecamuk dalam badan. Oleh itu, perkara utama yang perlu dilakukan ialah menstabilakan semula hormon dalam badan anda supaya menjadi normal. Macam mana caranya?

Fungsi utama GLA Complex Shaklee ialah untuk menstabilkan hormon dalam badan. Ia meningkatkan hormon kewanitaan iaitu hormon Estrogen & Progesterone. Dalam masa yang sama, ia menurunkan kadar hormon androgen lelaki & Testosteron. Apabila hormon dalam badan stabil, insya Allah ciri-ciri kewanitaan anda akan menyerlah. Tiada lagi misai & bulu yang lebat di lengan, dada, kaki, dan tubuh badan yang lain.

perempuan bermisai1 300x173 Kenapa Perempuan Bermisai Dan Berbulu Lebat Macam Lelaki

Alfalfa Complex juga sesuai untuk anda. Ia dikenali sebagai kacip fatimah moden yang memang elok untuk penjagaan dalaman wanita. Ia juga membantu GLA Complex berfungsi dengan lebih berkesan.

perempuan bermisai2 300x271 Kenapa Perempuan Bermisai Dan Berbulu Lebat Macam Lelaki

Itulah dia punca kenapa perempuan bermisai dan berbulu lebat macam lelaki. Anda bermisai dan berbulu lebat? Jangan susah hati, insya Allah GLA Complex & Alfalfa Complex boleh membantu. Anda juga boleh amalkan cara hilangkan misai untuk selamanya yang saya kongsikan di sini. Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kenapa Perempuan Bermisai Dan Berbulu Lebat Macam Lelaki

pixel Kenapa Perempuan Bermisai Dan Berbulu Lebat Macam Lelaki

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.