Berbicara tentang asma, hanya ibu bapa dengan anak asma yang memahami betapa sedihnya perasaan bila tengok anak tercungap-cungap tak cukup nafas bila diserang asma. Jika anak anda ada asma, elakkan perkara yang menjadi punca asma dan kenal-pasti tanda serangan asma. Anda juga boleh amalkan petua hilangkan asma supaya anak tak semput lagi.
1. Hati unta kering. Hati unta kering boleh dibeli di Mekah & Madinah. Biasanya dikirim kepada mereka yang menunaikan haji atau umrah. Insya Allah, berkesan. Ada beberapa cara untuk memasak hati unta kering, boleh pilih yang mana satu mudah untuk anak makan.
2. Madu. Sesuai untuk anak setahun ke atas. Berikan 1 sudu madu asli setiap pagi.
3. Habbatus sauda. Ubat bagi semua penyakit kecuali mati. Berikan 7 biji Habbatus sauda kepada anak setiap hari. Boleh ditabur diatas makanan atau dicampur dengan madu.
4. Daun ati-ati. Setiap malam sebelum tidur, ambil sehelai daun ati-ati, basahkan. Gosokkan ke dada anak sehingga daun menjadi kering, sambil membaca Al-Fatihah & mohon kepada Allah supaya penyakit asma anak kita dihilangkan.
5. Bawang putih & minyak kelapa dara. Tumbuk bawang putih, campurkan dengan minyak kelapa dara. Sapukan ke dada & belakang anak 2 kali seminggu.
6. Bunga kenanga. Ambil 3 kuntum bunga kenanga, celur dalam semangkuk air panas. Biarkan seketika. Buang buang tersebut & minum airnya. Amalkan setiap minggu.
7. Daun sireh. Layurkan diatas api. Biarkan suam, tampalkan ke dada anak.
8. Daun pegaga. Keringkan secekak daun pegaga, kemudian rebus. Berikan anak minum airnya.
9. Susu Kambing. Amalan meminum susu kambing setiap pagi juga adalah petua hilangkan asma yang berkesan.
10. Daun sireh, lada putih dan minyak kayu putih. Tumbuk 7 helai daun sireh hingga lumat bersama satu sudu teh lada putih. Kemudian, campurkan minyak kayu putih secukupnya. Sapukan pada dada serta leher anak setiap malam sebelum tidur.
11. Set Asma Untuk Kanak-kanak Shaklee. Jika anak anda terlalu mudah terkena serangan asma, kerap asma & terlalu bergantung kepada nebulizer dan inhaler, sudah tiba masanya untuk anda memberikan Set Asma Shaklee Untuk Kanak-kanak Shaklee kepada anak anda. Sampai bila nak tengok anak semput tiap kali kena serangan asma? Insya Allah vitamin dalam set ini akan membantu anak anda. Set ini terdiri daripada:
OmegaGuard. Omega 3 dalam vitamin ini mengurangkan keradangan dalam saluran udara paru-paru. Apabila radang dalam saluran udara paru-paru berkurangan, insya Allah serangan asma juga akan berkurangan.
Chewable Vitamin C. Vitamin C yang tinggi antioksidan membantu membaiki tisu-tisu dalam paru-paru, meningkatkan sistem imun dan boleh membantu mengurangkan keradangan. Hasil kajian Pusat Perubatan Universiti Maryland membuktikan bahawa pengambilan vitamin C mempunyai kesan positif ke atas asma dengan cara membantu menjaga saluran udara terbuka dan mengurangkan wheezing.
Mealshake membekalkan nutrisi lengkap kepada anak anda & meningkatkan imuniti supaya tak mudah sakit, terutamanya batuk & selsema yang menjadi penyumbang utama berlakunya asma.
Insya Allah, Set Asma Untuk Kanak-kanak Shaklee akan mengurangkan serangan asma ke atas anak anda. Dengan pengambilan yang konsisten, asma anak anda akan hilang. Kedua-dua anak saya pun dah tak asma lagi sejak mengamalkan set ini. Untuk bayi yang masih menyusu badan, ibu yang perlu makan set ini. Insya Allah vitamin akan sampai kepada bayi melalui air susu.
Itulah dia petua hilangkan asma supaya anak tak semput lagi. Semoga info tadi bermanfaat untuk anda. Nak order Set Asma Untuk Kanak-kanak Shaklee? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi terbaik & harga istimewa.
