-

Petua Berpantang Dan Kecutkan Rahim Selepas Keguguran

Orang selalu bertanya kepada saya, kalau gugur nak kena berpantang ke tak? Kalau kena berpantang, macam mana? Sama ke dengan berpantang orang bersalin? Nak tahu jawapannya? Jom saya ceritakan tentang petua berpantang dan kecutkan rahim selepas keguguran.

kecutkan rahim selepas kegu 300x150 Petua Berpantang Dan Kecutkan Rahim Selepas Keguguran

1. Perlu ke berpantang selepas keguguran?

Kalau ikutkan orang tua, ibu yang keguguran perlu berpantang lebih daripada ibu bersalin kerana angin gugur atau dikenali sebagai angin merian boleh menyerang mereka. Angin gugur ini berpunca dari sisa janin yang tak keluar habis semasa gugur lalu menghasilkan toksik yang meracun darah. Jika terkena angin gugur, anda akan mengalami masalah kesihatan fizikal & mental. Masalah fizikal yang biasa terjadi ialah demam sehingga kancing gigi, sakit pinggang, sakit sendi, dan rasa tajam diari-ari.  Sementara masalah mental pula ialah gangguan emosi yang sering dipanggil sebagai meroyan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk berpantang  & kecutkan rahim selepas keguguran.

2. Berapa lama nak berpantang selepas keguguran?

Seeloknya berpantang selama 44 hari seperti ibu bersalin, lagi bagus kalau anda lajakkan tempoh berpantang kepada 100 hari. Walau bagaimana pun, di zaman sekarang majoriti wanita bekerja & cuti keguguran tak diberikan dalam tempoh yang lama, oleh itu anda boleh berpantang sekurang-kurangnya 14 hari.

3. Apa yang perlu dibuat selama berpantang?

Sama seperti ibu bersalin, anda perlu:

  • Berurut
  • Bertungku
  • Berbengkung
  • Berstokin
  • Sanggulkan rambut tinggi-tinggi supaya badan tak masuk angin
  • Jaga pemakanan.
  • Elakkan keluar dari rumah

4. Macam mana nak kecutkan rahim dengan cepat selepas keguguran & pastikan semua sisa janin habis keluar?

kecutkan rahim selepas kegu1 300x212 Petua Berpantang Dan Kecutkan Rahim Selepas Keguguran

Adalah penting untuk kecutkan rahim selepas keguguran & pastikan semua sisa janin habis keluar. Di antara cara yang anda boleh lakukan ialah:

  • Berurut. Anda boleh berurut seawal 3 hari selepas keguguran. Jangan terus berurut selepas keguguran. Tunggu sekurang-kurangnya 3 hari supaya rahim sempat berehat. Bila kita keguguran, berlaku luka pada rahim. Oleh itu, bagi masa kepada rahim kita untuk berehat.
  • Bertungku. Seeloknya gunakan batu sungai. Panas dari batu tungku akan membantu kecutkan rahim selepas keguguran & keluarkan semua sisa janin yang masih tertinggal.
  • Berbengkung juga membantu untuk mengampu rahim & membantu ia kecut dengan cepat.
  • Senaman kegel iaitu mengemut sangat berkesan untuk kecutkan rahim selepas keguguran. Caranya mudah je, kemut macam tahan air kencing. Buat sekerap yang boleh.
  • Alfalfa Shaklee. Dikenali sebagai kacip fatimah moden, Alfalfa bukan sahaja membantu mengecutkan rahim, malah ia juga mengencangkan semula otot vagina supaya organ intim anda rapat seperti sedia kala. Lagi elok kalau anda terus ambil Set Berpantang Shaklee yang membantu mengembalikan kesihatan & kecergasan anda dalam tempoh yang singkat. Maklum je lah, cuti keguguran biasanya pendek je. Sekejap je dah kena masuk kerja semula. Dengan Set Berpantang Shaklee, ianya adalah vitamin. Tak renyah. Nanti dah start kerja semula pun masih boleh terus makan set berpantang kat pejabat. Tak perlu nak membancuh air, masak  herba, macam set berpantang tradisional yang lain.

kecutkan rahim selepas kegu2 300x244 Petua Berpantang Dan Kecutkan Rahim Selepas Keguguran

5. Macam mana nak kuatkan rahim selepas keguguran?

Anda boleh amalkan tips kuatkan rahim selepas keguguran ini.

6. Berapa lama kena tunggu sebelum mengandung semula?

Seeloknya tunggu sehingga 3 kali haid, bagi memastikan badan anda terutamanya rahim mendapat rehat yang sepenuhnya & betul-betul bersedia untuk mengandung semula. Anda boleh elakkan punca susah mengandung selepas keguguran & amalkan tips mengandung selepas keguguran yang saya kongsikan ini.  Pengambilan Set Kesuburan Shaklee telah membantu ramai wanita mengandung semula selepas keguguran.

Semoga petua berpantang dan kecutkan rahim selepas keguguran yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Alfalfa Complex Shaklee merupakan vitamin wajib bagi anda selepas keguguran. Insya Allah, dengan dos & aturan makan yang betul, ia akan mengecutkan rahim anda dengan cepat & membantu mengeluarkan semua sisa janin. Lagi bagus kalau anda ambil Set Berpantang Shaklee. Nak order? Hubungi saya untuk konsultasi terbaik & harga istmewa.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Petua Berpantang Dan Kecutkan Rahim Selepas Keguguran

pixel Petua Berpantang Dan Kecutkan Rahim Selepas Keguguran

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.