-

Kenapa Ramai Susah Mengandung Selepas Gugur

Sebelum ni senang je nak mengandung. Sekejap je dah lekat. Lepas gugur hari tu, susah pulak nak mengandung. Dah jenuh berikhtiar tapi kecewa juga. Usah sedih! Jom saya ceritakan kenapa ramai susah mengandung selepas gugur.

susah mengandung selepas gu 300x136 Kenapa Ramai Susah Mengandung Selepas Gugur

1. Kitaran haid tidak teratur. Ada yang mengalami masalah kitaran haid tak teratur selepas keguguran. Ia disebabkan oleh gangguan hormon. Jadi, kalau anda nak mengandung, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membetulkan kitaran haid supaya anda mempunyai hari subur setiap bulan. Kitaran haid anda tak teratur? GLA Complex & Alfalfa Complex sangat membantu. Gabungan 2 vitamin ini membantu menstabilkan hormon supaya kitaran haid anda normal semula. Sebagai bonus, GLA Complex juga membantu meningkatkan kesuburan anda.

susah mengandung selepas gu3 300x147 Kenapa Ramai Susah Mengandung Selepas Gugur

2. Saki-baki janin yang tertinggal didalam rahim. Ada juga kes di mana terdapat saki-baki janin yang tertinggal didalam rahim semasa keguguran tempoh hari. Saki-baki janin ini akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman & pendarahan. Ini adalah di antara punca susah mengandung. Jika anda mengesyaki ada saki-baki janin tertinggal, berjumpa doktor dengan segera untuk menjalani ultrasound.

3. Parut kesan D&C. Jika anda melakukan D&C pada keguguran yang lepas, kemungkinan akan berlaku parut pada ovari. Parut ini mungkin mengganggu pertumbuhan semula tisu endometrium iaitu tempat ovum yang disenyawakan akan tertanam. Parut ini hanya boleh dikesan melalui ultrasound.

susah mengandung selepas gu1 300x188 Kenapa Ramai Susah Mengandung Selepas Gugur

4. Rahim jatuh. Ada juga wanita yang mengalami masalah rahim jatuh selepas keguguran, tapi tak sedar walau pun dah ada tanda. Jika rahim tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya, anda akan mengalami masalah susah mengandung selepas gugur. Kalau anda mengalami masalah rahim jatuh, boleh amalkan petua tradisional untuk menaikkan rahim ini.

5. Berat badan naik. Gangguan hormon selepas keguguran juga boleh menyebabkan berat badan anda naik. Ya! Kegemukan adalah di antara punca susah mengandung.

6. Emosi tak stabil. Ada juga orang yang  stress atau terlampau sedih selepas keguguran. Ye, saya faham. Sudah tentu anda akan berasa sedih apabila kehilangan bayi yang dikandung. Bayi yang menjadi tanda cinta anda & suami. Tapi, anda harus terima kenyataan bahawa emosi tak stabil boleh menyebabkan anda tidak subur. Susah nak kawal emosi? B Complex juga dikenali sebagai vitamin gembira kerana ia mampu mencetuskan perasaan gembira. Dengan pengambilan yang betul, ianya mampu menstabilkan emosi anda.

susah mengandung selepas gu2 300x173 Kenapa Ramai Susah Mengandung Selepas Gugur

7. Kurang subur. Terima kenyataan yang anda kurang subur. Betul, sebelum ni anda senang nak mengandung, tapi keguguran boleh menyebabkan ketidaksuburan. Jika anda betul-betul nak mengandung, saya cadangkan:

  1. Anda kenal pasti sama ada 6 masalah yang saya senaraikan di atas ada pada anda atau tidak. Kalau takde, alhamdulillah. Boleh terus ke nombor 2. Kalau ada, atasi masalah tersebut terlebih dahulu. Caranya? Ikuti cadangan yang saya berikan. Setelah masalah itu selesai, boleh pergi ke nombor 2.
  2. Tingkatkan kesuburan dengan Set Subur Shaklee yang dah membantu ramai pasangan mengandung. Tak percaya? Jom tengok testimoni-testimoni ni.

Itulah dia di antara sebab kenapa ramai susah mengandung selepas gugur. Kalau anda tanya saya bilakah waktu yang paling sesuai untuk mengandung semula? Jawapannya selepas 3 kali datang haid. Ianya memberikan masa kepada rahim & badan anda supaya menjadi betul-betul sihat & bersedia untuk mengandung. Anda boleh amalkan tips mengandung selepas keguguran yang bermanfaat ini. Anda akan lagi cepat mengandung kalau ambil Set Subur Shaklee. Dengan aturan makan & dos yang betul, insya Allah! Anda pasti akan mendapat berita gembira. Nak order? Sms atau whatsapp saya di 012-9025232 sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Kenapa Ramai Susah Mengandung Selepas Gugur

pixel Kenapa Ramai Susah Mengandung Selepas Gugur

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.