-

Tanda Kencing Kotor Yang Kita Selalu Tak Perasan

Alhamdulillah tulisan saya tentang punca kencing kotor mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ramai yang menghubungi saya bertanyakan info lanjut tentang kencing kotor. Di atas permintaan ramai, hari ni saya akan menulis tentang tanda kencing kotor yang kita selalu tak perasan.

Tanda Punca Kencing Kotor 300x222 Tanda Kencing Kotor Yang Kita Selalu Tak Perasan

7 Tanda Kencing Kotor Yang Kita Selalu Tak Perasan

Kencing kotor yang tak dirawat boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang. Jika anda mengandung, anda berisiko untuk mengalami keguguran. Oleh itu, pastikan anda sentiasa alert dengan tanda-tanda kencing kotor yang berikut:

1. Kerap membuang air kecil

Tanda utama kencing kotor ialah kerap membuang air kecil. Sekejap sekejap kena ke tandas. Kalau anda tengah mengandung, mungkin tak perasan ini adalah tanda kencing kotor sebab ibu mengandung memang kerap ke tandas icon smile Tanda Kencing Kotor Yang Kita Selalu Tak Perasan

2. Air kencing tak lawas

Anda juga akan rasa tak puas setiap kali membuang air kecil. Rasa macam air kencing tak habis keluar.

3. Sakit ketika membuang air kencing

Sesetengah orang akan rasa pedih bila membuang air kecil. Tapi ada kalanya anda tak berasa sakit. Ia berbeza untuk  setiap orang.

Tanda Punca Kencing Kotor1 300x210 Tanda Kencing Kotor Yang Kita Selalu Tak Perasan

4. Air kencing berdarah, keruh, atau berbau busuk

Anda akan perasan ada yang tak kena dengan air kencing anda.

5. Tidak selesa di bahagian abdomen

Apabila kencing kotor menjadi semakin serius, anda akan mula rasa tidak selesa di bahagian abdomen apabila kuman semakin merebak ke atas dan mendekali pundi kencing.

6. Sakit semasa hubungan seks

Seks sepatutnya tidak menyakitkan. Jika anda mengalami semua tanda di atas dan diikuti dengan kesakitan semasa hubungan seks, sila jumpa doktor dengan segera, lebih-lebih lagi kalau anda mengandung.

7. Demam dan rasa seram sejuk

Apabila kencing kotor anda sudah merebak ke buah pinggang, anda akan diserang demam & badan rasa seram sejuk.

Sekarang anda dah tahu 7 tanda kencing kotor yang kita selalu tak perasan. Kalau anda mengalami masalah kencing kotor, jangan malu-malu. Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan Set Air Kencing Kotor Shaklee yang telah membantu ramai pesakit kencing kotor pulih seperti sedia kala. Petua hilangkan kencing kotor ini juga sangat membantu.  Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tanda Kencing Kotor Yang Kita Selalu Tak Perasan

pixel Tanda Kencing Kotor Yang Kita Selalu Tak Perasan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.