-

Tanda Keguguran Kandungan Yang Sering Diabaikan Ibu Mengandung

Tak ramai yang tahu apakah punca dan tanda keguguran. Entah bila gugur, tahu-tahu dah sakit dan berdarah. Bila cek doktor dah gugur. Jom saya ceritakan tanda keguguran kandungan yang sering diabaikan ibu mengandung

Tanda Keguguran 300x245 Tanda Keguguran Kandungan Yang Sering Diabaikan Ibu Mengandung

1. Sakit dan kekejangan

Anda akan berasa sakit perut yang berterusan, sakit belakang yang luar biasa dan kekejangan pelvis. Ianya boleh berlarutan selama beberapa hari, tanpa sebarang pendarahan.

2. Tanda kehamilan hilang secara mengejut

Biasanya, ibu mengandung akan mengalami pelbagai komplikasi kehamilan seperti morning sickness, sakit badan, payudara bengkak dan sakit, dan sebagainya. Jika anda mengalami keguguran, semua tanda tersebut akan hilang secara mengejut kerana hormon anda telah jatuh.

3. Sakit seperti senggugut

Anda akan mengalami sakit seperti senggugut. Bagi yang tak pernah mengalami senggugut, ia adalah sakit dibahagian peranakan. Rasa seperti dihiris-hiris dari dalam.

4. Pendarahan yang banyak.

Pendarahan yang sedikit di awal kehamilan adalah perkara biasa. Tapi anda perlu alert jika anda berdarah dengan banyak dan berasa sakit. Jangan dibiarkan. Ini adalah antara tanda keguguran kandungan yang sering diabaikan ibu mengandung.

5. Keluar ketulan atau tisu seperti daging dari faraj.

Anda telah keguguran jika ada ketulan atau tisu daging keluar dari faraj.

6. Serviks Terbuka

Biasanya serviks akan tertutup sehingga beberapa minggu sebelum bersalin. Jika serviks anda terbuka awal, ia adalah di antara tanda keguguran kandungan yang sering diabaikan ibu mengandung.

7. Anak tidak bergerak.

Anak kurang aktif adalah di antara tanda anda mungkin keguguran. Oleh itu, pastikan anda sentiasa alert tentang keaktifan bayi dalam kandungan.

8. Tiada denyutan nadi bayi dalam kandungan.

Jika anda menjalani pemeriksaan ultrasound & gagal mendapat denyutan nadi bayi, ia adalah tanda anda sudah keguguran.

Itulah dia 8 tanda keguguran kandungan yang sering diabaikan ibu mengandung. Jika anda keguguran, jangan terlalu bersedih. Anda boleh amalkan tips mengandung selepas keguguran yang akan membantu anda untuk mengandung semula. Anda juga boleh amalkan ESP Shaklee untuk menguatkan semula rahim yang lemah selepas gugur. Insya Allah ada rezeki anda tak lama lagi. Nak order ESP Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tanda Keguguran Kandungan Yang Sering Diabaikan Ibu Mengandung

pixel Tanda Keguguran Kandungan Yang Sering Diabaikan Ibu Mengandung

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.