-

Apakah Punca Nafas Berbau

Nafas berbau boleh menjejaskan keyakinan diri. Jika anda ada masalah nafas berbau, boleh amalkan cara berkesan hilangkan nafas berbau yang saya kongsikan di sini. Dan yang paling penting, jom kenali apakah punca nafas berbau.

Punca nafas Berbau 300x249 Apakah Punca Nafas Berbau

Apakah punca nafas berbau?

Bakteria

Bakteria ialah antara punca utama nafas berbau. Bakteria mulut yang bernama  Anaerobic hidup dan membiak di dalam mulut dengan memakan sisa makanan yang melekat di celah gigi dan gusi. Dalam proses penghadaman, bakteria ini melarutkan sisa makanan dengan gas volatile sulfur compounds (VSCs). Bau gas ini lebih busuk daripada telur tembelang atau perut ikan.

Ia gemar bersembunyi dan membuat sarang di tempat terselindung terutamanya di bawah lidah. Sarang dibina berlapis-lapis daripada lendir dan cecair sisa makanan. Ketika proses ini, gas VSCs dilepaskan berterusan, membuatkan nafas anda berbau.

Mulut kering

Air liur penting untuk mengawal kesegaran nafas. Mulut kering adalah punca nafas berbau.

Masalah sinus atau resdung

Anda juga akan mengalami masalah nafas berbau jika mempunyai masalah sinus atau resdung. Malah selsema atau batuk juga boleh menjadi punca nafas berbau.

Titisan ubat hidung

Ubat titis di dalam hidung untuk mengubati selesema, alahan atau penyakit lain seperti resdung menyebabkan terjadinya lendir. Lendir yang terkumpul di dalam rongga hidung menjadi tempat terbaik bakteria bersarang. Anda boleh gunakan ubat sembur pemecah lendir untuk mengatasi masalah nafas berbau

Punca nafas Berbau1 300x239 Apakah Punca Nafas Berbau

Kurang Makan

Bila berdiet, anda kurang makan bererti air liur juga kurang dirembeskan menyebabkan mulut kering lalu menjadi punca bau nafas.

Pengeluaran hormon

Biasanya wanita menghadapi perubahan hormon beberapa hari sebelum haid. Ia bukan sahaja menyebabkan mood swing tetapi juga menjadi punca nafas berbau kerana ketika ini darah mengandungi protein berlebihan yang sangat disukai bakteria Anaerobik.

Jenis makanan

Makanan juga menjadi punca nafas berbau. Contohnya ialah makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kubis, brokoli dan bawang. Gas sulfur dalam makanan diserap ke dalam darah melalui perut kemudian ke paru-paru sebelum dilepaskan menerusi pernafasan.

Tidak memberus gigi dengan betul

Tidak memberus gigi dengan betul juga adalah punca nafas berbau. Jika anda tidak memberus gigi dengan betul, masih ada kekotoran yang tertinggal pada gigi, mulut & lidah.

nafas berbau 1 300x180 Apakah Punca Nafas Berbau

Sekarang anda dah tau apakah punca nafas berbau. Elakkan semua benda yang menjadi punca nafas berbau, amalkan cara hilangkan nafas berbau yang saya kongsikan, dan amalkan Set Nafas Berbau Shaklee. Insya Allah anda tidak akan dibelenggu masalah nafas berbau lagi. Nak order Set Nafas Berbau Shaklee? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Apakah Punca Nafas Berbau

pixel Apakah Punca Nafas Berbau

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.