Apa Nak Buat Kalau Sembelit Lepas Bersalin

| 0 comments

Sembelit selepas bersalin sememangnya satu mimpi ngeri. Tak kira ibu yang bersalin normal atau pun czer, tak kurang ngerinya. Rasa macam nak terbertas jahitan. AllahuRabbi.  Jom saya kongsikan apa nak buat kalau sembelit lepas bersalin.

sembelit lepas bersalin2 300x211 Apa Nak Buat Kalau Sembelit Lepas Bersalin

1. Pelicin.

Bila nak buang air besar, sediakan pelicin. Anda boleh beli pelicin yang dijual di farmasi atau buat sendiri. Kat farmasi ada dijual dua jenis pelicin iaitu jenis bullet atau air. Pilih yang mana rasa selesa untuk dimasukkan ke dalam dubur. Kalau nak buat sendiri mudah je, beli sabun mandi ketul, potong menjadi kiub kecil supaya boleh dibuang tiap kali selepas digunakan. Tiap kali nak buang air besar, sabunkan kawasan dubur.

sembelit lepas bersalin 300x177 Apa Nak Buat Kalau Sembelit Lepas Bersalin

2. Minum air masak secukupnya.

Air masak sangat penting sebab antara punca sembelit ialah kurang air dalam badan. Seeloknya minum air suam, sebab kita tengah berpantang.

3. Makanan berserat tinggi

Di antara makanan berserat tinggi ialah buah-buahan. Pengambilan makanan berserat tinggi membantu mengatasi sembelit.

4. Jangan tahan air besar. Terus buang bila sakit perut.

Bila rasa nak buang air besar, terus ke tandas. Jangan tahan. Menahan buang air besar adalah antara punca utama sembelit.

5. Buang air besar dalam keadaan mencangkung.

Tandas cangkung adalah lebih baik daripada tandas duduk, asalkan anda kuat & yakin takkan terjatuh semasa mencangkung. Kalau takde tandas cangkung atau tak yakin, gunakan tandas duduk. Naikkan kaki semasa menggunakan tandas duduk untuk mimik keadaan mencangkung.

6. Gunakan tuala wanita untuk menampung jahitan semasa buang air besar.

Jangan lupa untuk menampung jahitan dengan tuala wanita. Ini adalah sangat penting supaya lantai pelvis ditampung & mengelakkan jahitan terbertas atau terkoyak.

7. Jangan meneran.

Jangan sesekali meneran. Kalau dah cuba tapi tak keluar, cuci najis yang terkeluar dan berehat. Duduk di atas bantal donut.

8. Bantal donut

Bantal donut sangat membantu ibu bersalin yang sembelit. Caranya mudah saja, ambil tuala mandi, lipat memanjang & bulatkan seperti bentuk donut. Duduk di atas bantal donut tersebut. Insya Allah anda akan selesa.

9. Vitamin untuk melembutkan najis.

Ostematrix Shaklee sememangnya berkesan untuk melembutkan najis. Ianya sangat-sangat berkesan. Ambil Ostematrix sebelum tidur, bangun pagi esok najis anda akan lembut. Tak perlu nak fobia lagi tiap kali nak membuang air besar. Selain melembutkan najis, Ostematrix juga membantu menghilangkan sakit badan, sakit pinggang dan lenguh-lenguh yang biasa dialami oleh ibu yang baru melahirkan & menyusukan anak.

sembelit lepas bersalin1 300x251 Apa Nak Buat Kalau Sembelit Lepas Bersalin

Sekarang anda dah tahu apa nak buat kalau sembelit selepas bersalin. Vitamin pelembut najis iaitu Ostematrix sangatlah membantu situasi anda sekarang. Saya tak tipu, anda pasti berterima kasih kepada saya sebab memperkenalkan Ostematrix kepada anda. Nak order? Hubungi saya sekarang.

Cik Puan Nurul 2 300x170 Apa Nak Buat Kalau Sembelit Lepas Bersalin

pixel Apa Nak Buat Kalau Sembelit Lepas Bersalin

Author: Cik Puan Nurul

Work At HOme Mother (WAHM). Pengedar Shaklee pilihan anda. Memberikan khidmat konsultasi terbaik untuk anda.

Leave a Reply

Required fields are marked *.


Switch to our desktop site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.