Cara Masak Hati Unta Kering Untuk Asma Atau Lelah

Minggu lepas anak-anak saya diserang asma. Susahnya hati saya. Alhamdulillah mak saya ada simpan hati unta kering, memang khas untuk anak-anak saya.  Jom saya kongsikan cara masak hati unta kering untuk asma atau lelah.

hati unta kering untuk asma, hati unta kering untuk lelah, cara masak hati unta kering, cara makan hati unta kering, cara masak hati unta kering untuk asma, cara masak hati unta kering untuk lelah, cara makan hati unta kering untuk asma, cara makan hati unta kering untuk lelah,

Kalau ikutkan, kat plastik pembungkus tu ada ditulis cara masak hati unta kering untuk asma atau lelah. Tapi saya takut anak tak lalu nak telan. Jadi saya tanya pakcik google. Hasilnya, berikut adalah 2 lagi cara yang boleh digunakan. Pilihlah mana satu yang rasa boleh ditelan tekak ^_^

Merebus hati unta

Ambil sekeping hati unta kering dan rebus bersama 3 cawan air sehingga menjadi satu cawan. Kemudian minum sekali gus atau sedikit demi sedikit sehingga habis. Ikut kemampuan diri. Jangan sampai termuntah pulak. Air rebusan ni boleh disimpan didalam peti sejuk.

Baki hati unta yang direbus tadi hendaklah disimpan didalam peti sejuk.Ulang proses rebusan tadi sehingga 3 kali. Hati unta yang direbus  tadi bolehlah dimasukkan kedalam makanan untuk dimakan. Jangan buang tau! sayang!

Cara ini adalah lebih digalakkan kerana ianya lebih berkesan.

Menggoreng hati unta & campur dalam makanan

Ambil sekeping dan goreng tanpa minyak sehingga ianya betul betul garing. Kemudian ditumbuk halus lalu ditaburkan dalam nasi/bubur yang hendak dimakan.

Menggoreng hati unta & dimakan bersama telur dan madu

Cara memasak yang ni terdapat kat plastik pembungkus hati unta kering saya. Cuma tak dinyatakan telur tu direbus atau mentah.

Saya pilih cara kedua. Sebabnya saya tahu, anak-anak saya takkan boleh minum air rebusan tu. Cara ketiga tu pun macam scary sikit untuk anak-anak saya.  Semoga perkongsian saya tentang cara masak hati unta kering untuk asma atau lelah itu tadi bermanfaat untuk anda.

Cik-Puan-Nurul-2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your email address will not be published. Required fields are marked *