tanda-air-ketuban-berlebiha

Tanda Air Ketuban Berlebihan Yang Ibu Mengandung Selalu Tak Perasan

| 0 comments

Seperti masalah air ketuban kurang, air ketuban berlebihan juga boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui apakah punca dan kesan air ketuban berlebihan. Tak lupa juga tanda air ketuban berlebihan yang ibu mengandung selalu tak perasan yang berikut:

tanda air ketuban berlebiha 300x177 Tanda Air Ketuban Berlebihan Yang Ibu Mengandung Selalu Tak Perasan

Tanda Air Ketuban Berlebihan Yang Ibu Mengandung Selalu Tak Perasan

Di antara tanda air ketuban berlebihan yang ibu mengandung selalu tak perasan ialah:

1. Kandungan cepat membesar

Ya, sesetengah orang memang perut nampak lebih besar, terutamanya ibu yang berbadan besar. Kandungan cepat membesar yang saya maksudkan di sini ialah terlalu cepat membesar sehinggakan anda baru nak masuk 32 minggu, tapi nampak macam dah tunggu masa nak bersalin. Besar kan?

2. Tinggi rahim naik terlalu cepat

Selain kandungan yang terlalu cepat membesar, tinngi rahim naik terlalu cepat juga adalah antara tanda air ketuban berlebihan yang ibu mengandung biasa tak perasan. Bila kita jumpa doktor akan periksa tinggi rahim kita. Kalau terlalu tinggi berbanding usia kandungan, insya Allah akan dapat dikesan.

3. Pembuluh darah dibawah perut kelihatan kerana kulit perut menjadi nipis

Biasanya ibu yang mengalami masalah air ketuban berlebihan akan mengalami masalah di mana kulit perut menjadi nipis sehingga boleh nampak urat-urat pembuluh darah kat bawah kulit. Keadaan ini biasa berlaku apabila masalah air ketuban berlebihan telah sampai ke peringkat yang serius.

4.  Stretch mark yang teruk sejak awal kehamilan

Stretch mark biasanya berlaku apabila kandungan mulai membesar menyebabkan kulit perut tertarik, hilang elastik dan pecah di bawah kulit. Bagi ibu yang mengalami masalah air ketuban berlebihan, stretch mark akan berlaku lebih awal sebab kandungan membesar terlalu cepat. Anda ada stretch mark? Jangan risau, amalkan petua hilangkan stretch mark yang berkesan ni icon smile Tanda Air Ketuban Berlebihan Yang Ibu Mengandung Selalu Tak Perasan

5. Masalah pernafasan

Ibu yang mengalami masalah air ketuban berlebihan akan mengalami masalah pernafasan seperti semput, nafas jadi pendek, dan rasa tak puas tarik nafas. Ini berlaku kerana tekanan ke atas Diafragma.

tanda air ketuban berlebiha1 300x213 Tanda Air Ketuban Berlebihan Yang Ibu Mengandung Selalu Tak Perasan

6. Penambahan berat badan yang mendadak & berlebihan

Berat badan yang naik secara mendadak & berlebihan juga adalah antara tanda air ketuban berlebihan yang ibu mengandung selalu tak perasan.

7. Bengkak seluruh badan

Bengkak seluruh badan juga adalah andata tanda air ketuban terlalu banyak.

8. Denyutan jantung bayi kedengaran jauh ke dalam

Apabila ujian ultrasound dijalankan, denyutan jantung bayi akan kedengaran jauh ke dalam kerana bayi berada jauh dari permukaan.

Apa Nak Buat Kalau Disahkan Ada Masalah Air Ketuban Berlebihan?

Biasanya doktor akan memantau kandungan anda untuk memastikan bahawa anda & bayi berada dalam keadaan yang selamat. Jika terpaksa, doktor akan mengeluarkan sedikit air ketuban anda, tapi prosedur ini agak jarang dilakukan.

Banyakkan berehat, berdoa supaya kandungan anda selamat. Anda juga boleh ambil Set Air Ketuban Berlebihan Shaklee yang terdiri daripada ESP dan Vitamin C. Gabungan dua vitamin ini membantu menguatkan sel-sel kantung ketuban bagi memastikan kantung ketuban kuat untuk menampung bebanan air ketuban yang berlebihan. Insya Allah, ia akan membantu kantung ketuban anda bertahan sehingga sampai waktu anda melahirkan.

air ketuban berlebihan2 300x258 Tanda Air Ketuban Berlebihan Yang Ibu Mengandung Selalu Tak Perasan

 Semoga info tentang tanda air ketuban berlebihan yang ibu mengandung selalu tak perasan itu tadi bermanfaat untuk anda. Anda disahkan mengalami masalah air ketuban berlebihan? Jom berikhtiar dengan Set Air Ketuban Berlebihan Shaklee. Insya Allah membantu. Nak order? Hubungi saya sekarang!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tanda Air Ketuban Berlebihan Yang Ibu Mengandung Selalu Tak Perasan

pixel Tanda Air Ketuban Berlebihan Yang Ibu Mengandung Selalu Tak Perasan

Author: Cik Puan Nurul

Work At HOme Mother (WAHM). Pengedar Shaklee pilihan anda. Memberikan khidmat konsultasi terbaik untuk anda.

Leave a Reply

Required fields are marked *.


Switch to our desktop site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.