Seperti masalah air ketuban kurang, air ketuban berlebihan juga boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui apakah punca dan kesan air ketuban berlebihan. Tak lupa juga tanda air ketuban berlebihan yang ibu mengandung selalu tak perasan yang berikut:
Tanda Air Ketuban Berlebihan Yang Ibu Mengandung Selalu Tak Perasan
Di antara tanda air ketuban berlebihan yang ibu mengandung selalu tak perasan ialah:
1. Kandungan cepat membesar
Ya, sesetengah orang memang perut nampak lebih besar, terutamanya ibu yang berbadan besar. Kandungan cepat membesar yang saya maksudkan di sini ialah terlalu cepat membesar sehinggakan anda baru nak masuk 32 minggu, tapi nampak macam dah tunggu masa nak bersalin. Besar kan?
2. Tinggi rahim naik terlalu cepat
Selain kandungan yang terlalu cepat membesar, tinngi rahim naik terlalu cepat juga adalah antara tanda air ketuban berlebihan yang ibu mengandung biasa tak perasan. Bila kita jumpa doktor akan periksa tinggi rahim kita. Kalau terlalu tinggi berbanding usia kandungan, insya Allah akan dapat dikesan.
3. Pembuluh darah dibawah perut kelihatan kerana kulit perut menjadi nipis
Biasanya ibu yang mengalami masalah air ketuban berlebihan akan mengalami masalah di mana kulit perut menjadi nipis sehingga boleh nampak urat-urat pembuluh darah kat bawah kulit. Keadaan ini biasa berlaku apabila masalah air ketuban berlebihan telah sampai ke peringkat yang serius.
4. Stretch mark yang teruk sejak awal kehamilan
Stretch mark biasanya berlaku apabila kandungan mulai membesar menyebabkan kulit perut tertarik, hilang elastik dan pecah di bawah kulit. Bagi ibu yang mengalami masalah air ketuban berlebihan, stretch mark akan berlaku lebih awal sebab kandungan membesar terlalu cepat. Anda ada stretch mark? Jangan risau, amalkan petua hilangkan stretch mark yang berkesan ni 🙂
5. Masalah pernafasan
Ibu yang mengalami masalah air ketuban berlebihan akan mengalami masalah pernafasan seperti semput, nafas jadi pendek, dan rasa tak puas tarik nafas. Ini berlaku kerana tekanan ke atas Diafragma.
6. Penambahan berat badan yang mendadak & berlebihan
Berat badan yang naik secara mendadak & berlebihan juga adalah antara tanda air ketuban berlebihan yang ibu mengandung selalu tak perasan.
7. Bengkak seluruh badan
Bengkak seluruh badan juga adalah andata tanda air ketuban terlalu banyak.
8. Denyutan jantung bayi kedengaran jauh ke dalam
Apabila ujian ultrasound dijalankan, denyutan jantung bayi akan kedengaran jauh ke dalam kerana bayi berada jauh dari permukaan.
Apa Nak Buat Kalau Disahkan Ada Masalah Air Ketuban Berlebihan?
Biasanya doktor akan memantau kandungan anda untuk memastikan bahawa anda & bayi berada dalam keadaan yang selamat. Jika terpaksa, doktor akan mengeluarkan sedikit air ketuban anda, tapi prosedur ini agak jarang dilakukan.
Banyakkan berehat, berdoa supaya kandungan anda selamat. Anda juga boleh ambil Set Air Ketuban Berlebihan Shaklee yang terdiri daripada ESP dan Vitamin C. Gabungan dua vitamin ini membantu menguatkan sel-sel kantung ketuban bagi memastikan kantung ketuban kuat untuk menampung bebanan air ketuban yang berlebihan. Insya Allah, ia akan membantu kantung ketuban anda bertahan sehingga sampai waktu anda melahirkan.
Semoga info tentang tanda air ketuban berlebihan yang ibu mengandung selalu tak perasan itu tadi bermanfaat untuk anda. Anda disahkan mengalami masalah air ketuban berlebihan? Jom berikhtiar dengan Set Air Ketuban Berlebihan Shaklee. Insya Allah membantu. Nak order? Hubungi saya sekarang!
