-

Tanda Dan Simptom Penyakit Darah Cair

Darah cair atau low platelet count berlaku disebabkan kekurangan sel platelet dalam darah kita. Darah kita terdiri daripada sel darah merah, sel darah putih, dan sel platelet. Bila sel platelet kurang, maka kita akan mengalami masalah darah cair. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya jika anda mengandung. Nak tahu apakah tanda dan simptom penyakit darah cair?

tanda dan simptom darah cai 300x247 Tanda Dan Simptom Penyakit Darah Cair

Tanda Dan Simptom Penyakit Darah Cair 

Di antara tanda dan simptom penyakit darah cair ialah:

1. Pendarahan yang banyak apabila haid

Darah haid yang normal biasanya banyak pada hari-hari yang pertama sahaja. Masuk hari ketiga atau keempat akan mula berkurangan dan menjadi semakin cair, tidak sepekat hari-hari pertama. Bagi pesakit darah cair pula, darah haid akan keluar dengan banyak, seperti paip pecah & darah adalah cair sejak hari pertama haid.

2. Pendarahan yang banyak apabila luka

Pernah tak alami situasi begini: Luka sikit je tapi darah yang keluar banyak sangattttt….macam tak logik. Pernah? Kalau pernah, kemungkinan besar anda mengalami masalah darah cair.

3.  Senang pitam

Tengah berdiri tiba-tiba rasa nak pitam. Atau pun tak boleh penat sikit, mesti nak terbalik. Ia juga merupakan simptom darah cair yang perlu diambil perhatian.

4. Lemah badan & tidak bermaya

Pesakit darah cair biasanya mengalami masalah lemah badan. Asyik rasa lesu je, kurang energetik.

5. Selalu pening lalat

Pening lalat juga adalah simptom penyakit darah cair. Tengah duduk tengok tv tiba-tiba pening lalat. Bahaya tu. Ini terjadi kerana tak cukup oksigen sampai ke otak.

6. Nafas rasa berat

Dada rasa ketat je bila nak ambil nafas. Rasa tak puas tarik nafas.

7. Lebam susah nak pulih

Biasanya lebam akan hilang dalama masa 2-3 hari. Kalau dah seminggu lebam masih belum pudar, itu adalah antara petanda anda adalah pesakit darah cair.

tanda dan simptom darah cai1 300x215 Tanda Dan Simptom Penyakit Darah Cair

8. Luka pembedahan yang lambat sembuh kerana asyik berdarah

Jika anda seorang pesakit darah cair, luka pembedahan memang lambat kering sebab asyik berdarah je kat luka tu. Banyakkan bersabar. Pastikan luka sentiasa kering bagi mengelakkan jangkitan kuman.

9. Muka, kulit, dan kuku pucat

Biasanya pesakit darah cair akan mempunyai wajah yang pucat. Macam orang sakit. Kuku pun putih je, tak pink macam kuku orang yang normal.

10. Tompok-tompok merah bawah kulit disebabkan urat-urat kecil pecah

Pesakit darah cair biasanya akan mengalami masalah urat-urat kecil pecah secara sendiri. Kesannya, akan kelihatan tompokan merah dibawah kulit di mana darah berkumpul. Tompokan ini akan nampak lebih ketara bagi yang berkulit cerah.

11. Pendarahan selepas bersetubuh

Ia mungkin berlaku sekali-sekala jika anda terlalu ganas ketika bersama. Tapi bagi pesakit darah cair, ianya kerap berlaku walau pun suami berlembut.

Jadi, antara 11 tanda dan simptom penyakit darah cair yang saya senaraikan tadi, ada tak ciri-ciri tu pada diri anda? Kalau ada, usah berlengah lagi. Jumpa doktor dengan segera untuk pengesahan.

tanda dan simptom darah cai2 300x206 Tanda Dan Simptom Penyakit Darah Cair

Bahaya ke penyakit darah cair ni?

Kalau anda mengandung, semestinya ia akan membahayakan anda & bayi dalam kandungan. Bagi orang biasa, ianya juga merbahaya. Cuba bayangkan, tengah berjalan tiba-tiba tumbang sebab pitam.  Kan bahaya tu? boleh sebabkan kita jatuh terhentak. Bayangkan pula kalau tengah camping tengah hutan tiba-tiba terluka kena parang. Pendarahan banyak tak henti-henti. Bahaya ke tidak?

Oleh itu, kalau anda mempunyai tanda dan simptom pentakit darah cair di atas, cepat-cepat jumpa doktor untuk memastikan sama ada anda mempunyai masalah darah cair atau tidak. Anda juga boleh amalkan tips pekatkan darah yang berkesan ini. Semoga bermanfaat!

Cik Puan Nurul 2 300x170 Tanda Dan Simptom Penyakit Darah Cair

pixel Tanda Dan Simptom Penyakit Darah Cair
Tag:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Switch to our mobile site

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.